Friday, 21 April 2017

Pusrapi Info: Darah Bekam Rasulullah S.A.W dipamerkan di Muzium Negeri Kedah


بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
اللهم صل على محمد وآل محمد
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Ya Allah….
Sihatkan Tubuh Badanku,
Tambahkan Ilmu Pengetahuanku,
Berkatkan Rezekiku.
Tingkatkan amal Ibadatku untuk taat perintahmu.
Ya Allah Jadikan Hatiku Sentiasa Ingat Pada Mu.

💝💞اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ💝💞
💝💞اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ💝💞
💝💞اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ💝💞

Pusrapi Info: 
Darah Bekam Rasulullah S.A.W dipamerkan di Muzium Negeri Kedah



(BUKHARI-VOLUME 007, BUKU 071 NOMBOR HADIS 582)

Diriwayatkan oleh Abu Hurairah bahawa Nabi Bersabda,

"Tidak ada penyakit Allah S.W.T ciptakan, kecuali dia juga membuat ubatnya."

Sejarah mengenai Bekam Basah dimulai ribuan tahun yang lalu, namun yang pertama tercatat ditemukan pada ajaran Nabi Muhammad S.A.W. Menurut Imam Bukhari, Muslim, dan Ahmad, Nabi Muhammad S.A.W mengizinkan pengubatan menggunakan bekam. Nabi Muhammad S.A.W telah bersabda, " Di dalam bekam (hijama) ada penyembuhan." Beliau juga telah bersabda, "Siapa yang melakukan bekam (hijama) pada 17,19 atau 21(bulan-bulan Islam) maka ada pengubatan bagi setiap penyakit".

Namun masa kini semakin berubah, malah lebih menyedihkan lagi apabila banyak sekali masyarakat Muslim yang beragama Islam tidak mengetahui atau tidak memiliki kesedaran mengenai apa itu bekam dan manfaatnya terhadap kesihatan tubuh. Banyak pula bahkan yan g memiliki ketakutan terhadapnya. Kerana ketakutan ini atau ketidak fahaman malah juga tidak mempunyai maklumat tentang bertapa besarnya Rahsia Mukjizat Agung memilih Perawatan menggunakan Kaedah Al-Hijamah (Berbekam Cara Sunnah). Marilah kita bersama-sama membuka kembali minda yang sebelum ini tetutup untuk mengetahui maklumat yang sebenar-benarnya tentang kaedah bekam.
Jika Baginda Nabi Muhammad S.A.W bersabda, "Siapa yang melakukan bekam (hijama) pada 17,19 atau 21(bulan-bulan Islam) maka ada pengubatan bagi setiap penyakit". Hal ini adalah benar. Jika anda tidak meyakini mahupun mempercayai hadis ini 100% dengan sepenuh hati, maka anda harus kembali dan membaca Bab 1 sekali lagi. Anda harus menyedari, menyakini malah mempercayai agar anda mendapat manfaat penuh dari pengubatan ini atau pengubatan Nabi lainnya.
(BUKHARI-VOLUME 007, BUKU 071 NOMBOR HADIS 582)
Diriwayatkan oleh Jabir Bin Abdullah, "Saya mendengar Rasulullah bersabda, "Jika ada penyembuhan dalam ubat-ubatan anda, maka itu ada dalam bekam, meminum Madu dan melakukan kaedah api dibakar dengan besi yang sesuai dengan penyakitnya, namun nabi tidak menganjurkan kaedah "Kay" bakaran api kerana baginda tidak suka umatnya merasa sakit dengan kaedah api."
Bekam memiliki banyak gelaran, seperti badkesh, bahnkes, bekam, buhang, bentusa, kuyukaku, gal hoi, hijama, dan banyak lagi nama-nama lainnya. Jika dilakukan secara benar, hasil akhirnya sama. Tidak peduli disebut apa. Penyakit pesakit, In sha Allah menjadi berkurang atau bahkan sembuh sama sekali. Dengan mengeluarkan darah kotor yang tidak beredar pada suatu tempat tertentu pada tubuh, maka hal tersebut akan meningkat peredaran darah pada tempat tersebuh, bahkan pada seluruh tubuh.
Bekam merupakan proses pembentukan wilayah dengan tekanan udara rendah pada tubuh anda, tepatnya pada kulit anda, dengan menggunakan satu efek vakum. Berbagai macam alat yang biasa digunakan, berbagai metod dan kaedah dalam menciptakan tekanan udara yang rendah, dan juga ada berbagai prosedur yang berbeda yang biasa dilakukan.


Baginda Nabi Muhammad S.A.W mengajarkan pada kita bahawa bekam adalah suatu pengubatan dan juga suatu berkah (boleh mendapat Keberkatan). Umat Islam dahulu menggunakan bekam basah untuk menyembuhkan berbagai rasa sakit, mulai dari sakit kepala, masalah perut, keracunan, sihi, saka, santau, luka-luka pada kulit, penyakit kulit, sakit otot, selesema, masalah tulang belakang, ghout, dan pelbagai penyakit yang lainnya. Jangan lupa hadis yang diawal saya kongsikan tadi, Baginda Nabi Muhammad S.A.W bersabda, "Siapa yang melakukan bekam (hijama) pada 17,19 atau 21(bulan-bulan Islam) maka ada pengubatan bagi setiap penyakit". Ini bermaksuk bahawa In Sha Allah bekam dapat menyembuhkan berbagai macam penyakit.
Kaum Muslim masyarakat Islam menganggap Hijamah sebagai pengubatan yang paling efektif dan berkesan malah amat penting untuk menyembuhkan berbaghai macam penyakit. Namun, segala puji bagi Allah S.W.T yang telah mengizinkan suatu pengubatan dapat berhasil atau masih mengambil masa untuk sembuh.

Kesimpulan mengenai pengubatan Ala Nabi ini. In sha Allah dengan meyakini & mempercayainya, malah mula menyedari akan kelebihan dan manfaat berbekam, melalui cara memohon doa, mencari dan mengenal makanan Halal Haram sebaiknya, memilih herba ubatan alamai, makan makanan bergizi, melakukan olah raga rutin, mandi sinar matahari beberapa jam setiap minggunya, mengamalkan pemakanan Sunnah seperti rutin minum madu setiap hari, mengambil Habatussawda, minum Minyak Zaitun secara teratur, dan mengikuti cara apa saja yang dibawakan oleh Baginda Nabi Muhammad S.A.W yang kita cintai, kita dapat menjalani hidup yang lebih sihat dan lebih berkualiti secara Spiritual. Amin.

KATAKAN PADA DIRIMU MULAI HARI INI AKAN KU LAKUKAN BEKAM (AL-HIJAMAH) PADA TUBUH DEMI MENDAPAT KEBERKAHAN & KEBERKATAN REDHO ALLAH BERSAMA KEKASIHNYA BAGINDA NABI MUHAMMAD S.A.W AMIN....AMIN...AMIN

SELAMAT ISTIQAMAH & BERAMAL

WARGA PUSRAPI SENTIASA MENGAMBIL BERAT KESIHATAN WARGA UMAT NABI MUHAMMAD S.A.W

Kepada yang ingin mencuba keberkesanan Produk Pusrapi @ mendapatkan rawatan bolehlah hubungi kami untuk tempahan@temujanji: 


Ustazah Siti 019-449 9929 
Ustazah Husna 019-496 6316
Ustazah Wahida 012- 552 0195
Ustaz Syamizam 019-5896783 
Ustazah Min (017-426 6908)
Ustazah Rahmah 012-449 5689
Siti Sarah  013-451 3459
Pn. Nor Aniza (012-319 2542)


والله أعلم بالصواب
Wallahu A’lam Bish Shawab 
(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)

No comments:

Post a Comment