Saturday 27 October 2018

Pusrapi Info: Tahukah Anda????

Tahukah Anda?

Bahwa ikan yg ribuan tahun lalu menelan Nabi Yunus AS itu ternyata masih lg  hidup sampai sekarang, bahkan sampai hari kiamat. Hal ini sdh dijelaskan dalam Al-Qur'an: andai Yunus itu tidak beristighfar, sudah tentu ia akan tinggal dalam perut ikan tersebut sampai hari kebangkitan..Maka banyakkan lah beristighfar.

Tahukah Anda?

Bahwa janin semasa dalam kandungan perut ibunya, dia sudah dilihatkan perjalanan hidupnya bermula dr lahir sampai mati. Kerana itu, kadang2 ketika kita berkunjung ke sesuatu tempat yang baru, kita rasa seolah2 tempat tersebut sudah tidak asing lg bagi kita.

Tahukah Anda?

Di saat kita bersin, seluruh anggota tubuh kita terhenti berfungsi, seolah2 kita mati Ini terjadi dalam hitungan yg sgt pantas. Setelah itu ianya berfungsi spt normal semula. Inilah kenapa dalam Islam disunnahkan kita membaca "Alhamdulillah" setelah bersin sebagai ungkapan kesyukuran atas berfungsinya kembali seluruh anggota badan kita.

Tahukah Anda?

Menguap itu bukan tanda bahawa kita mengantuk tapi itu adalah pertanda bahwa tubuh kita perlu tambahan oksigen.

Tahukah Anda?

Bahawa memakan buah kurma dalam jumlah yg genap itu akan menghasilkan gula dlm darah. Kerana itu Rasulullah SAW telah menganjurkan kita untuk makan kurma dalam jumlah ganjil, agar ianya berubah menjadi karbohidrat.

Tahukah Anda?

Bahawa tepat setelah dikumandangkan azan, itu adalah waktu yang paling mustajab untuk berdoa.

Tahukah Anda?

Di mana dosa-dosa kita diletakkan ketika kita sedang bersolat? Nabi Muhammad SAW bersabda: "Sesungguhnya seorang hamba ketika menunaikan solat, dia akan membawa bersama semua dosa-dosanya. Kemudian dosa-dosa itu diletakkan di atas kepala dan kedua pundaknya. Maka ketika ia ruku' atau sujud, berjatuhanlah dosa-dosa tersebut.
Wahai orang-orang yang biasa tergesa-gesa dalam solatnya supaya bertenang dan tahanlah lebih lama sikit ketika sedang ruku' dan sujud agar lebih banyak dosa kita yang berguguran..

Tahukah Anda? 

Diceritakan ada seorang wanita soleha yg meninggal dunia. Maka tiap kali penduduk desa menziarah kuburnya, mereka tercium harumnya mawar dr dalam kubur tersebut. Kemudian suaminya menjelaskan bahawa isterinya ketika masih hidup selalu membaca surah Al-Mulk terutamanya setiap kali mahu masuk tidur.. Sesungguhnya surat Al-Mulk itu menyelamatkan kita semua dari seksa kubur.

Tahukah Anda?

Ketika kita membaca ayat Kursi setelah kita selesai solat, maka tiada halangan  antara kita dgn syurga kecuali mati...

Tahukah Anda?

Bahawa para malaikat mendoakan kita selepas selesai solat, Maka janganlah kita terburu2 untuk beranjak dari tempat duduk..

Tengah jemur kain jiran datang tegur, 
'jemur kain ke?' 
Tapi kita jawab "eh tak la tengah masak",
 soalan mesra dijawab dengan sindiran. 

Allah bertanya,  "Wahai Nabi Musa, apa yang ada ditanganmu itu? 
Jawab Musa , "Inilah tongkatku, aku gunakan untuk berjalan dan aku gunakan untuk memukul daun2 kayu supaya gugur untuk kambing2ku". 

Kenapa Allah masih bertanya Nabi Musa sedangkan Allah Maha Mengetahui? Kerana... begitulah cara Allah bermesra dengan NabiNya walaupun Allah sudah tau tetapi Allah tetap bertanya. 

Dalam kehidupan manusia cuba bayangkan kita sedang jemur kain, 
tiba2 datang seorang kawan kita bertanya 
"buat apa tu?" 
Kita pun menjawab " Tengah masak !" 

Kawan kita tanya tu bukan sebab dia tak tau tapi dia nak bermesra dengan kita. Orang nak bermesra dengan kita, kita layan dia dengan sindiran. Itu tak patut. " -TG Haron Din-

"Saya ada RM 1, awak ada RM 1. 
Kalau kita tukar suka sama suka RM 1 itu, kita masih lagi ada RM 1 masing-masing.
Tapi, kalau saya ada 1 ilmu dan awak 1 ilmu, 
kemudian kita betukar-tukar ilmu itu, 
masing-masing akan ada 2 ilmu".

Aku tanya dia kenapa kamu sentiasa suka minum air di masjid/surau padahal air tu di rumah kamu pun ada?!!
Dia jawab, " supaya org yg letak air di masjid/surau ni diberi ganjaran oleh Allah.."

Bilamana sampai kpd kamu gosip2 tentang seseorang, maka biarlah gosip tu terhenti setakat kamu shj. 
Dan jika berita tu berhenti setakat kamu shj, bermakna kamu telah dpt pahala tutup aib org. Barangasiapa yg tutup aib mana2 muslim, 
" Allah akan tutup juga aib dia.."

3 doa yg wajar kamu ingat utk dibaca semasa sujud2 kamu :-

1. Ya Allah, aku mohon dgn Mu pengakhiran yg baik. Iaitu dalam khusnul Khotimah.

2. Ya Allah, kurnialah kepada ku taubat nasuha sebelum aku mati. 

3. Wahai Allah yg membolakbalikkan hati, tetapkanlah hatiku atas agamaMu. 

Sehinggakan bila kamu berniat utk sebarkan ucapan ini, meniatkan sahaja tu pun dah dikira sebagai kebaikan. 

Moga2 dengannya Allah melepaskan kesusahan drpd kesusahan2 di dunia dan akhirat.

Peringatan :- " Buatlah baik walau sekecil kecilnya. ''

[ANDAI AJAL DALAM TIDUR...

EMPAT PERKARA SEBELUM TIDUR WALAU SESIBUK MANAPUN DENGAN TUGAS HARIAN.

Rasulullah berpesan kepada siti Aisyah ra.
“ Ya, Aisyah! Jangan engkau tidur sebelum melakukan empat perkara yaitu :

1. Sebelum khatam al-Quran.

2. Sebelum menjadikan para nabi bersyafaat untukmu di hari kiamat.

3. Sebelum para muslimin meredhai engkau.

4. Sebelum engkau melaksanakan haji dan umrah".

Bertanya Siti Aisyah :
“Ya Rasulullah ! bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara seketika? “

Rasulullah tersenyum dan bersabda :

1. “Jika engkau akan tidur,bacalah surah al –Ikhlas tiga kali
Seakan-akan engkau telah meng-khatamkan Al-Quran
” Bismillaahirrahmaa nirrahiim,
‘Qul huallaahu ahad’ Allaah hussamad’
lam yalid walam yuulad’
walam yakul lahuu kufuwan ahad’ ( 3x ) “

2. "Bacalah shalawat untukku dan untuk para nabi sebelum aku" maka kami semua akan memberimu syafaat di hari kiamat
“ Bismillaahirrahmaa nirrrahiim, Allaahumma shallii ‘alaa saiyyidina Muhammad wa’alaa aalii saiyyidina Muhammad ( 3x ) “

3. “Beristighfarlah” untuk para mukminin maka mereka akan meredhai engkau
“ Astaghfirullaah hal 'adziim al lazhii laa ilaaha illaa huwal hayyul qayyuum wa atuubu ilaih ( 3x )

4. Dan perbanyaklah “bertasbih, bertahmid , bertahlil dan bertakbir” maka seakan-akan engkau telah melaksanakan ibadah haji dan umrah
“ Bismillaahirrahmaa nirrrahiim
Subhanallaah Walhamdulillaah Walaa ilaaha illallaah hu wallah hu akbar "
( 3x )

"Jangan jemu saling mengingatkan๐Ÿ˜”"

Sunday 21 October 2018

Pusrapi Info: BILA UMUR MASUK 40 TAHUN

BILA UMUR MASUK 40 TAHUN




1. Lipat tilam dan bantal yang selesa...hidupkan malam dengan amal.
.
2. Ingat kembali usia yg telah dilalui , hitung msa yg banyak terbuang
     ๐ŸŒผJangan banyak rehat dan hiburan yang melekakan.
     ๐ŸŒผKurangkan pakaian mahal dan makanan sedap
     ๐ŸŒผJangan banyak  bersenang kerana kematian semakin hampir.

3. Imam shafie...umur 40 tahun berjalan pakai tongkat supaya ingat diri sedang berjalan ke akhirat.
.
4. Jika masih tidak berubah ketika masuk 40 tahun...syaitan dah nobat sebagai rakannya untuk ke neraka.
.
5. Kurangkan fikir hal dunia...kumpul amalan untuk mati.
.
6. Pada usia ini...tukarkan niat kerja kerana Allah. Fokus urusan dunia untuk mendapat  redha Allah.
.
7. Apa harta yang ada pada umur ini...cukuplah kerana itu saja rezeki yg Allah bagi. Tumpukan perhatian lebih kepada amal...kurangkan pesona kepada dunia...jika tidak terus tertinggal akhirat.
.
8. Jangan tamak dengan  dunia. Ingat dunia bukan lagi milik kita.
.
9. Kata ulamak, aku dengar  setiap pagi ada suara dari langit ke 4 yang berseru- "wahai anak yg berusia 40 tahun, kamu sudah hampir kepada kematian, wahai anak umur 50 tahun, hitunglah apa yg kamu belum lakukan untuk mati...wahai anak umur 60 tahun masa kamu sudah tiada.."
.
10. Doa semasa umur 40 tahun ke atas..wahai Tuhanku tolonglah lapangkan dalam diri aku rasa syukur atas nikmat yg telah kau beri..kepada kedua- dua ibu bapaku dan redai mereka.
.
11. Bykkan taubat- 70 kali sehari
.
12. Tingkatkan keyakinan kepada agama -hanya Islam yang jadi pegangan sehingga mati.
.
13. Jaga hati, bersihkan hati,  redha dengan ketentuan dan berbaik sangka dengan Allah.
.
14. Tingkatkan iman dan ibadah- tingkatkan amalan sunat...solat lebih khusyuk, Solat Awal waktu, sentiasa Solat berjemaah dan laksanakan semua ibadah lebih berkualiti.
.
15. Amalkan sifat-sifat  Mahmudah, jauhi Dan hindari sifat-sifat Mazmumah.

USTAZ AHMAD DUSUKI

Pusrapi Info: Kawal Marah Mu Sebelum Terlambat



Seekor ular memasuki gudang tempat kerja seorang tukang kayu di malam hari. Kebiasaan si tukang kayu adalah membiarkan sebahagian peralatan kerjanya berselerakan dan tidak merapikannya.

Ketika seekor ular itu masuk ke gudang si tukang kayu,secara kebetulan ia merayap diatas gergaji. Tajamnya gergaji menyebabkan perut ular terluka. Ular beranggapan gergaji itu menyerangnya,ular itu pun membalas dengan mematuk gergaji itu berkali-kali.

Serangan yang bertubi-tubi menyebabkan luka parah di bahagian mulutnya,marah dan putus asa,ular berusaha mengerahkan kemampuan terakhirnya untuk mengalahkan musuhnya. 
Ular pun lalu membelit kuat gergaji itu,belitan yang menyebabkan tubuhnya terluka parah akhirnya membuatkan si ular itu mati binasa. Di pagi hari si Tukang Kayu menemukan bangkai ular tersebut di sebelah gergaji kesayangannya.

Sahabat...
Kadangkala di saat marah,kita ingin melukai orang lain tetapi setelah semua berlalu,kita baru menyadari bahwa yang terluka sebenarnya adalah diri kita sendiri.

Banyak perkataan yang terucap dan tindakan yang dilakukan saat amarah menguasai, sebanyak itu pula kita melukai diri kita sendiri.

Ketahuilah dendam benci,curiga,fikiran negatif dan apapun itu,sebenarnya bagaikan ular yang membelit gergaji. Telah ribuan kali muncul dalam pikiran kita yg menusuk dan membakar hati kita sendiri.

Latihlah setiap saat untuk mengampuni,memaafkan dengan tulus,mampu dengan cepat melepaskan & membuang sampah pengotor hati dan fikiran kita sendiri.

Pusrapi Info: Kuliah Tadabbur Al-Quran 21 Oct 2018

๐Ÿ“๐Ÿ“š๐Ÿ“๐Ÿ“š๐Ÿ“๐Ÿ“š๐Ÿ“๐Ÿ“š๐Ÿ“๐Ÿ“š๐Ÿ“๐Ÿ“š๐Ÿ“๐Ÿ“š

*‎_ Assalamualaikum Pada Semua Teman Pengajian Muslimin & Muslimat_*  _Semua Tadabbur Al-Quran Team_

๐Ÿ’œ Salam penuh Mahabbah buat semua *"PENCINTA ILMU"* yang dikasihi❤

*Pengumuman Peringatan❗️*
*=========================*

*21/10/2018 (Ahad)* = Pengajian Tadabbur Al-Quran bersambung kembali macam biasa bermula jam 8.00pm-10.00pm. 

*Bacaan Tadabbur Al-Quran Malam ini*
_Surah: Ash-Shu'ara 26:68 (Makiyyah)-227 Ayat_
*÷÷÷÷÷÷÷÷÷÷÷÷÷÷÷÷÷÷÷÷÷÷÷÷*

 *Selamat Kembali KeKuliah Pengajian Tadabbur, Semoga Allah memberi kekuatan untuk kita Istiqamah dalam mendalami ilmu*

*๐Ÿ‘Salam Fastabiqul Khairat...๐Ÿ˜Š*
(Ayuhlah berlumba-lumbalah dalam membuat kebaikan.)

๐ŸŒธ๐Ÿƒ๐ŸŒธ๐Ÿƒ๐Ÿƒ๐Ÿƒ๐ŸŒธ๐Ÿƒ๐ŸŒธ๐Ÿƒ๐Ÿƒ๐Ÿƒ๐ŸŒธ๐Ÿƒ๐ŸŒธ๐Ÿƒ๐Ÿƒ๐Ÿƒ






Tuesday 16 October 2018

Pusrapi Info: Pantun Sifat 20

PANTUN SIFAT 20 ORG DULU DULU .COMEL JUGA .
*PANTUN SIFAT 20*

*1. WUJUD*
Wujud ALLAH wajib ada
Wujud kita harus sahaja
Wujud ALLAH dapat dirasa 
Namun ia tak dapat diduga.

*2. QIDAM*
Ada ALLAH, tiada mula
Sejak azali, Dia sedia
Ada kita diciptakanNya
Dari tiada kepada ada.

*3. BAQA*
Ada ALLAH, kekal sentiasa
Tiada yang mengubahNya
Ada kita binasa akhirnya
Datang dariNya, pulang kepadaNya.

*4. MUKHOLAFAH LIL HAWADIS*
Ada ALLAH, tiada serupa
Tak berbentuk dan berupa
Tak bertempat di mana jua
Tidak takluk pada masa.

*5. QIAMUHU BI NAFSIHI*
Ada ALLAH, sendiri sahaja
Tak berhajat pada apa jua
Cukuplah Dia dengan DiriNya
Bahkan kita yang perlu padaNya.

*6. WAHDANIYYAH*
Ada ALLAH, Esa sahaja
Tidak berbilang apa pun jua
Tidak bersusun dari apa-apa
Anak tiada bapa pun tiada.

*7. QUDRAT*
Ada ALLAH, Pemilik Kuasa
Kita hanya dikuasa jua
Kuasa ALLAH tiada terkira
Kuasa kita terbatas jua.

*8. IRADAT*
Ada ALLAH, Kehendak MilikNya
Kehendak kita kehendakNya jua
Tiada yang dapat mengatasiNya
Pasrahlah kita kepadaNya.

*9. ILMU*
Ada ALLAH, Ilmu MilikNya
Kita jahil tak tahu apa-apa
Dialah yang Maha Bijaksana
Semua takdirNya elok belaka.

*10. HAYAT*
Ada ALLAH, Hayat MilikNya
Tidak mati mahupun binasa
Dialah yang kekal jua
Lemahlah kita tiada berdaya.

*11. SAMA'*
Ada ALLAH, Dengar MilikNya
Tiada apa yang sunyi dariNya
Tiap kata didengarNya jua
Maka berwaspadalah kita.

*12. BASYOR*
Ada ALLAH, Lihat MilikNya
Tiada dapat selindung dariNya
Zahir batin dilihatNya jua
Baik buruk pasti dihitungNya.

*13. KALAM*
Ada ALLAH, Kata MilikNya
Kita makhluk kelulah jua
Tiada kata seindah KataNya
Al-Quran itu pengzahirannya.

*14. KAUNUHU TA'ALA QADIRAN*
Ada ALLAH, Pemilik Kuasa
Kita hanya dikuasa jua
Kuasa ALLAH tiada terkira
Kuasa kita terbatas jua.

*15. KAUNUHU TA' ALA MURIDAN*
Ada ALLAH, Kehendak MilikNya
Kehendak kita kehendakNya jua
Tiada yang dapat mengatasiNya
Pasrahlah kita kepadaNya.
 
*16. KAUNUHU TA'ALA 'ALIMAN*
Ada ALLAH, Ilmu MilikNya
Kita jahil tak tahu apa-apa
Dialah yang Maha Bijaksana
Semua takdirNya elok belaka.

*17. KAUNUHU TA'ALA HAYYAN*
Ada ALLAH, Hayat MilikNya
Tidak mati mahupun binasa
Dialah yang kekal jua
Lemahlah kita tiada berdaya.

*18. KAUNUHU TA'ALA SAMI'AN*
Ada ALLAH, Dengar MilikNya
Tiada apa yang sunyi dariNya
Tiap kata didengarNya jua
Maka berwaspadalah kita.

*19. KAUNUHU TA'ALA BASHIRON*
Ada ALLAH, Lihat MilikNya
Tiada dapat selindung dariNya
Zahir batin dilihatNya juaj
Baik buruk pasti dihitungNya.

*20. KAUNUHU TA'ALA MUKTAKALIMAN* 
Ada ALLAH, Kata MilikNya
Kita makhluk kelulah jua
Tiada kata seindah KataNya
Al-Quran itu pengzahirannya.

*Kita hamba lemahlah jua*
*Tiada berdaya, tiada berupaya*
*KepadaNya berpasrahlah kita*
*Baru kita hidup bahagia...*

Saturday 13 October 2018

Pusrapi Info:Jadual Qada Solat

PERLU ATAU TIDAK QADA SOLAT YANG TIDAK DIKERJAKAN PADA MASA LALU





Dari Anas bin Malik ra, berkata Rasulullah SAW yang bermaksud: “Jika salah seorang dari kamu tertidur atau lalai hingga lupa solat, hendaklah dia mengerjakannya apabila teringat kerana Allah berfirman : Dirikanlah solat untuk mengingatiKu (Hadis Sahih Muslim)

Dari Anas bin Malik ra, berkata Rasulullah SAW maksudnya : “Barangsiapa yang terlupa solat atau tertidur, maka hendaklah dia mengerjakan solatnya apabila teringat (atau setelah terjaga). (Hadis Sahih Muslim)

Nabi SAW bersabda maksudnya, “‘Hutang kepada Allah terlebih utama untuk dijelaskan.”
(Hadis riwayat Bukhari,Muslim,Ahmad,Abu Daud,at Tabrani,Baihaqi dan al Bazzar)

Perkara ini telahpun mendapat ijma’ pendapat mazhab imam yang empat.

Pusrapi Info:- Hidup Satu Putaran

Best baca ni...

Dalam dunia ni, semua benda bergerak dalam zon masa masing2.

Ada yg masih single...-
Ada yg nikah 20 ribu belanja, sebulan dah berpisah..
Ada yg dah nikah 10 tahun tapi masih belum ada anak.
Ada yg baru nikah bulan lepas, hari ni dah mengandung.

Ada yg grad umur 23 tapi terpaksa tunggu 5 tahun sebelum dapat kerja tetap.
Ada juga yg grad umur 29 tapi lepas grad terus dapat kerja jawatan tetap.

Ada yg muda lagi umur 25 jadi CEO tapi umur 50 dah meninggal.
Ada juga yg umur 50 baru jadi CEO dan hidup sampai umur 90.

Zon masa kita semua tak sama...
Jadi tak perlu merasa kita 'tertinggal' hanya bila nampak org lain lebih berjaya,masa kita belum sampai...
Obama retired masa umur dia 55, tapi Trump 'bermula' pada umur 70.
Hanya zon masa mereka saja yg berbeza.
Tapi sama2 dapat jadi Presiden.

Ada yg dipanggil Datuk pada usia 47 tahun, dan ada yg dah ada cucu di umur yg sama...
Malah ada yg baru menimang cahaya mata pertama di umur yg sama...

Ada yg 'depan' dari kita...
Tapi ada juga yg 'belakang' kita.
Semua org bergerak dalam laluan yg berbeza pada zon masa yg berlainan.

ALLAH ada perancangan berbeza utk kita semua.
Jgn dengki, jgn sakit hati, jgn sedih...
Mereka bergerak dgn zon masa mereka dan kita pun ada zon masa sendiri.

You are not late.
You are not early
You are just on time.
Jgn stress.
Keep going..teruskan dgn apa yg dikerjakan.

Percayalah bahawa perancangan ALLAH jauh lebih baik, rezeki kita telah dicatit olehNya.

Siapa nak jaga kita bila kita dah tua?

Ada org, dia susah hati kerana belum bertemu jodoh. 
Difikiran nya siapa lah yg akan jaga aku bila aku dah tua nanti.

Ada org, dah berkahwin tapi belum punya anak, pun terfikir siapa kah yg akan jaga aku bila aku dah tua nanti.

Ada org, ada anak, tapi hanya seorang, pun terfikir, kalau dia kerja jauh siapalah yg nak jaga aku nanti.

Ada org, anaknya semua lelaki.....
Juga terfikir siapalah yg akan jaga aku nanti. 
Nak ke menantu perempuan aku nanti jaga aku???

Ada org, anaknya semua perempuan, sama juga. 
Terfikir kalau semua tu nanti ikut suami masing2.. siapalah yg nak jaga aku nanti.

Apa masalah kita sebenarnya?

Kita letakkan masa depan kita di tangan manusia.
Di tangan anak.
Di tangan suami.

Walhal yg jaga kita itu ALLAH.

Berapa ramai org yg anaknya ramai, cukup nisbah lelaki perempuannya, namun masih terabai hidup bersendirian di rumah usangnya sehingga meninggalnya juga seorang diri.

Berapa ramai juga org yg saya jumpa hidupnya tidak bertemu jodoh, namun pada usia 60 70 80 masih sihat, boleh urus diri jauh lebih baik daripada org yg usianya baru jejak 50-an namun sudah sakit lutut jalan bertongkat walau anak2 ada di sisi menjaga. 

ltulah kita kata rezeki.
Dan rezeki itu hak ALLAH.
Yakin
Yakin
Yakin

Jgn runsingkan kerja ALLAH.
Runsingkan kerja kita yg asyik tak siap ni.

Jgn runsing belum ketemu jodoh
Jgn bising masih belum ada zuriat
Jgn sedih hanya kerana beranak sorang
Jgn kalut kalau hanya ada anak lelaki
Jgn cemas jika hanya ada anak perempuan.

Lebih dari itu jgn takbur sangat kita ada jodoh, anak ramai, cukup laki perempuan.

Jgn pertikaikan...
"eh nanti tua siapa nak jaga kau." 
Kita sendiri pun belum tahu nasib kita nanti
Sempat ke kita tua? 

Masa depan kita sentiasa dlm kekuasaan ALLAH.
Dan ALLAH itu Maha adil.
Setiap org akan dapat apa yg ALLAH kata dia layak dapat. Kuatkan pergantungan kpd ALLAH, itu yg paling penting.

Pendek kataALLAH ADA.Jangan takut
,,
ALLAH sebaik-baik perancang ALLAH sebaik-baik pelindung

Jom share... ๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜Š

Pusrapi Info: Terapi Bekam Rukyah Di Pusrapi

Kelebihan Membaca Terapi Rukyah sebelum 

Sesi Terapi Bekam Sunnah Di Pusrapi.





Selepas Sesi Rukyah pengalaman telah 

menyaksikan reaksi dari pesakit. 

Antaranya ialah pesakit akan rasa:


- Batuk.

- Gelisah.

- Pengsan

- Seram-sejuk

- Panas di leher

- Berdebar-debar

- Muntah-muntah

- Rasa seperti Mabuk

- Pening-pening kepala

- Denyutan jantung makin kencang.

- Ada benda bergerak-gerak bawah kulit.


Bekam Sunnah kaedah terbaik membantu pengeluaran Darah Bertoksid iaitu adanya bahan yang tidak sepatutnya berada dalam darah contohnya xenobiotik, bakteria, parasit dan virus; ataupun adanya bahan yang sepatutnya dibuang daripada darah contohnya sisa-sisa nutrien. Ayuh teman2, rakan taulan, sahabat2, adik beradik yg masih belum merasai.....


Pusrapi

Mencari Sembuh Yg Hilang

Sembuh.Tanpa.Ubat

019-449 9929


Friday 12 October 2018

Pusrapi Info: Pusrapi Therapist Coach 2018


‎ุงู„ุณَّู„ุงَู…ُ ุนَู„َูŠْูƒُู…ْ ูˆَุฑَุญْู…َุฉُ ุงู„ู„ู‡ِ ูˆَุจَุฑَูƒَุงุชُู‡ُ

‎ุงู„ู„ู‡ู… ุตู„ ุนู„ู‰ ู…ุญู…ุฏ ูˆุขู„ ู…ุญู…ุฏ


_Ya Allah…._

_Sihatkan Tubuh Badanku,_

_Tambahkan Ilmu Pengetahuanku,_

_Berkatkan Rezekiku._

_Tingkatkan amal Ibadatku untuk taat perintahmu._

_Ya Allah Jadikan Hatiku Sentiasa Ingat Pada Mu._


‎๐Ÿ’๐Ÿ’žุงู„ู„َّู‡ُู…َّ ุตَู„ِّ ุนَู„َู‰ ู…ُุญَู…َّุฏٍ ูˆَุนَู„َู‰ ุขู„ِ ู…ُุญَู…َّุฏٍ๐Ÿ’๐Ÿ’ž

‎๐Ÿ’๐Ÿ’žุงู„ู„َّู‡ُู…َّ ุตَู„ِّ ุนَู„َู‰ ู…ُุญَู…َّุฏٍ ูˆَุนَู„َู‰ ุขู„ِ ู…ُุญَู…َّุฏٍ๐Ÿ’๐Ÿ’ž

‎๐Ÿ’๐Ÿ’žุงู„ู„َّู‡ُู…َّ ุตَู„ِّ ุนَู„َู‰ ู…ُุญَู…َّุฏٍ ูˆَุนَู„َู‰ ุขู„ِ ู…ُุญَู…َّุฏٍ๐Ÿ’๐Ÿ’ž


Pusrapi Info: Pusrapi Therapist Coach 2018






Video ini bukan marketing strategi, terdapat banyak maksud yg ingin saya sampaikan kepada anda, supaya minda anda dapat mendapat gambaran walaupun tidak mengenali kami dengan lebih dekat. 


Tapi cukup dengan sentuhan kata2 bermakna memberi anda satu nafas baru dalam hidup anda.


Saya berserta team saya bekerjasama dalam perawatan alternatif melebihi 10 tahun lamanya.


Pengalaman mengajar kami lebih teliti dan memberi harapan baru kepada org yg memerlukan perawatan alternatif tetapi mereka tidak mendapat maklumat yg lengkap menyeluruh dan manfaat yang bakal anda kecapi.


Perawat Pusrapi yg terlatih bertahun-tahun untuk memastikan mereka dapat mencari jalan penyelesaian yg tepat utk individu, gabungan kaedah perawatan yg lengkap dapat mengubah persepsi anda tentang kaedah alternatif sama sekali. Kami memberi perawatan dan pengamalan makanan yang betul utk mengelak dari kemudharatan tubuh.


Pecayalah, keputusan memang ditangan anda tetapi, pengalaman ditangan kami.


Jika anda bijak, anda akan datang untuk mendapatkan informasi yg tak pernah anda dengar sebelum ini.


Yang belum pernah mana2 ahli pengamal pengubatan lain yg menerangkan kepada anda. Inilah lah perbezaan Pusrapi dengan lain.


Pastikan anda menetapkan temujanji dan tiada persoalan yg akan kami jawab melalui sms, kami hanya akan menerangkan kepada anda hanya semasa sesi diagnose sahaja.


Kehidupan ini hilang kemanisan nya jika anda tidak menghargai diri anda. Itu hadiah dan amanah yg diberi dari Allah kepada kita. 


Untuk mendapat temujanji, anda boleh memilih 3 pusat rawatan Pusrapi kami yg terpilih untuk membantu anda, seperti yg ditertera di bawah:


Pusrapi Kulim :019-449 9929 

Pusrapi Jitra 019-496 6316

Pusrapi Pauh Jaya 012- 552 0195


Kepada yang ingin mencuba keberkesanan Produk Pusrapi @ mendapatkan rawatan bolehlah hubungi kami untuk tempahan@temujanji: 


Ustazah Siti (Kulim) 019-449 9929 

Ustazah Husna (Jitra/Alor Setar) 019-496 6316

Ustazah Wahida (Pauh Jaya) 012- 552 0195

Ustaz Syamizam (Alma Jaya) 019-5896783 

Ustazah Min (Alma Jaya) (017-426 6908)

Ustazah Rahmah (Alma Jaya) 012-449 5689

Siti Sarah  (Pulau Pinang Island)013-451 3459

Pn. Nor Aniza (Bangi)(012-319 2542)

Ustaz Mfedzly Faudzi (Sungai Petani) 0192446855
Ustazah Lyana Rahim (Sungai Petani) 0195004594

Siti Rahayu (Manjung): 013-4888201

Radhi & Mira (Johor) : 013-360 8577

Husna (Pahang) : 019 4228228

Ustazah Naza:019-576 3004

Pn.Samihah Stokis Eksklusif Pusrapi: 019 525 7067

Website : http://www.pusrapi.com/

Blogs : http://pusrapi.blogspot.com/

Facebook: https://www.facebook.com/Sembuh.Tanpa.Ubat

Indah Islam Memberi Rahmat,

Al-quran Sunnah Pegangan Umat,

Bila sakit rindu sihat,

Sunnah Nabi Terbukti Hebat,

"Hidup Lebih Sihat...Bila Sunnah Terpahat" ✿‿✿

Pusrapi

Sembuh.Tanpa.Ubat

(◕‿◕)

‎ูˆุงู„ู„ู‡ ุฃุนู„ู… ุจุงู„ุตูˆุงุจ

Wallahu A’lam Bish Shawab

(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)

Pusrapi Info: Tragedi Anggota Bomba Maut Lemas Serentak

‎ุงู„ุณَّู„ุงَู…ُ ุนَู„َูŠْูƒُู…ْ ูˆَุฑَุญْู…َุฉُ ุงู„ู„ู‡ِ ูˆَุจَุฑَูƒَุงุชُู‡ُ

‎ุงู„ู„ู‡ู… ุตู„ ุนู„ู‰ ู…ุญู…ุฏ ูˆุขู„ ู…ุญู…ุฏ


_Ya Allah…._

_Sihatkan Tubuh Badanku,_

_Tambahkan Ilmu Pengetahuanku,_

_Berkatkan Rezekiku._

_Tingkatkan amal Ibadatku untuk taat perintahmu._

_Ya Allah Jadikan Hatiku Sentiasa Ingat Pada Mu._


‎๐Ÿ’๐Ÿ’žุงู„ู„َّู‡ُู…َّ ุตَู„ِّ ุนَู„َู‰ ู…ُุญَู…َّุฏٍ ูˆَุนَู„َู‰ ุขู„ِ ู…ُุญَู…َّุฏٍ๐Ÿ’๐Ÿ’ž

‎๐Ÿ’๐Ÿ’žุงู„ู„َّู‡ُู…َّ ุตَู„ِّ ุนَู„َู‰ ู…ُุญَู…َّุฏٍ ูˆَุนَู„َู‰ ุขู„ِ ู…ُุญَู…َّุฏٍ๐Ÿ’๐Ÿ’ž

‎๐Ÿ’๐Ÿ’žุงู„ู„َّู‡ُู…َّ ุตَู„ِّ ุนَู„َู‰ ู…ُุญَู…َّุฏٍ ูˆَุนَู„َู‰ ุขู„ِ ู…ُุญَู…َّุฏٍ๐Ÿ’๐Ÿ’ž



Pusrapi Info: Tragedi Anggota Bomba Maut Lemas Serentak




Innalillahiwainnailaihirojiun...Sayu hati membaca berita tentang kisah mereka. Mereka adalah Wira Sebenar. Mereka berusaha selamatkan 1 nyawa yg sedang kelemasan dilombong akhirnya mereka semua juga turut lemas. Pengorbanan yang tiada galang gantinya...Al fatihah.๐Ÿ˜ญ๐Ÿ˜ญ๐Ÿ˜ญ๐Ÿ˜ญ

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera YAS Dato'/Tuan.

ANGGOTA PASUKAN PPDA JBPM SERAMAI 6 ORANG LEMAS KETIKA OPERASI MENCARI DAN MENYELAMAT DI AIR

Alamat: Lombong Taman Putra Perdana Berhampiran Perumahan Lokatish, Selangor
Mangsa: 7 orang (6 pegawai PPDA, 1 awam)
Balai Terlibat: BBP Cyberjaya, BBP Shah Alam, BBP Pelabuhan Klang
Pegawai Operasi: PBK II Nik Mustafa
Catatan: Kejadian melibatkan seorang lelaki terjatuh kedalam lombong. Mangsa belum dijumpai dan terdapat 6 orang pegawai bomba (PPDA) dilaporkan lemas ketika menjalankan operasi pencarian mangsa. Kesemua pegawai tersebut berjaya dinaikkan ke atas dan pasukan Perubatan yang berada dilokasi membuat CPR untuk menyelamatkan kesemua anggota PPDA yang lemas tetapi kesemua 6 orang pegawai bomba disahkan meninggal dunia. Maklumat kejadian akan kemaskini dari masa ke semasa.

Sekian. Terima kasih.
Pegawai Bertugas PPO.

Terbelit tali punca 6 penyelam bomba lemas

PUCHONG: Operasi menyelamat seorang remaja yang dilaporkan tergelincir, ketika memancing di lombong dekat sini malam tadi, bertukar tragedi apabila enam penyelam bomba yang terbabit dalam pencarian itu, lemas akibat terbelit tali di dasar.

Kejadian itu dipercayai berpunca daripada pusaran arus deras berpunca daripada hujan lebat yang mengalir ke kawasan tumpuan operasi yang sedang dijalankan oleh anggota Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dari Balai Bomba dan Penyelamat Pelabuhan Klang serta Shah Alam itu.

Ketua Polis Daerah Sepang Asisten Komisioner Abdul Aziz Ali, berkata ketika kejadian kira-kira jam 9.15 malam itu, enam penyelam berkenaan baru lima minit berada dalam air, bagi menjejaki seorang remaja berusia 17 tahun, yang dilaporkan terjatuh ke lombong itu jam 5 petang semalam.

"Namun, secara tiba-tiba datang arus deras menyebabkan semua mangsa terbelit tali yang dipasang di antara satu sama lain, yang dipercayai menjadi punca peralatan menyelam dipakai mereka tertanggal," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Abdul Aziz berkata, menyedari detik cemas yang dialami oleh rakan sepasukan itu, beberapa anggota bomba yang berada di tebing, berusaha menarik tali yang mengikat semua mangsa, namun tidak berjaya kerana berdepan tekanan arus yang terlalu kuat.

Katanya, selepas berusaha selama kira-kira 30 minit, mereka berhasil menarik naik mangsa yang pertama, sebelum disusuli yang lain.

"Bagaimanapun, ketika dibawa naik ke tebing, semua anggota penyelam berada dalam keadaan tidak sedarkan diri.

"Anggota paramedik yang berada di lokasi ketika itu turut cuba memberi rawatan kecemasan termasuk bantuan pernafasan (CPR) selama 30 minit, namun semua mangsa tidak memberi sebarang tindak balas sebelum disahkan meninggal dunia," katanya.

TAKZIAH.. ALFATIHAH..

Kredit : bharian

6 ANGGOTA BOMBA LEMAS KETIKA TERLIBAT DLM OPERASI SAR DI LOMBONG TMN PUTRA PERDANA SELANGOR ๐Ÿ˜ข

Enam anggota bomba daripada Unit Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) meninggal dunia akibat lemas!

Kesemua mereka dikatakan sedang melakukan operasi mencari dan menyelamat seorang pelajar yang dipercayai terjatuh dalam lombong di Taman Putra Perdana Berhampiran Perumahan La Cottage, Selangor tadi.

Mangsa berusia 17 tahun belum dijumpai dan  6 orang pegawai bomba (PPDA) dilaporkan lemas ketika menjalankan operasi pencarian mangsa. 

Juru cakap bomba Selangor mengesahkan kesemua pegawai tersebut berjaya dinaikkan ke atas, namun disahkan meninggal dunia.

Kesemua mayat dibawa ke Hospital Serdang untuk bedah siasat.

#penaroda

Hero negara! 
Anggota bomba lemas di lombong putra perdana!

#alfatihah

ANGGOTA PPDA PELABUHAN KLANG :

Mohd Fatah Hashim
34 tahun

Izatul Akma Wan Ibrahim
32 tahun

Mazlan Omarbaki
25 Tahun 

Yahya Ali
24 tahun 

ANGGOTA PPDA SHAH ALAM :

Adnan Ohman 
33 tahun

Muhammad Hifdzul Malik Shaari
25 tahun


































Pelajar lemas di lombong dijumpai

Selepas operasi pencarian hampir 24 jam, akhirnya mayat MUHAMMAD ILHAM FAHMY MOHAMMAD AZZAM yang lemas di Lombong Putra Perdana dijumpai pada pukul 5.45 petang tadi.

Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Mohd Rizal Buang berkata, mangsa ditemui 800 meter dari jarak mangsa dilihat jatuh ketika melakukan aktiviti memancing.

Mayat pelajar berusia 17 tahun itu dihantar ke Hospital Serdang untuk dibedah siasat.

#alfatihah #operasi #selesai #tq #abambomba




*Jasad wira bomba ringan, wajah tersenyum dan seperti sedang tidur – Pengurus jenazah*

PETALING JAYA: “Mungkin Allah beri mereka syahid akhirat,” demikian cerita pengurus jenazah, Muhammad Rafieudin Zainal Rasid tatkala melihat mayat enam anggota bomba umpama sedang tidur dengan wajah mengukir senyuman.

Muhammad Rafieudin yang merupakan Pengerusi Skuad Pengurusan Jenazah Malaysia (SPJ) bertanggungjawab menguruskan enam anggota bomba yang maut dalam tragedi pusaran air deras di Taman Putra Perdana, Puchong.

“Alhamdulillah mula-mula saya buka kain, saya lihat keadaan jenazah dalam keadaan baik.

“Tiada luka, malahan ada diantara wajah mereka yang tersenyum… seperti sedang tidur.

“Mungkin kerana tugas yang digalas adalah mulia, kerana itu Allah SWT beri mereka syahid akhirat,” katanya kepada mStar Online pada Khamis.

Menurut Muhammad Rafieudin, pasukannya mengambil alih tugas menguruskan jenazah kira-kira pukul 2.30 pagi hingga selesai kafan sekitar pukul 7.20 pagi sebelum dihantar ke Balai Bomba dan Penyelamat Shah Alam untuk disembahyangkan.

Jelas beliau, proses menguruskan jenazah berjalan lancar walaupun mereka dihimpit perasaan sayu ketika mengenangkan kebanyakan mangsa meninggal pada usia muda, iaitu antara 20an dan 30an.

“Rata-rata wira yang meninggal dunia umurnya muda. Ia mengingatkan tentang tragedi kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Itifaqiyyah, saya turut terlibat menguruskan jenazah mereka ketika itu.

“Perasaan itu sama, terutamanya apabila saya terpaksa berdepan banyak pihak dan melihat anggota keluarga dalam keadaan hiba.

“Tadi saya turut menghantar dua jenazah anggota bomba untuk dibawa menaiki kargo ke Sabah dan Sarawak… jenazah dalam keadaan ringan,” katanya.
































































Kepada yang ingin mencuba keberkesanan Produk Pusrapi @ mendapatkan rawatan bolehlah hubungi kami untuk tempahan@temujanji: 


Ustazah Siti (Kulim) 019-449 9929 

Ustazah Husna (Jitra/Alor Setar) 019-496 6316

Ustazah Wahida (Pauh Jaya) 012- 552 0195

Ustaz Syamizam (Alma Jaya) 019-5896783 

Ustazah Min (Alma Jaya) (017-426 6908)

Ustazah Rahmah (Alma Jaya) 012-449 5689

Siti Sarah  (Pulau Pinang Island)013-451 3459

Pn. Nor Aniza (Bangi)(012-319 2542)

Ustaz Mfedzly Faudzi (Sungai Petani) 0192446855
Ustazah Lyana Rahim (Sungai Petani) 0195004594

Siti Rahayu (Manjung): 013-4888201

Radhi & Mira (Johor) : 013-360 8577

Husna (Pahang) : 019 4228228

Ustazah Naza:019-576 3004

Pn.Samihah Stokis Eksklusif Pusrapi: 019 525 7067


Website : http://www.pusrapi.com/

Blogs : http://pusrapi.blogspot.com/

Facebook: https://www.facebook.com/Sembuh.Tanpa.Ubat


Indah Islam Memberi Rahmat,

Al-quran Sunnah Pegangan Umat,

Bila sakit rindu sihat,

Sunnah Nabi Terbukti Hebat,


"Hidup Lebih Sihat...Bila Sunnah Terpahat" ✿‿✿


Pusrapi

Sembuh.Tanpa.Ubat

(◕‿◕)

ูˆุงู„ู„ู‡ ุฃุนู„ู… ุจุงู„ุตูˆุงุจ

Wallahu A’lam Bish Shawab

(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)