Friday, 12 October 2018

Pusrapi Info: Tragedi Anggota Bomba Maut Lemas Serentak

‎السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

‎اللهم صل على محمد وآل محمد


_Ya Allah…._

_Sihatkan Tubuh Badanku,_

_Tambahkan Ilmu Pengetahuanku,_

_Berkatkan Rezekiku._

_Tingkatkan amal Ibadatku untuk taat perintahmu._

_Ya Allah Jadikan Hatiku Sentiasa Ingat Pada Mu._


‎💝💞اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ💝💞

‎💝💞اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ💝💞

‎💝💞اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ💝💞



Pusrapi Info: Tragedi Anggota Bomba Maut Lemas Serentak




Innalillahiwainnailaihirojiun...Sayu hati membaca berita tentang kisah mereka. Mereka adalah Wira Sebenar. Mereka berusaha selamatkan 1 nyawa yg sedang kelemasan dilombong akhirnya mereka semua juga turut lemas. Pengorbanan yang tiada galang gantinya...Al fatihah.😭😭😭😭

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera YAS Dato'/Tuan.

ANGGOTA PASUKAN PPDA JBPM SERAMAI 6 ORANG LEMAS KETIKA OPERASI MENCARI DAN MENYELAMAT DI AIR

Alamat: Lombong Taman Putra Perdana Berhampiran Perumahan Lokatish, Selangor
Mangsa: 7 orang (6 pegawai PPDA, 1 awam)
Balai Terlibat: BBP Cyberjaya, BBP Shah Alam, BBP Pelabuhan Klang
Pegawai Operasi: PBK II Nik Mustafa
Catatan: Kejadian melibatkan seorang lelaki terjatuh kedalam lombong. Mangsa belum dijumpai dan terdapat 6 orang pegawai bomba (PPDA) dilaporkan lemas ketika menjalankan operasi pencarian mangsa. Kesemua pegawai tersebut berjaya dinaikkan ke atas dan pasukan Perubatan yang berada dilokasi membuat CPR untuk menyelamatkan kesemua anggota PPDA yang lemas tetapi kesemua 6 orang pegawai bomba disahkan meninggal dunia. Maklumat kejadian akan kemaskini dari masa ke semasa.

Sekian. Terima kasih.
Pegawai Bertugas PPO.

Terbelit tali punca 6 penyelam bomba lemas

PUCHONG: Operasi menyelamat seorang remaja yang dilaporkan tergelincir, ketika memancing di lombong dekat sini malam tadi, bertukar tragedi apabila enam penyelam bomba yang terbabit dalam pencarian itu, lemas akibat terbelit tali di dasar.

Kejadian itu dipercayai berpunca daripada pusaran arus deras berpunca daripada hujan lebat yang mengalir ke kawasan tumpuan operasi yang sedang dijalankan oleh anggota Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dari Balai Bomba dan Penyelamat Pelabuhan Klang serta Shah Alam itu.

Ketua Polis Daerah Sepang Asisten Komisioner Abdul Aziz Ali, berkata ketika kejadian kira-kira jam 9.15 malam itu, enam penyelam berkenaan baru lima minit berada dalam air, bagi menjejaki seorang remaja berusia 17 tahun, yang dilaporkan terjatuh ke lombong itu jam 5 petang semalam.

"Namun, secara tiba-tiba datang arus deras menyebabkan semua mangsa terbelit tali yang dipasang di antara satu sama lain, yang dipercayai menjadi punca peralatan menyelam dipakai mereka tertanggal," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Abdul Aziz berkata, menyedari detik cemas yang dialami oleh rakan sepasukan itu, beberapa anggota bomba yang berada di tebing, berusaha menarik tali yang mengikat semua mangsa, namun tidak berjaya kerana berdepan tekanan arus yang terlalu kuat.

Katanya, selepas berusaha selama kira-kira 30 minit, mereka berhasil menarik naik mangsa yang pertama, sebelum disusuli yang lain.

"Bagaimanapun, ketika dibawa naik ke tebing, semua anggota penyelam berada dalam keadaan tidak sedarkan diri.

"Anggota paramedik yang berada di lokasi ketika itu turut cuba memberi rawatan kecemasan termasuk bantuan pernafasan (CPR) selama 30 minit, namun semua mangsa tidak memberi sebarang tindak balas sebelum disahkan meninggal dunia," katanya.

TAKZIAH.. ALFATIHAH..

Kredit : bharian

6 ANGGOTA BOMBA LEMAS KETIKA TERLIBAT DLM OPERASI SAR DI LOMBONG TMN PUTRA PERDANA SELANGOR 😢

Enam anggota bomba daripada Unit Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) meninggal dunia akibat lemas!

Kesemua mereka dikatakan sedang melakukan operasi mencari dan menyelamat seorang pelajar yang dipercayai terjatuh dalam lombong di Taman Putra Perdana Berhampiran Perumahan La Cottage, Selangor tadi.

Mangsa berusia 17 tahun belum dijumpai dan  6 orang pegawai bomba (PPDA) dilaporkan lemas ketika menjalankan operasi pencarian mangsa. 

Juru cakap bomba Selangor mengesahkan kesemua pegawai tersebut berjaya dinaikkan ke atas, namun disahkan meninggal dunia.

Kesemua mayat dibawa ke Hospital Serdang untuk bedah siasat.

#penaroda

Hero negara! 
Anggota bomba lemas di lombong putra perdana!

#alfatihah

ANGGOTA PPDA PELABUHAN KLANG :

Mohd Fatah Hashim
34 tahun

Izatul Akma Wan Ibrahim
32 tahun

Mazlan Omarbaki
25 Tahun 

Yahya Ali
24 tahun 

ANGGOTA PPDA SHAH ALAM :

Adnan Ohman 
33 tahun

Muhammad Hifdzul Malik Shaari
25 tahun


































Pelajar lemas di lombong dijumpai

Selepas operasi pencarian hampir 24 jam, akhirnya mayat MUHAMMAD ILHAM FAHMY MOHAMMAD AZZAM yang lemas di Lombong Putra Perdana dijumpai pada pukul 5.45 petang tadi.

Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Mohd Rizal Buang berkata, mangsa ditemui 800 meter dari jarak mangsa dilihat jatuh ketika melakukan aktiviti memancing.

Mayat pelajar berusia 17 tahun itu dihantar ke Hospital Serdang untuk dibedah siasat.

#alfatihah #operasi #selesai #tq #abambomba




*Jasad wira bomba ringan, wajah tersenyum dan seperti sedang tidur – Pengurus jenazah*

PETALING JAYA: “Mungkin Allah beri mereka syahid akhirat,” demikian cerita pengurus jenazah, Muhammad Rafieudin Zainal Rasid tatkala melihat mayat enam anggota bomba umpama sedang tidur dengan wajah mengukir senyuman.

Muhammad Rafieudin yang merupakan Pengerusi Skuad Pengurusan Jenazah Malaysia (SPJ) bertanggungjawab menguruskan enam anggota bomba yang maut dalam tragedi pusaran air deras di Taman Putra Perdana, Puchong.

“Alhamdulillah mula-mula saya buka kain, saya lihat keadaan jenazah dalam keadaan baik.

“Tiada luka, malahan ada diantara wajah mereka yang tersenyum… seperti sedang tidur.

“Mungkin kerana tugas yang digalas adalah mulia, kerana itu Allah SWT beri mereka syahid akhirat,” katanya kepada mStar Online pada Khamis.

Menurut Muhammad Rafieudin, pasukannya mengambil alih tugas menguruskan jenazah kira-kira pukul 2.30 pagi hingga selesai kafan sekitar pukul 7.20 pagi sebelum dihantar ke Balai Bomba dan Penyelamat Shah Alam untuk disembahyangkan.

Jelas beliau, proses menguruskan jenazah berjalan lancar walaupun mereka dihimpit perasaan sayu ketika mengenangkan kebanyakan mangsa meninggal pada usia muda, iaitu antara 20an dan 30an.

“Rata-rata wira yang meninggal dunia umurnya muda. Ia mengingatkan tentang tragedi kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Itifaqiyyah, saya turut terlibat menguruskan jenazah mereka ketika itu.

“Perasaan itu sama, terutamanya apabila saya terpaksa berdepan banyak pihak dan melihat anggota keluarga dalam keadaan hiba.

“Tadi saya turut menghantar dua jenazah anggota bomba untuk dibawa menaiki kargo ke Sabah dan Sarawak… jenazah dalam keadaan ringan,” katanya.
































































Kepada yang ingin mencuba keberkesanan Produk Pusrapi @ mendapatkan rawatan bolehlah hubungi kami untuk tempahan@temujanji: 


Ustazah Siti (Kulim) 019-449 9929 

Ustazah Husna (Jitra/Alor Setar) 019-496 6316

Ustazah Wahida (Pauh Jaya) 012- 552 0195

Ustaz Syamizam (Alma Jaya) 019-5896783 

Ustazah Min (Alma Jaya) (017-426 6908)

Ustazah Rahmah (Alma Jaya) 012-449 5689

Siti Sarah  (Pulau Pinang Island)013-451 3459

Pn. Nor Aniza (Bangi)(012-319 2542)

Ustaz Mfedzly Faudzi (Sungai Petani) 0192446855
Ustazah Lyana Rahim (Sungai Petani) 0195004594

Siti Rahayu (Manjung): 013-4888201

Radhi & Mira (Johor) : 013-360 8577

Husna (Pahang) : 019 4228228

Ustazah Naza:019-576 3004

Pn.Samihah Stokis Eksklusif Pusrapi: 019 525 7067


Website : http://www.pusrapi.com/

Blogs : http://pusrapi.blogspot.com/

Facebook: https://www.facebook.com/Sembuh.Tanpa.Ubat


Indah Islam Memberi Rahmat,

Al-quran Sunnah Pegangan Umat,

Bila sakit rindu sihat,

Sunnah Nabi Terbukti Hebat,


"Hidup Lebih Sihat...Bila Sunnah Terpahat" ✿‿✿


Pusrapi

Sembuh.Tanpa.Ubat

(◕‿◕)

والله أعلم بالصواب

Wallahu A’lam Bish Shawab

(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)











No comments:

Post a Comment