Thursday 31 January 2019

Pusrapi Info: Syeikh Ahmad Junaidin

Wali Allah Kedah hancurkan kereta kebal komunis di Afghanistan. 

Syeikh Ahmad Junaidin



Siapa tak kenal dengan Syeikh Ahmad Junaidin, Mursyidul Am Persatuan Warga Melayu yang beribu pejabat di Sungai Petani, Kedah. Diceritakan bahawa, Syeikh Ahmad yang mewarisi ilmu Tok Kenali (Wali Allah di Kelantan) pernah menghancurkan kereta kebal tentera komunis soviet Russia yang ketika itu sedang menyerang bumi Mujahideen, Afghanistan. Kisah ini diperkirakan tidak pernah diceritakan kepada mana-mana anak muridnya yang berjumlah ribuan orang kecuali kepada adindanya.

Pada waktu itu beliau sedang duduk berzikir di atas sejadah selepas menunaikan solat, tiba-tiba Syeikh Ahmad melihat cahaya putih berserta terowong dihadapannya. Syeikh Ahmad terus masuk ke dalam terowong dan melihat sekumpulan perajurit Islam sedang dikepung oleh berpuluh unit kereta kebal Russia. Laungan Allahuakbar jelas kedengaran dan Allah menolong para Mujahideen dengan mendatangkan Syeikh Ahmad.

Kata Syeikh Ahmad, dia merasa seperti mimpi lalu terus meluru ke arah kereta kebal dan menendang semua kereta kebal sehingga hancur terbarai. Maka terselamatlah para Mujahideen daripada keganasan tentera Russia.

Selesai menghancurkan kereta kebal, dia menemui sebentar para Mujahideen sebelum meminta diri untuk pulang. Beberapa orang dari para Mujahideen sempat berbual mesra dengan Syeikh Ahmad sambil bertanyakan nama dan dari mana Syeikh Ahmad berasal?

Sekali lagi, Syeikh Ahmad mendapati secara tiba-tiba dia tersedar sudah berada di atas sejadah. Apa yang berlaku hari itu diceritakan kepada sahabatnya yang tinggal serumah.

Sahabatnya menganggap Sheikh seorang pembohong kerana seharian itu dia bertemu Syeikh Ahmad, masa bila pula Syeikh sudah sampai ke Afghanistan yang berada beribu kilometer jauhnya dari Kedah.

Selepas setahun, datanglah sekumpulan orang berwajah Arab dari Afghanistan ke Kedah mencari Syeikh Ahmad. Mendengar cerita sebenar daripada orang Afghanistan itu barulah sahabat Syeikh itu mengetahui bahawa apa yang diceritakan oleh Syeikh Ahmad benar-benar berlaku.

Allah menolong hamba-hambaNYA yang bertakwa secara lazim ataupun tidak lazim. Mintalah kepada Allah swt dengan sabar, solat serta melakukan sejumlah perbuatan baik lain mengikut petunjuk al-Quran dan sunnah baginda Rasulullah SAW.

"Tiada apa yang mustahil bagi Allah."

Kepada yang ingin mencuba keberkesanan Produk Pusrapi @ mendapatkan rawatan bolehlah hubungi kami untuk tempahan@temujanji:

Ustazah Siti (Kulim) 019-449 9929 
Ustazah Husna (Jitra/Alor Setar) 019-4328463
Ustazah Wahida (Pauh Jaya) 012- 552 0195
Ustaz Syamizam (Alma Jaya) 019-5896783 
Ustazah Min (Alma Jaya) (017-426 6908)
Ustazah Rahmah (Alma Jaya) 012-449 5689
Siti Sarah (Pulau Pinang Island)013-451 3459
Pn. Nor Aniza (Bangi)(012-319 2542)
Ustaz Mfedzly Faudzi (Sungai Petani) 0192446855�Ustazah Lyana Rahim (Sungai Petani) 0195004594
Siti Rahayu (Manjung): 013-4888201
Radhi & Mira (Johor) : 013-360 8577
Husna (Pahang) : 019 4228228
Ustazah Naza:019-576 3004
Pn.Samihah Stokis Eksklusif Pusrapi: 019 525 7067
Website : http://www.pusrapi.com/
Blogs : http://pusrapi.blogspot.com/
Facebook: https://www.facebook.com/Sembuh.Tanpa.Ubat
Indah Islam Memberi Rahmat,
Al-quran Sunnah Pegangan Umat,
Bila sakit rindu sihat,
Sunnah Nabi Terbukti Hebat,
"Hidup Lebih Sihat...Bila Sunnah Terpahat" ✿‿✿
Pusrapi
Sembuh.Tanpa.Ubat
(◕‿◕)
‎والله أعلم بالصواب
Wallahu A’lam Bish Shawab
(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)

Pusrapi Info: Syeikh Nawawi Janggut Merah | Tok Wi Janggut Merah ( 1881 - 1969 )

Al Allamah Arif Billah Syeikh Nawawi Janggut Merah | Tok Wi Janggut Merah ( 1881 - 1969 )


Berasal dari keturunan Syeikh Ahmad al Zabidi & Tok Suboh yang dihantar oleh Kerajaan Turki Uthmaniyyah ke Kedah bagi menentang Siam .

Ayah dan ayah saudaranya merupakan alim besar dan tinggi maqamnya disisi Allah . Iaitu :

1. Al Allamah Arif Billah Tuan Guru Haji Mohd Tahir - Pantai Remis ( Ayah beliau )
2. Al Allamah Arif Billah Tuan Guru Haji Omar Merbok - Pengasas Madrasah Bukit Haji Omar
3. Al Allamah Arif Billah Tuan Guru Haji Mat Shafie Losong 

Syeikh Nawawi lahir di Kampung Kuala Kangkong , Kedah dan dibesarkan di Pantai Remis . Beliau memulakan perjalanan menuntut ilmu pada usia yang muda . Diantara guru guru beliau ialah :

1. Al Allamah Arif Billah Tuan Guru Haji Mat Shafie Losong ( Ayah Saudaranya ) - Anak murid Tok Ku Paloh
2. Al Allamah Arif Billah Tuan Hussin Kedah - Wali Allah 7 Serangkai Alam Melayu

Syeikh Nawawi pernah menjadi penasihat diraja bagi 5 Sultan Perak iaitu :

1. Sultan Idris I ( 1887 - 1916 )
2. Sultan Abdul Jalil ( 1916 - 1918 )
3. Sultan Iskandar ( 1918 - 1938 )
4. Sultan Abd Aziz ( 1938 - 1948 )
5. Sultan Yussuf Izzudin ( 1948 - 1963 )

Antara jasa beliau yang amat besar ialah dengan tertubuhnya Madrasah Idrisiah yang sehingga sekarang telah melahirkan ramai alim ulamak dan hampir 10 orang mufti lahir dari Madrasah Idrisiah .

Beliau terkenal dengan beberapa sifat peribadi diri yang zuhud , alim lagi warok . Diantaranya ialah :

1. Syeikh dikatakan tidur dengan beralaskan buah kelapa leper yang agak bujur. Tujuan ia menggunakan buah kelapa tersebut ialah supaya apabila buah itu bergolek ia akan mengejutkan Syeikh untuk mengerjakan ibadah dan zikir pada malam itu

2. Tidak pernah cerewet tentang makanan dan minuman . Walau masin atau pahit , syeikh akan tetap makan kerana baginya semua rezeki itu datang dari Allah Taala 

3. Beliau memiliki beberapa kain pelekat yang dipakainya setiap hari . Jika koyak , beliau akan jahit dan pakai semula 

4. Suka mengembirakan orang lain khususnya anak anak tapi apabila melibatkan hukum hakam Islam , beliau akan tegas dan lantang dalam menyatakan kebenaran 

5. Amat berhati hati dalam tutur kata agar yang mendengar tidak terguris hati 

6. Menguasai bahasa Arab , Urdu , Tamil , Cina , Inggeris dan Aceh

7. Berjaya menghasilkan ubat berasaskan herba selepas mempelajari ilmu perubatan Arab - Yunani 

Syeikh Nawawi juga terkenal dengan beberapa karomah dan kisah kewalian . Diantaranya :

1. Pernah pernah ditangkap , diikat didalam guni dan dibuang ke dalam laut oleh Komunis tetapi apabila dibuka guni tersebut yang terdapat hanya batu . Sedangkan syeikh berada di rumah 

2. Pernah satu ketika askar Jepun menunggu beliau habis kuliah agama dengan tujuan hendak membunuhnya. Malangnya askar Jepun tidak dapat melihatnya padahal ia dengan bersahaja berbasikal melintas askar-askar tersebut

3. Daun pokok pisang dimana batangnya digunakan untuk melapik jenazahnya ketika proses mandi jenazah tidak layu hampir sebulan lamanya

4. Ketika Syeikh sakit, tong beras sentiasa penuh bagi membolehkan beras dimasak untuk dihidang kepada tetamu yang menziarahinya

5. Ketika ia menyampai kuliah agama dengan tiba-tiba beliau berhenti memberi kuliah dan memaklumkan kepada hadirin bahawa isterinya telah selamat melahirkan anaknya. Bila ditanya bagaimana beliau tahu, dijawabnya , “Burung yang hinggap di jendela masjid telah memberitahu”.

Beliau meninggal dunia pada usia 88 tahun dan dikebumikan di tanah perkuburan Islam Kampung Changkat Ning , Batu 8 , Bendang Siam , Jalan Trong , Changkat Jering , Perak .

Moga Allah Taala merahmati roh auliaNya . Amin

#KenaliUlamak

Kepada yang ingin mencuba keberkesanan Produk Pusrapi @ mendapatkan rawatan bolehlah hubungi kami untuk tempahan@temujanji:

Ustazah Siti (Kulim) 019-449 9929 
Ustazah Husna (Jitra/Alor Setar) 019-4328463
Ustazah Wahida (Pauh Jaya) 012- 552 0195
Ustaz Syamizam (Alma Jaya) 019-5896783 
Ustazah Min (Alma Jaya) (017-426 6908)
Ustazah Rahmah (Alma Jaya) 012-449 5689
Siti Sarah (Pulau Pinang Island)013-451 3459
Pn. Nor Aniza (Bangi)(012-319 2542)
Ustaz Mfedzly Faudzi (Sungai Petani) 0192446855�Ustazah Lyana Rahim (Sungai Petani) 0195004594
Siti Rahayu (Manjung): 013-4888201
Radhi & Mira (Johor) : 013-360 8577
Husna (Pahang) : 019 4228228
Ustazah Naza:019-576 3004
Pn.Samihah Stokis Eksklusif Pusrapi: 019 525 7067
Website : http://www.pusrapi.com/
Blogs : http://pusrapi.blogspot.com/
Facebook: https://www.facebook.com/Sembuh.Tanpa.Ubat
Indah Islam Memberi Rahmat,
Al-quran Sunnah Pegangan Umat,
Bila sakit rindu sihat,
Sunnah Nabi Terbukti Hebat,
"Hidup Lebih Sihat...Bila Sunnah Terpahat" ✿‿✿
Pusrapi
Sembuh.Tanpa.Ubat
(◕‿◕)
‎والله أعلم بالصواب
Wallahu A’lam Bish Shawab
(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)

Monday 28 January 2019

Pusrapi Info: Surah Rahsia Kejaayaan

4 golongan manusia yang haram disentuh api neraka.

1) HAYYIN
- Hayyin adalah orang yang tidak mudah marah. Dia juga tidak suka mengutuk kelemahan dan keburukan orang lain. Jiwanya sangat teduh dan tenang.

2) LAYYIN
- Layyin adalah orang yang sopan dan baik dalam kata-katanya. Lembut dan tidak suka bersikap kasar dan sentiasa mahu kebaikan untuk orang lain. Tidak marah dengan mudah jika berbeza pendapat.

3) QARIB
- Qarib adalah seseorang yang mempunyai sikap murah senyuman, mesra dan akrab terhadap orang lain. Dia mempunyai wajah yang berseri dan selalu menyampaikan salam.

4) SAHL
- Sahl adalah orang yang tidak menyukarkan sesuatu perkara, tidak suka berbelit-belit, tidak suka mengganggu orang lain dan sentiasa membantu menyelesaikan masalah orang lain.




Kepada yang ingin mencuba keberkesanan Produk Pusrapi @ mendapatkan rawatan bolehlah hubungi kami untuk tempahan@temujanji:

Ustazah Siti (Kulim) 019-449 9929 
Ustazah Husna (Jitra/Alor Setar) 019-4328463
Ustazah Wahida (Pauh Jaya) 012- 552 0195
Ustaz Syamizam (Alma Jaya) 019-5896783 
Ustazah Min (Alma Jaya) (017-426 6908)
Ustazah Rahmah (Alma Jaya) 012-449 5689
Siti Sarah (Pulau Pinang Island)013-451 3459
Pn. Nor Aniza (Bangi)(012-319 2542)
Ustaz Mfedzly Faudzi (Sungai Petani) 0192446855�Ustazah Lyana Rahim (Sungai Petani) 0195004594
Siti Rahayu (Manjung): 013-4888201
Radhi & Mira (Johor) : 013-360 8577
Husna (Pahang) : 019 4228228
Ustazah Naza:019-576 3004
Pn.Samihah Stokis Eksklusif Pusrapi: 019 525 7067
Website : http://www.pusrapi.com/
Blogs : http://pusrapi.blogspot.com/
Facebook: https://www.facebook.com/Sembuh.Tanpa.Ubat
Indah Islam Memberi Rahmat,
Al-quran Sunnah Pegangan Umat,
Bila sakit rindu sihat,
Sunnah Nabi Terbukti Hebat,
"Hidup Lebih Sihat...Bila Sunnah Terpahat" ✿‿✿
Pusrapi
Sembuh.Tanpa.Ubat
(◕‿◕)
‎والله أعلم بالصواب
Wallahu A’lam Bish Shawab
(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)

Tuesday 22 January 2019

Pusrapi Info: SENARAI BARANG YANG MENGANDUNGI LEMAK BABI

SAYA CUMA SHARE TAPI KALAU NAK MAKAN ATAU GUNA BAHAN ADA BABI TERPULANG PILIHAN MASING2

http://www.ismaweb.net/2016/08/lembu-diimport-babi-pula-dieksport-ridhuan-tee/
[9/29, 15:37] Ai'Jamin🤓: *PERHATIAN KEPADA SEMUA UMAT ISLAM* RISALAH INI DIEDARKAN OLEH DR. RASHEED MOS,UNIVERSITI MALAYA KL, PERSATUAN PENGGUNA MALAYSIA , MAJLIS AGAMA ISLAM MALAYSIA & JABATAN KASTAM MALAYSIA. KAJIAN TELAH DIBUAT OLEH MAHASISWA UTM, UUM, USM, UM, UKM, & CAP.

*SENARAI BARANG YANG MENGANDUNGI LEMAK BABI.*
*> 1.* Minyak Masak LAM SOON ( Cap Helang & Buruh )
*> 2.* Ubat Pearl Cream Arche ( Thailand )
*> 3.* Ajinomoto ( Thailand )
*> 4.* Ais Krim Harga RM1.00 ke atas
*> 5.* Semua tauhu buatan Orang Cina
*> 6.* Sabun LUX & Lotion Badan Buatan Malaysia , USA , & Thailand
*> 7.* Sabun FAB berbuku
*> 8.* Lobak Jeruk
*> 9.* Mee & Kueteow basah ( buatan Cina)
*> 10.* Krim Muka Hazeline Snow.

*SENARAI BARANG YG MENGANDUNGI ( KULIT BABI, URI & BINATANG YANG TIDAK HALAL.*

*> 1.* Semua Jenis Serbuk Mee Segera Terutama Maggi
*> 2.* Pucuk , Kulit Popia, Fish Cake & Bebola Ika n buatan Orang Cina
*> 3.* Daging Burger Import
*> 4.* Sardin, Kari Ayam dlm tin & Yong Taufu buatan Orang Cina
*> 5.* Kasut Bola Jenis ' Gold Cup'
*> 6.* Berus Gigi Jenis ' Reach'
*> 7.* Mee Kering ( sanggol ) 15.Mee Rebus Tulang&Kiub Perasa Ayam
*> 8.* Semua sabun mandi yang diimport
*> 9.* Ajinomoto kecuali keluaran Kilang Lot 5710 Jalan Kuchai Lama KL
*> 10.* Semua jenis shampoo kecuali keluaran Orang Islam
*> 11.* Have Pearl Cream
*> 12.* Ramuan Kentucky Fried Chicken & Mc Donald
*> 13.* Ubat Kurap buatan Org Cina
*> 14.*. Beehon Segera Siam
*> 16.* Sabun Mandi Yang Berminyak

*SENARAI BARANG YANG MENGANDUNGI GELATIN ( LEMAK BABI DAN BINATANG TIDAK HALAL )*
*> 1.* Bosset Wine Gum
*> 2.* Dairy Milk Coklat
*> 3.* Coklat Cadbury/ Chewing Gum
*> 4.* Sugus Strawberry
*> 5.* Passer Doily Mixture
*> 6.* Trebo Mint Chewing Gum/ Peppermint
*> 7.* Scothes Vikmin
*> 8.* Share Extra Atrenght
*> 9.* Black Current Jelly
*> 10.* Royal Gulaman & Decart Oranges
*> 11.* Valvis Gelatin
*> 12.* Sarung Kapsul Ubat
*> 13.* Ais Krim dalam bekas plastik
*> 14.* Gula-gula Fruities
*> 15* Cake Mets Vilber Punch
*> 16* Coklat Cake
*> 17* Tepung Kastard Lady's Choice
*> 18* Semua jenis Jelly
*> 19* Semua jenis gincu bibir
*> 20* Keseluruhan Jenis Sheisedo
*> 21* Lady's Choice Jelly
*SENARAI BARANG YANG MENGANDUNGI ALKOHOL UNSUR-UNSURNYA*

*> 1* BARANGAN AVON KESELURUHANNYA
*> 2* PEWANGI KETIAK TERUTAMA JENAMA VITALIS & CONCORD
*> 3* MINYAK RAMBUT BRYLCREAM ( HIJAU )
*> 4* RACUN SERANGGA JENIS SPRAY SEPERTI SHELTOX, BAYGON & MORTIN
*> 5* SELURUH UBAT BATUK JENIS SIRAP
*> 6* KESELURUHAN BALL PEN DAKWAT KERING
*> 7* TONIK BAYI GRAPE WATER, TONIK WATERBERRY COMPOUND
Kami dalam keresahan memohon ampun dan maaf terlewat memberutahu perkara di atas. Pastikan Pakaian anda tidak terkena bahan-bahan diatas terutama pakaian sembahyang.
*TOLONG CETAK DAN EDARKAN RISALAH INI KPD SEMUA SAUDARA ISLAM KITA..*
Confirm - Pringles Potato Chips - tidak HALAL !!
*AMARAN OLEH KERAJAAN M'SIA BERHATI-HATI SEBELUM MAKAN.!*

Ref. Message: Pringles Potato Chips
Looks like you have to find another alternative to munch.
Just to let you and gang know......... I have checked.. It's true that the chips contain Emulsifier.
Dr Safurah Hj Jaafar ;
Principal Assistant Director;
Ministry of Health , Malaysia ;

Pusrapi Info: Nikmat Buat Penghafaz Al-Quran

Nikmat Buat Penghafaz Al-Quran
=============================

✋🏻كلّ الناس سواسية
📜Semua manusia sama

✋🏻 فى مقامٍ واحد يوم القيامة
📜 Darjatnya sama di hari Qiamat

👌🏻إلا حافظ القرآن
📜 Kecuali Hafiz Al-Quran

👌🏻مع الملائكة..!
📜 Bersama Para Malaikat..!

👌🏻مع السفرة، الكرام، البررة 
📜 Bersama para Malaikat yang mulia dan baik

✋🏻كل النّاس يفرّون 
📜 Semua manusia berlari..

✋🏻من بعضهم يوم القيامة!
📜 Antara satu sama lain di hari Kiamat!

👌🏻إلا حافظ القرآن 
📜 Kecuali Hafiz Al-Quran

👌🏻يبحث عن والديه ؛
📜 Dia akan mencari kedua Orang Tuanya (Ibu ayah)

👌🏻ليلبسهم تاج الوقار 👑
📜 Untuk dipakaikan Mahkota Kehormatan 👑

 ✋🏻تعبك مع القرآن في حفظه وتجويده حتى وإن لم تظهر آثاره عند معلمك ومعلمتك
📜 Lelahmu bersama Al-Quran saat menghafaznya , memperbaiki bacaan untuknya, walaupun tidak ada apresiasi dari gurumu, karena semuanya akan dibayar oleh Allah Azza Wajalla 

☝🏻حقه محفوظ عند الله
📜 Hak tersebut terpelihara di sisi Allah
Bagimu wahai Penghafaz Al-Quran 

✋🏻لا يكتفى القرآن بإيصالك للجنة
بل لايزال معك فيها تقرأوه حتى تصل لأعلى درجاتها

 (اقرأ، وارتَقِ، ورتِّل)
📜 Tidak cukup Al-Quran hanya menghantarkanmu ke Syurga, namun ia selalu bersamamu sampai ke darjat tertinggi
(Bacalah, naiklah, tartillah)

  ‏✋🏻لو علم المقصر مع القرآن 
ما الذي ينتظره من نعيم حين يشرع في التلاوة ماتردد والله لحظة ..!!
📜 Andai orang yang malas tahu apa yang menunggunya yang berupa kenikmatan dikala membacanya, demi Allah ia tidak akan ragu untuk membaca walaupun sekejap pun.

Allahumma Ameen..
Allahumma Ameen..
Allahumma Ameen..

Salam Huffaz buat semua...😍

Kepada yang ingin mencuba keberkesanan Produk Pusrapi @ mendapatkan rawatan bolehlah hubungi kami untuk tempahan@temujanji:

Ustazah Siti (Kulim) 019-449 9929 
Ustazah Husna (Jitra/Alor Setar) 019-4328463
Ustazah Wahida (Pauh Jaya) 012- 552 0195
Ustaz Syamizam (Alma Jaya) 019-5896783 
Ustazah Min (Alma Jaya) (017-426 6908)
Ustazah Rahmah (Alma Jaya) 012-449 5689
Siti Sarah (Pulau Pinang Island)013-451 3459
Pn. Nor Aniza (Bangi)(012-319 2542)
Ustaz Mfedzly Faudzi (Sungai Petani) 0192446855�Ustazah Lyana Rahim (Sungai Petani) 0195004594
Siti Rahayu (Manjung): 013-4888201
Radhi & Mira (Johor) : 013-360 8577
Husna (Pahang) : 019 4228228
Ustazah Naza:019-576 3004
Pn.Samihah Stokis Eksklusif Pusrapi: 019 525 7067
Website : http://www.pusrapi.com/
Blogs : http://pusrapi.blogspot.com/
Facebook: https://www.facebook.com/Sembuh.Tanpa.Ubat
Indah Islam Memberi Rahmat,
Al-quran Sunnah Pegangan Umat,
Bila sakit rindu sihat,
Sunnah Nabi Terbukti Hebat,
"Hidup Lebih Sihat...Bila Sunnah Terpahat" ✿‿✿
Pusrapi
Sembuh.Tanpa.Ubat
(◕‿◕)
‎والله أعلم بالصواب
Wallahu A’lam Bish Shawab
(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)

Thursday 17 January 2019

Pusrapi Info: Arnab Kurap Kronik Menebal.




Arini Pusrapi HQ cuti rawat manusia...Pesakit Si Arnab 🐰🐰pula....menanti giliran untuk dirawat. Kes Kurap Kronik Penuh Telinga & Badan. Kita ikhtiar guna Golden Seed. Moga berhasil 🥰 Sembuh.Tanpa.Ubat - 019-449 9929

Tuesday 15 January 2019

Pusrapi Info: Ilmu Al-Quran Ilmu Merentasi Zaman



Pusrapi Info: PENGAJIAN TALAQQI AL-QURAN BERSANAD (ONE TO ONE)

PENGAJIAN TALAQQI AL-QURAN BERSANAD (ONE TO ONE)




PENDAFTARAN PENGAJIAN  BACAAN AL-QURAN IJAZAH SANAD PADA FEBRUARI 2019 DIBUKA UNTUK 15 PESERTA AWAL.


OBJEKTIF

  •  Menghidupkan sunnah Rasulullah SAW dalam pembelajaran Al-Quran.
  • Memberi peluang kepada masyarakat awam belajar Al-Quran secara talaqqi dan musyafahah.
  • Mewujudkan pembelajaran dan pengajian al-Quran dengan manhaj talaqqi dan musyafahah yang benar iaitu berhadapan dengan guru yang sudah diverifikasi bacaannya.
  • Menambah pengetahuan peserta tentang sebaik sebutan bacaan yang sebenar melalui teknik bacaan berhadapan dan pelajari sebutan daripada pakar dalam bidang tersebut.
  • Melahirkan guru-guru al-Quran yang berkualiti dan berwibawa dan dianugerahkan sanad talaqqi al-Quran bersambung kepada Rasulullah s.a.w
  • Tenaga pengajar dari Syeikh dari Mesir.


MASA

  • 15 minit setiap seorang.
  • Sesi pertama bermula jam 6.00pm
  • Jumlah mukasurat yang ditalaqqi adalah berkadaran dengan kemampuan bacaan masing-masing.
  • 4 Sesi Pertemuan Dengan Guru.


YURAN PENGAJIAN

Yuran adalah seperti berikut :

Pendaftaran: Rm50.00

Yuran Pengajian : RM 100.00/Sebulan


HARI

  • Sabtu
  • Pengajian akan bermula pada 02 Februari 2019


LOKASI

  • Pengajian bacaan akan diadakan diilik Kuliah Pengajian Hijrah Diri (PHD) Taman Cengal Kulim Kedah.


TEMPOH PEMBELAJARAN


  • Baca sampai khatam
  • Peserta dijangka mengkhatamkan Al-Quran dalam masa 30 bulan (2 ½ tahun)


IJAZAH SANAD

 

  • Ijazah Sanad bertulis akan diberi kepada pe-serta yang mendapat perakuan layak oleh para guru dan mengkhatamkan 30 juz Al-Quran.


SYARAT KEMASUKAN

  • Mempunyai keazaman dan kesabaran yang tinggi.
  • Mampu membaca Al-Quran.
  • Memahami kaedah tajwid asas.
  • "PENYERTAAN TERHAD HANYA UNTUK 15 PESERTA SAHAJA"


Rasulullah SAW bersabda,


خَيْرُكُمْ مَنْ تَعَلَّمَ الْقُرْآنَ وَعَلَّمَهُ .


“Sebaik-baik kalian adalah orang yang belajar Al-Qur`an dan mengajarkannya.”


*_KEARAH PEMBANGUNAN INSAN BERILMU_*


🔺🔻🔺🔻🔺🔻🔺🔻🔺🔻🔺


Sebarang Pertanyaan Sila Hubungi:-

Ketua Unit Quran Pengajian Hijrah Diri (PHD)

Negeri Kedah Daerah Kulim.

🚨*Ustazah Lin*🚨 

Pantas Klik Link Bawah ni 👇

☎📞☎📱📲

www.wasap.my/60149994232





Sunday 13 January 2019

Pusrapi Info: :SURAT CINTA DARIPADA ALLAH TENTANG SOLAT::::

:::SURAT CINTA DARIPADA ALLAH TENTANG SOLAT::::

#SOLAT



... Apabila engkau anggap solat itu hanya sebagai kewajiban, maka kau akan terburu-buru mengerjakannya & tak akan menikmati hadirnya Allah saat kau mengerjakannya.

... Anggaplah solat itu pertemuan yg kau nanti dgn Tuhanmu ... Allahuakbar.

... Anggaplah solat itu sebagai cara terbaik kau bercerita dengan Allah ... Allahuakbar.

... Anggaplah solat itu sebagai kondisi terbaik untuk kau mengadu segala keluh kesah dgn Allah SWT ... Allahuakbar.

..Anggaplah solat itu sebagai spt mana seriusnya kau dlm bermimpi ... Allahuakbar.

... Bayangkan ketika "Azan berkumandang," Allah melambai-lambai kepadamu utk mengajak kau lebih dekat dengan-Nya ... Allahuakbar.

... Bayangkan ketika kau "Takbir," Allah melihatmu, Allah tersenyum untukmu dan Allah berbangga dengan mu ... Allahuakbar.

... Bayangkanlah ketika "Rukuk," Allah menampung badanmu hingga kau tak terjatuh, hingga kau merasakan damai dalam sentuhan-Nya ... Allahuakbar.

... Bayangkan ketika "Sujud," Allah mengalas kepalamu. Lalu Dia berbisik lembut di kedua-dua telingamu: "Aku mencintaimu wahai hamba-Ku." ... Allahuakbar.

... Bayangkan ketika kau "Duduk di antara 2 sujud," Allah berdiri gagah di depanmu, lalu mengatakan: "Aku tak akan diam apabila orang mengusikmu." ... Allahuakbar.

... Bayangkan ketika kau memberi "Salam," Allah menjawabnya, lalu kau jadi manusia berhati bersih ... Subhanallah.

Masya Allah ... sungguh nikmat solat yg kita lakukan. Tak akan sia-sia orang yang menyebarkannya.

Maka sebarkanlah wahai teman-temanku. Allahuma, saksikanlah ...

#Ingatan dan muhasabah buat diriku sendiri, saudara-saudaraku dan sahabat-sahabatku. Kita insan biasa yg sering terleka dek urusan dunia yg sentiasa menghambat kita...😭😭😭

☝Dapat drp seorang  hamba Allah yg sgt mulia hatinya. Oleh itu mari kita muliakan hati kita pula dgn menyebarknnya kpd insan yang kita sayangi. Aamin Ya Rabbal Alamin. Allahuakbar...


_"Hidup Lebih Sihat...Bila Sunnah Terpahat" ✿‿✿_


Love, 

*Pusrapi - Sembuh.Tanpa.Ubat*

☆AL-HIJAMAH● PUSRAPI HQ KULIM●


Whatsapp Saya Pantas Klik Link ....Booking Temu Janji

Bawah ni 👇☎📞📱📲

www.wasap.my/60194499929

Saturday 12 January 2019

Pusrapi Info: Ketika anak bertanya bab Allah

KETIKA ANAK2 BERTANYA TENTANG ALLAH

Bila sel-sel otak anak-anak dah berhubung.

Maka Mak-mak kena lah bersiap sedia nak hadapi soalan bijak dari anak-anak. 

Semoga bermanfaat💖













kredit to : FB Azmiera Zakaria

Thursday 10 January 2019

Pusrapi Info: Vaksin untuk bayi memberi kebaikan atau Mudarat?




Kalau baby baru lahir, selalu sakit2, berulang ke klinik dan hospital, sila stop atau delay vaksin sekejap.
Jangan expect anak sihat kalau setiap bulan disuntik macam2 bahan toksik.

Anak kita lahir2 je dapat 3 jarum - vit K (bukan vaksin), vaksin HepB dan vaksin BCG.

1 bulan akan dapat 1 suntikan booster HepB
2 bulan akan dapat 5 vaksin - diphteria, Pertusis, tetanus, polio dan HIb
3 bulan sama spt di atas 5 jenis.
5 bulan sama spt di atas 5 jenis.
6 bulan dose ketiga HepB
9 bulan MMR
12 bulan MMR 2nd dose.

So, dalam setahun hidup dia dapat vaksin hampir setiap bulan, melebihi jumlah vaksin yg kita org2 dewasa ni dapat.

6 bulan pertama tu vaksinnya loaded dgn aluminium dan merkuri.

Dua2 ni mmg dunia toksikologi dah endorse sebagai bahan yang paling toksik untuk sel manusia.

Dan kita expect anak kita sihat walafiat bila disuntik benda2 ni ?

Jgn jadi ibubapa ignorant. Cakna apa yg dimasukkan ke badan anak sebagaimana kita cakna apa yg kita bagi makan ikut mulut anak!


Pusrapi Info: Bayi Parah Putus Telinga & Jari Dipotong Penculik Tidak Siuman





INDONESIA 07 Jan - Seorang kanak-kanak lelaki berusia setahun cedera parah setelah telinga dan jari tangannya dipotong dalam satu kejadian di sebuah pasar dekat Lamlea, wilayah Maluku semalam.



Menurut maklumat awal, ketika kejadian kanak-kanak tersebut bersama ibunya dipasar sebelum kanak-kanak tersebut dilaporkan hilang.

Kanak-kanak tersebut dijumpai di tempat pembuangan sampah dalam keadaan cedera parah apabila telinga dan jari tangannya dipotong.

Daripada maklumat awal yang diterima, kanak-kanak tersebut dilarikan oleh seorang wanita dipercayai kurang siuman.

Punca sebenar suspek berbuat sedemikian masih dalam siasatan dan suspek wanita tersebut telah di tahan untuk tindakan selanjutnya.

Kepada yang ingin mencuba keberkesanan Produk Pusrapi @ mendapatkan rawatan bolehlah hubungi kami untuk tempahan@temujanji: 

Ustazah Siti (Kulim) 019-449 9929 
Ustazah Husna (Jitra/Alor Setar) 019-496 6316
Ustazah Wahida (Pauh Jaya) 012- 552 0195
Ustaz Syamizam (Alma Jaya) 019-5896783 
Ustazah Min (Alma Jaya) (017-426 6908)
Ustazah Rahmah (Alma Jaya) 012-449 5689
Siti Sarah  (Pulau Pinang Island)013-451 3459
Pn. Nor Aniza (Bangi)(012-319 2542)
Ustaz Mfedzly Faudzi (Sungai Petani) 0192446855
Ustazah Lyana Rahim (Sungai Petani) 0195004594
Siti Rahayu (Manjung): 013-4888201
Radhi & Mira (Johor) : 013-360 8577
Husna (Pahang) : 019 4228228
Ustazah Naza:019-576 3004
Pn.Samihah Stokis Eksklusif Pusrapi: 019 525 7067
Website : http://www.pusrapi.com/
Blogs : http://pusrapi.blogspot.com/
Facebook: https://www.facebook.com/Sembuh.Tanpa.Ubat
Indah Islam Memberi Rahmat,
Al-quran Sunnah Pegangan Umat,
Bila sakit rindu sihat,
Sunnah Nabi Terbukti Hebat,
"Hidup Lebih Sihat...Bila Sunnah Terpahat" ✿‿✿
Pusrapi
Sembuh.Tanpa.Ubat
(◕‿◕)
‎والله أعلم بالصواب
Wallahu A’lam Bish Shawab
(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)

Wednesday 9 January 2019

Pusrapi Info: Keajaiban Bersedekah

*Kisah Yg Mengetuk Hati*

Suatu hari ada seorg pengemis mengetuk pintu rumah Rasulullah saw. Pengemis itu berkata : "Saya pengemis ingin meminta sedekah dr Rasulullah." Rasulullah bersabda : "Wahai Aisyah berikan BAJU itu kpd pengemis itu". Sayyidah Aisyah pun akhirnya melaksanakan perintah Nabi SAW. Dgn hati yg sgt gembira, pengemis itu menerima pemberian beliau & langsung pergi ke PASAR serta berseru di keramaian org di pasar :

"Siapa yg mau membeli baju Rasulullah? "Maka dgn cepat berkumpullah org2 & semua ingin membelinya. 

Ada seorg yg buta mendengar seruan tsbt, lalu menyuruh budaknya agar membelinya dgn harga berapa pun yg di minta & ia berkata kpd budaknya : Jika kamu berhasil mendptkannya, maka kamu MERDEKA.
Akhirnya budak itu pun berhasil mendptkannya. Kemudian di serahkan baju itu pd tuannya yg buta tadi. Alangkah gembiranya si buta tsbt,
dgn memegang baju Rasulullah SAW yg dia dpt. Org buta tsbt kemudian berdoa & berkata :

"Yaa Rabb dgn hak Rasulullah & berkat baju yg suci ini maka KEMBALIKANLAH PENGLIHATAN KU".
MaaSyaa Allah...
dgn izin Allah spontan si buta tsbt dpt melihat kembali. Keesokan harinya, ia pun pergi menghadap Rasulullah SAW dgn penuh gembira & berkata :

Wahai Rasulullah... pandangan ku sudah kembali & aku kembalikan baju anda sbg hadiah dr ku". Sblmnya org itu menceritakan kejadiannya sehingga Rasulullah SAW pun tertawa hingga tampak gigi gerahamnya.
Kemudian Rasulullah bersabda kpd Sayyidah Aisyah :

"Perhatikanlah baju itu wahai Aisyah, dgn berkah-Nya BERSEDEQAH tlh mengkayakan org yg miskin, menyembuhkan yg buta, memerdekakan budak & kembali lagi kpd kita".

Subhanallah...

Al-Imam as-Suyuti menyebutkan dlm salah satu kitabnya bahwa pahala  SHADAQAH itu ada 5 macam :

أَنَّ ثَوَابَ الصَّدَقَةِ خَمْسَةُ أَنْوَاعٍ : وَاحِدَةٌ بِعَشْرَةٍ وَهِيَ عَلَى صَحِيْحِ الْجِسْمِ ، وَوَاحِدَةٌ بِتِسْعِيْنَ وَهِيَ عَلَى الْأَعْمَى وَالْمُبْتَلَى ، وَوَاحِدَةٌ بِتِسْعِمِائَةٍ وَهِيَ عَلَى ذِي قَرَابَةٍ مُحْتَاجٍ ، وَوَاحِدَةٌ بِمِائَةِ أَلْفٍ وَهِيَ عَلَى الْأَبَوَيْنِ ، وَوَاحِدَةٌ بِتِسْعِمِائَةِ أَلْفٍ وَهِيَ عَلَى عَالِمٍ أَوْ فَقِيْهٍ اهـ
(كتاب بغية المسترشدين)

"Sesungguhnya pahala bersedekah itu ada lima (5) kategori :

1. Satu di balas sepuluh (1 : 10) iaitu bersedekah kpd org yg sihat jasmani.

2. Satu di balas sembilan puluh (1 : 90) iaitu bersedekah terhadap org buta, org cacat @ tertimpa musibah, tmsk anak yatim & piatu.

3. Satu di balas sembilan ratus (1 : 900) iaitu bersedekah kpd kerabat kaum keluarga serta saudara.

4. Satu di balas seratus ribu (1 : 100,000) iaitu sedekah kpd kedua org tua.

5. Satu di balas sembilan ratus ribu (1 : 900,000) iaitu bersedekah kpd org yg alim @ ahli fiqh/fekah.

[Kitab Bughyatul Musytarsyidin]

Semoga Allah SWT memudahkan kita utk bermurah hati, suka bersedekah dgn ikhlas. Aamiin...

Habib Ali Zainal Abidin.

📌 Pusrapi - Jalan Ikhtiar Kesembuhan




حَسْبُنَا ٱللَّـهُ وَنِعْمَ ٱلْوَكِيلُ

“HasbunalLâh Wani’mal-Wakîl”,

Cukuplah Allah untuk kami dan dia sebaik-baik pengurus. (Surah Al-Imran. 3:173)


نِعْمَ ٱلْمَوْلَىٰ وَنِعْمَ ٱلنَّصِيرُ

Ni'mal-Mawla Wani'man-Nashîr

Dia adalah sebaik-baik Pelindung dan sebaik-baik Penolong . (QS. 8:40)


AllahuAkhbar.


Indah Islam Memberi Rahmat,

Al-quran Sunnah Pegangan Umat,

Bila sakit rindu sihat,

Sunnah Nabi Terbukti Hebat,

"Hidup Lebih Sihat...Bila Sunnah Terpahat" 


✿‿✿

Pusrapi

Sembuh.Tanpa.Ubat

(◕‿◕)

‎والله أعلم بالصواب

Wallahu A’lam Bish Shawab

(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)


Love, 

*Pusrapi - Sembuh.Tanpa.Ubat*

☆AL-HIJAMAH● PUSRAPI HQ KULIM● 


Whatsapp Saya Pantas Klik Link ....Booking Temu Janji

Bawah ni 👇☎📞📱📲

www.wasap.my/60194499929


ⓟⓤⓢⓡⓐⓟⓘ

019-449 9929

ⓢⓔⓜⓑⓤⓗ.ⓣⓐⓝⓟⓐ.ⓤⓑⓐⓣ




Monday 7 January 2019

Pusrapi Info: Penawar Semulajadi Dari Binatang Berbisa

Kena simpan ilmu ni sebaiknya
Orangnya pun dah takda lagi.😔

 (AlMarhum Tuan Guru Dato Dr Haron Din)

1) - Apabila dipatuk ular, penawar ada pada ular itu.
 -Ambil sisik terakhir (hujung ekor ) ular tersebut.
 -Ambil & makan. InsyaAllah ia akan jadi penawar bagi bisa ular itu.

2) - Disengat ikan sembilang atau ikan keli, penawar ada pada otak ikan tersebut.
 - Ketuk kepala ikan, ambil kecik seperti gel
 - Ambil & sapu pada bahagian yang disengat

3) - Terkena duri kelapa sawit. Penawarnya ada pada buah kelapa sawit.
 - Ambil buah, diketuk/ dipecahkan dan diambil minyaknya
 - Jangan ambil menggunakan tangan, sapu menggunakan sabut kelapa sawit itu sekali
 - InsyaAllah hilang rasa sakit & cepat sembuh

4) Terkena sihir untuk menceraikan suami isteri
 Surah Al - Baqarah, ayat 102

5 ) Resdung
 - Ambil 7 botol air kolah dari 7 buah masjid yg berlainan
 - Mestilah masjid yang aktif (masjid yang ada org dtg bersolat)
 - Setiap kolah masjid, 1 botol.
 - Ambil air, letak atas sejadah, buat solat hajat untuk sembuhkan penyakit resdung
 - Letak air pada tangan kanan, Baca surah Al- Anbya' , ayat 83.
 - Sebelum masukkan air ke dalam hidung, baca selawat syifa'
 - Masukkan air ke dalam hidung & buang semula
 - Ulang sebanyak 7 kali
 Surah Al - Anbya', ayat 83

6) Masalah sakit tumit / sakit2 sendi (rheumatism)
 - Gunakan minyak zaitun
 - Baca Al - Fatihah & Ayat kursi
 - Sapu minyak tersebut atau urut sambil membaca doa di bawah ini :
 Surah At- Taubah ayat 14
 &
 surah Al - Hashr ayat 21

7) Fibroid, atau masalah yang melibatkan wanita
 - Menggunakan madu asli
 - Baca Al- Fatihah & Ayat kursi
 - Baca Surah An - Nahl, ayt 69, jampi ayat tersebut pada madu
 - Makan 1 sudu sehari
 Surah An -Nahl, ayat 69

8 ) Angin pasang
 - Menggunakan madu
 - Amalkan ayat- ayat di bawah ini
 -Surah Al - Isra', ayat 82
 Surah Al - Hashr, ayat 21
 Surah Ash - Shua'ra' ayat 70

9) Penyakit darah tinggi, kencing manis, & masalah jantung
 Bahan - bahan :
 - Ambil serai 3 batang ( titikkan supaya pecah)
 - Halba (yang selalu diletakkan dalam nasi dagang)
 - Buah kelapa (yang berhingus)
 Cara - cara :
 - Serai apabila sudah dititikkan, letak dalam buah kelapa,1 buah kelapa, 3 btg serai.
 - Ambil 7 halba, letak sekali dlm buah kelapa.
 - Ambil buah kelapa, letak atas api gas & pnaskan.
 - Jadikan serai sebagai sudu, ambil isi guna serai.
 - Minum air kelapa yang telah suam.
 *Satu bji kelapa, selang 2 hari.

10) Susah tidur malam
 Surah Al - kahf, ayat 11

11) Angin dalam badan, sakit - sakit sendi
 Surah - fussilat, ayat 44

12) Merawat histeria
 - Genggam tangan kanan, baca Bismillah, MasyaAllah..
 - Baca 3 kali, tiup dalam penumbuk, muncungkan mulut, tiup dengan tiupan yg halus, Tepuk atas tulang belikat pesakit yang terkena histeria.
 *Pagar diri dahulu sebelum mengubati orang lain
 - As saffat , ayat 7

[Almarhum Tuan Guru Dato Dr Haron Din]

#ilmu

Sembuh.Tanpa.Ubat

Pusrapi Info : Bagi ornag yang tidak Tahu

Pusrapi Info : Bagi ornag yang tidak Tahu





Korg tau x?
Pemuda Al kahfi yg ada 7 org tidur 309 tahun.
Bersama mereka ada seekor anjing.
Surah Al-kahf ayat 17

Korg tau x?
Allah membolak balikan badan mereka utk tidak berkulat, Allah hentikan segala mcm bulu di tubuh mereka,Allah kukuhkan pakai mereka supaya tidak reput.

Korg tau x?
Nabi Uzair tidur 100 tahun.
Bersama beliau ada seekor keldai. Keldai yg tulang pon da hncur jd debu. (selepas 100 tahun)
Maha suci Allah, Allah tunjuk debu jd tulang di balut daging bulu. Kemudian Bercantum semula jd keldai.

Korg tau x?
Amalan yg di lakukan oleh Bilal bin Rabah sehingga kedengaran tapak kaki beliau di dalam syurga adalah solat sunat wuduk.

Korg tau x?
Malam sebelum isra' mikraj dada Rasulullah saw di belah utk kali ke 2. Kali pertama ketika berusia 5 tahun. Kemudian hati baginda saw di basuh dgn air zam zam.

Korg tau x?
Perihal burraq ialah berwarna putih lebih kecil dari kuda dan lebih besar dari keldai. Kelajuan sejauh mata memandang.

Korg tau x?
Bila sampai di masjid Aqsa, Rasulullah saw solat 2 rakaat dan baginda saw menjadi imam kepada para2 nabi. Sesuai dgn pangkat beliau iaitu penghulu segala nabi dan rasul.

Korg tau x?
Selesai solat Rasulullah di dtgi 2 bekas. 1 berisi susu dan 1 berisi arak.
Rasulullah memilih susu.

Korg tau x?
Rasulullah saw dan jibril as menaiki langit yg pada nya belum ada manusia selain nabi pernah sampai.
Jibril memberi salam lalu di jwb malaikat pnjaga langit dan bertnya siapa engkau. Kemudian jibril menjwb aku jibril. Kemudian di tnya lg siapa bersama engkau dan adakah dia telah di utuskan?
Jibril menjwb Dia Muhammad dan dia telah di utuskan (berlaku pada setiap pintu langit)

Korg tau x?
Di langit pertama ada nabi adam as
Di langit kedua ada nabi isa as dan nabi yahya as
Di langit ketiga ada nabi yusuf as
Di langit keempat ada nabi idris as
Di langit kelima ada nabi harun as
Di langit keenam ada nabi musa as
Di langit ketujuh ada nabi ibrahim as dan juga baitul makmur 
Di atas langit ketujuh syurga dan sidratul muntaha
Di atas syurga ada air
Di atas air ada arasyh 
Di atas arasyh ada kursi
Di kanan arasyh ada lauh mahfuz
Smua nabi mengucapkan salam 
Selamat datang nabi yg soleh dan rasul yg soleh
Kecuali nabi adam mengucapkan anak yg soleh dan rasul yg soleh

Korg tau x?
Ketika Rasulullah saw smpi di lngit ke 7
Beliau mendapati lelaki yg muka nya sama seperti baginda sedang dduk bersandar manakala malaikat yg lain sedang sibuk bertawaf.

Rupa2 nya amalan ibadah ni ketika di hidup di alam dunia sahaja. Yg memakan msa 50 60 70 tahun bergntung kepada usia masing2. Kmudian xde dah.

Korg tau x?
Rasulullah prgi ke syurga dan dia dapati kebnyakan ahli syurga itu adalah dikalangan mereka yang miskin.

Korg tau x?
Rasulullah saw melihat kebnyakan penghuni neraka adalah di kalangan wanita.

Korg tau x?
Neraka ada 7 tingkat manakala syurga ada 8 tingkat

Korg tau x?
Slepas smua itu Rasulullah naik ke sidratul muntaha dan jibril menunjukan rupa sebenar beliau utk sekali lagi.
Surah an najm ayat 13.

Dan bila Rasulullah ingin mengmbil perintah solat.
Berpisah lah dia dgn jibril. Jibril yg semulia mulia makhluk pon x dpt maju kedepan kerana takut kebinasaan. Hanya Rasulullah ke seorangan ketika itu.

Korg tau x?
Umat islam semakin tidak mempercayai Rasulullah saw slepas peristiwa Isra' mikraj.
Tetapi Abu Bakar ra tetap membenarkan kata² Rasulullah saw.

Korg tau x?
Ayat pertama surat nabi sulaiman kepada balqis ialah Bismillah'irahmannilrahim 
Surah al-naml ayat 30.

Buatlah apa pon, Bismillah. Amik kunci, bismillah. Tekan alarm, bismillah. Bukak pntu, bismillah. Masuk kan kunci, bismillah. Duduk bismillah. Start enjin, bismillah. Masuk gear, bismillah. Korg akan rase kemanisan Basmallah td. Percayalah. 

Korg xkan paham kemanisan gula itu sehingga korg amik gula itu letak dlm mulut. Mmg manis.

Korg tau x?
Mase nk pidahkan istana balqis, ifrit boleh bwk istana tu sebelum nabi sulaiman bgn dari tmpt duduk
Surah al-naml ayat 39

Korg tau x?
Mulia nya manusia ni, ada yg boleh angkat istana itu dalam sekelip mata.
Surah al-naml ayat 40.
Mulia lg kita ni dari jinn.

Korg tau x?
Air di cicang x akan putus.
Ketika laut merah di belah oleh nabi musa
Ketinggian benteng laut itu setinggi gunung.

Korg tau x?
Abu Jahal adalah manusia yg mintak Rasulullah saw membelah bulan. Bila bulan terbelah kemudian bercantum. Dia herdik Rasulullah saw adalah bapak segala ilmu sihir. MasyaAllah.

Mkna kata ketika peristiwa itu ada musafir dtg utk berjumpa abu jahal, konon meraka akan jd saksi.
Esk nya bila mereka smpi mereka bercerita.
Situ yg dia herdik Rasulullah konon nya Rasulullah bukan saja boleh sihir dekat2 jauh pon boleh.

Korg tau x?
Antara perkara yg paling mengembirakan Rasulullah saw ialah bila sesorg itu ingin memeluk islam.

Korg tau x?
Abu Lahab adalah pakcik Rasulullah.
Allah abadikan surah khas utk dia.
Surah al lahab..

Korg tau x?
Surah al lahab td turun 6 bulan sebelum abu lahab mati.
Mkna kata confirm masuk neraka.

Korg tau x?
Antara pakcik kesyg Rasulullah ialah Abu Talib.
walaupon  xberiman dgn Rasulullah saw, di tetap sokong dakwah Rasulullah saw.

Korg tau x?
Abu Talib ni beriman dgn Allah, percaya neraka itu benar. Tetapi dia tolak Muhammad saw sebagai utusan. Ni nk kata hidayah milik Allah.

Korg tau x? 
Abu Talib mati dlm tidak beriman kepada Rasulullah saw dan Rasulullah saw bernekad akan terus mendoakan pakciknya. Kemudian turun ayat.

“Sesungguhnya kamu (hai Muhammad) tidak akan dapat memberi hidayah (petunjuk) kepada orang yang kamu cintai, tetapi Allah lah yang memberi petunjuk kepada siapa saja yang dikehendakiNya, dan Allah lebih mengetahui orang-orang yang mau menerima petunjuk.” (QS Al Qashash: 56)

Korg tau x antara nikmat² besar Allah bg?
Islam!
Islam adalah nikmat besar.
Sehingga org terakhir yg keluar dari neraka itu org islam yg dlm hatinya ada "tiada tuhan selain Allah"

Korg tau x bila korg islam?
Bila mana mulut kalian menyebut shahadah dan di iring dgn solat serta beriman kepada rukun islam.

Dah tu bila last korg islam? Atau makna kata lain bila last korg solat? Solat ni Nabi amk tu atas dari langit ke 7.
Asl dari 50 smpi jd 5.
Mujur ada nabi Musa mtk Rasulullah saw naik balik mtk kurang. Naik mtk kurang. Naik mtk kurang.
Sampai Rasulullah saw malu tau x!
"wahai Musa! Aku pun tahu malu dengan tuhan aku"

Korg tau x islam?
Korg terutama nya aku, hari ini dpt islam secara 'percuma' sbb tu ak x reti hargai.
Amik remeh sbb bkn ak yg perjuangkan.
Kemanisan tu xde.

Harap2 kita bukan islam hanya di kad pengenalan.

Korg tau x mahdi?
Imam mahdi atau nama sbnr beliau Muhammad bin Abdullah.
Keturunan Rasulullah saw lelaki fasih berbahasa arab tampan akhlak baik mcm Rasulullah saw.

Korg tau x imam mahdi ni?
Rasulullah saw pesan bila kamu mendengar imam mahdi sedang di lantik.
Pergi dapat kan bai'ah dari beliau.
Walau terpaksa merangkak dalam salji.

Korg dan ak akan pergi x?
Jap Pikir dulu.
Ada anak bini, kereta, rumah x abis bayar lg.
Syg sgt ke kerja.. Ni aku lah ni..
Iman kulit bawang..

Korg tau x kenapa ramai mengaku imam mahdi?
Dorg x mampu nk tiru Nabi Isa as sbb ketika nabi isa turun,
Dia msih memegang sayap malaikat di tgn kiri dan kanan beliau.

Korg tau x nabi isa?
Antara manusia yang tidak di jadi kan dari air mani.
Termasuk Nabi Adam dan Siti Hawa

Korg tau x Nabi Isa?
Akan hidup 40 tahun berlandaskan syariat nabi Muhammad saw.
Beruntung anak cucu korg dpt jmpe Nabi. SubahanaAllah!

Tapi! Sebelum turun the last man standing ni
Dunia kena hadapi fitnah dajjal ni selama 40 hari.
1 hari bersamaan 1 tahun
1 hari bersamaan 1 bulan
1 hari bersamaan 1 mggu
Hari ke empat mcm biasa.

Apa pon korg jgn lupa solat.! Sbb solat adalah satu2 nya jambatan mendapat rahmat dan redha Allah..
Solat x turun wahyu, Rasulullah pi amik atas langit sana.

Ingat ye solat! Bru berkat.
Jgn smpi istidraj. Senang tp x berkat.

Sekadar renungan.

Sembuh.Tanpa.Ubat

Sunday 6 January 2019

Pusrapi Info: Sakitnya Sakaratul Maut

















Sakitnya Sakaratul Maut itu juga Ibarat 300 Tetakan Pedang 😖.  Beruntunglah bagi Mereka yang Pulang Ke Pangkuan Allah dalam Keadaan Bersih Hatinya dan Diterima Amal dengan DiAnugerahkan Husnul Khotimah maka Tidak Terasa Sakit itu. Pulanglah Meninggalkan Dunia dengan Tenang Menghela Nafas terakhirnya 😢. Allahumma ya Muhyi ya Mumit, Izinkanlah kami Mati dengan Menyebut NamaMu yakni Kalimat Tauhid. Aamiin ya Mujib ya Robbal'alamin.

#CintaAllahTujuanCintaRasulJalan
#TauhidAkhirZamanASWJ
#BacaFahamAmalQuran
#TerapiPenyucianJiwa
#SenafasKeBarzakh
#PergiTakKembaliBersediakahKita ?

Pusrapi Info: HablumminAllah & Hablumminannas

Pada zaman dahulu ada seorang ahli ibadah bernama Abu bin Hasyim yang kuat sekali tahajudnya. 


Hampir bertahun-tahun dia tidak pernah meninggalkan solat tahajud.


Pada suatu malam ketika hendak mengambil wudhu untuk tahajud, Abu dikejutkan oleh kehadiran satu makhluk yang duduk di tepi telaganya. 


Abu bertanya, “Wahai hamba Allah, siapakah Engkau?”


Sambil tersenyum, makhluk itu berkata; “Aku Malaikat utusan Allah". 


Abu Bin Hasyim terkejut sekaligus bangga kerana telah didatangi oleh malaikat yang mulia. 


Abu lalu bertanya, “Apa yang sedang kamu lakukan di sini?”


Malaikat itu menjawab, “Aku disuruh mencari hamba pencinta Allah.”


Melihat Malaikat itu memegang sebuah kitab tebal, Abu lalu bertanya;


“Wahai Malaikat, buku apakah yang engkau bawa?”


Malaikat menjawab; “Di dalamnya terdapat kumpulan nama hamba-hamba pencinta Allah.”


Mendengar jawapan Malaikat, Abu bin Hasyim berharap dalam hati moga-moga namanya ada di situ. 


Maka ditanyalah kepada Malaikat. “Wahai Malaikat, adakah namaku di situ ?”


Abu menjangka namanya ada di dalam buku itu, kerana amalan ibadahnya yang tidak putus-putus, selalu mengerjakan solat tahajud setiap malam, berdo’a dan juga bermunajat kepada Allah SWT di sepertiga malam, setiap hari. 


“Baiklah, biar aku lihat,” kata Malaikat sambil membuka kitab besarnya. Dan, ternyata Malaikat itu tidak menemukn nama Abu bin Hasyim di dalamnya.


Tidak percaya, Abu meminta Malaikat mencari sekali lagi.


“Betul... namamu tidak ada di dalam buku ini!” kata Malaikat.


Abu bin Hasyim pun gementar dan jatuh tersungkur di depan Malaikat. 


Dia menangis semahunya.


“Rugi sekali diriku yg selalu tegak berdiri di setiap malam dalam tahajud dan munajat, tetapi namaku tidak masuk dalam golongan para hamba pencinta Allah,” ratapnya.


Melihat itu, Malaikat berkata, “Wahai Abu bin Hasyim! Bukan aku tidak tahu engkau bangun setiap malam ketika yang lain tidur, engkau mengambil air wudhu dan menahan kedinginan ketika orang lain terlelap dalam kehangatan buaian malam. 


Tapi tanganku dilarang Allah menulis namamu.”


“Apakah gerangan yang menjadi penyebabnya?” tanya Abu bin Hasyim.


“Engkau memang bermunajat kepada Allah, tapi engkau pamerkan dengan rasa bangga ke mana-mana. 


Engkau asyik beribadah memikirkan diri sendiri. Sedang di kanan kirimu ada orang sakit, ada orang lapar, ada orang sedang sedih, tidak engkau tengok tidak engkau ziarah. 


Mereka itu mungkin ibumu, mungkin adik beradikmu, mungkin sahabatmu, malah mungkin juga cuma saudara seagama denganmu, atau mungkin cuma sekadar mereka menjadi tetanggamu. 


Tidak engkau peduli pada mereka, kenapa? 


Bagaimana mungkin engkau dapat menjadi hamba pencinta Allah kalau engkau sendiri tidak pernah mencintai hamba-hamba yang diciptakan Allah?” kata Malaikat itu.


Abu bin Hasyim seperti​ disambar petir di siang hari. 


Dia tersedar hubungan ibadah manusia tidaklah hanya kepada Allah semata (hablumminAllah), tetapi juga kepada sesama manusia (hablumminannas) dan juga kepada alam.


_*JANGAN BANGGA DENGAN BANYAKNYA SOLAT, PUASA, DAN ZIKIR KERANA ITU SEMUA BELUM MEMBUAT ALLAH SENANG !!!*_

_*``TAHU APA YANG MEMBUAT ALLAH SENANG?*_

*_Nabi Musa: Wahai Allah, aku sudah melaksanakan ibadah. Lalu manakah ibadahku yang membuat Engkau senang?_*

*_Allah SWT:_*

*_SOLAT? Solat mu itu untukmu sendiri, kerana dengan mengerjakan solat, engkau terpelihara dari perbuatan keji dan mungkar._*

*_ZIKIR? Zikirmu itu hanya untukmu sendiri, membuat hatimu menjadi tenang._*

*_PUASA? Puasamu itu untukmu sendiri, melatih dirimu untuk memerangi hawa nafsumu sendiri._*

*_Nabi Musa : Lalu apa yang membuat Mu senang Ya Allah?_*

*_Allah SWT: SEDEKAH, INFAQ, ZAKAT serta PERBUATAN BAIK-mu._* 

_Itulah yang membuat AKU senang, kerana tatkala engkau membahagiakan orang yang sedang susah, AKU hadir di sampingnya. ---Dan AKU akan mengganti dengan ganjaran 700 kali (Al-Baqarah 261-262)---_


*_Saudara-Saudara, jika kamu sibuk dengan ibadah ritual dan bangga akan itu... maka itu tandanya kamu hanya mencintai dirimu sendiri, bukan Allah._*

*_Tapi, bila kau berbuat baik dan berkorban untuk orang lain... maka itu tandanya kau mencintai Allah dan tentu Allah senang dengannya._*

*_Buatlah Allah senang maka Allah akan limpahkan rahmat-Nya dengan membuat hidup kita lapang dan bahagia_*

*(Dikutip dari Kitab Mukasyafatul Qulub Karya Imam Al Ghazali)*


Saudaraku seiman, sebarkanlah ilmu ini agar kita makin barakah.


Pentingnya Silaturrahim. 


Aamiin...



‎حَسْبُنَا ٱللَّـهُ وَنِعْمَ ٱلْوَكِيلُ

“HasbunalLâh Wani’mal-Wakîl”,

Cukuplah Allah untuk kami dan dia sebaik-baik pengurus. (Surah Al-Imran. 3:173)


‎نِعْمَ ٱلْمَوْلَىٰ وَنِعْمَ ٱلنَّصِيرُ

Ni'mal-Mawla Wani'man-Nashîr

Dia adalah sebaik-baik Pelindung dan sebaik-baik Penolong . (QS. 8:40)


AllahuAkhbar.


Indah Islam Memberi Rahmat,

Al-quran Sunnah Pegangan Umat,

Bila sakit rindu sihat,

Sunnah Nabi Terbukti Hebat Attachment.png,

"Hidup Lebih Sihat...Bila Sunnah Terpahat" 


✿‿✿

Pusrapi

Sembuh.Tanpa.Ubat

(◕‿◕)

‎والله أعلم بالصواب

Wallahu A’lam Bish Shawab

(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)


Love, 

*Pusrapi - Sembuh.Tanpa.Ubat*

☆AL-HIJAMAH● PUSRAPI HQ KULIM● 


Whatsapp Saya Pantas Klik Link ....Booking Temu Janji

Bawah ni 👇☎📞📱📲

www.wasap.my/60194499929


ⓟⓤⓢⓡⓐⓟⓘ

019-449 9929

ⓢⓔⓜⓑⓤⓗ.ⓣⓐⓝⓟⓐ.ⓤⓑⓐⓣ