Saturday 25 May 2019

Pusrapi Info: Jom Ngaji Di Akademi Pusrapi


🧕📚💞🎓🧕📚💞🎓🧕📚💞🎓🧕📚💞🎓

*‎_ Assalamualaikum Semua Muslimat🧕.

•Berita baik• Pihak Pengurusan *Akademi Pusrapi Pengajian Hijrah Diri (APIPHD)* akan membuka Kelas Pengajian Asas *_"Aku Mau Belajar Mengaji Dari Mula"_* bagi Muslimat(Perempuan Sahaja) yang tidak tahu ilmu membaca Al-Quran dari peringkat awal secara _One To One_ ,

Teknik Kaedah Talaqqi Musyafahah berhadapan dengan guru Al-Quran seorang demi seorang kepada Pelajar Muslimat 🧕 Sahaja dari semua peringkat umur.


*MASIH TAK KENAL HURUF ATAU KELIRU, TAPI MAHU TAHU CARA CEPAT & MUDAH BACA QURAN?*


*➡️ _Pernah merasai belajar Quran itu susah_


*➡️ _Rasa keliru & susah sangat nak hafal huruf_


*➡️ _Puas dah hadiri kelas Quran, sampai bertahun untuk habiskan silibus._


*➡️ _Dulu boleh sebut sebab HAFAL, bila tengok huruf dalam Quran.. MALUNYA tak boleh sebut._


*➡️ _Umur pula dah semakin meningkat, anak pun dah semakin dewasa, tapi bacaan Al-Quran sendiri masih ada tersangkut-sangkut. Kadang-kadang nak ajar anak pun rasa malu & tak yakin_


*```JANGAN RISAU, sebenarnya ada cara ‘short-cut’ untuk mengenali Huruf & membaca Quran selama 3 Bulan anda akan nampak Quran tu sebenarnya simple & mudah.```


**Kelas ini amat sesuai untuk anda yang ingin :*


☑️ _Belajar dari zero (asas)_

☑️ _Lebih confident baca Quran bertajwid._

.

-------------------------------

➡️ *APA YANG ANDA BAKAL DAPAT KELAS INI ?*

-------------------------------

.

1⃣ _Teknik Mudah mengenal huruf  melalui Kenal Huruf Teknik Aura Minda._

2⃣ _Tips Cara Ingat huruf & mengena huruf bersambung tanpa rasa stress mudah ingat._

3⃣ _Teknik FAHAM Bacaan Quran cara Efektif.

4⃣ _Belajar dalam masa yang singkat. *Dalam 3 Bulan (Seminggu sekali)* sahaja dah faham semua._

5⃣ _Pembelajaran *CONFIRM* seronok, SANTAI dan penuh ‘FUN’. Lebih Mesra Belajar Mudah._

6⃣ _Yuran AMAT BERPATUTAN & mampu hadir._


```PALING BEST : Dalam kelas ini ustazah yang mengajar akan ajar sampai kalian dapat tanam benih Al-Quran didada sampai bila-bila tak lupa... ☺️```


*Anda boleh pilih salah satu daripada lokasi & tarikh berikut :*


*---------------------------------

*LOKASI & TARIKH KELAS* 

*---------------------------------

.

📍 _BILIK KULIAH Akademi Pusrapi Pengajian Hijrah Diri No.19 Jalan Cengal 1, Taman Cengal 09000 Kulim Kedah Darulaman_


📅 ```Selasa 6:00 Ptg-10:00mlm - 

*Sesi Tarikh Pertemuan Setiap Selasa bulan June 2019*


_04/06/2019_

_11/06/2019_

_18/06/2019_

_25/06/2019_


📅 ```Sabtu 6:00 Ptg-10:00mlm - 


*Sesi Tarikh Pertemuan Setiap Sabtu bulan Mac 2019*

_08/06/2019_

_15/06/2019_

_22/06/2019_

_29/06/2019_


*MASA*

* 15 minit setiap seorang.

* Sesi pertama bermula jam 6.00pm

* Mula dari peringkat Asas Kenal Huruf Sampai pandai,cekap & Kekal Ingat.

* 4 Sesi Pertemuan Dengan Guru.


*YURAN PENGAJIAN*

Yuran adalah seperti berikut :

🔹Pendaftaran: Rm50.00

🔹Yuran Pengajian : RM 50.00/Sebulan


*HARI*

* Selasa & Sabtu

* Pengajian akan bermula pada 06 June 2019


_Mohon maaf, kerana tawaran ini amat-amat terhad. Sebaik sahaja seat penuh kami akan tutup pendaftaran._



Rasulullah SAW bersabda,


خَيْرُكُمْ مَنْ تَعَلَّمَ الْقُرْآنَ وَعَلَّمَهُ .


“Sebaik-baik kalian adalah orang yang belajar Al-Qur`an dan mengajarkannya.”


*_KEARAH PEMBANGUNAN INSAN BERILMU & ILMU AL-QURAN ILMU MERENTASI ZAMAN_*


```Jom sebarkan info kebaikan ini ke saudara mara, sahabat, kawan & jiran tetangga. Semoga mereka juga boleh membaca Al-Quran seperti kita. ```


*Jazakumullah khair & Terima Kasih*
























🔺🔻🔺🔻🔺🔻🔺🔻🔺🔻🔺


Sebarang Pertanyaan Sila Hubungi:-

Ketua Unit Quran Akademi Pusrapi Pengajian Hijrah Diri (APIPHD)

Negeri Kedah Daerah Kulim.

🚨*Ustazah Lin*🚨 

Pantas Klik Link Bawah ni 👇

☎📞☎📱📲

www.wasap.my/60149994232

Thursday 23 May 2019

Pusrapi Info: New Gadget Gnarbox Pusrapi

23/05/2019 Terima peralatan naik taraf aplikasi di Pusrapi iaitu GNARBOX 256 V1 adalah penyelesaian aliran mudah alih yang paling kuat untuk jurugambar dan videografer. Dengan aplikasi mudah alih GNARBOX baru, memulakan aliran kerja anda sebelum anda mencapai komputer anda lebih mudah berbanding sebelum ini.





















Alhamdulillah izin Allah sampai jua akhirnya Gnarbox yang ditunggu2 🥰


Saturday 18 May 2019

Pusrapi Info: Pengasas Dnars Meninggal dibulan Mulia Ramadhan 1440









Untuk Makluman Sahabat. 18 May 2019 ( Sabtu )

Pengasas D' Nars Skincare - Faziani Bt Rohiban Ahmad Telah Meninggal Dunia, Allahyarhammah terlibat dalam kemalangan di Pattani Pada jam 9.45pg waktu Thailand dan 10.45 pg waktu tempatan. Suami Beliau Mengelami Kecederaan dan telah dibawa ke Hospital Pattani, Thailand. Jenazah Masih Di Sana. 


''Inna lillahi wa inna ilayhi raji'un..Founder Dnars Skincare meninggal dalam kemalangan jalanraya..ada yang beritahu arwah otw menyerahkan duit zakat kepada anak² tahfiz di Pattani...Al Fatihah.. semoga arwah ditempatkan dlm kalangan orang2 yang beriman 😢😢"






Al-Fatihah 😔😔

Friday 17 May 2019

Pusrapi Info: Berubat dengan Air Hujan

Berubat dengan Air Hujan













Benarkah minum hujan untuk ubat?
Jawab:
Bismillah was shalatu was salamu ‘ala Rasulillah, amma ba’du,
Dalam al-Quran, Allah menyebut hujan sebagai sesuatu yang diberkahi,
‎وَنَزَّلْنَا مِنَ السَّمَاءِ مَاءً مُبَارَكًا فَأَنْبَتْنَا بِهِ جَنَّاتٍ وَحَبَّ الْحَصِيدِ

Kami turunkan dari langit air yang berkah (banyak manfaatnya) lalu Kami tumbuhkan dengan air itu pohon-pohon dan biji-biji tanaman yang diketam. (QS. Qaf: 9)

Allah juga menyebut hujan sebagai rahmat,
‎وَهُوَ الَّذِي يُنَزِّلُ الْغَيْثَ مِن بَعْدِ مَا قَنَطُوا وَيَنشُرُ رَحْمَتَهُ وَهُوَ الْوَلِيُّ الْحَمِيدُ

Dialah Yang menurunkan hujan sesudah mereka berputus asa dan menyebarkan rahmat-Nya. Dan Dialah Yang Maha Pelindung lagi Maha Terpuji (QS. as-Syura: 28)

Kerana itulah Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam dan orang soleh masa silam, sangat gembira dengan turunnya hujan. Sehingga mereka mengambil berkah dengan air hujan.

Anas bin Malik radhiyallahu ‘anhu menceritakan,
“Kami pernah kehujanan bersama Rasulullah shallallahu ’alaihi wa sallam. Lalu Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam menyingkap bajunya, lalu beliau membasahkan badannya dengan hujan. Kamipun bertanya, “Wahai Rasulullah, mengapa anda melakukan demikian?” Jawab Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam,
‎لأَنَّهُ حَدِيثُ عَهْدٍ بِرَبِّهِ تَعَالَى
“Kerana hujan ini baru saja Allah ciptakan.” (HR. Ahmad 12700, Muslim 2120, dan yang lainnya)

Al-Qurthubi mengatakan,
‎وهذا منه صلى الله عليه وسلم تبرك بالمطر ، واستشفاء به ؛ لأن الله تعالى قد سماه رحمة ، ومباركا ، وطهورا ، وجعله سبب الحياة ، ومبعدا عن العقوبة ، ويستفاد منه احترام المطر ، وترك الاستهانة به

Praktik dari Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam ini menunjukkan bentuk tabarruk (mendapat berkah) dengan hujan. Dan menjadikannya sebagai ubat. Kerana Allah menyebut hujan dengan rahmat, mubarok (berkah), dan thahur (alat bersuci). Allah jadikan hujan sebagai sebab kehidupan dan tanda terhindar dari hukuman, yang memberi kesimpulan agar kita menghormati hujan dan tidak menghina hujan. (al-Mufhim lima Asykala min Talkhis Shahih Muslim, 2/546).

Kemudian dalam hadis lain, Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam secara sengaja menghujankan dirinya ketika khutbah di masjid. Anas bin Malik menceritakan,
‎ثُمَّ لَمْ يَنْزِلْ عَنْ مِنْبَرِهِ حَتَّى رَأَيْتُ الْمَطَرَ يَتَحَادَرُ عَلَى لِحْيَتِهِ
Kemudian beliau tidak turun dari mimbarnya hingga saya melihat air hujan menitis dari janggut beliau. (HR. Bukhari 1033)

Ketika membawakan hadis ini, Imam Bukhari memberikan judul bab dalam kitab shahinya,
‎باب من تمطر في المطر حتى يتحادر على لحيته
Bab orang yang menghujankan diri hingga air menitis di janggutnya.

Al-Hafidz Ibnu Hajar menilai bahwa tindakan Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam menghujankan diri beliau adalah suatu kesengajaan, dan bukan kebetulan. Kerana andai beliau tidak sengaja, tentu beliau akan menyelesaikan khutbahnya ketika mendung kemudian berteduh. Namun beliau terus melanjutkan khutbahnya, ketika hujan turun, sampai membasahi janggut beliau. (Simak Fathul Bari, 2/520).

Demikian pula yang dilakukan oleh para sahabat. Mereka hujan-hujanan dalam rangka mendapatkan berkah.

Ibnu Abi Syaibah menyebutkan beberapa riwayat dari para sahabat, dan beliau memberikan judul bab,
‎مَنْ كَانَ يتمطّر فِي أوّلِ مطرةٍ
Orang yang hujan-hujanan ketika pertama kali turun hujan.

Selanjutnya Ibnu Abi Syaibah menyebutkan beberapa riwayat berikut,
‎عَن بُنَانَةَ ، أَنَّ عُثْمَانَ كَانَ يَتَمَطَّرُ فِي أَوَّلِ مَطْرَةٍ
Dari Bunanah, bahwa Utsman bin Affan Radhiyallahu ‘anhu hujan-hujanan di awal turunnya hujan.

‎عَنِ ابْنِ أَبِي مُلَيْكَةَ ، أَنَّ ابْنَ عَبَّاسٍ كَانَ يَتَمَطَّرُ ، يُخْرِجُ ثِيَابَهُ حَتَّى يُخْرِجَ سَرْجَهُ فِي أَوَّلِ مَطْرَةٍ
Dari Ibnu Abi Mulaikah bahwa Ibnu Abbas Radhiyallahu ‘anhuma hujan-hujanan, beliau mengeluarkan pakaiannya, hingga pelananya di awal turunnya hujan.

‎عَنْ عَلِيٍّ ، أَنَّهُ كَانَ إذَا رأى الْمَطَرَ خَلَعَ ثِيَابَهُ وَجَلَسَ ، وَيَقُولُ : حدِيثُ عَهْدٍ بِالْعَرْشِ
Dari Ali bin Abi Thalib Radhiyallahu ‘anhu, bahwa apabila beliau melihat hujan, beliau melepas bajunya lalu duduk. Sambil mengatakan, “Baru saja datang dari Arsy.”
(Mushannaf Ibn Abi Syaibah, 8/554).

Bolehkah Dijadikan Ubat?
Seperti yang kita tahu bahwa Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam dan para sahabat, mereka mencari berkah dengan turunnya hujan. Kita tidak tahu, apakah mereka melakukan semacam itu dalam rangka pengubatan atau sebatas mencari berkah. Hanya saja, zahir riwayat di atas menunjukkan bahwa mereka tidak minum air hujan itu. Mereka hanya hujan-hujanan, mandi dengan air hujan atau berwudhu dengan air hujan.

Kerana itu, menjadikan air hujan sebagai ubat dengan cara diminum, ini memerlukan dalil atau bukti secara ilmiah.

Dalam fatwa Islam, terdapat pertanyaan tentang hukum menjadi air hujan sebagai ubat. Keterangan dalam fatwa islam,

‎فمن حرص على التعرض للمطر والإصابة منه بالغسل أو الشرب تبركا به ، فلا بأس عليه ولا حرج .ولكن لا ينبغي نسبة الشفاء إلى هذا الماء إلا بدليل ، وإن كانت البركة الثابتة لهذا الماء قد تنفع في العلاج ، ولكن لا نجزم بوقوع العلاج والشفاء ما لم يرد نص شرعي خاص به ، ولا ينبغي الجزم بذلك للناس
Orang yang hujan-hujanan atau mandi hujan atau meminumnya dalam rangka mencari berkah, hukumnya boleh dan tidak berdosa. Hanya saja, selayaknya tidak meyakini air ini sebagai ubat, kecuali berdasarkan bukti. Meskipun keberkahan air hujan, boleh jadi bermanfaat untuk pengubatan. Akan tetapi, kita tidak menegaskan adanya unsur ubat, selama tidak ada dalil yang secara khusus menyebutkan hal ini. Dan tidak selayaknya menegaskan hal itu kepada masyarakat. (Fatawa Islam, 164231)
Demikian…
Allahu a’lam 

Temu Janji Perawatan Di Pusrapic Hq Hubungi Ustazah Annuur 019-449 9929

Tuesday 14 May 2019

Pusrapi Info: Doa Munajat Atabatul Ghulam Hayati Al-Quran Sampai Mati


























Doa ini ustazah catatkan di muka hadapan Al-Quran ustazah ketika belajar dahulu. Doa ini ustazah amalkan sepanjang pengajian, alhamdulillah. Al-Quran ini kemudiannya hilang tanpa ustazah sedari. Hanya selepas 15 tahun, ustazah terjumpa kembali Al-Quran itu, lalu membaca kembali catatan doa tersebut. Ustazah menangis semahu-mahunya kerana lebih 15 tahun ustazah meninggalkan amalan itu! Astaghfirullahal 'azim. Lalu doa ini ustazah catatkan pada Al-Quran anak-anak ustazah dengan pesanan dan harapan agar kami sama-sama meneruskan amalan itu.

Antara kelebihan doa munajat ini adalah:

1. Diampunkan dosa dan diterima taubat

2. Dimudahkahkan kefahaman ilmu dan Al-Quran 

3. Dimudahkahkan menghafaz ilmu dan Al-Quran 
 
4. Memperolehi nikmat suara yang memukau sehingga sesiapa yang mendengar, bertambah gementar hati mereka agar melihat kebenaran Allah walaupun sebenarnya mereka berhati batu. (Ini terbukti dalam keadaan apabila kita mendengar suara imamyang sungguh lunak dan asyik bacaannya sehingga kita sebak dan menangis walau tidak memahami maknanya).

5. Dimuliakan dengan rezeki yang halal sahaja. Dijauhkan yang haram dan syubhah,

Tulis di dalam Al-Quran atau cetak doa ini dan tampal di dalam Kitabullah atau di dinding bilik atau pejabat kita. 

Sebagaimana Sayidina Umar 'jatuh cinta' pada Islam ketika mana mendengar hanya beberapa potong ayat suci Al-Quran dari suara lunak Fatimah, semoga kita juga akan dapat melakukan yang sama; untuk diri, suami, anak-anak atau sesiapa sahaja insyaAllah. 



Di sini ustazah ingin menyeru semua, jadikan menulis dan mencatat satu tabiat.
Bukan tulis apa yang nak dibeli sahaja. Tetapi setiap ilmu yang kita dapat hari itu walaupun kecil, catatkan. Biar ada buku nota kecil dan pen dalam tas tangan kita. Ataupun taip di telefon canggih kita. Banyak ceramah dan nasihat yang bukan bersemangat kita pergi dan dengar tetapi langsung tidak mencatatnya. Maka ia lama kelamaan akan hilang. 

Seperti bait kata dalam syair Imam Syafie: 
ILMU SEPERTI HASIL BURUAN DALAM KARUNG.
MENULIS ADALAH TALI PENGIKATNYA.
Kata Saidina Ali B Abi Talib:
IKATLAH ILMU DENGAN MENULIS 

Di dalam program Kembara Rohani ustazah ke suatu tempat, teringat pada munajat seorang hamba Allah yang benar-benar menyentuh hati ustazah. Usai mendengarnya, ustazah pantas mencatatnya. Antara yang disebut:

" Ya Allah, ambillah nyawaku di saat Engkau paling redha denganku"

"Ya Allah, jadikanlah setiap langkahku, semakin aku melangkah semakin dekat dengan-Mu. Jangan ada satu langkah yang aku langkah dalam hidup ini sebenarnya menjauhi-Mu."

Inilah yang kita harapkan. Agar direzekikan Allah seperti apa yang termaktub dalam Firman Allah Surah Al-Fajr ayat 28:

"Kembalilah kepada Tuhanmu Dengan keadaan Engkau berpuas hati (dengan Segala nikmat Yang diberikan) lagi diredhai (di sisi Tuhanmu)"

SOALAN

1. Soalan dari Dj: Wanita jika minta suara merdu kemudian sehingga ada yang tergoda macam mana? Seperti saya yang setiap hari perlu gunakan suara di konti.

Jawapan:
Apa yang diminta bukan suara menggoda yang memanggil orang ke jalan maksiat. Tetapi suara yang punya aura menyentuh hati-hati yang lalai. Kita sebagai seorang ibu & isteri, fungsi suara kita penting kepada orang terdekat. Jangan sampai suami dan anak jengkel dan muak mendengar suara kita. Bagi seorang lelaki pula penting untuk kita didik anak-anak lelaki kita amalkan doa ini kerana mereka bakal menjadi imam. Saya sendiri ramai yang mengkritik 'tolong keraskan suara ustazah, jangan seperti itik nila'. Kemudian bila dikeraskan, ada pula komen 'kenapa garang sangat suara ustazah?'. Saya ambil berat semua pandangan ini untuk kebaikan. Tidak mahu menjadi fitnah. 

2. Soalan: Amalan bacaan Surah al-Mulk & al-Waqi'ah setiap malam sebelum tidur.

Jawapan: Secara umumnya, ustazah ingin sentuh semua Kalam Allah. Kita sering terlupa hayati dan tadabbur kalam-Nya. Sesibuk mana pun kita, lazimkan baca Al-Quran beberapa minit sebelum Subuh. Ia terapi yang sungguh mengasyikkan dan luar biasa hebatnya. Percayalah!

Dalam Surah al-Muzammil lihat bagaimana Allah meletakkan 'jadual' dalam rutin kita untuk bangun malam dan baca Al-Quran:


1. Wahai orang Yang berselimut!.
2. Bangunlah sembahyang tahajjud pada waktu malam, selain dari sedikit masa (yang tak dapat tidak untuk berehat),
3. Iaitu separuh dari waktu malam, atau kurangkan sedikit dari separuh itu,
4. Ataupun lebihkan (sedikit) daripadanya; dan bacalah Al-Quran dengan "Tartil".

Kemudian pada ayat ke 8 Allah menyebut:

"Dan sebutlah (dengan lidah dan hati) akan nama Tuhanmu (terus menerus siang dan malam), serta tumpukanlah (amal ibadatmu) kepadanya dengan sebulat-bulat tumpuan.

Allahuakbar! Betapa penting untuk kita menjiwai, menghayati dan melazati setiap perkara baik yang kita amalkan. Ini perlu dijadikan moto hidup kita. Sebagai contoh, lihat kita sebagai seorang anak. Bila tengah main mak panggil suruh beli susu pekat. Kita angguk  tetapi terbeli susu cair pula. Maka dapatlah bebelan percuma.."ha ini lah dia bila tak hatikan cakap mak!'. 

Begitulah dalam ibadah. Beribadahlah pada Allah dengan SEPENUH HATI. Sedikit atau banyak itu soal ke dua. 

Maka sangat besar kesannya jika kita dapat programkan apa sahaja ibadah  sebelum Subuh (solat dan membaca al-Quran). Lalu lanjutkan pada waktu-waktu yang lain juga. Letakkan semua perancangan ini dalam catatan. Bukan sekadar niat dalam hati dan memori sahaja. 

Bagaimana caranya? Begini....

1. Musyarotoh - MENSYARATKAN DIRI DENGAN SESUATU. 

Tuliskan apa yang ingin dibuat:
a. Saya syaratkan diri untuk baca Al-Quran sejuzuk sehari
b. Saya syaratkan diri untuk cium tangan suami sebelum ke tempat kerja
c. Saya syaratkan diri saya untuk puasa Isnin dan Khamis
d. Saya syaratkan diri saya untuk menulis perkara baik setiap hari dan menyebarkannya. 

Ini penting agar diri sentiasa dibantu dan dibimbing untuk istiqamah melalukan amal kebaikan.

2. MU'AQABAH - Sekiranya perkara yang kita syaratkan tidak dapat ditunaikan, 'denda & hukumlahlah' diri kita

a. Sekiranya saya tak baca Al-Quran sejuzuk sehari, maka saya perlu sedekah Rm100.

Boleh? Selamat beramal :)






























🧕📚💞🎓🧕📚💞🎓🧕📚💞🎓🧕📚💞🎓

*‎_ Assalamualaikum Semua Muslimat🧕.


•Berita baik• Pihak Pengurusan *Akademi Pusrapi Pengajian Hijrah Diri (APIPHD)* akan membuka Kelas Pengajian Asas *_"Aku Mau Belajar Mengaji Dari Mula"_* bagi Muslimat(Perempuan Sahaja) yang tidak tahu ilmu membaca Al-Quran dari peringkat awal secara _One To One_ ,

Teknik Kaedah Talaqqi Musyafahah berhadapan dengan guru Al-Quran seorang demi seorang kepada Pelajar Muslimat 🧕 Sahaja dari semua peringkat umur.


*MASIH TAK KENAL HURUF ATAU KELIRU, TAPI MAHU TAHU CARA CEPAT & MUDAH BACA QURAN?*


*➡️ _Pernah merasai belajar Quran itu susah_


*➡️ _Rasa keliru & susah sangat nak hafal huruf_


*➡️ _Puas dah hadiri kelas Quran, sampai bertahun untuk habiskan silibus._


*➡️ _Dulu boleh sebut sebab HAFAL, bila tengok huruf dalam Quran.. MALUNYA tak boleh sebut._


*➡️ _Umur pula dah semakin meningkat, anak pun dah semakin dewasa, tapi bacaan Al-Quran sendiri masih ada tersangkut-sangkut. Kadang-kadang nak ajar anak pun rasa malu & tak yakin_


*```JANGAN RISAU, sebenarnya ada cara ‘short-cut’ untuk mengenali Huruf & membaca Quran selama 3 Bulan anda akan nampak Quran tu sebenarnya simple & mudah.```


**Kelas ini amat sesuai untuk anda yang ingin :*


☑️ _Belajar dari zero (asas)_

☑️ _Lebih confident baca Quran bertajwid._

.

-------------------------------

➡️ *APA YANG ANDA BAKAL DAPAT KELAS INI ?*

-------------------------------

.

1⃣ _Teknik Mudah mengenal huruf  melalui Kenal Huruf Teknik Aura Minda._

2⃣ _Tips Cara Ingat huruf & mengena huruf bersambung tanpa rasa stress mudah ingat._

3⃣ _Teknik FAHAM Bacaan Quran cara Efektif.

4⃣ _Belajar dalam masa yang singkat. *Dalam 3 Bulan (Seminggu sekali)* sahaja dah faham semua._

5⃣ _Pembelajaran *CONFIRM* seronok, SANTAI dan penuh ‘FUN’. Lebih Mesra Belajar Mudah._

6⃣ _Yuran AMAT BERPATUTAN & mampu hadir._


```PALING BEST : Dalam kelas ini ustazah yang mengajar akan ajar sampai kalian dapat tanam benih Al-Quran didada sampai bila-bila tak lupa... ☺️```


*Anda boleh pilih salah satu daripada lokasi & tarikh berikut :*


*---------------------------------

*LOKASI & TARIKH KELAS* 

*---------------------------------

.

📍 _BILIK KULIAH Akademi Pusrapi Pengajian Hijrah Diri No.19 Jalan Cengal 1, Taman Cengal 09000 Kulim Kedah Darulaman_


📅 ```Selasa 6:00 Ptg-10:00mlm - 

*Sesi Tarikh Pertemuan Setiap Selasa bulan April 2019*


_02/04/2019_

_09/04/2019_

_16/04/2019_

_23/04/2019_


📅 ```Sabtu 6:00 Ptg-10:00mlm - 


*Sesi Tarikh Pertemuan Setiap Sabtu bulan Mac 2019*

_06/04/2019_

_13/04/2019_

_20/04/2019_

_27/04/2019_


*MASA*

* 15 minit setiap seorang.

* Sesi pertama bermula jam 6.00pm

* Mula dari peringkat Asas Kenal Huruf Sampai pandai,cekap & Kekal Ingat.

* 4 Sesi Pertemuan Dengan Guru.


*YURAN PENGAJIAN*

Yuran adalah seperti berikut :

🔹Pendaftaran: Rm50.00

🔹Yuran Pengajian : RM 50.00/Sebulan


*HARI*

* Selasa & Sabtu

* Pengajian akan bermula pada 02 April 2019


_Mohon maaf, kerana tawaran ini amat-amat terhad. Sebaik sahaja seat penuh kami akan tutup pendaftaran._



Rasulullah SAW bersabda,


خَيْرُكُمْ مَنْ تَعَلَّمَ الْقُرْآنَ وَعَلَّمَهُ .


“Sebaik-baik kalian adalah orang yang belajar Al-Qur`an dan mengajarkannya.”


*_KEARAH PEMBANGUNAN INSAN BERILMU & ILMU AL-QURAN ILMU MERENTASI ZAMAN_*


```Jom sebarkan info kebaikan ini ke saudara mara, sahabat, kawan & jiran tetangga. Semoga mereka juga boleh membaca Al-Quran seperti kita. ```


*Jazakumullah khair & Terima Kasih*


🔺🔻🔺🔻🔺🔻🔺🔻🔺🔻🔺


Sebarang Pertanyaan Sila Hubungi:-

Ketua Unit Quran Akademi Pusrapi Pengajian Hijrah Diri (APIPHD)

Negeri Kedah Daerah Kulim.

🚨*Ustazah Lin*🚨 

Pantas Klik Link Bawah ni 👇

☎📞☎📱📲

www.wasap.my/60149994232