بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
اللهم صل على محمد وآل محمد
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Ya Allah….
Sihatkan Tubuh Badanku,
Tambahkan Ilmu Pengetahuanku,
Berkatkan Rezekiku.
Tingkatkan amal Ibadatku untuk taat perintahmu.
Pusrapi Info : Bab Bekam
Bukhari - Volume 007, Buku 071, Nombor Hadis 582.
Diriwayatkan oleh Abu Hurairah bahawa Nabi bersabda,
" Tidak ada penyakit Allah SWT ciptakan, kecuali dia juga membuat ubatnya."
Sejarah mengenai Bekam Basah ataupun dikenali sebagai Bekam Sunnah dimulai ribuan tahun yang lalu namun yang pertama tercatat ditemukan pada ajaran Nabi Muhammad SAW. Menurut Imam Bukhari, Muslim, dan Ahmad, Nabi Muhammad SAW mengizinkan pengubatan menggunakan bekam. Nabi Muhammad SAW telah bersabda, " Di dalam Bekam (Hijamah) ada penyembuhan." Beliau telah bersabda, "Sesiapa yang melakukan bekam (Hijamah) pada hari 17,19 atau 21 tanggal bulan Islam maka ada pengubatan bagi setiap penyakit".
Selama pengalaman saya merawat pesakit hampir 10 tahun, saya dapati bahawa banyak sekali Muslim yang tidak mengetahui atau tidak memiliki kesedaran mengenai apa itu bekam dan manfaatnya terhadap kesihatan tubuh. Banyak pula bahkan yang memiliki rasa ketakutan terhadap kaedah Bekam Sunnah. Kerana rasa ketakutan yang meninggi ini juga disertai tidak cukup memahami dan mengambil tahu maklumat tetang berbekam ini, maka tibalah masanya untuk anda mengetahui secara menyeluruh mengenai bekam.
Jika Nabi Muhammad SAW bersabda, "Siapa yang melakukan bekam (Hijama) pada hari 17,19 atau 21 tanggal bulan Islam maka ada pengubatan bagi setiap penyakit." Hal ini adalah benar dan tepat sekali apa yang telah dinyatakan oleh baginda Rasulullah. Jika anda tidak mempercayai hadis ini 100% dengan sepenuh hati, maka anda harus kembali dan membaca ilmu mengenai Berbekam secara mendalam, kaji dan terus mengkaji hingga dapat jawapan dari persoalan yang dicari. Anda harus menyakini dan percara agar anda mendapatkan manfaat penuh dari pengubatan ini atau pengubatan Nabi lainnya.
Bukhari - Volume 007, Buku 071, Nombor Hadis 587.
Diriwayatkan oleh Jabir Bin Abdullah, "Saya mendengar Rasulullah bersabda, "Jika ada penyembuhan dalam ubat-ubatan anda, maka itu ada dalam bekam, seteguk madu atau dibakar dengan api (Teknik Bakar Hidup-Hidup Untuk Bunuh Kuman) yang sesuai penyakitnya, tapi saya tidak suka (terbakar) dibakar dengan api."
Bekam memiliki pelbagai sebutan untuk dikenali pada setiap sesebuah negara mahupun tempat, ada yang menyebutnya seperti :- Badkesh, Bahnkes, Bekam, Buhang, Bentusa, kuyukaku, gak hoi, hijama, pakuan dan banyak lagi nama-nama lainnya. Jika dilakukan secara benar, hasil akhirnya sama. Tidak peduli disebut apa. Penyakit pesakit, Insha Allah menjadi berkurang atau bahkan sembuh sama sekali. Dengan menghilangkan darah kotor yang tidak beredar pada suatu tempat tertentu pada tubuh, maka hal tersebut akan meningkatkan peredaran darah pada tempat tersebut, bahkan pada seluruh tubuh.
Bekam merupakan proses pembentukan wilayah dengan tekanan udara rendah pada tubuh anda, tepatnya pada kulit anda dengan menggunakan suatu efek sedutan (Vakum). Ada berbagai macam alat yang biasa digunakan, berbagai kaedah dalam menciptakan tekanan udara yang rendah, dan juga ada berbagai prosedur yang berbeza yang biasa dilakukan.
Kepada yang ingin mencuba keberkesanan Produk Pusrapi @ mendapatkan rawatan bolehlah hubungi kami untuk tempahan@temujanji:
Ustazah Siti (Kulim) 019-449 9929
Ustazah Husna (Jitra/Alor Setar) 019-496 6316
Ustazah Wahida (Pauh Jaya) 012- 552 0195
Ustaz Syamizam (Alma Jaya) 019-5896783
Ustazah Min (Alma Jaya) (017-426 6908)
Ustazah Rahmah (Alma Jaya) 012-449 5689
Siti Sarah (Pulau Pinang Island)013-451 3459
Pn. Nor Aniza (Bangi)(012-319 2542)
Ustaz Mfedzly Faudzi (Sungai Petani) 0192446855
Ustazah Lyana Rahim (Sungai Petani) 0195004594
Siti Rahayu (Manjung): 013-4888201
Website : http://www.pusrapi.com/
Blogs : http://pusrapi.blogspot.com/
Facebook: https://www.facebook.com/Sembuh.Tanpa.Ubat
Indah Islam Memberi Rahmat,
Al-quran Sunnah Pegangan Umat,
Bila sakit rindu sihat,
Sunnah Nabi Terbukti Hebat,
"Hidup Lebih Sihat...Bila Sunnah Terpahat" ✿‿✿
Pusrapi
Sembuh.Tanpa.Ubat
(◕‿◕)
والله أعلم بالصواب
Wallahu A’lam Bish Shawab
(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)
Bekam di hidung bisa menghilangkan komedo ?
ReplyDeleteDownload film online