Monday, 28 March 2016

Pusrapi Info: TIGA UMAT YANG DICIPTAKAN SEBELUM ADAM AS

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
اللهم صل على محمد وآل محمد
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Ya Allah….
Sihatkan Tubuh Badanku,
Tambahkan Ilmu Pengetahuanku,
Berkatkan Rezekiku.
Tingkatkan amal Ibadatku untuk taat perintahmu.

Pusrapi Info:
 TIGA UMAT YANG DICIPTAKAN SEBELUM ADAM AS



TIGA UMAT YANG DICIPTAKAN SEBELUM ADAM AS


ABAL JAAN...
BANUL JAAN...
DAN AZAZIL (IBLIS) DARI GOLONGAN JIN YG TERAKHIR MALAH BERBADAN DAN BERDARAH
DARI GOLONGAN 3 BANGSA MAKHLUK TERDAHULU ITULAH BUMI INI PERNAH MENGALAMI TIGA KALI KEMUSNAHAN

Mungkin dalam hati Kita pernah terdetik pertanyaan Siapakah Makhluk Sebelum Adam?
Kalau menurut kita yang beriman merujuk kpd firman Allah:
“Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; “Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi”. Mereka bertanya (tentang hikmah ketetapan Tuhan itu dengan berkata): “Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal Kami senantiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?”.

Allah berfirman: “Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya”
Sebelum nabi Adam diturun ke bumi diceritakan bahawa yang menghuni bumi ini adalah bangsa jin yang dikelompokan menjadi Abal Jaan dan Banul Jaan dan dari dua kelompok tersebut mereka bertempur terus tidak pernah bersahabat.
Kemudian malaikat bertanya kepada Allah kenapa Engkau hendak mencipta manusia untuk dijadikan khalifah dibumi yang selalu yasfiquddima..... iaini (bertumpahan darah).

Akhirnya Allah memerintah jin yang bernama Azazil yang memimpin para malaikat termasuk malaikat Jibril, Mikail, Izroil dan malaikat yang lainnya, untuk menakluki Abal Jaan dan Banul Jaan dibumi ini, kemudian setelah ditakluki maka barulah Allah menciptakan nabi Adam.
Diantara Azazil, malaikat dan Adam diberikan ilmu oleh Allah karena tujuannya untuk dijadikan khalifah dibumi, setelah diuji ternyata yang lulus dari ujian tersebut adalah nabi Adam akhirnya semuanya diperintah Allah untuk sujud penghormatan kepada Adam “fasajaduu illa Iblis”, akhirnya semuanya sujud kecuali Azazil (dilaknat menjadi Iblis) dia sombong dan membangkang “aba wastakbaro”.

Manusia tidak diciptakan dibumi, tapi manusia dijadikan khalifah dibumi, sebagai pengganti tentunya ada yang diganti, sesungguhnya Adam bukan makhluk pertama dibumi, dan Allah tidak mengatakan untuk mengganti manusia sebelumnya, tapi pengganti makhluk dibumi, yaitu Abal Jaan dan Banul Jaan, mereka itu adalah penghuni bumi sebelum manusia.
Bentuk basyariahnya tak jauh berbeza dengan manusia, maka anda boleh buktikan bahwa makhluk selain manusia, punya badan yang sama seperti manusia, yaitu Abal Jaan, anak keturunan Jin, juga Banul Jaan anak keturunan Dedemit, maka ketika bumi dirosakkan oleh mereka, mereka diusir bahkan dimusnahkan oleh malaikat, hingga mereka berlari terbirit-birit dan mencari tempat yang jauh dari anak Adam.

MASA LAMPAU SEBELUM PERADABAN MANUSIA…
DAHULU KALA..
Ketika zaman Bani Adam belum ada, maka bumi yang baharu ini telah di huni oleh Penghuni Pertama yang diciptakan dari cahayaNya maka terciptalah makhluk baharu yang berada di sisiNya, yang bernama Abu Jaan atau bapak seluruh jin.
Abu Jaan adalah awal mula kejadian bangsa Banul Jaan atau anak jin baik yang telah lalu sehingga sampai akhir zaman.
Banul Jaan adalah Penghuni Kedua sebelum Bangsa Manusia lahir ke bumi. Iblis ketika itu belum lahir ke bumi, kelahiran Iblis generasi ke empat kenabian dari bangsa jin.
Tuhan bertitah kepada Abu Jaan ini...

“Dengan apa kamu meminta kepadaku, wahai Abu Jaan.”
“Dengan kasih sayang Engkau terhadap hamba Ya Tuhan, maka diri hamba pun akan berkasih sayang dengan keturunan hamba.” Kata Abu Jaan.
“Apa yang kamu minta dariKu, wahai Abu Jaan. Apakah kamu tahu bahwasanya kamu baru saja Aku ciptakan dari sejenis api. Tubuhmu dari inti api dan rohmu dari cahaya kerana setiap roh yang bernyawa aku ciptakan dari cahaya terbit dari sisiKu.”
”Terima kasih oh Tuhanku yang selalu hamba Agungkan. Hamba meminta tubuh hamba tidak boleh di lihat oleh seluruh makhluk, kecuali yang Engkau kehendaki saja yang bisa melihat hamba dan keturunan hamba.” Kata Abu Jaan.

“Akan Ku kabulkan permintaanmu, selain itu apa lagi wahai Abu Jaan.”
“Apakah hamba akan hidup di surga yang hamba tempati saat ini wahai Tuhanku.”
“Kamu boleh mendiami syurga ini, begitu juga untuk dirimu sahaja boleh terbang sesuka hatimu dan tinggal sesuka hatimu sampai Aku perintahkan dirimu turun ke bumi. Dan ketika itu keturunanmu tidak akan sanggup mendatangi tempat ‘Syurga Pengangkatan Makhluk’ hanya dirimu saat ini yang kuat.

Setelah kamu menyentuh tanah di bumi, maka kamu akan menjadi makhluk bumi dan kamu pun akan membuat keturunan dan mati di bumi.
Namun, hanya kamu seorang sahaja yang boleh terbang di langit dunia ketika tinggal dibumi.” Langit dunia adalah Tata Surya seluruh pelosok jagad raya ini.
Singgahsana Tuhan berada di luar Tata Surya yang berada di tempat kosong, tidak ada benda apa pun.
Itulah di sebut sebagai ArashNya Tuhan, kerana tempatnya sangat tinggi tidak ada makhluk yang boleh kesana kecuali yang di kehendaki oleh Tuhan sendiri. Kerana Tuhan Maha Berkehendak, bahkan Iblispun tidak akan sanggup.

“Bolehkah hamba meminta sesuatu ya Tuhanku.”
“Apa itu perminataanmu wahai Abu Jaan”
“Jika hamba.. Engkau angkat sebagai pemimpin seluruh makhluk di bumi pada masa hamba, maka hamba meminta salah satu keturunan hamba nantinya yang bernama Azazil agar Engkau berkenan dia tinggal di ‘Syurga Pengangkatan Makhluk’.
Wahai Tuhanku, jadikanlah dirinya menggantikan hamba dan berikanlah kecerdasannya seperti yang hamba punya saat ini.”

“Baiklah jika nanti Azazil lahir di bumi, maka akan Aku angkat dia disisiKu dan akan Aku beri hikmah dari ilmuKu sehingga diapun pandai. Kekuatannya seperti Penghuni Pertama dan kecerdasannya melebihi makhlukKu yang nanti aku ciptakan.”
Maka Abu Jaan turun dengan kekasihnya, menghasilkan keturunan yang sangat banyak. Sambil beribadah kepada Tuhan, beliau juga menjadi guru bagi anak keturunannya sampai beliau wafat.
Setelah keturunan bertambah banyak, generasi inilah iaitu generasi Banul Jaan yang kuat-kuat dan cerdas-cerdas. Ilmunya sangat hebat, kerana zaman dari Abu Jaan sampai Banul Jaan yang kuat belum ada pembinasaan dari Tuhan.

Ilmu mereka bertambah terus sesuai bertambahnya umur mereka. Ketika generasinya Azazil lahir di bumi, para Banul Jaan berkoloni menjadi beberapa bahagian.
Maka terciptalah lapan kerajaan di bumi dan satu kerajaan di syurga, jumlah kerajaan itu adalah lapan kerajaan yang sangat besar dan megah di bumi.
Sedangkan Azazil belum mempunyai kerajaan, walaupun dia di sebut seorang raja karena dia mendiami ‘Surga Pengangkatan Makhluk’.
Zaman dahulu kala ketika zaman pertengahan Banul Jaan, Bumi masih kering dan tandus.
Zaman itu sendiri ketika bumi belum terbentuk seperti sekarang, Dengan air laut yang melimpah dan oksigen yang banyak. Air tawar pun masih sedikit, namun air di laut melimpah tapi tidaklah melimpah seperti sekarang ini yang sangat melimpah ruah.

Bahkan saat ini lautnya lebih luas di bandingkan dengan tanahnya sendiri. Dahulu oksigen sangat tipis karena Banul Jaan adalah makhluk yang menghirup oksigen sangat sedikit.
Walau bagaimanapun jika api ingin menyala tetap sahaja memerlukan udara walaupun ia sangat sedikit sekali pun. Begitulah kehidupan Banul Jaan yang memerlukan sedikit oksigen untuk bernafas. Berbeza dengan manusia yang mewah sekali dengan udara dan air.
Setelah kerajaan terbentuk menjadi lapan kerajaan, yaitu kerajaan abang-abangnya Iblis. Kerana Iblis sendiri diangkat ke syurga seperti permintaan Bapaknya iblis.. (Abu Jaan)
Kerajaan ini dibahagikan menjadi lapan wilayah di muka bumi iaitu..... 
Kerajaan bahagian selatan, kerajaan bahagian utara, kerajaan bahagian timur, kerajaan bahagian barat, kerajaan bahagian bawah atau dasar bumi kerana mereka boleh menembus ke tanah bahkan bermandikan dengan magma pun tiada apa-apa karena tubuhnya lebih panas di bandingkan dengan magma bumi.

Kerajaan bahagian atas atau langit bumi iaitu yang tinggal di sekitar atmosfera bahagian atas bumi. Kerajaan bahagian darat atau di atas tanah dan kerajaan di air seperti dilaut, danau dan aliran sungai.
Dan yang ke sembilan kerajaan Azazil yaitu berada di sisi Tuhan tempatnya ‘Syurga Pengangkatan Makhluk’, Kerajaan Azazil di luar alam semesta dunia.
Namun sungguh ironi, kerajaan Banul Jaan di muka bumi sungguh sayangnya...kerana mereka sangat suka berperang dan saling menghentam antara satu dengan yang lainnya. Tidak hanya itu, mereka juga suka menghentam makhluk lain dibumi.
Kerajaan satu dengan kerajaan yang lainnya saling menyerang, mereka berkeinginan menguasai kerajaan yang lain.

Beribu-ribu tahun kerajaan ini melakukan peperangan dan penindasan dengan kerajaan lain. 
Ketika terjadi peperangan dari lapan kerajaan ini, Azazil yang keturunanya paling dimuliakan dari mereka dilahirkan ke dunia dan seketika itu juga Azazil diangkat ke syurgaNya Tuhan. Azazil hidup di syurga dengan para Penghuni Pertama, karena Penghuni Pertama telah di ciptakan dari cahaya.

Penghuni Pertama juga menghuni dari bumi sampai langit paling atas. Kehidupan mereka mengabdi kepada Tuhannya, salah satunya adalah mengangkat Arashnya agar tergantung. Inilah yang akan ditiru oleh Iblis (Azazil) dengan istana yang tergantung di atas permukaan bumi yang salah satunya berada di Segitiga Bermuda.

Kepada yang ingin mencuba keberkesanan Produk Pusrapi @ mendapatkan rawatan bolehlah hubungi kami untuk tempahan@temujanji: 

Ustazah Siti (Kulim) 019-449 9929 
Ustazah Husna (Jitra/Alor Setar) 019-496 6316
Ustazah Wahida (Pauh Jaya) 012- 552 0195
Ustaz Syamizam (Alma Jaya) 019-5896783 
Ustazah Min (Alma Jaya) (017-426 6908)
Ustazah Rahmah (Alma Jaya) 012-449 5689
Siti Sarah  (Pulau Pinang Island)013-451 3459
Pn. Nor Aniza (Bangi)(012-319 2542)
Ustaz Mfedzly Faudzi (Sungai Petani) 0192446855
Ustazah Lyana Rahim (Sungai Petani) 0195004594
Siti Rahayu (Manjung): 013-4888201


Indah Islam Memberi Rahmat,
Al-quran Sunnah Pegangan Umat,
Bila sakit rindu sihat,
Sunnah Nabi Terbukti Hebat,

"Hidup Lebih Sihat...Bila Sunnah Terpahat" ✿‿✿

Pusrapi
Sembuh.Tanpa.Ubat

(◕‿◕)

والله أعلم بالصواب
Wallahu A’lam Bish Shawab
(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)

No comments:

Post a Comment