Monday, 17 April 2017

Pusrapi Info : Cinta Allah....Cinta Nabi...Pasti Allah Sayangi & Ampuni Dosa.

 بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
اللهم صل على محمد وآل محمد
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Ya Allah….
Sihatkan Tubuh Badanku,
Tambahkan Ilmu Pengetahuanku,
Berkatkan Rezekiku.
Tingkatkan amal Ibadatku untuk taat perintahmu.
Ya Allah Jadikan Hatiku Sentiasa Ingat Pada Mu.

💝💞اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ💝💞
💝💞اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ💝💞
💝💞اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ💝💞

Pusrapi Info:  
Cinta Allah....Cinta Nabi...Pasti Allah Sayangi & Ampuni Dosa.


Salam Ikhwah Fillah....Pencinta Sunnah....Al-Hijamah.

Bekam Al-Hijamah adalah syariat Allah....merupakan sebahagian Sunnah Baginda Nabi S.A.W....Sungguh mereka yang benar-benar mencintai Allah pasti cinta syariat Allah....Sungguh mereka itu benar-benar jua mencintai Baginda Nabi S.A.W......pasti hamba itu adalah ahli sunnah benar-benar akan mencintai sunnah nabi...bahkan bukan saja beramal mahupun menghidupkan...tetapi juga sanggup mendakwahkan sunnah....Al-Hijamah diantara Sunnah yang banyak memberi keajaiban Manfaat diluar pemikiran logik manusia.

Oleh kerana itu seseorang yang merasai & menikmati mahupun merasai....Teknik Al-Hijamah ....ataupun berdakwah melalui Hijamah akan mendapat Ilmu faham sebenar apa yang dikatakan itu Hijamah.....Bukan hanya pengubatan biasa tetapi....ianya Pengubatan Sunnah Yang Bernilai Ibadah bahkan Dakwah...Jadi kalian semua...Subhanallah Mujahid-Mujahid....Dakwah Melalui Hijamah..

Setiap proses yang terjadi dalam Hijamah....Terjadinya proses..Mahabbahtullah wamau firdhu...dengarkan dengan Iman....

قُلۡ إِن كُنتُمۡ تُحِبُّونَ ٱللَّهَ فَٱتَّبِعُونِى يُحۡبِبۡكُمُ ٱللَّهُ وَيَغۡفِرۡ لَكُمۡ ذُنُوبَكُمۡ‌ۗ وَٱللَّهُ غَفُورٌ۬ رَّحِيمٌ۬ (٣١)

Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.Surah Ali Imran Ayat 3:31

Ini bermaksud dalam Ihya As-Sunnah (Menghidupkan Sunnah) dengan mengikuti Nabi S.A.W beribadah & berdakwah melalui pengubatan Al-Hijamah...akan terjadinya keCintaan & Mahabbatullah....kepada Si Tukang Bekam mahupun kepada yang telah menerima Khidmat Bekam dari kita....maka akan terjadinya pengampunan dosa-dosa kita....Subhanallah....Hebatnya Rahsia Allah....ini adalah sesuatu yang sangat memberi keistimewaan kepada yang mengamalkannya....yang sangat bernilai keberkahan didunia sampai diakhirat...

Wahai Ahlul Berkah Pencinta Sunnah.....Pencinta Hebat Al-Hijamah...jangan rasa jemu untuk terus pelajari Rahsia Besar Al-Hijamah Manfaatnya....Keutamaannya...Sejarahnya... Sehingga kita faham benar-benar apa itu hijamah....terus gali dan gali hingga Kecintaaan itu terus subur dalam sanubari setiap Insan....yang rindukan Sang Rabnya....& Sang Nabi akhir zaman Baginda Rasulullah S.A.W.....

Seseorang Penghijam...Si Tukang Bekam mempunyai Titik-Titik Dakwah yang cukup besar....

لَّقَدۡ كَانَ لَكُمۡ فِى رَسُولِ ٱللَّهِ أُسۡوَةٌ حَسَنَةٌ۬ لِّمَن كَانَ يَرۡجُواْ ٱللَّهَ وَٱلۡيَوۡمَ ٱلۡأَخِرَ وَذَكَرَ ٱللَّهَ كَثِيرً۬ا (٢١)
Laqad kana lakum fee rasooli Allahioswatun hasanatun liman kana yarjoo Allahawalyawma al-akhira wathakara Allahakatheera.

“Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu uswatun hasanah (suri teladan yang baik) bagimu (yaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah.” Surah Al-Ahzab 33:21

Rasulullah berhijamah....malah menyebarkan Hijamah.....bagi siapa?......Tidak lain hanyalah untuk mereka yang benar-benar ingin bertemu Allah...& ingin selamat diakhirat nanti.....Oleh sebab itu banyak Insan yang mula kearah "Ihya As-Sunnah" terus-menerus menghidupkan As-Sunnah Baginda Nabi S.A.W......

Rahsia Bekaman & Rahsia Di Sebalik Tabir Ilmu Hikmah. Dekad yang hidup dalam amalan Nabi S.A.W secara keseluruhan dikenali sebagai Khoir Ul-Qurun "Kurun Yang Terbaik".

Ilmu Bekam merupakan salah satu Jalur Ilmu Jalan Hikmah yang bermaksud dari Sumber Al-Kitab Al-Quran & Al-Hikmah ialah As-Sunnah.

Tanamkan Pemikiran Kekhuatiran keruntuhan akhlak Islam zaman mendatang. Carilah jalan bagaimana kita mahu menghidupkan kembali semua sekali apa-apa yang telah dibawa oleh Nabi S.A.W dari sisi Allah S.W.T diseluruh alam.

Rasulullah juga pernah bersabda:

كُلُّ أُمَّتِيْ يَدْخُلُوْنَ الْجَنَّةَ إِلاَّ مَنْ أَبَـى، فَقِيْلَ: وَمَنْ يَأْبَى يَا رَسُوْلَ اللهِ؟ قَالَ: مَنْ أَطَاعَنِيْ دَخَلَ الْجَنَّةَ وَمَنْ عَصَانِيْ فَقَدْ أَبَى

“Setiap ummatku akan masuk syurga kecuali yang enggan. (Lalu) dikatakan kepada beliau: ‘Siapa yang enggan itu wahai Rasulullah ?’ Maka beliau menjawab: ‘Barangsiapa mentaati aku ia pasti masuk syurga, dan barangsiapa yang menderhakaiku maka ia enggan (masuk syurga).” [Shahih Bukhari: 7280]

Fahami kebenaran Iman yang sebenar dari segi bahasa ialah menerima dengan penuh yakin.

Salam Istiqamah Beramal...Menghidup...Menyebar...& Mendakwah....kepada Saudara Muslimin & Muslimah...Seluruh Alam....

Team Pusrapic Hq Sentiasa Dihati.
Anda Sihat Kami Mensyukuri Nikmat Ilahi. Anda Sakit Kami Ikhtiar Rawati.....Ingat Sihat Ingat Pusrapi.

http://pusrapi.blogspot.my



Kepada yang ingin mencuba keberkesanan Produk Pusrapi @ mendapatkan rawatan bolehlah hubungi kami untuk tempahan@temujanji: 


Ustazah Siti 019-449 9929 
Ustazah Husna 019-496 6316
Ustazah Wahida 012- 552 0195
Ustaz Syamizam 019-5896783 
Ustazah Min (017-426 6908)
Ustazah Rahmah 012-449 5689
Siti Sarah  013-451 3459
Pn. Nor Aniza (012-319 2542)


والله أعلم بالصواب
Wallahu A’lam Bish Shawab 
(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)


No comments:

Post a Comment