Saturday, 12 October 2013

Pusrapi - Lidah Ibarat Mata Pedang

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
اللهم صل على محمد وآل محمد
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

"Lidah Ibarat Mata Pedang"

Selain hati dan perbuatan, perkara yang penting untuk dijaga ialah lisan atau lidah. Lidah adalah jurucakap kepada hati.Jika baik hatinya, maka baik jugalah pertuturannya.

Sabda Rasulullah s.a.w., “ Siapa yang menahan lidanhya, pasti Allah menutupi auratnya, siapa yang dapat menahan amarahnya, pasti Allah akan melindunginya daripada seksa-Nya, dan siapa yang memohon ampunan kepada Allah, pasti Allah menerima permohonan ampunannya”
HR Ibnu Abu Dunya

Sabda baginda lagi, “ Bahaya lidah sangat besar dan tidak ada orang yang bisa selamat darinya kecuali orang yang diam. Oleh sebab itu, Rasulullah s.a.w. bersabda, ‘Siapa yang diam, pasti selamat”.
HR Tirmizi
Oleh sebab itu, kita disarankan agar menjauhi perselisihan atau diskusi buta yang tidak mendatangkan manfaat pada ummah. Selain itu, kita juga tidak digalakkan untuk cuba memuaskan hati manusia dengan perkara-perkara yang masih banyak mengandungi perdebatan. Jauhilah banyak membantah dan banyak mengkritik. Namun, ini tidak bermaksud kita hanya menurut sepenuhnya atau menjadi lurus bendul. Kritiklah dengan ungkapan kalimah yang sopan dan berhikmah.

Kata ibarat pedang
Yang tajamnya bisa membunuh lawan
Kata-kata yang berhikmah
Menyedarkan kita

Tajuk Nasyid : Bicara Kata
Artis : Inteam


Selain itu, penjagan lisan juga berkait rapat dengan tegahan Allah kepada perbuatan mengumpat dan mengeji orang lain. Kita hendaklah menjauhi daripada berkata perihal orang lain ketika ketiadaannya, yang mana akan mendatangkan kemarahan atau ketidaksenagan orang berkenaan apabila mendengarnya.

“ Bagi seorang ibu yang anaknya jatuh dari tempat tinggi, janganlah menyia-nyiakan waktunya untuk menjerit dan menangis, tetapi berusahalah dengan segera membalut luka anaknya itu.”

Ayat di atas menganjurkan kita supaya lebih menyibukkan diri dengan memperbaiki aib diri sendiri daripada memperkatakan aib orang lain Sesungguhnya Allah tidak menciptakan kita maksum- yang hanya dimiliki oleh RasulNya. Namun ini tidak bermakna kita harus menjadi seorang yang pentingkan diri sendiri dan tidak menghiraukan orang lain. Jadikanlah ianya selari dan berpatutan, perbaikilah peribadi di samping mengajak orang sekeliling kita ke arah kebaikan.



Suatu ketika, Sahl bin Sa’ad bertanya kepada Rasulullah s.a.w. “Wahai Rasululllah, apakah jalan keselamatan?” Baginda menjawab, “ Tahanlah lidahmu, perluaskanlah rumahmu dan tangisilah kesalahanmu.”
HR Tirmidzi

Siapa yang menjamin untukku apa yang ada di antara dua janggutnya (lidah) dan dua kakinya, maka aku menjamin baginya syurga.
HR Bukhari

Hadith tersebut menerangkan bahawa antara punca utama anak Adam terjerumus ke lembah maksiat ialah mereka yang tidak menjaga dua perkara iaitu lidah dan kemaluannya. Maka ayuh rakan, kita perhalusi ungkapan yang keluar daripada mulut kita supaya kata-kata yang dikeluarkan tidak ada yang menyakiti hati orang lain, sentiasa mengandungi isi yang bermanfaat dan bebas daripada penipuan.

Simpanlah lidahmu kecuali untuk kebaikan kerana sesungguhnya dengan demikian kamu dapat mengalahkan syaitan.”
HR Thabrani

Percayakah anda? Ini adalah gambar lidah kita apabila dilihat melalui melalui electron microscope . Mashaa Allah.. 

Sebenarnya lidah bukan hanya berfungsi sebagai indera untuk merasa kesedapan makanan atau untuk bercakap semata-mata.  Namun fungsi lidah jauh lebih menarik daripada yang itu.. Lidah juga berfungsi sebagai petunjuk kehadiran penyakit yang dideritai oleh badan kita tanpa kita sedari.. 

Menurut pengamal akupuntur dari Chatworth Clinik di London, Steward Trotter, lidah manusia digunakan sebagai alat pengukur kesihatan tubuh dan sudah lama diamalkan dalam dunia perubatan.

Orang yang terkena gejala typhus misalnya, lidahnya menjadi kotor dan keputihan. Lidah yang sihat biasanya berwarna merah segar.

Di bawah ini senaraikan perubahan warna pada lidah seseorang pesakit.

~ Hujung lidah berwarna merah menandakan anda sedang mengalami masalah emosi. Merah pada bahagian sisi sahaja atau hujung menandakan anda dalam keadaan marah atau tertekan.

~ Permukaan lidah berwarna coklat adalah tidak berbahaya. Hal ini boleh terjadi kerana penggunaan ubatan seperti antibiotik atau ubat-ubatan lain.

~ Lidah berwarna merah muda dan pucat petanda bahawa tubuh sedang mengalami dehidrasi. Dianjurkan untuk meminum banyak air suam sekurang-kurangnya lapan gelas sehari.

~Warna lidah sedikit keungu-unguan bermaksud badan sedang mengalami kitaran yang tidak seimbang. Tubuh kita memerlukan keseimbangan dari segi pergerakan, pemakanan dan sebagainya untuk menjamin fungsi tubuh dalam berlaku secara normal.

~ Lidah kelihatan putih dan pucat. Anda sedang kekurangan tenaga dan darah (anemia).

~ Bahagian tengah lidah kelihatan pecah atau retak petanda sistem penghadaman atau hati sedang mengalami masalah.

~ Pecah-pecah dan berwarna putih pada kedua sisi lidah menunjukkan anda kekurangan makanan yang berzat, kurang cairan dalam tubuh untuk membantu metabolisme serta kurang bersukan. 

~ Lidah berwarna kelabu menunjukkan anda sedang diserang batuk dan demam. Keadaan ini disertai dengan batuk berkahak dan sakit kepala. Warna kelabu pada lidah kerana terdapat kahak pada tekak.

~ Permukaan lidah terdapat selaput putih yang tebal berkemungkinan anda mengalami infeksi yang lama kerana gangguan kulat candida albicans.


Subhanallah Allah jadikan Lidah Kucing Comel Kecil Aja.

والله أعلم بالصواب
Wallahu A’lam Bish Shawab
 (Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)

No comments:

Post a Comment