Wednesday, 5 December 2018

Pusrapi Info: JANGAN TUDUH ULAMA BERSALAH MESKIPUN DIPENJARA ATAU DIBUNUH

Pusrapi Info: JANGAN TUDUH ULAMA BERSALAH MESKIPUN DIPENJARA ATAU DIBUNUH.



IMAM SYAFI'IE
Tangan dan kakinya dirantai lalu dibawa menghadap pemerintah dan hampir-hampir dipancung kerana dituduh Syiah dan pemecah-belah masyarakat.

IMAM HANAFI
Ditangkap, dipenjara, dipukul, disiksa dan dipaksa minum racun oleh pemerintah lalu meninggal dunia kerana tidak setuju dengan dasar-dasar pemerintah.

IMAM MALIKI
Dipukul dengan cemeti lebih kurang 70 kali sepanjang hayatnya oleh pemerintah kerana sering mengeluarkan kenyataan yang bertentangan dengan kehendak pemerintah.

IMAM HAMBALI
Dipenjara oleh pemerintah dan dirotan belakangnya hingga hampir terlucut kainnya kerana mengeluarkan fatwa yang bertentangan dengan kehendak pemerintah. Pemerintah menganggap mereka lebih betul daripada ulama.

SUFYAN AT TSAURI
Seorang wali Allah yang termasyhur. Ditangkap tanpa bicara kerana berani menegur kesalahan khalifah dan dihukum gantung tetapi sewaktu hukuman hendak dijalankan kilat dan petir menyambar pemerintah dan menteri-menterinya mereka mati tertimbun tanah.

SAID BIN JUBAIR
Seorang wali Allah yang dikasihi harimau. Dibunuh kerana didakwa memecah-belahkan masyarakat, menentang kerajaan dan berkomplot untuk menjatuhkan pemerintah.

ABU YAZID AL-BUSTAMI
Wali Allah yang terkenal dengan pelbagai karamah. Dituduh sesat karena ilmu agamanya lebih tinggi daripada pemerintah. Dihukum pancung oleh pemerintah tetapi tiada siapapun berhasil memancungnya.

ABUL HUSIN AN-NURI
Wali Allah yang mampu menundukkan api. Ditangkap dan hampir dihukum kerana dia menentang tindakan pemerintah yang membenarkan minuman arak berleluasa dalam negara.

IMAM NAWAWI
Hampir-hampir dipukul dan telah dibuang negara oleh pemerintah kerana menegur tindakan pemerintah menyalahgunakan wang rakyat. Juga seorang wali Allah yang terkenal sepanjang zaman.

Subhanallah Allahu Akbar La haula wala quwwata illa billah.... قل الحق ولو كان مرا

Katakanlah yang haq walaupun pahit

Semoga kita diberikan keistiqomahan dalam menegakkan yang haq, dan senantiasa mampu mengikuti ulama ulama yang istiqomah dalam berjuang Aamiin

Ulama Warosatul Anbiya'
.
#SampaikanlahDarikuWalauSatuAyat 
#ManLaYarhamLaYurham 
#AyuhJadiHambaYangBaik

Gambar ialah
Ash Syahid UMAR MUHKTAR (LION OF THE DESERT) 
Pada tanggal 16 Sept 1931m, Umar Mukhtar (73), seorang guru al Quran yg juga seorang pejuang menentang penjajah kuffar barat "Syahid" digantung di hadapan rakyat diNegara kelahirannya Libya 😥
.
Semasa perbicaraan sebelum hukuman diputuskan hakim mengatakan kepada Umar bahawa pihak Itali sedia mengampunkannya dengan syarat beliau mesti menulis surat sebagai arahan kepada seluruh tentera mujahidin di Libya agar menghentikan penentangan terhadap Itali.

Dalam keadaan tubuhnya diikat dengan rantai besi, Umar Mukhtar berkata di hadapan hakim penuh thabat menjelaskan pendiriannya;
.
“Sesungguhnya jari telunjuk ini yang menyaksikan setiap kali solat bahawa Tiada Tuhan selain Allah dan Muhammad itu utusan Allah, tidak akan menulis kalimah yang batil.”
.
Sebelum Umar Mukhtar syahid di tali gantung, beliau telah mengucapkan kata-kata terakhir di hadapan saksi-saksi kematiannya dengan memetik petikan al-Quran, surah al-Fajr ayat 27-30:
.
يَا أَيَّتُهَا النَّفْسُ الْمُطْمَئِنَّةُ. ارْجِعِي إِلَى رَبِّكِ رَاضِيَةً مَّرْضِيَّةً. فَادْخُلِي فِي عِبَادِي. وَادْخُلِي جَنَّتِي.
.
“Wahai orang yang mempunyai jiwa yang sentiasa tenang (tetap dengan kepercayaan). Kembalilah kepada Tuhan-mu dengan keadaan engkau berpuas hati (atas segala nikmat yang diberikan) lagi diredhai (di sisi Tuhanmu). Serta masuklah engkau dalam kumpulan hamba-hamba-Ku yang berbahagia. Dan masuklah ke dalam Syurga-Ku.”
.
Benarlah janji Allah, syurga itu ada harganya bukan boleh diperolehi dengan bersantai-santai.

Allah Swt berfirman;
“Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin, diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka. Mereka berperang pada jalan Allah, lalu mereka membunuh atau terbunuh.(Itu telah menjadi) janji yang benar dari Allah di dalam Taurat, Injil, dan Al-Qur’an. Dan siapakah yang lebih menepati janjinya (selain) daripada Allah? Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kalian lakukan itu, dan itulah kemenangan yg besar.” (At-Taubah ayat 111)
.
Tenanglah dikau "Wahai Singa Padang Pasir" diSyurga Allah bersama para Syuhada 😥😥😥
.
Aminn Ya Robb

#Takbir #AllahuAkbar
(paste)

No comments:

Post a Comment