بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
اللهم صل على محمد وآل محمد
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Ya Allah….
Sihatkan Tubuh Badanku,
Tambahkan Ilmu Pengetahuanku,
Berkatkan Rezekiku.
Tingkatkan amal Ibadatku untuk taat perintahmu.
Pusrapi Info :
"Kehebatan Kayu Siwak "
Kehebatan Kayu Siwak
Jom Berubat Dengan Siwak
Rasulullah s.a.w bersabda:
السِّوَاكِ مَطْهَرَةٌ لِلْفَمِّ مَرْضَاةٌ لِلرَّبِّ
Maksudnya:
“Siwak menyucikan mulut dan mendapat keredaan Allah”
Definisi siwak:-
Dari sudut bahasa bermakna “kecenderungan” dan “gerakan”. Imam al-Nawawi berkata: “ Siwak menurut bahasa digunakan untuk menunjukkan perbuatan bersiwak atau alat untuk bersiwak”.
Dari sudut istilah, siwak bermakna penggunaan potongan kayu atau sejenisnya untuk menggosok gigi dengan tujuan untuk menghilangkan kekuningan dan sisa-sisa makanan yang ada pada mulut.
Sejarah ringkas siwak
Siwak berasal dari pokok yang dinamakan arak. Adapun dari segi ilmiah , pohon ini dinamakan dengan Salvadora Perisca yang merupakan potongan pokok arak tersebut. Pokok arak adalah pokok yang kecil, seperti belukar dengan batang yang bercabang-cabang, memiliki aroma yang khas seperti seledri dan rasanya yang agak pedas. Pokok ini banyak terdapat di daerah Tursina, Sudan, bahagian Timur India, Arab Saudi, Yaman dan daerah Afrika.
Para penduduk Babylon telah menggunakan siwak sejak tujuh ribu tahun silam, kemudian juga digunakan oleh orang-orang Yunani, Romawi, Kaum Yahudi, penduduk Mesir dan KAum Muslimin.
Dalam riwayat yang lain dikhabarkan bahawa dalam satu peperangan, umat islam sangat susah memperoleh kemenangan. Mereka sendiri sangat bingung apakah punca mereka sehingga mengalami nasib sedemikian. Meskipun demikian, mereka tetap terus berperang sambil dengan sabar terus menanti kemenangan yang belum kunjung tiba. Kemudian salah satu tentera Islam mencuba mengungkapkan fikirannya tentang punca yang sangat teruk ini: “Boleh jadi punca kesulitan yang kita hadapi ini adalah kerana kita tidak pernah bersiwak”. Namun sayangnya di daerah tempat berlangsungnya peperangan itu, tidak dijumpai pokok arak yang biasanya digunakan untuk bersiwak. Mereka berkata: “Kita harus mencari pokok lain agar kita boleh bersiwak dengannya”.
Kemudian mereka mencari dan mendapatkan pokok yang hampir serupa dengan pokok arak, lalu mereka mengambil dan memotong pangkal akarnya dan menggunakannya untuk bersiwak.
Sementara itu, di pihak musuh, mereka telah mengutus mata-mata untuk mengintai pasukan kaum Muslimin. Tatkala sedang melakukan perbuatan itu, anggota perisik musuh melihat tentera Islam seluruhnya sedang bersiwak. Melihat apa yang sedang dilakukan oleh bala tentera Islam tersebut, dia segera berlari menuju pengkalan pasukannya dalam keaadaan menggigil ketakutan dan menyampaikan khabar kepada pasukannya bahawa kaum Muslimin sedang mengasah gigi mereka untuk memakan kita. Allah pun menimbulkan rasa takut dalam hati mereka dan mereka pun melarikan diri. Akhirnya bala tentera Islam berjaya meraih kemenangan dengan berkat bersiwak.
Ok setakat itu dahulu untuk perkongsian kali ini. Nak tahu apa yang ada pada batang kayu siwak dan kehebatan mukjizat nabi yang tidak ada pada berus gigi tunggu episode akan datang….
Untuk mendapatkan kayu siwak terbaik bolehlah menghubungi
kami di :-
Pusrapi Pauh Jaya
012-5520195
Kepada yang ingin mencuba keberkesanan Produk Pusrapi @ mendapatkan rawatan bolehlah hubungi kami untuk tempahan@temujanji:
Ustazah Siti (Kulim) 019-449 9929
Ustazah Husna (Jitra/Alor Setar) 019-496 6316
Ustazah Wahida (Pauh Jaya) 012- 552 0195
Ustaz Syamizam (Alma Jaya) 019-5896783
Ustazah Min (Alma Jaya) (017-426 6908)
Ustazah Rahmah (Alma Jaya) 012-449 5689
Siti Sarah (Pulau Pinang Island)013-451 3459
Pn. Nor Aniza (Bangi)(012-319 2542)
Fezdly (Sungai Petani) 019-244 6855
Siti Rahayu (Manjung): 013-4888201
Website : http://www.pusrapi.com/
Blogs : http://pusrapi.blogspot.com/
Indah Islam Memberi Rahmat,
Al-quran Sunnah Pegangan Umat,
Bila sakit rindu sihat,
Sunnah Nabi Terbukti Hebat,
"Hidup Lebih Sihat...Bila Sunnah Terpahat" ✿‿✿
Pusrapi
Sembuh.Tanpa.Ubat
(◕‿◕)
والله أعلم بالصواب
Wallahu A’lam Bish Shawab
(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)
No comments:
Post a Comment