Siapa sangka..
Dia keluar haritu ke balai, bekerja seperti biasa..
Panggilan kecemasan kebakaran kenderaan di sambut sebagai tugasan terakhir beliau..
Dia yang pergi ke situ sebagai penyelamat..
Menaiki van EMRS dengan harapan untuk menyelamatkan biarlah 1 nyawa pun malam itu
Tapi siapa sangka..itulah tugasan terakhirnya..
Tangan rakus merentap dia dari kenderaan jabatan..
Dengan uniform masih tersarung dia dipukul, di tendang, di asak entahkan berapa puluh orang..
Dia selayaknya di sanjung kerana menjalankan tugas tapi di lanyak seolah2 sebiji bola..
Malam ini, dingin sekali..dia pergi jua..ðŸ˜ðŸ˜
Allahu..
Dia telah di jemput pulang ke negeri abadi..bertemu penciptanya
Tenanglah wahai wira celoreng
Sesungguhnya kau pergi kerana perkara yang membanggakan keluarga
Semoga terbela pemergianmu
Alfatihah buat seluruh wira2 kami yang telah gugur
Ini lah pengorbanan wira kami yang tidak pernah di dendangkan
#SelamatJalanAdib
#Alfatihah
#WiraCelorengApi
No comments:
Post a Comment