بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
اللهم صل على محمد وآل محمد
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
لَا تَحْسَبَنَّ ٱلَّذِينَ قُتِلُوا۟ فِى سَبِيلِ ٱللَّـهِ أَمْوَٰتًۢا ۚ بَلْ أَحْيَآءٌ عِندَ رَبِّهِمْ يُرْزَقُونَ ﴿١٦٩﴾ فَرِحِينَ بِمَآ ءَاتَىٰهُمُ ٱللَّـهُ مِن فَضْلِهِۦ وَيَسْتَبْشِرُونَ بِٱلَّذِينَ لَمْ يَلْحَقُوا۟ بِهِم مِّنْ خَلْفِهِمْ أَلَّا خَوْفٌ عَلَيْهِمْ وَلَا هُمْ يَحْزَنُونَ ﴿١٧٠﴾
Dan jangan sekali-kali engkau menyangka orang-orang yang
terbunuh (yang gugur Syahid) pada jalan Allah itu mati, (mereka tidak mati)
bahkan mereka adalah hidup (secara istimewa) di sisi Tuhan mereka dengan
mendapat rezeki; (169) (Dan juga) mereka bersukacita dengan kurniaan Allah
(balasan mati Syahid) yang telah dilimpahkan kepada mereka, dan mereka
bergembira dengan berita baik mengenai (saudara-saudaranya) orang-orang (Islam
yang sedang berjuang), yang masih tinggal di belakang, yang belum (mati dan
belum) sampai kepada mereka, (iaitu) bahawa tidak ada kebimbangan (dari
berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak
akan berdukacita. (170)
Wajah Para Syuhada Yang Syahid Dijalan Allah. |
HABUAN MATI SYAHID (tiada yang lebih indah melainkan mati
syahid)
Daripada Ubadah bin Shomit katanya bahawa Rasulullah s.a.w
telah bersabda yang bermaksud :
Di sisi Allah, orang yang mati syahid itu akan
mendapat 7 ganjaran iaitu :
1. Mendapat keampunan pada permulaan darahnya memancar
keluar
2. Melihat tempat duduknya di Syurga
3. Dihiasi dengan hiasan iman
4. Dikahwinkan dengan bidadari Syurga
5. Dilindungi daripada seksa kubur
6. Diamankan daripada kedahsyatan hari qiamat
7. Dipakaikan mahkota kehormat di atas kepalanya di mana
satu mutiara daripadanya adalah lebih baik daripada dunia dengan segala isinya
serta diizinkan pula memberi syafaat kepada 70 orang dari kalangan ahli
keluarganya
- Dikeluarkan oleh imam Ahmad, Al-Bazzar dan At-Tobaran.
Website : http://www.pusrapi.com/
Blogs : http://pusrapi.blogspot.com/
Facebook : https://www.facebook.com/Sembuh.Tanpa.Ubat
والله أعلم بالصواب
Wallahu A’lam Bish Shawab
(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)
No comments:
Post a Comment