Friday, 20 September 2013

Jasa Lebah Kepada Manusia

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
اللهم صل على محمد وآل محمد
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

JASA LEBAH KEPADA MANUSIA 
(KHALIFAHTULLAH)



Ada satu ibarat : Jadilah seperti lebah, hinggap di pohon tidak merosakkan rantingnya malah meninggalkan madu menjadi ubat yang manis rasanya. Si comel ini hidup berpindah randah dalam satu koloni dan mempunyai semangat kerjasama antara satu dengan yang lain.




Sememangnya Allah sudah memerintahkan lebah untuk hidup di kawasan habitatnya yang tersendiri sebagaimana yang disebutkan dalam Surah an Nahl (Lebah) yang bererti :


"Dan Tuhanmu memberi ilham kepada lebah :"Hendaklah engkau membuat sarangmu di gunung-gunung dan pokok-pokok kayu, dan juga di bangunan-bangunan yang didirikan oleh manusia. Kemudian makanlah dari segala jenis bunga-bungaan dan buah-buahan (yang engkau sukai) serta turutlah jalan-jalan peraturan Tuhan mu yang diilhamkan dan dimudahkanNya kepadamu. (Dengan itu) akan keluarlah dari dalam badannya minuman (madu) yang berlainan warnanya, yang mengandungi penawar bagi manusia (dari berbagai-bagai penyakit). Sesungguhnya pada yang demikian itu, ada tanda (yang membuktikan kemurahan ALLah) bagi orang-orang yang mahu berfikir" (Surah an Nahl : Ayat 68-69)

  



Jasa lebah kepada manusia

Peranan besarnya antaranya adalah sebagai penghisap madu bunga yang memberikan penawar kepada pelbagai penyakit dan yang lebih penting dari itu adalah sebagai agen pendebungaan tanaman.

Tahukah anda ?.... Kehilangan lebah akan menyebabkan kita kehilangan sumber madu dan juga boleh menyebabkan manusia menghadapi krisis makanan. Kerana jika tiada proses pendebungaan maka tumbuh-tumbuhan tidak dapat mengeluarkan buah dan juga hasilnya. Terdapat 40,000 spesis lebah yang dikenal pasti sebagai agen pendebungaan yang berjaya dan hampir 60 peratus tanaman buah-buahan dan sayuran bergantung kepada agen pendebungaan ini.




 Hebatnya Kuasa ALLah

Allah menjadikan lebah untuk menghasilkan madu 454 gram yang memerlukan sang lebah ini terbang sejauh 880,000 kilometer dan menghisap madu hampir 2 juta pelbagai bunga.

Kematian lebah yang menjadi misteri kepada para saintis boleh menimbulkan kesan besar kepada krisis makanan dan harga makanan. Inilah antara hikmah yang besar kepada manusia dari penciptaan lebah. Semoga kita selalu bersyukur dan jauh dari kekufuran.









Kehebatan Sang Lebah.

Lebah madu membuat tempat penyimpanan madu dengan bentuk heksagonal. Sebuah bentuk penyimpanan yang paling efektif dibandingkan dengan bentuk geometris lain. 

Lebah menggunakan bentuk yang memungkinkan mereka menyimpan madu dalam jumlah maksimal dengan menggunakan material yang paling sedikit. Para ahli matematika merasa kagum ketika mengetahui perhitungan lebah yang sangat cermat. Aspek lain yang mengagumkan adalah cara komunikasi antar lebah yang sulit untuk dipercaya. Setelah menemukan sumber makanan, lebah pemadu yang bertugas mencari bunga untuk pembuatan madu terbang lurus ke sarangnya. 

Ia memberitahukan kepada lebah-lebah yang lain arah sudut dan jarak sumber makanan dari sarang dengan sebuah tarian khusus. Setelah memperhatikan dengan seksama isyarat gerak dalam tarian tersebut, akhirnya lebah-lebah yang lainnya mengetahui posisi sumber makanan tersebut dan mampu menemukannya tanpa kesulitan.


Lebah menggunakan cara yang sangat menarik ketika membangun sarang. Mereka memulai membangun sel-sel tempat penyimpanan madu dari sudut-sudut yang berbeda, seterusnya hingga pada akhirnya mereka bertemu di tengah.

Setelah pekerjaan selesai, tidak nampak adanya ketidakserasian ataupun tambal sulam pada sel-sel tersebut. Manusia tak mampu membuat perancangan yang sempurna ini tanpa perhitungan geometris yang rumit; akan tetapi lebah melakukannya dengan sangat mudah. Fenomena ini membuktikan bahwa lebah diberi petunjuk melalui “ilham” dari Allah swt sebagaimana firman Allah dalam surat An-Nahl ayat 68 di atas.

Sejak jutaan tahun yang lalu lebah telah menghasilkan madu sepuluh kali lebih banyak dari yang mereka perlukan. Satu-satunya alasan mengapa binatang yang melakukan segala perhitungan secara terinci ini memproduksi madu secara berlebihan adalah agar manusia dapat memperoleh manfaat dari madu yang mengandung “ubat bagi manusia” tersebut.



Manafaat Madu

Tahukah anda tentang manfaat madu sebagai salah satu sumber makanan yang Allah sediakan untuk manusia melalui serangga yang mungil ini?

Lebah Madu merupakan serangga yang penting dalam proses pendebungaan pokok. Ia amat berfaedah pada keseluruhan masa hidupnya dan dalam masa satu hari, ia akan melawati bunga-bunga dan menyebarkan debunga dengan banyaknya. Begitu hebatnya ciptaan Allah menjadikan makhluk kecil ini sentiasa berbakti kepada makahluk lain. Bagaimana kita yang memang sedia diberikan akal dan fikiran untuk berbakti kepada makhluk lain?

Manusia adalah sebaik-baik kejadian, sehinggakan Allah memerintahkan malaikat dan jin agar hormat kepada manusia.Firman Allah dalam surah Al-Baqarah , ayat 34

"Dan (ingatlah) ketika kami berfirman kepada malaikat: Tunduklah (beri hormat) kepada Nabi Adam. Lalu mereka sekaliannya tunduk memberi hormat melainkan Iblis; dia enggan dan takbur dan menjadilah dia dari golongan yang kafir. "

Namun apa yang berlaku hari ini? Semasa Allah mahu menjadikan manusia sebagai khalifah dibumi, malaikat menyatakan...Firman Allah lagi dalam surah Al-Baqarah 30 hingga 33,

"Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat: Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi. Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?. Tuhan berfirman: Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya. (30) 

Dan Dia telah mengajarkan Nabi Adam, akan segala nama benda-benda dan gunanya, kemudian ditunjukkannya kepada malaikat lalu Dia berfirman: Terangkanlah kepadaKu nama benda-benda ini semuanya jika kamu golongan yang benar. (31) 

Malaikat itu menjawab: Maha suci Engkau (Ya Allah)! Kami tidak mempunyai pengetahuan selain dari apa yang Engkau ajarkan kepada kami; sesungguhnya Engkau jualah Yang Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana. (32) 

Allah berfirman: Wahai Adam! Terangkanlah nama benda-benda ini semua kepada mereka. Maka setelah Nabi Adam menerangkan nama benda-benda itu kepada mereka, Allah berfirman: Bukankah Aku telah katakan kepada kamu, bahawasanya Aku mengetahui segala rahsia langit dan bumi dan Aku mengetahui apa yang kamu nyatakan dan apa yang kamu sembunyikan?. (33) 

Jelas nyata, bagaimana tingginya darjat manusia, tetapi kenapa bila telah diciptakan kita dengan darjat yang tinggi , kita sendiri yang menurunkan darjat lebih rendah dari syaitan. Kenapa kita tidak mahu jadi lebih baik dari lebah?


Madu tersusun atas beberapa molekul gula seperti glukosa dan fruktosa serta sejumlah mineral seperti magnesium, kalium, potasium, sodium, klorin, sulfur, besi dan fosfat. Madu juga mengandung vitamin B1, B2, C, B6 dan B3 yang komposisinya berubah-ubah sesuai dengan kualitas madu bunga dan serbuk sari yang dikonsumsi lebah. Di samping itu di dalam madu terdapat pula tembaga, sodium dan zink dalam jumlah yang kecil, juga beberapa jenis hormon.

Sebagaimana firman Allah, madu adalah “ubat yang menyembuhkan bagi manusia”. Fakta ilmiah ini telah dibenarkan oleh para ilmuwan yang bertemu pada Konferensi Apikultur Sedunia (World Apiculture Conference) yang diselenggarakan pada tarikh 20-26 September 1993 di China. 

Dalam konferensi tersebut dibincangkan perubatan dengan menggunakan ramuan yang berasal dari madu. Para ilmuwan Amerika mengatakan bahawa madu, royal jelly, serbuk sari dan propolis (getah lebah) dapat mengubati berbagai penyakit. 


Seorang doktor berasal dari Rumania mengatakan bahawa ia mencuba menggunakan madu untuk mengubati pesakit mata katarak, dan 2002 dari 2009 pesakitnya sembuh sama sekali. Para doktor dari Poland juga mengatakan dalam konferensi tersebut bahwa getah lebah (bee resin) dapat membantu menyembuhkan banyak penyakit seperti buasir, penyakit kulit, penyakit ginekologis dan berbagai penyakit lainnya.

1 kejutan penemuan terbaru bukti kebenaran firman 
ALLAH s.w.t..



Ini cabaran buat umat islam,penemuan dari Penyelidik Sekolah Perubatan Universiti Washington telah kehadapan daripada umat islam telah menemui rahsia kehebatan seekor lebah.Ini adalah salah satu bukti kebenaran apa yang di firmankan Allah s.w.t 1400 yang lalu surah An Nahl..

Marilah kita megemblengkan tenaga serta ikatan ukhuwah yang utuh dibawah pimpinan Pusrapi, kita sama-sama janakan kekuatan ekonomi ummah agar kita setanding dengan rahsia-rahsia penemuan dari saintis barat..InsyaALLLAH



Firman Allah Ta’ala yang bermaksud: “Dan Tuhanmu memberi ilham kepada lebah: “Hendaklah engkau membuat sarangmu di gunung-ganang dan di pokok-pokok kayu, dan juga di bangunan-bangunan yang didirikan oleh manusia.” (Al-Nahl 16:68)
“Kemudian makanlah dari segala jenis bunga-bungaan dan buah-buahan (yang engkau sukai), serta turutlah jalan-jalan peraturan Tuhanmu yang diilhamkan dan dimudahkannya kepadamu”. (Dengan itu) akan keluarlah dari dalam badannya minuman (madu) yang berlainan warnanya, yang mengandungi penawar bagi manusia (dari berbagai-bagai penyakit). Sesungguhnya pada yang demikian itu, ada tanda (yang membuktikan kemurahan Allah) bagi orang-orang yang mahu berfikir.” (Al-Nahl 16:69)
Di dalam Al-Quran, Surah An-Nalh ayat 68-69, dengan terang menunjukkan bahawa hasil lebah dan manusia mempunyai kesinambungan yang tersendiri. Pastinya sesuatu yang dicpta oleh Allah itu sangat bermanfaat untuk manusia dan makhluk Nya yang lain.


Hadis Dan Ungkapan Kata-Kata Para Sahabat Dan Para Ulamak Mengenai Madu Lebah
Diriwayatkan oleh Bukhari dari Aisyah r.a. katanya Nabi s.a.w. amat gemar makanan manis-manis dan madu. Rasulullah telah bersabda ” Barang siapa yang menelan (minum sedikit) madu tiga kali (di waktu pagi) setiap bulan, ia tidak akan terkena penyakit teruk”
Telah berkata Imam Ibn Qaiyim. “Dan petunjuk Rasulullah s.a.w. tentang minuman ialah baginda suka meminum madu yang dicampurkan dengan air sejuk.”
Rasulullah s.a.w. meminum madu itu sebelum makan pagi yang dibantu dengan air. (air yang hendak digunakan untuk dicampurkan dengan madu itu hendaklah disimpan semalaman di dalam suatu bekas sebagaimana yang disukai oleh Rasulullah s.a.w.)Pada tiap-tiap pagi campurkanlah air ini dengan sesudu madu lalu diminum dengan membaca selawat ke atasnya sebanyak tiga kali.
Dari Ibnu Umar r.a., sesungguhnya Nabi Muhammad s.a.w. telah bersabda: “Nikmat yang pertama-tama kali akan diangkat dari bumi ialh madu”( Dari Kita As-Bahan terjemahan oleh Ahmad Al-Hasan)
Abu Hurairah r.a. daripada Nabi Muahammad s.a.w. katanya: ” Semua serangga dalam api neraka Allah s.w.t. sebagai azab bagi penghuni neraka kecuali lebah” (Dinukilkan oleh At-Tarmizi dan Al-Hamim dari Kitab Nawadir Usul).
Al-Baihaqi dari Mujahid dari Umar r.a. yang didengarnya dari Nabi s.a.w.: “Perumpamaan orang mukmin adalah seperti lebah, jika kamu mendampinginya ia akan memberi manfaat kepada kamu dan jika kamu bermesyuarat dengannya ia akan memberi manfaat kepada kamu dan setiap hal ehwalnya akan memberi manfaat kapada kamu”. Begitulah juga setiap hal ehwal lebah itu mempunyai manfaat yang banyak.
Diriwayatkan daripada Ali k.w. bahawa beliau berkata ” Kehinaan untuk dunia, semulia-mulia pakaian manusia di dalam kehidupan dunia adalah dari air liur sejenis rongga (kain sutera dari ulat sutera) dam semulia-mulia minuman adalah apa yang keluar dari mulut lebah.”
Ibnu Juraih berkata,” Hendaklah kamu minum madu kerana sangat baik untuk menguatkan daya hafaz (ingatan).”
Ibnu Al_Asir berkata’ “Adapun diumpamakan orang mukmin itu dengan lebah lantaran kebijaksanaannya kurang memberi mudharat, usahanya di siang hari kegigihannya dan sentiasa menjauhkan diri dari sebarang kekotoran. Makanannya dari benda yang bai-baik dan sesungguhnya ia tidak makan dari benda hasi dari usaha orang lain. Ketaatanya kepada ketuanya tidak berbelah bagi”.
Dari Ibnu Abbas r.a Nabi s.a.w.:”Kesembuhan dari penyakit itu adalah dengan melakukan tiga perkara i)Berbekam, 2)Minum Madu, 3) Bakar dengan besi panas. Tetapi aku melarang umatku membakar dengan besi panas itu”. (Hadis riwayat Bukhari).
Abdullah bin Umar telah menggunakan madu untuk mengubati luka (dengan cara disapukan di atas tempat luka) dan ternyata luka tersebut dapat sembuh dalam waktu yang singkat.
Dalam hadis yang lain disebutkan: “Hendaklah kamu menggunakan dua ubat iaitu madu dan Al-Quran. Madu untuk mengubat penyakit jasmani dan Al-Quran untuk menyembuh penyakit rohani”
madu lebah juga merupakan sebahagian daripada mukjizat Nabi Allah Isa a.s dalam menyembuhkan penyakit sopak dan buta penglihatan.
Kehebatan madu sebagaimana disampaikan Al-Quran telah terbukti secara saintifik dan dibahaskan secara ilmiah di seluruh dunia. Pakar perubatan Islam banyak menulis mengenai madu.
Antaranya al-Hafiz Ibnu Abi Dunya dalam kitabnya al-Asyrof fi Manazil al- Asyrof menyatakan,”Sesungguhnya madu apabila penggemar meminumnya, ia akan mengawal ma’idah (perut), kemudian ia akan membuang penyakit, menambah kekuatan urat saraf dan kelancaran saluran urat dan darah.
Al-Muwaffaq al-Baghdadi menulis:”Madu berfungsi menyingkir lebihan/bahan yang tidak berguna daripada usus, kuatkan perut, membersih hati, melancarkan air kencing, membersih dada (termasuk paru-paru), berguna bagi orang yang banyak lendir (madu membuang lendir), terhadap tubuh yang ada bahan sejuk dan penyakit batuk yang terjadi dari lendir.
Manakala Dr Rihab ‘Ukaiwy menyifatkan madu sebagai pemakanan perlu melahirkan daya kekuatan tubuh dan mental. Pandangan ini turut dikongsi oleh Dr. Muhammad Kamal Abdul Aziz. Madu dijamin oleh Allah sebagaimana dalam firmannya ayat 69 Suroh An-Nahl (lebah)
Sayyid Quthb mengungkapkan, madu sebagai ubat penyembuh penyakit sudah dibuktikan secara ilmiah oleh para pakar perubatan. Inilah salah satu bukti kebenaran ayat Al-Quran yang wajib diyakini umat manusia.
Ibnu Sina (890-1037), salah seorang tokoh kedoktoran dunia dan ilmuwan Islam di abad ke-10 Masehi, mengulas mengenai khasiat madu dari segi kesihatan di dalam dunia kedoktoran. Ia mampu dapat menyembuhkan berbagai penyakit dari yang ringan sampai yang berat, seperti tekanan darah tinggi dan jantung. Madu juga dapat menurunkan suhu badan serta menyediakan dan mengatur rembesan, sehingga dapat menghilangkan penyakit demam. Madu lebah juga dapat menguatkan semangat, menambah kerajinan dan, menjaga awet muda dan melancarkan percakapan”.
Disini kita dapat simpulkan bahawa madu merupakan makanan sunnah dan mengandungi banyak khasiat dan dijadikan ubatan sebagaimana yang termaktub di dalam Al-Quran.


Berfikirlah kalian dengan ilmu, sebagai seorang penyampai diharap info ini mampu memberikan peringatan. Peluang untuk menuntut ilmu itu luas , maka tuntutlah demi menjadikan dunia sebagai jalan menuju ke akhirat, tempat kita yang kekal abadi.

Ketahui kalian, kami warga Pusrapi amat sayang kepada kalian dan sentiasa berharap agar kita dapat berkumpul di bawah naungan panji Nabi Muhammad SAW di akhirat nanti didalam rahmat dan kasih sayang Allah, didalam redha dan rahmat Allah.



Jadilah Insan Yang Sentiasa Mencintai....Allah dan RasulNYA,
Carilah......Galilah....& Sampaikanlah....

والله أعلم بالصواب
Wallahu A’lam Bish Shawab
(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)

No comments:

Post a Comment