Thursday 21 February 2019

Pusrapi Info: LANGKAH DEMI LANGKAH DALAM MEMPROGRAMKAN MINDSET PENGHAFAL AL-QURAN

LANGKAH DEMI LANGKAH DALAM MEMPROGRAMKAN MINDSET PENGHAFAL AL-QURAN

Sebelum anda mulai menghafal alquran, programkan minda anda terlebih dahulu dengan langkah- langkah berikut :

PERTAMA: PUTUSKAN APA YANG ANDA MAHU

Tetapkan apa yang anda mahu, apa yang anda mahu hafal? Contohnya: "aku mahu hafal empat muka surat Surah Yasin"

KEDUA: GANDAKAN KEMAHUAN SEHINGGA MENJADI MESTI

Buatkan untuk anda beberapa matlamat anda dalam menghafal al-quran ini. Tanya kepada diri anda: "kenapa aku perlu menghafal al-quran?" , "Kenapa menghafal alquran penting bagi aku?" , "Jika aku sudah berjaya hafal, apa al-quran boleh buat untuk aku, apa yang dia boleh berikan untuk aku?" , "apakah faedah yang aku perolehi, duniawi dan ukrawi?"

Seorang Motivator terkenal di dunia pernah berkata "Soalan adalah jawapannya". Mungkin jawapan yang menerjah ke minda anda, "aku menghafal al-quran kerana mahu pahala yang besar" "kerana inginkan kedudukan yang tinggi di sisi Allah SWT", "apabila aku berjaya hafal, otak aku semakin hebat" atau sebagainya. 

Pilihlah jawapan yang paling menyentuh emosi anda! jawapan yang benar benar menggerakkan anda!

Letakkan beberapa matlamat anda sekurang-kurangkan tiga dan tuliskan matlamat tersebut kemudian gantung dan pamerkannya di bilik anda. Lihatlah setiap hari matlamat anda itu.

Terdapat kajian menyatakan, orang yang buat matlamat dengan berfikir-fikir saja, berjaya mencapainya sekitar 30 peratus sahaja. Manakala orang yang menulis matlamat, berjaya mencapainya sehingga 90 peratus.

Menurut satu kajian 20 di University of Yale, setelah ditanya 1000 orang pelajar universiti tersebut, hanya ada 3% sahaja pelajar yang mempunyai matlamat yang mahu dicapai dan mereka menulisnya di atas kertas. Ini bermakna, daripada 1000 orang pelajar, hanya 30 orang pelajar sahaja yang meletakkan matlamat mereka di atas kertas.

Apakah kesannya meletakkan matlamat anda di atas kertas? Setelah 20 tahun, kajian itu menunjukkan bahawa 30 orang pelajar yang menulis matlamat mereka tadi jauh lebih berjaya jika dibandingkan dengan 970 yang tidak mempunyai matlamat dan tidak menulis matlamat mereka. Mereka berjaya jika dikira daripada segi kebahagiaan, kekayaan dan juga kesihatan. Jika anda diberi pilihan, anda mahu tergolong dalam kumpulan yang mana, kumpulan 30 orang pelajar yang menulis matlamat atau kumpulan 970 pelajar yang tidak mempunyai matlamat itu?

KETIGA: BAYANGKAN IMPIAN ANDA

Letakkan gambaran dalam minda anda terhadap matlamat anda itu dan bayangkan matlamat anda itu. Bayangkan juga anda sekarang telah mencapai matlamat tersebut. Bayangkan anda sekarang berada di hari kiamat, nama anda diseru untuk diberikan penghormatan kepada kedua ibu bapa anda dan dianugerahkan dengan hadiah yang hebat di dalam syurga, dipakaikan dengan mahkota kemuliaan dan kehebatan. Jika ini adalah balasan untuk kedua ibu bapa anda disebabkan anda, maka bayangkanlah bagaimana pula ganjaran yang anda perolehi pula, wahai panghafaz al-quran, sudah tentu lebih hebat bukan? Tahniah untuk anda! 

Bayangkan dan gambarkan dengan sejelas-jelasnya! Yakinlah ianya pasti akan tercapai, kerana anda amat yakin dengan kemurahan Allah SWT. Ingatlah! Allah itu maha pemurah. Apabila ia memberi, ia memberi dengan amat luar biasa!
الكَرِيْمُ إِذَا أَعْطَى أَدْهَشَ

Sesungguhnya Ia telah memuliakan ramai orang dengan memberi peluang kepada mereka untuk menghafaz kitab-Nya yang mulia, Betapa Ia tidak memuliakan anda? Sekarang bayangkan Ia sedangkan memuliakan anda!

Dikisahkan, seorang lelaki telah menetapkan matlamat menghafal al-quran, kemudian dia membayangkan, Allah memuliakannya dengan berjaya menamatkan hafalan al-quran pada malam 27 Ramadhan.  Kemudian dia mulalah menghafal al-quran. Masyaallah! Pada malam 27 Ramdhan dia telah menghubungi Syeikhnya dan berkata: “Malam ini adalah malam yang paling bahagia dalam hidupku” . 

Selepas kata-kata itu, air matanya mula bergenang, keseronoknya yang tiada taranya, betapa agungnya Engkau Ya Allah!. Dengan kurniaan yang Maha Pemurah, lelaki ini telah berjaya menamatkan hafalannya dalam tempoh 50 hari sahaja… luar biasa bukan? 

Tetapkan matlamat anda dengan sejelas-jelasnya dan perincikan! Dialah Tuhan yang akan mengurniakan kepada anda nikmat menghafal kitab-Nya dengan sempurna. Teguhkan ikatan anda dengan Dia ! Percayalah dengan-Nya! Berserahlah kepada-Nya.

KEEMPAT: TETAPKAN JANGKA MASA MATLAMAT ANDA

Tetapkan jangka masa tertentu untuk anda mencapai matlamat menghafal al-quran itu. Contohnya: “Saya mahu menghafal al-quran dalam tempoh 10 bulan”. Jadikan kata-kata anda ini sebagai satu realiti. Ulang-ulang sebut kata-kata anda ini. Bayangkan! diri anda sedang melaksanakan proses mencapai matlamat anda. Lihatlah diri anda yang sedang menghafal al-quran. Anda dapat dengar setiap ayat yang sedang anda hafal. Hayati dan rasai keadaan anda yang sedang berusaha bersungguh-sungguh menghafal al-quran. Ianya berlaku dengan mudah dan seronok sekali. 

Bayangkan juga detik kejayaan anda. Detik di mana anda telah berjaya mencapai impian anda, menghafal al-quran dengan sempurna. Lihatlah diri anda yang berada dalam peristiwa kejayaan tersebut. Dengari apa yang anda sedang dengar, dan hayati apa yang anda sedang rasai.

Baiklah! Penetapan jangka masa untuk mencapai impian anda terdapat dua jenis:

1- Jangka Masa Keseluruhan: 

Bayangkan anda berjaya menghafal al-quran dengan sempurna 30 juzuk dalam jangka masa tertentu seumpama anda tetapkan menghafal al-quran dalam tempoh 10 bulan. Bahkan perincikan lagi, tetapkan tarikh dan hari di mana anda berjaya mencapai impian anda pada detik tersebut. Bayangkan diri anda sedang berada pada hari dan waktu tersebut, hari di mana anda telah mencapai impian anda itu. Gambarkan detik tersebut dengan sejelas-jelasnya.

2- Jangka masa kecil: 

Impian anda yang besar iaitu menghafal 30 juzuk al-quran, sekarang anda pecahkan kepada juzuk-juzuk kecil. Jika matlamat anda menghafal keseluruhan 30 juzuk dalam 10 bulan, sekarang pecah-pecahkan, tetapkan sekarang! “Dalam bulan Januari ini saya berjaya menghafal juzuk 1, juzuk 2 dan juzuk 3”. Bayangkan hal ini dan bertindaklah.

KELIMA: SEMATKAN KEYAKINAN DIRI

Yakinlah dengan Allah SWT! Dia telah mengurniakan kepada anda minda yang berkuasa tinggi, minda yang luar biasa. Inilah kurniaan Tuhan, satu kurnian yang maha hebat.
Bukankah Dia menyatakan dalam firman-Nya dalam surah Az-Zaariyat ayat 21:

وَفِيْ أَنْفُسِكُمْ أَفَلَا تُبْصِرُوْنَ
((Dan juga pada diri anda sendiri, maka mengapa anda tidak mahu melihat serta memikirkan?)). 

Sekarang, masuklah ke dalam diri anda sebentar! Perhatikan pemberian-nya kepada anda, perhatikah kurnian-Nya kepada anda. Sesungguhnya Dia telah memberikan keupayaan yang luar biasa  pada otak anda.
Bukankah Dia menyatakan dalam firman-Nya dalam surah at-Tin ayat 4:

لَقَدْ خَلَقْنَا الإِنْسَانَ فِي أَحْسَنِ تَقْوِيْمٍ
((Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya – dan berkelengkapan sesuai dengan keadaannya)).

Sidang pembaca budiman, sesungguhnya Tuhan telah kurniakan kepada anda akal yang unik, minda yang kreatif, memori yang berkapisiti tinggi, mampu menyimpan ingatan semenjak anda masih kanak-kanak lagi.

Ya! hakikatnnya begitulah otak manusia termasuk anda, hebat, kuat dan luar biasa. Namun ramai membataskan otaknya, meletakkan penudung dengan kata-kata yang melemahkan “Saya tidak mampu menghafal al-quran”. 

Campakkan jauh-jauh skrip seumpama ini. Mintalah pertolongan kepada Allah dan berserahlah kepada-Nya… kemudian bertindaklah!!!

KEENAM: FOKUSKAN KEPADA MATLAMAT ANDA

Fokuskan minda anda kepada apa yang anda mahu. Fokuskan kepada matlamat anda untuk menghafal al-quran. Anda mahu bukan? 

Buat masa sekarang ini, tidak perlu lagi anda memfokuskan secara terperinci apa yang anda perlu lakukan untuk mencapai matlamat anda. 
Seandainya anda mahu menghafal surah al-Baqarah contohnya, tetapkan jangka masa untuk menyelesaikannya seperti “Aku mahu menghafal surah al-Baqarah dalam tempoh sebulan”, kemudian teruslah memulakan langkah menghafaz. 

Tak perlu minda anda bersibuk dengan perincian perkara-perkara cabang seperti “Bagaimana aku nak menghafal?” “apakah teknik yang terbaik”, “ada dak cara yang mudah untuk menghafal?”. 

Pasti anda tertanya-tanya, kenapa ya tak perlu memikirkan secara detail ? Ya! Apabila anda telah menetapkan matlamat, dan anda telah membuat keputusan untuk mencapainya, dan anda mula bertindak, insyallah di pertengahan jalan Insyaallah Allah akan membukakan kepada anda teknik yang sesuai dengan anda. Maka tidak pelik, setelah anda selesai menghafal juzuk 1 dengan cara atau tenik tertentu, anda dapati pada juzuk kedua Allah membukakan kepada anda dengan teknik yang lain pula, yang mungkin lebih mudah, dan begitulah seterusnya… yakinlah!!

KETUJUH: FIKIRKAH FAEDAH MENGHAFAL AL-QURAN

Fikirkan beberapa faedah yang anda akan perolehi hasil daripada menghafal al-quran. Apakah keuntungan yang anda akan perolehi di sisi Allah SAW? Apakah keuntungan yang anda akan perolehi di dunia? Adakah anda mendapat kebaikan yang banyak? Adakah anda bakal memperolehi kedudukan yang tinggi? Adakah minda anda akan semakin cemerlang dan menjadi luar biasa? 

Ya! hasil daripada pengalaman, orang yang menghafal al-quran sentiasa cemerlang dalam pelajaran mereka dan kerjaya mereka. Otak mereka amat pantas merakam pelajaran yang mereka ikuti..luar biasa bukan?

Sekarang, tanyalah kepada diri anda, “Apakah keuntungan yang aku akan perolehi?”. Kemudian anda tulis seberapa banyak faedah dan keuntungan yang bakal anda kutip apabila anda berjaya menghafal al-quran sama ada faedah di dunia atau di akhirat. Namun sudah tentu keuntungan di akhirat itu lebih bermakna buat anda. Keuntungan yang besar yang tidak terhitung.

 Sekurang-kurangnya anda akan bersama-sama dengan para Nabi, siddiqin, shuhada dan solihin. Sekurang-kurangnya anda tergolongan dalam ahli al-quran yang merupakan ahli Allah dan istimewa di sisi-Nya. Kelompok yang mendapat kemulian yang banya di sisi-Nya, dengan izin Allah.
Fikirkan faedah-faedah ini! Fikirkan keuntungan- keuntungan ini dengan sejelas-jelasnya. Jadikan ianya bagaikan berapa di hadapan mata anda sekarang.

KELAPAN: ULANG-ULANG BACA FAEDAH TERSEBUT

Setelah anda memikirkan dan menulis faedah-faedah tersebut dengan sejelas-jelasnya, maka ulang-ulanglah membacanya dari masa ke masa. Apabila anda sentiasa melakukannya, ianya akan menambahkan lagi kekuatan yang mendorong dan memotivasikan anda untuk menghafal al-quran.

Anda juga disarankan agar sentiasa membayangkan faedah yang anda perolehi hasil daripada menghafal al-quran ini. Lihat diri anda sedang menikmati faedah tersebut, dengar apa yang anda sedang dengar, dan hayati apa yang anda sedang rasai.

Sebagai contohnya, ambillah beberapa potong hadith berkaitan kelebihan al-quran, tulislah dengan tulisan yang besar dan jelas dan jadikannya sebagai azimat sepanjang anda dalam proses menghafal al-quran. 
خَيْرُكُمْ مَنْ تَعَلَّمَ الْقُرْآنَ وَعَلَّمَهُ
((Sebaik-baik kamu adalah mereka yang belajar al-quran dan mengajarkannya)). 

Anda mahu menjadi orang yang terbaik bukan? Siapakah orang yang terbaik? (berikan jawapan)...... ya, betul!

 Golongan yang tebaik adalah mereka yang bergelumang dengan al-quran, belajar dan mengajar 

Hadith ini adalah pendorong (trigger) yang kuat untuk menghafal al-quran. Apabila anda merasa lemah, atau putus semangat, lihat tulisan hadith ini, hayati maknanya, bacakan dengan kuat dan dengan penuh penghayatan, kemudian katakan kepada diri anda “Ya! saya mahu jadi golongan terbaik”. 

Boleh juga anda menulis ayat ini sebagai azimat:

إِنَّ هَذَا الْقُرْآنَ يَهْدِيْ لِلَّتِيْ هِيَ أَقْوَمُ وَيُبَشِّرُ المُؤْمِنِيْنَ

((Sesungguhnya Al-Quran ini memberi petunjuk ke jalan yang amat betul (ugama Islam), dan memberikan berita yang mengembirakan orang-orang yang beriman)) 

alangkah indahnya kata-kata ((dan ia –al-quran- memberikan berita yang menggembirakan orang-orang yang beriman)).

 Kata-kata ini sudah memadai untuk menghilangkan dukacita, keluh kesah, dan perkara yang menghimpit perasaan anda dalam kehidupan anda.

KESEMBILAN: FIKIRKAN CARA PENETAPAN WAKTU MENGHAFAL

Fikirkan cara untuk menetapkan jadual waktu dalam usaha anda mencapai matlamat anda. Cara di mana anda akan keluarkannya sebagai kesinambungan anda untuk menghafal keseluruhan al-quran dalam tempoh 10 bulan contohnya.

Fikirkan bagaimana
anda dapat menghafal dalam tempoh yang singkat.

 Pemikiran tentang berapa tempoh masa menghafal al-quran ramai masih samar-samar.
Satu muka surat al-quran berapa minitkah diperlukan untuk menghafalnya? Anda tahu? Berdasarkan percubaan yang pernah dibuat terhadap ratusan perserta seminar menghafal al-quran yang dikendalikan oleh Dr Yahya al-Ghausani, mendapati secara biasanya satu muka surat al-quran mengambil masa sekitar 10 hingga 15 minit. Apabila anda mengambil masa sehingga 30 minit atau lebih untuk menghafal satu muka surat, maka ini menunjukkan terdapat masalah cara atau teknik menghafal yang anda gunakan.

Perhatikan kepada cara dan pendekatan anda dalam menghafal. Perhatikan kepada waktu yang berlalu semasa anda menghafal satu muka surat itu. Tekankan masa! Jauhi unsur-unsur luar yang mengganggu. Jauhi dari ralit semasa anda menghafal. Letakkan jam di hadapan anda, dan berikan tumpuan sepenuhnya. Anggaplah setiap detik itu adalah umur anda. Maka jangan anda habiskan secara percuma dan tanpa ada faedah.

Tekankan masa, perhatikan jam, dalam tempoh 10 sehingga 15 minit anda mesti berjaya menghafal satu muka surat. 

Sekiranya tidak tercapai, sudah tentu disana terdapat kesilapan cara atau kecacatan. Maka tak dapat tidak , anda mesti mengambil tahu “di manakah silapnya? Di manakah cacatnya? Boleh jadi semasa anda cuba memperbetulkan bacaan.

Kisah Seorang Pemuda
Seorang pemuda bernama Hisyam telah hadir ke seminar yang dikendalikan oleh Dr Yahya al-Ghausani. Kemudian dia mula mempraktikkan strategi yang diajarkan, dan dia mahu menghafal keseluruhan al-quran dalam tempoh dua bulan. Dalam tempoh beberapa hari dia telah berjaya menghafal surah al-Baqarah, Ali-Imran, an-Nisa’ sehingga beliau sampai ke surah Hud. Tiba-tiba datang lintasan di hatinya, bahawa surah Hud mempunyai banyak ayat yang hampir-hampir sama (mutasyabihat), dan kisah-kisah yang saling kait-berkait. Dia merasakan surah ini amat susah. Lantaran ini, dia tidak dapat menghafalnya seperti biasa sedangkan di ketika itu dia sudah pun menghafal 12 juzuk.

Lihatlah kepada “kepercayaan negatif”? apakah yang ia sedang lakukan kepada tuannya?. Setelah berlalu 5 hari tanpa dia menghafal sebarang ayat, Pemuda ini telah dirundung rasa kecewa, lalu dia berkata “kemampuanku hanya sekadar menghafal 10 juzuk sahaja, aku sudah tidak mampu untuk menghafal lebih lagi, Cukuplah setakat ini sahaja”.
Pada hari berikutnya, dia telah menerima sepucuk surat daripada saudaraku sepengajian yang turut serta menghafal al-quran melalui seminar tersebut. 

(Ya! Ini juga merupakan satu pendekatan yang bagus, iaitu mereka yang mahu menghafal al-quran perlu mempunyai sahabat yang sama-sama menghafal, apabila kita lemah dia dapat memberi semangat kepada kita).

Dalam surat tersebut sahabat tersebut bertanya kepadanya: “Apa perkembangan hafazan anda sekarang?”. (Sahabat tersebut bertanya tentang perkembangan strategi hafazan yang dipelajari oleh pemuda tersebut, yang boleh membuatkannya dapat menekuni al-quran dengan pantas).

Berkata Pemuda tersebut: Aku mula tersedar seolah-olah kata-kata tersebut telah menghidupkan aku semula. Kata-kata tersebut seolah-oleh mengejutkan kau dari tidurku. Aku bingkas bangkit dan membuka mushaf pada surah Hud dan tiba-tiba aku dapat menghafalnya dengan bentuk yang cukup bagus, kerana aku teringat hafalan yang lalu dan bagaiman aku berjaya menhafalnya.

Ayuhai Penghafal al-quran! Hendaklah anda sentiasa ingat kenang hafalan lalu betapa anda berjaya menghafalnya. Dengannya, kukuhkan azammu untuk meneruskan haafalan untuk ayat-ayat yang berikutnya. Apa-apa yang Allah telah muliakan dan kurniakan anda dengan perkara yang lalu, Ia juga akan memuliakan dan kurniakan anda dengan perkara yang menyusul.

Berdoalah kepada Allah!
اللهم كَمَا أَكْرَمْتَنِيْ بِحِفْظِ سُوْرَةِ كَذَا، فَأَكْرِمْنِيْ بِحِفْظِ سُوْرَةِ كَذَا وَكَذَا

Maksudnya: “Ya Allah! Sebagaimana Engkau muliakan aku dengan hafalan surah begian, maka muliakan aku juga dengan hafalan surah begian-begian” Kemudian bertawakkallah kepada Allah! Anda akan memperolehi hasilnya. 

Pemuda tersebut telah berjaya menghafal surah Hud dalam satu hari sahaja kemudian berjaya menyempurakan hafazan dalam masa 58 hari. 

Mudah-mudahan Allah swt menjadikan kita seperti pemuda tersebut bahkan lebih baik. Ucapkan “Amin” dari lubuk hati anda. Cubalah anda letakkan tempoh masa yang pendek contohnya surah Maryam dihafal satu hari, Insyaallah anda akan dapat lakukan jika ia benar-benar terbit dari lubuk hati anda.  Cubalah!!

™️🎉🎉🎊
Ana Faqeer
Darul Ilmu Agong Pengajian Hijrah Diri (DIAPHD) Kedah Darulaman
22 Februari 2019

No comments:

Post a Comment