Friday 20 September 2013

Mati Syahid Itu Nikmat

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
اللهم صل على محمد وآل محمد
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

La tahzan innallaha ma'ana” (jangan bersedih, Allah bersama kita)



لَا تَحْسَبَنَّ ٱلَّذِينَ قُتِلُوا۟ فِى سَبِيلِ ٱللَّـهِ أَمْوَٰتًۢا ۚ بَلْ أَحْيَآءٌ عِندَ رَبِّهِمْ يُرْزَقُونَ ﴿١٦٩ فَرِحِينَ بِمَآ ءَاتَىٰهُمُ ٱللَّـهُ مِن فَضْلِهِۦ وَيَسْتَبْشِرُونَ بِٱلَّذِينَ لَمْ يَلْحَقُوا۟ بِهِم مِّنْ خَلْفِهِمْ أَلَّا خَوْفٌ عَلَيْهِمْ وَلَا هُمْ يَحْزَنُونَ ﴿١٧٠


Dan jangan sekali-kali engkau menyangka orang-orang yang terbunuh (yang gugur Syahid) pada jalan Allah itu mati, (mereka tidak mati) bahkan mereka adalah hidup (secara istimewa) di sisi Tuhan mereka dengan mendapat rezeki; (169) (Dan juga) mereka bersukacita dengan kurniaan Allah (balasan mati Syahid) yang telah dilimpahkan kepada mereka, dan mereka bergembira dengan berita baik mengenai (saudara-saudaranya) orang-orang (Islam yang sedang berjuang), yang masih tinggal di belakang, yang belum (mati dan belum) sampai kepada mereka, (iaitu) bahawa tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita. (170)

Wajah Para Syuhada Yang Syahid Dijalan Allah.


HABUAN MATI SYAHID (tiada yang lebih indah melainkan mati syahid)
Daripada Ubadah bin Shomit katanya bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda yang bermaksud : 
Di sisi Allah, orang yang mati syahid itu akan mendapat 7 ganjaran iaitu :

1. Mendapat keampunan pada permulaan darahnya memancar keluar
2. Melihat tempat duduknya di Syurga
3. Dihiasi dengan hiasan iman
4. Dikahwinkan dengan bidadari Syurga
5. Dilindungi daripada seksa kubur
6. Diamankan daripada kedahsyatan hari qiamat
7. Dipakaikan mahkota kehormat di atas kepalanya di mana satu mutiara daripadanya adalah lebih baik daripada dunia dengan segala isinya serta diizinkan pula memberi syafaat kepada 70 orang dari kalangan ahli keluarganya


- Dikeluarkan oleh imam Ahmad, Al-Bazzar dan At-Tobaran.


والله أعلم بالصواب
Wallahu A’lam Bish Shawab

 (Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)

No comments:

Post a Comment