Monday 13 January 2014

Pusrapi Info : Salam Maulidur Rasul 1435 H

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
اللهم صل على محمد وآل محمد
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Status Dakwah :

Ucapan Salam Maulidur Rasul 1435H.



Assalamualaikum .. .. Salam Maulidur Rasul 1435H kepada seluruh umat Nabi Muhammad S.A.W , sahabat rapat , keluarga, pesakit-pesakit pusrapi, pelanggan istiqamah pusrapi, teman-teman facebook, teman-teman blogger, kenalan suka & duka yang muda, remaja, dewasa & yang makan garam lebih serta ucapan khusus buat seluruh umat Islam didunia ...

Semoga kita sentiasa memantapkan keyakinan, meningkatkan kecintaan, mencontohi perlakuan dan menghayati Al-Quran dan sunnah Rasulullah SAW 

...Berbanyakkanlah berselawat. Sesungguhnya hanya baginda insan terpilih yang terbaik dikalangan yang terbaik. Bersama kita menyambut hari ulang tahun keputeraan junjungan besar Nabi Muhammad SAW. 

Alhamdulillah kita masih lagi diberi peluang untuk meraikan Maulidur Rasul 1435H .. Sekali lagi dipesan marilah berselawat ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW ..

Sambutan Maulidur Rasul

Rasulullah SAW pernah bersabda:
عَنْ أَمِيْرِ الْمُؤْمِنِيْنَ أَبِيْ حَفْصٍ عُمَرَ بْنِ الْخَطَّابِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ : سَمِعْتُ رَسُوْلَ اللهِ صلى الله عليه وسلم يَقُوْلُ : إِنَّمَا اْلأَعْمَالُ بِالنِّيَّاتِ وَإِنَّمَا لِكُلِّ امْرِئٍ مَا نَوَى . فَمَنْ كان هِجْرَتُهُ إِلَى اللهِ وَرَسُوْلِهِ فَهِجْرَتُهُ إِلَى اللهِ وَرَسُوْلِهِ.

Dari Amirul Mu’minin, Abi Hafs Umar bin Al Khottob RA berkata: Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda : “Sesungguhnya setiap perbuatan (amal) bergantung niatnya. Dan sesungguhnya setiap orang (akan dibalas) berdasarkan apa yang dia niatkan. Siapa yang hijrahnya kerana (ingin mendapatkan keredhaan) Allah dan Rasul-Nya, maka hijrahnya kepada (keredhaan) Allah dan Rasul-Nya.”

Kelebihan Memuliakan Maulidur Rasul

Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda: “Sesiapa yang membesarkan hari keputeraanku nescaya aku akan menjadi penolongnya pada hari kiamat dan sesiapa membelanjakan untuk majlisku seumpama ia membelanjakan emas sebanyak sebuah gunung untuk agama Allah.”

Sayyidina Abu Bakar As-Siddiq Radiallahuanhu berkata: “Sesiapa membesarkan Maulud Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam, maka sesungguhnya ia akan menjadi temanku di dalam syurga.”

Begitu juga As-Sirri As Saqati berkata: “Sesiapa pergi ke tempat yang ada dibaca di situ Maulud Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam sesungguhnya dia diberi satu kebun daripada kebun-kebun syurga kerana dia pergi ke tempat itu tidak lain kerana cinta kepada Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam.”

Selamat Hari Menyambut Maulidur Rasul 1435H dan Terima Kasih bersama PUSRAPI.

www.pusrapi.blogspot.com

Kepada yang ingin mencuba keberkesanan Produk Pusrapi @ mendapatkan rawatan bolehlah hubungi kami untuk tempahan@temujanji: 


Ustazah Siti 019-449 9929 
Ustazah Husna 019-496 6316
Ustazah Wahida 012- 552 0195
Ustaz Syamizam 019-5896783 
Ustazah Min (017-426 6908)
Pn. Nor Aniza (012-319 2542)


والله أعلم بالصواب
Wallahu A’lam Bish Shawab
(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)

Thursday 9 January 2014

Pusrapi Info: Testimoni Pesakit Bekam Sunnah

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
اللهم صل على محمد وآل محمد
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Status Dakwah: 
Testimoni Bekam Sunnah Muhammad Adam Abqari



Ya Allah….
Sihatkan Tubuh Badanku,
Tambahkan Ilmu Pengetahuanku,
Berkatkan Rezekiku.
Tingkatkan amal Ibadatku untuk taat perintahmu.


Surah Asy- Syu'araa' Ayat 26:80
YAKINLAH AKAN FIRMAN ALLAH :
"Dan Apabila Aku sakit, maka Dia Lah Yang Menyembuhkan Penyakitku.


حَسْبُنَا ٱللَّـهُ وَنِعْمَ ٱلْوَكِيلُ
“HasbunalLâh Wani’mal-Wakîl”,
Cukuplah Allah untuk kami dan dia sebaik-baik pengurus. (QS. 3:173)

نِعْمَ ٱلْمَوْلَىٰ وَنِعْمَ ٱلنَّصِيرُ
Ni'mal-Mawla Wani'man-Nashîr
Dia adalah sebaik-baik Pelindung dan sebaik-baik Penolong . (QS. 8:40)






"Saya menyeru kepada semua muslimin dan muslimat, sokonglah usaha semua pihak atau individu yang nak promosikan Al Quran dan sunnah.

Janganlah dipandang rawatan bekam ni terlalu murah nilainya sampai dipilih antara ikhtiar perawatan yang paling akhir hinggakan  di mata masyarakat yang sebahagiannya masih lemah cintanya dengan sunnah.

www.pusrapi.com
Sembuh.Tanpa.Ubat 

BEKAM sudah dikenali sejak ribuan tahun dahulu, bahkan sejak zaman Nabi Musa a.s. dan berkembang ke seluruh dunia sehinggalah ke hari ini. Banyak dalil yang menunjukkan sunnah qauliyah dan fi’liyah berkenaan amalan berbekam ini dalam kitab-kitab hadis yang muktabar.

Bekam merupakan terjemahan dari perkataan Hijamah yang berasal dari perkataan al-Hajmu, yang bermaksud pekerjaan membekam. Al-Hijmu bermaksud menghisap atau menyedut. Maka istilah Hijamah atau berbekam dapat diertikan sebagai satu tindakan penghisapan (penyedutan) darah dengan alat yang menyerupai tabung serta mengeluarkannya dari permukaan kulit dengan proses penyedutan yang kemudiannya ditampung dalam gelas.


Kepada yang ingin mencuba keberkesanan Produk Pusrapi @ mendapatkan rawatan bolehlah hubungi kami untuk tempahan@temujanji: 

Ustazah Siti 019-449 9929 
Ustazah Husna 019-496 6316
Ustazah Wahida 012- 552 0195
Ustaz Syamizam 019-5896783 
Ustazah Min (017-426 6908)
Pn. Nor Aniza (012-319 2542)


والله أعلم بالصواب
Wallahu A’lam Bish Shawab
(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)


Wednesday 8 January 2014

Pusrapi Info: Keajaiban Al-Quran Kejadian Manusia.

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
اللهم صل على محمد وآل محمد
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته




Dalam Al Qur'an dipaparkan bahwa manusia diciptakan melalui tiga tahapan dalam rahim ibunya.

"... Dia menjadikan kamu dalam perut ibumu kejadian demi kejadian dalam tiga kegelapan. Yang (berbuat) demikian itu adalah Allah, Tuhan kamu, Tuhan yang mempunyai kerajaan. Tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) selain Dia; maka bagaimana kamu dapat dipalingkan?" (Al Qur'an, 39:6)

Sebagaimana yang akan dipahami, dalam ayat ini ditunjukkan bahwa seorang manusia diciptakan dalam tubuh ibunya dalam tiga tahapan yang berbeda. Sungguh, biologi modern telah mengungkap bahwa pembentukan embrio pada bayi terjadi dalam tiga tempat yang berbeda dalam rahim ibu. Sekarang, di semua buku pelajaran embriologi yang dipakai di berbagai fakultas kedokteran, hal ini dijadikan sebagai pengetahuan dasar. Misalnya, dalam buku Basic Human Embryology, sebuah buku referensi utama dalam bidang embriologi, fakta ini diuraikan sebagai berikut:

"Kehidupan dalam rahim memiliki tiga tahapan: pre-embrionik; dua setengah minggu pertama, embrionik; sampai akhir minggu ke delapan, dan janin; dari minggu ke delapan sampai kelahiran." (Williams P., Basic Human Embryology, 3. edition, 1984, s. 64.)

Fasa-fasa ini menunjukkan pada tahap-tahap yang berbeza dari perkembangan seorang bayi. Ringkasnya, ciri-ciri tahap perkembangan bayi dalam rahim adalah sebagaimana berikut:

- Tahap Pre-embrionik
Pada tahap pertama, zigot tumbuh membesar melalui pembelahan sel, dan terbentuklah segumpalan sel yang kemudian membenamkan diri pada dinding rahim. Seiring pertumbuhan zigot yang semakin membesar, sel-sel penyusunnya pun mengatur diri mereka sendiri guna membentuk tiga lapisan.

- Tahap Embrionik
Tahap kedua ini berlangsung selama lima setengah minggu. Pada masa ini bayi disebut sebagai "embrio". Pada tahap ini, organ dan sistem tubuh bayi mulai terbentuk dari lapisan- lapisan sel tersebut.

- Tahap fetus
Dimulai dari tahap ini dan seterusnya, bayi disebut sebagai "fetus". Tahap ini dimulai sejak kehamilan bulan kedelapan dan berakhir hingga masa kelahiran. Ciri khusus tahapan ini adalah terlihatnya fetus menyerupai manusia, dengan wajah, kedua tangan dan kakinya. Meskipun pada awalnya memiliki panjang 3 cm, kesemua organnya telah nampak. Tahap ini berlangsung selama kurang lebih 30 minggu, dan perkembangan berlanjut hingga minggu kelahiran.

Informasi mengenai perkembangan yang terjadi dalam rahim ibu, baru didapatkan setelah serangkaian pengamatan dengan menggunakan peralatan modern. Namun sebagaimana sejumlah fakta ilmiah lainnya, informasi-informasi ini disampaikan dalam ayat-ayat Al Qur'an dengan cara yang ajaib. Fakta bahwa informasi yang sedemikian rinci dan akurat diberikan dalam Al Qur'an pada saat orang memiliki sedikit sekali informasi di bidang kedokteran, merupakan bukti nyata bahwa Al Qur'an bukanlah ucapan manusia tetapi Firman Allah.





Manusia merupakan ciptaan Allah SWT yang paling sempurna dalam bentuk zahir dan batin yang seimbang di antara jiwa dan raga untuk menghayati kehidupan rohani dan jasmani bagi kesejahteraan hidup di dunia dan akhirat.

Manusia adalah sebaik-baik kejadian jika dibandingkan dengan makhluk-makhlukNya yang lain. Alam semesta ini dijadikan untuk manusia membina kesihatan agar sentiasa dapat beribadah kepadaNya.

Sekalian makhluk tuhan cipta
untuk membina alam semesta
keperluan kehidupan manusia
membina kesihatan kehidupannya


Alam kehidupan manusia
rohani jasmani jiwa raga
mengalami hidup alam semesta
menyembah tuhan Maha Esa


Tenaga raga jasad manusia
darah daging nafas dan haba
daripada unsur alam benda
tanah air api dan udara


Tenaga jiwa jasad manusia
faham fikir ingat dan rasa
dari tenaga alam raga
diransangi tenaga sekitarnya


Kehidupan jasad manusia
keadaan nyawa jiwa raga
dari amalan kehidupannya
mengalami hidup alam semesta



Kehidupan rohani manusia
kasih sayang cinta sejahtera
penghayatan hidup manusia
menyembah tuhan Maha Esa



Kepada yang ingin mencuba keberkesanan Produk Pusrapi boleh hubungi untuk tempahan : 

Ustazah Siti 019-449 9929 
Ustazah Husna 019-496 6316
Ustazah Wahida 012- 552 0195
Ustaz Syamizam 019-5896783 
Ustazah Min (017-426 6908)
Pn. Nor Aniza (012-319 2542)


والله أعلم بالصواب
Wallahu A’lam Bish Shawab
(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)

Wednesday 1 January 2014

Pusrapi Info: Bicara Syukur

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
اللهم صل على محمد وآل محمد
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Status Dakwah : Bicara Syukur

Alhamdulillah Allah Menemukan Kita Di Tahun 
2014
1435-1436 H

Dengan Ingatan Tulus Ikhlas Daripada Pusrapi
Sembuh.Tanpa.Ubat

Assalamualaikum kepada seluruh umat Nabi Muhammad Muslimin & Muslimat Yang Dirahmati Allah sekalia, Pusrapi tidak ketinggalan mengucapkan salam lebaran tahun 2014 mengingatkan kita umur Nabi Allah iaitu Nabi Isa A.S.

Segala puji bagi Allah Tuhan Semesta Alam. Selawat dan salam semoga tercurah ke atas Nabi Muhammad s.a.w keluarga dan para sahabatnya. Ya Allah! Engkaulah Tuhan yang kekal abadi, sedia ada, tiada permulaan. Anugerah-mu yang Maha Agung dan Kemurahan-Mu sangat kami harapkan. 

Tibalah sudah tahun baru, kami mohon kepada-Mu agar kami terpelihara daripada tipu daya syaitan yang terlaknat dan kuncu-kuncunya. kami mohon kepada-Mu agar dapat mengendalikan hawa nafsu yang mengajak kepada keburukan. Kami mohon kepadamu, agar kami dapat bersedia melakukan amal-amal kebajikan yang dapat mendekatkan diri kami kepada-Mu. 

Ya Allah! Tuhan yang Maha Agung lagi Maha Mulia. Tuhan yang sebaik-baik mengurniakan rahmat. Segala puji bagi Allah, Tuhan yang mentadbirkan alam Semesta. Semoga dicucuri rahmat dan sejahtera atas junjungan kami Nabi Muhammad beserta keluarga & sahabat-sahabatnya sekalian dan segala puji bagi Allah Tuhan pentadbir seluruh alam.







Kepada yang ingin mencuba keberkesanan Produk Pusrapi boleh hubungi untuk tempahan : 

Ustazah Siti 019-449 9929 
Ustazah Husna 019-496 6316
Ustazah Wahida 012- 552 0195
Ustaz Syamizam 019-5896783 
Ustazah Min (017-426 6908)
Pn. Nor Aniza (012-319 2542)


والله أعلم بالصواب
Wallahu A’lam Bish Shawab
(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)