Thursday 19 September 2019

Pusrapi Jitra Jom Kenali Ustazah Nur Husna Perawat Sepenuh Masa Pusrapi

Pusrapi Jitra Jom Kenali Ustazah Nur Husna Perawat Sepenuh Masa Pusrapi.




Salam Jumaat 1441/2019, pada penduduk Alor Setar, dekat sangat dh Pusat Rawatan Annurr Jitra yang paling lama berpengalaman Merawat Pesakit Serata Malaysia mai bertandang, jangan tunggu lama², call dan buat appointment, tak perlu tunggu sakit, Cegah Sebelum parah,  ubati sebelum melarat, kita tak tau penyakit yg dh lama bersarang, tapi nabi kita sudah tau umatnya bakal lemah pabila sakit menyerang, oleh itu Alhamdulillah Syukurlah pada yang Allah beri keyakinan dan Kesabaran untuk istiqamah mencuba dan melaksanakan kaedah Sunnah nabi, Kesembuhan Merentasi Zaman.


Kami di Pusrapic Hq sedia membantu dan memberi khidmat terbaik kepada yg memerlukan & sentiasa tercari-cari cara pengubatan alami.


#ustazahLin #MiracleInsideYou #pusrapi #sembuhtanpaubat #TerapiKahfiPusrapi #AlquranTajwidUstazahLin #BekamSunnahNabi #SembuhDenganSatuTitik #JomBersiwak


SELAMAT MENONTON PENGASAS PUSAT RAWATAN ANNUUR (PUSRAPI JITRA). Love you all , jangan lupa Subscribe • Like • Comment • Share Channel Ustazah Lin.


https://youtu.be/0byW7RNxR00



Monday 16 September 2019

Pusrapi Info: Istanbul Sawda Berkesan Rawat Pelbagai Penyakit




Lama tak update, produk yg paling Bersejarah di Pusrapi. Sesuai untuk lelaki dan wanita, budak dua tahun keatas pun boleh minum. Tujuan utk memperkukuh antibodi badan supaya badan anda sentiasa dalam kondisi sihat dan stabil. 

Ada Pelbagai manfaaat yg boleh kita dapat, jika beramal denganNya.


Friday 6 September 2019

Pusrapi Info: Kisah Hidup Pesakit Gangguan

Ya Allah tolonglah Ustazah, kenapa bila saya lalu jambatan Pulang Pinang hati saya berkata-kata, kalaulah saya terjun jambatan ni apa jadi pada saya ada orang tolong ka?, saya akan mati ka? Kalau mati apa saya nak jawab pada Allah bila saya ambil keputusan bunuh diri, kenapa saya banyak petanda pemikiran menjurus kearah mati....apa dah jadi pada diri saya ni Ustazah...Apa perlu saya buat, emosi saya makin diganggu dan terus terganggu...Bila jumpa Doktor tak dapat kesan sakit saya ni....paling sedih doktor kata saya buat Drama saja....Pilu saya dengar 😔😔😔😔












#ustazahLin

#pusrapi 

#sembuhtanpaubat 

#AlquranTajwidUstazahLin

#MiracleInsideYou

https://www.facebook.com/pusrapi.naturalhealing

https://www.youtube.com/user/pusrapi

"Iman Di Luar Akal, Selagi Manusia Berakal, Hidup Tidak Akan Selesai" "Membentuk Dengan Acuan Allah" "Lahirnya Islam Unggul Memimpin Ummah"

🚨*Ustazah Annuur*🚨
Pantas Klik Link Bawah ni 👇
☎📞☎️📱📲
www.wasap.my/60194499929

Thursday 5 September 2019

Pusrapi Info: Ilmu AlQuran Tajwid Matan Imam AlJazari

#ustazahLin #MiracleInsideYou #pusrapi #sembuhtanpaubat #AlquranTajwidUstazahLin






*BERITA BAIK UNTUK MUSLIMIN 👳 & MUSLIMAT 🧕*


*PENGAJIAN TALAQQI AL-QURAN BERSANAD (ONE TO ONE)*(BERGURU BERHADAPAN)*


*PENDAFTARAN PENGAJIAN  BACAAN AL-QURAN IJAZAH SANAD BERSAMA *SHEIKH DARI MESIR* _Universiti Al-Azhar Thanta Mesir_ PADA MUHARRAM 1440/SEPTRMBER 2019 KINI DIBUKA*


1. *_SESI PENGAJIAN BACAAN ALQURAN SANAD PADA HARI *SELASA* MALAM 6pm-11.pm 2019 -*

2. *-SESI PENGAJIAN BACAAN AL-QURAN SANAD PADA HARI *SABTU* MALAM 6pm-11.pm -*


Rasulullah SAW bersabda,


‎Ø®َÙŠْرُÙƒُÙ…ْ Ù…َÙ†ْ تَعَÙ„َّÙ…َ الْÙ‚ُرْآنَ ÙˆَعَÙ„َّÙ…َÙ‡ُ .


“Sebaik-baik kalian adalah orang yang belajar Al-Qur`an dan mengajarkannya.”


*_KEARAH PEMBANGUNAN INSAN BERILMU_*


🔺🔻🔺🔻🔺🔻🔺🔻🔺🔻🔺


Sebarang Pertanyaan Sila Hubungi:-

Ketua Unit Quran Akademi Pusrapi Pengajian Hijrah Diri (APIPHD)

Negeri Kedah Daerah Kulim.

🚨*Ustazah Lin*🚨 

Pantas Klik Link Bawah ini 👇

☎📞☎📱📲

www.wasap.my/60149994232


#ustazahLin #MiracleInsideYou #pusrapi #sembuhtanpaubat #AlquranTajwidUstazahLin



Telegram: https://t.me/UstazahLin


Facebook: https://www.facebook.com/pusrapi.naturalhealing


Subsribe Channel Youtube: 


https://www.youtube.com/user/pusrapi




Monday 2 September 2019

Pusrapi Info: Kitab Adat Aceh

Umur Dunia dan Raja





Fasal pada menyatakan umur dunia tatkala turun nabi Allaha Adam sampai kepada hari kiamat iaitu tujuh ribu (7,000) tahun lamanya. Asal hurufnya Alif pada sehari (1) bulan Maharam setelah sampai umur dunia ini lima ribu enam ratus (5,600) tahun maka jadilah penghulu kita Mahamada Rasul Allaha Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama. 

Pada bulan Maharam jua pada tahun Alif pada sehari (1) bulan sampai umur nabi kita Mahamada Rasul Allaha Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama empat puluh (40) tahun maka di titahkan Allaha Taa’alaya memerang segala kafir pada hal mentauhidkan dia kira2 dua belas (12) tahun lamanya.

Kemudian maka di titahkan Allaha Taa’alaya memindah dari Makah ke Madinah memerang segala kafir pada tahun Zal pada bulan Maharam sehari (1) bulan hari Tsalatsa. Maka adalah lamanya Mahamada dalam Madinah itu sebelas (11) tahun maka nabi kita Mahamada Rasul Allaha Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama pun wafat pada dua belas (12) hari bulan Robayaa’ Al Awala pada hari Atsanayana (Isnin) pada tahun Wau.

Basama Allaha Al Rohamana Al Rohayama.

Al Hamada Lalaha Al Malaka Al Jabaaro segala puji bagi Allaha raja yang maha besar. Al A’zayaza Al Ghofaaro yang maha mulia lagi mengampuni segala dosa hambanya. Al Mahayamana Mana Al Sataaro yang mengurniai menutupi segala hal hambanya. Wa Al Sholaata Wa Al Salaama A’laya Mahamada Wa Alaha Al Thoyabayana Al Akhoyaaro dan rahmat Allaha atas Mahamada dan atas segala keluarganya sekelian yang suci lagi pilihan. 

Amaa Baa’daha maka berkata Asamaa’yala (Ismail) bapa Ahmad yang hina di tolong Allaha Taa’alaya kiranya dengan rahmatnya dan ampunan. Ketahui olehmu bahawa yang menjadikan yang benar kudratnya dan maha tinggi firmannya dan amat limpah nikmatnya. Wa Hawa Naa’ma Al Mawalaya Wa Naa’ma Al Nashoaro iaitu sebaik2 di pertuhan dan sebaik2 yang menolong maka memohonkan taufik kami kepadanya daripada berbuat suatu nasihat akan segala raja2 dengan bahasa Jawi. Wa Samayatahaa Maa Bayana Al Salaathoyana maka kami namai akan dia perintah segala raja2. 

Majlis yang pertama erti raja itu atas tiga (3) huruf. Pertama Ro (ر), kedua Alif (ا), ketiga Jim (ج). 

Adapun merada daripada Ro (ر) itu atas tiga bagai. Pertama2 Ro itu rahmat Allaha atas raja yang di permulia oleh segala manusia dengan sempurna. Kedua rahmat Allaha atas raja di takuti oleh segala manusia mereka itu. Ketiga rahmat Allaha atas raja bagi di akui oleh segala mereka itu segala barang kehendaknya. 

Adapun merada daripada huruf Alif (ا) yakni terdiri bagi raja itu menjadikan khalifah dalam dunia di anugerahkan Allaha Taa’alaya. Kedua perkara yakni terdiri oleh raja amar Allaha dan nahinya kepada segala barang yang di maklumkannya. Ketiga perkara yakni terdirikan melakukan segala barang kehendaknya. 

Adapun merada daripada Jim (ج) itu yakni Jamaala ertinya sifat yang keelokkan bagi menghiasi dirinya. Kedua perkara yakni sifat yang keelokkan bagi mentahtakan perhiasan kebesarannya dan kemuliaan. Ketiga perkara yakni sifat yang keelokkan bagi raja segala barang lakunya pada hal mengikut amar Allaha dan nahinya inilah meradanya Wa Allaha Aa’lama.

Majlis syarat yang kedua segala raja2 itu atas sepuluh (10) perkara, pertama tahta atas kuasanya, kedua terdiri amarnya, ketiga ampun tatkala murkanya, keempat membesarkan yang kecil, kelima mengecilkan yang besar, keenam muliakan yang hina, ketujuh menghinakan yang mulia, kedelapan mematikan yang hidup dan menghidupkan yang mati, kesembilan adab pada hal duduknya, kesepuluh adil mahsyur namanya pada segala negeri. 

Adapun merada daripada tahta atas kuasanya itu yakni segala raja2 itu sekurang2 tahtanya empat (4) batang tiang pun istana namanya. Sekurang2 tahtanya empat (4) mazhab kayu di dirikan di katalah namanya sekurang2 sekalipun seorang menterinya mahu juga ada membicarakan negerinya dan lagi seorang hulubalang mahu juga ada akan menolong segala seterunya dan lagi seorang bentara juga berdiri memegang senjata di hadapannya jikalau besar raja itu besar lagi tahtanya inilah tahta atas kuasanya. 

Adapun merada daripada amarnya itu hendaklah raja itu mendirikan amar Allaha dan nahinya, kedua melakukan amar bagi yag di keelokannya atas negerinya. Adapun ampun tatkala murkanya itu hendaklah segala raja2 itu mengampuni dosa segala hambanya kerana manusia itu terkendera ia atas lupa dan lali kerana segala raja2 itu mengikut bagi tuhan yang maha tinggi mengampuni segala dosa hambanya jikalau segala raja2 tiada ampuninya maka segala rakyatnya pun tiada menderita. 

Adapun merada membesarkan yang kecil itu maka di lihat rajanya jikalau hambanya itu miskin sekalipun jika ada baik afaalnya dan dapat ia membicarakan pekerjaan raja maka segianya di besarkan oleh raja itu kerana kebesaran dan kemuliaan itu Ana Shaa Allaha daripada segala raja2. 

Adapun merada mengecilkan yang besar itu hendaklah di lihat raja jikalau ada hambanya itu akan daripada khianat lakunya dan lakunya maghrur ia dalam kebesarannya suatu pun tiada hasil pekerjaan raja2 olehnya dan beberapa mereka keluar daripada negeri itu sebab aniayanya maka harus di kecilkan raja olehnya baginya supaya jangan jadi binasa negerinya. 

Adapun merada di muliakan yang hina itu hendaklah di lihat raja itu ada penguasanya padanya dan kebaktian baginya dapat menghasilkan barang2 pekerjaan raja2 dan baik afaalnya jikalau hina bangsanya sekalipun harus di permulia raja itu akan dia. 

Adapun merada menghinakan yang mulia itu jikalau ada hambanya itu berbangsa dan kaya maka di binasakan majlis raja olehnya dan banyak memberi kesakitan olehnya maka segera menurunkan daripada tempatnya yang mulia itu supaya jangan binasa majlis raja. 

Adapun merada di matikan yang hidup dan jika di lihat raja2 afaal hambanya takbur dan ghorur dalam kesukaan hendak melakukan tandang raja halnya beberapa segala isi negeri kesakitan olehnya dan hendak derhaka huru hara maka sementaranya belum datang bencana kepada raja segera di matikan mereka itu. 

Adapun merada menghidupkan yang mati jika ada hambanya itu berdosa maka di bicara akan oleh raja kalau ada daripadanya berbuat kebaktian akan raja datanglah lalu atau daripada nenek datuknya kebaktian akan raja maka segianya di ampun dosanya supaya bertambah2 ia berbuat kebaktian akan raja demikianah menghidupkan yang mati. 

Adapun merada daripada adab duduk pada hal itu yakni pada tatkala raja duduk semayam itu adalah seperti matahari gilang gemilang cahayanya yakni warna muka raja itu manis seperti laut madu di adap bala tenteranya sekelian serta khidmat akan segala pendita dan perdana menteri dan hulubalang supaya bertambah2 kebesaran dan kemuliaan. 

Yakni apabila raja itu hormat akan segala pendita jadilah berdiri agama dan apabila raja hormat akan segala menteri di takuti oleh segala rakyat akan menteri itu barang pekerjaan raja oleh menteri itu inilah erti adab pada hal duduk semayam di atas singgahsana tahta itu adalah seperti bulan purnama gilang gemilang cahayanya maka penuhlah bintang memagar suatu pun tiada dan mengatur ia maha hebatlah rupa alam itu. 

Adapun mahsyur adilnya nama raja itu yakni hendaklah raja itu menghukumkan bagi segala mereka dengan hukum yang sebenarnya. Kedua perkara hendaklah raja itu memeliharakan segala dagang di tambahi pula dengan limpah kurnia raja. Ketiga perkara hendaklah raja mengubungkan kasih pada negeri itulah erti mahsyur adilnya namanya raja itu maka sempurnalah kerajaan raja itu Wa Allaha Aa’lama.

Majlis yang ketiga mengatakan kehendak raja 2 itu atas delapan (8) perkara. Pertama kehendak raja khazanahnya sentiasa tiada berputusan perginya dan datang. Kedua perkara kehendak raja kepada sehari2 makin bertambah2 kebesarannya dan kemuliaannya. Ketiga perkara kehendak raja kepada sebulan2 makin bertambah2 menterinya dan hulubalangnya. Keempat perkara kehendak raja kepada setahun2 makin bertambah rakyatnya. 

Kelima perkara kehendak raja beberapa tahun baiki kotanya dan dalamkan paritnya. Keenam perkara kehendak raja akan benda yang baik2 dan bunyi bunyian yang ghorib2. Syahdan senjata yang ajaib. Ketujuh perkara kehendak raja melakukan kesukaan pada barang sekehendaknya. Kedelapan perkara kehendak raja itu mahsyur namanya pada barang tempat itulah kehendak sekelian raja2 itu maka sempurn kerajaan baginya. 

Adapun merada khazanahnya itu yang tiada berputusan pergi datang itu hendaklah raja mengeluarkan daripada khazanahnya akan memberi kurniai kepada segala hambanya yang berbuat kebaktian atau memberi sedekah akan segala fakir dan miskin dan daripada belanja negeri dan barang sebagainya itulah erti keluar daripada khazanahnya. 

Adapun merada tiada berputusan datangnya itu hendaklah di bicarakan raja daripada a’syur negeri dengan sebenarnya itu hendaklah di bicarakan dalamnya atau di luarnya inilah merada daripada datangnya tiada berputusan. Sebermula jikalau tiada di bicarakan raja khazanahnya perginya datangnya itu nescaya bertambah akhirnya kekejian negeri raja itu Wa Allaha Aa’lama. 

Adapun merada kehendak raja kepada sehari2 makin bertambah2 kebesarannya dan kemuliaannya itu hendaklah pertama raja yang besar dirinya segala barang lakunya tiada dengan barang itu jua. Sebermula jikalau ia semayam pada pengadapan yang di dalam itupun sekelian dengan perintah kebesaran juga dan jika semayam pada pengadapan yng di luar itupun demikian lagi pada sehari makin bertambahan tahta kebesarannya. 

Sebermula jikalau ia bertitah mahsyur berbuat dengan seketika itu juga di kehendakinya hasil dan jikalau seseorang hamba di kurniainya dengan seketika itu juga menjadi kaya dan di mulia jikalau seorang hamba itu di murkainya dengan seketika itu juga jadi binasanya.

Syahdan hendaklah di bicarakan raja segala raja yang dapat di maklumkannya dan beberapa rimba yang terbaik menjadi negeri dan beberapa di perbuatnya masjid demikianlah kehendak sekelian raja2 maka bertambah2 kebesarannya dan kemuliaannya Wa Allaha Aa’lama Ba Al Showaaba. 

Adapun merada daripada tahta kemuliaan itu hendaklah raja2 itu menghiasi dirinya degan pakaian yang indah2 dan yang mulia2. Kedua hendaklah raja2 itu menghiasi istananya dengan perhiasan yang indah2. Ketiga hendaklah raja2 itu menghiasi penghadapan dengan perhiasan yang indah2 lagi ghorib. Keempat hendaklah raja2 itu menghiasi negerinya daripada masjid dan lebuh pekan pada sehari hari di perhiasinya dan barang sebagainya perhiasi akan menambaki kemuliaan. 

Adapun merada daripada bertambah2 hulubalang kepada sebulan2 itu yakni hendaklah di pilih raja daripada mereka yang banyak itu jikalau ada hartanya dan baik sikapnya. Syahdan tahu pada hal bermain2 senjata lagi pada hikmat peperangan jikalau miskin sekalipun maka di beri nama oleh raja di jadikan hulubalang supaya bertambah2 hulubalang raja jadi hebat pada segala seteru. Kedua hendaklah di cari raja pada antara orang muda2 yang baik afaalnya dan tahu perintah majlis segala raja2 maka jadikan ia biduanda. 

Adapun merada pada setahun2 makin bertambah2 rakyat raja itu yakni hendaklah berbuat adil dan periksa pelihara segala menteri dan daripada segala orang kaya2 dan makmur nikmat dalam negeri itu dan hendaklah raja mengubungkan kasih pada segala negeri dan limpah kurnia pada segala dagang dan berbanyak saudagar dalam negeri itu dan mengarang pekerjaan pada segala miskin kurniai pada kesakitan dan memberi sedekah kepada segala fakir. 

Adapun merada daripada beberapa tahun makin luas kota raja dan gahnya itu yakni hendaklah di bicarakan raja pada tatkala berbuat kota itu pada ketika tahun sang nampang syarat berbuat dia segala orang yang bekerja itu sang nampang itu juga di baikkannya pada tiga (3) tahun setelah sang nampang di perbuat seperti adat dahulu itu keempatnya pun demikian juga supaya rakyat sentosa di pergilir dan berbuat parit itupun demikian juga. 

Adapun kehendak raja akan yang tabaruk dan bunyi bunyian yang ghorib itu yakni hendaklah raja menyuruh pada segala negeri mencari sesuatu perkakas tahta kerajaan daripada hamparan dan permaidani yang keemasan atau pakaian daripada gajah dan kuda dan barang sebagainya. Apabila terdengar oleh nakhoda di kehendak raja itu maka di carinya akan kebaktian maka menjadi dua manafaat akan raja pertama beroleh raja benda tabaruk kedua hendaklah di kurniai raja akan nakhoda itu. Syahdan perbaiki hatinya bagi menjadi dia hambalah mudah mudahan ia kebawah raja. 

Adapun merada sehari2 melakukan kebesarannya itu yakni hendaklah raja menyukakan hati segala isi negeri dan isi istananya dan penghidupan dan barang sebagainya. Adapun merada itu yakni hendaklah raja berbuat adil dan bermulia ia segala pendita dan hendaklah raja mengasihi segala fakir dan miskin dan yatim demikian lagi kehendak segala raja2 itu maka sempurnalah kebesarannya dan kemuliaannya Wa Allaha Aa’lama.

Sumber: Kitab Adat Aceh.
Manuskrip British Gallery.