Monday 18 February 2019

Pusrapi Info: KULIAH BERUBAT DENGAN SIWAK












Kuliah Magrib Ilmu Bicara Bersama Pelajar Tahfiz.

Berubat Dengan Siwak
Bicara Ilmu Bersama Pusrapi
Tempat: Dewan Kuliah Raudatul Azizah
Masa   : 7.30-10.00pm 
Tarikh  : 19 Feb 2019

Diriwayatkan dalam sebuah hadis bahawa "solat yang dikerjakan dengan bersugi adalah 70 kali lebih baik daripada solat tanpa bersiwak" dan "hendaklah kamu mengambil berat tentang bersiwak kerana bersiwak mempunyai 10 faedah".

KEBAIKAN BERSIWAK DARI SUDUT ISLAM

Al-Sharbini menyebut di dalam kitab Mughni al-Muhtaj bahawa  siwak dapat 

membersihkan mulut, 
mendapat reda Allah, 
memutihkan gigi, 
mengelokkan ketawa, 
menguatkan tulang belakang, 
menuatkan gusi, 
melambatkan tua (uban), 
mengelokkan akhlak, 
menajamkan kebijaksanaan, 
menambah pahala, 
memudahkan nazak, 
mengingatkan syahadah ketika hampir mati.
Menurut Ibn al-Nafis, keistimewaan menggunakan  siwak dari kayu al-Arak ialah jika diguna secara sederhana ia akan memutihkan gigi, menguatkan tulang, menghindar dari berlubang dan mengelokkan 
ketawa.

Malah Ibn al-Qayyim menambah lagi iaitu  siwak, melancarkan lidah, menjernihkan otak, membuka selera dan apa yang baik ialah menggunakannya dengan air mawar. 

Manfaat lain ialah membersihkan mulut, menguatkan gusi, menghilangkan kahak, menerangkan penglihatan, menyihatkan perut, memerdukan suara, membantu dalam penghadaman makanan, melancarkan percakapan, mencergaskan bacaaan zikir dan solat, menghindar mengantuk, mendapat keredaan Allah, menakjubkan malaikat, mendapat banyak kebaikan dan lain-lain lagi.
AllahuAkhbar.

Indah Islam Memberi Rahmat,
Al-quran Sunnah Pegangan Umat,
Bila sakit rindu sihat,
Sunnah Nabi Terbukti Hebat,

"Hidup Lebih Sihat...Bila Sunnah Terpahat" ✿‿✿

Pusrapi
Sembuh.Tanpa.Ubat
(◕‿◕)
‎والله أعلم بالصواب
Wallahu A’lam Bish Shawab
(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)

ⓟⓤⓢⓡⓐⓟⓘ
ⓢⓔⓜⓑⓤⓗ.ⓣⓐⓝⓟⓐ.ⓤⓑⓐⓣ

No comments:

Post a Comment