بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
اللهم صل على محمد وآل محمد
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Ya Allah….
Sihatkan Tubuh Badanku,
Tambahkan Ilmu Pengetahuanku,
Berkatkan Rezekiku.
Tingkatkan amal Ibadatku untuk taat perintahmu.
Pusrapi Info :
Tragedi Jumaat Cetus Keinsafan.
Perjalanan saya ke Masjidilharam untuk menunaikan solat
Maghrib petang kelmarin, pada awalnya tidak banyak berbeza dengan hari-hari
yang saya lalui sejak menjejaki kaki di bumi Anbiya ini. Melalui jalan yang
menghala ke Masjid agung itu, langkah dipercepatkan supaya segera tiba.
Sebagaimana saya, begitu juga jemaah lain yang sudah berada di kota kelahiran
Rasulullah SAW ini sejak pertengahan bulan lalu, sempena musim haji tahun ini.
Masing-masing berpusu-pusu dan menyegerakan langkah untuk segera tiba bagi
mendapatkan ruang solat terbaik dan kesempatan beriktikaf sementara menunggu
masuknya waktu. Namun, apabila kaki sudah berada di dataran Masjidilharam,
cuaca tiba-tiba mula bertukar dan ketika mendongak untuk menyaksikan perubahan
yang agak pantas itu, saya melihat langit bertukar menjadi coklat pekat dan
angin kencang yang penuh dengan pasir bertiup ke arah muka.
Dalam keadaan itu,
saya hanya memikirkan betapa kerdilnya jutaan manusia dan segala binaan hebat
di Makkah ini jika dibandingkan dengan kekuasaan Allah SWT. Tidak disangka pagi
Jumaat yang tenang di Makkah bertukar menjadi kucar-kacir pada petangnya
apabila ribut pasir yang kuat melanda sehingga menyebabkan sebuah kren
pembinaan di Masjidilharam yang sedang menjalani kerja pembesaran, tumbang dan
mengorbankan nyawa sebilangan jemaah dan mencederakan ratusan yang lain. Nyaris
dihempap pencangkuk Rakan sebilik, Azri Asmon, 31, yang pada waktu angin
kencang melanda sudah berada di dalam Masjidilharam menceritakan bagaimana
beliau yang berada di tingkat atas mataf pada waktu itu kerana menunaikan tawaf
sunat, menyaksikan sendiri sebuah kren tumbang di atas Masa'a (tempat
mengerjakan saie) dan pencangkuknya melayang dekat dengannya sebelum jatuh ke
atas ruang tawaf di bahagian bawah. Katanya, orang yang sedang tawaf di mataf
kelam kabut berlari mencari jalan keluar dan mereka bertolak-tolak... ada yang
jatuh di atas lantai mataf kerana hanya ada dua laluan kecil yang menghubungkan
mataf dengan bangunan masjid. "Saya simpati dengan warga tua dan jemaah
berkerusi roda yang tersekat dalam kesesakan.
Malah, ada jemaah yang cuba turun
mataf yang setingginya kira-kira 25 meter itu, mungkin bimbang mataf itu juga
akan runtuh ditiup angin. Dalam keadaan itu saya hanya berdiri, melaungkan azan
serta berzikir dan berdoa memohon perlindungan Allah SWT. Mujur isteri tidak
ikut sama tawaf sunat dan berada di ruang dalam masjid," katanya yang
berasal dari Pasir Gudang. Ahli keluarga terpisah Katanya lagi, jemaah yang
berjaya masuk ke kawasan perlindungan mula sibuk mencari pasangan masing-masing
dan ahli keluarga yang terpisah ketika ribut itu berlaku. Keadaan diburukkan
lagi apabila semua talian telefon terputus dan wajah-wajah kebimbangan jelas di
muka. Ribut pasir yang tiba-tiba muncul itu turut menurunkan hujan batu dan
beberapa jemaah cedera serta luka di badan kerana terkena ketulan ais yang agak
besar. Saya turut melihat empat sekeluarga lengkap dengan pakaian ihram berpaut
pada tiang lampu di dataran Masjidilharam, cuba menahan diri daripada
diterbangkan angin kencang. Kilat sabung menyabung dan guruh berdentum dan
untuk beberapa ketika, saya melihat angin pusar yang besar melintasi kawasan
dataran, menerbangkan apa saja di dalam laluannya.
Angin kencang itu turut
menerbangkan penghadang jalan plastik di dataran, seumpama kertas dan
mencederakan beberapa jemaah yang tidak sempat mengelakkan diri, terutama warga
tua yang panik dan tidak dapat bergerak laju untuk menyelamatkan diri. Dalam
kekalutan ribuan manusia yang cemas di dataran Masjidilharam mencari
perlindungan, saya dan seorang lagi jemaah India membantu seorang jemaah wanita
tua dari Indonesia di hadapan saya yang terjatuh dan cedera akibat terkena penghadang
jalan plastik yang diterbangkan oleh angin kencang itu. "Tolong mas,
tolong saya, mas. Jangan tinggalkan saya," rayunya berkali-kali diiringi
tangisan sambil merangkul erat kaki saya. Mulutnya berdarah dan kedua-dua
kakinya tidak dapat digerakkan.
Dalam keadaan yang basah kuyup, saya memujuknya
dengan berjanji tidak akan meninggalkannya. Bagaimanapun, saya tidak berani
untuk mengangkat wanita itu kerana saiz badannya yang agak besar dan bimbang
jika beliau mengalami kecederaan dalaman. Sambil melindunginya daripada ribut
dan angin kencang, beberapa penghadang besi tumbang dan penghadang jalan
plastik juga terbang hampir dengan kami. Ketika itu, saya melayani hati dengan
bertawakal kepada Allah SWT untuk melindungi kami dan reda jika itu adalah hari
terakhir buat saya walaupun saya tahu peluang untuk selamat lebih cerah jika
saya meninggalkan wanita itu dan menyelamatkan diri.
Namun, ini adalah Tanah
Haram dan setiap insan yang berada di situ akan diuji tahap keimanan mereka
seperti beberapa lelaki yang berlari melintasi kami tanpa mempedulikan jeritan
pertolongan saya kepada mereka untuk membantu kami yang terdedah kepada
pelbagai bahaya di kawasan lapang dataran itu. Hanya doa yang tidak putus-putus
dan keyakinan kepada Allah SWT saja yang menguatkan hati saya untuk terus
bertahan di situ. Jemaah dari India yang bersama saya itu kemudian berlari di
dalam ribut untuk mendapatkan bantuan dan kembali dengan seorang anggota polis
yang cuba menghubungi anggota lain. Kekalutan itu berlaku dalam seminit dua, tetapi
dalam keadaan itu, waktu bagaikan berputar terlalu lama dan tidak lama
kemudian, tiba seorang lagi anggota polis yang membuat pemeriksaan pantas dan
memutuskan untuk mengangkat wanita Indonesia itu untuk dibawa ke tempat
perlindungan. Berlindung di aras bawah Bersama-sama, kami memapah beliau dalam
ribut yang masih kencang itu ke bilik air di aras bawah tanah yang terletak
kira-kira 100 meter dari situ.
Sebaik tiba di bilik air itu, saya melihat sudah
ada beberapa ratus jemaah yang berlindung di situ dan wanita itu segera
mendapatkan bantuan daripada jemaah Indonesia lain. Ribut itu reda kira-kira
setengah jam kemudian dan perlahan-lahan jemaah yang berlindung mulai keluar
untuk mencari anggota keluarga dan sahabat mereka yang terpisah dan melihat kerosakan
disebabkan ribut berkenaan. Ribuan pekerja masjid juga pantas membuat kerja
pembersihan dengan membuang air yang bertakung di kawasan dataran dan
sebahagian masjid.
Tidak lama kemudian, azan Maghrib berkumandang dan imam yang
bagaikan mengerti, membaca surah al-Zalzalah dan al-Qari'ah yang menceritakan
mengenai hari kiamat dan tanda-tandanya, pada rakaat pertama dan kedua solat.
Surah al-Zalzalah yang mengandungi lapan ayat itu bermaksud: "Apabila bumi
digoncangkan dengan goncangan (yang dahsyat), dan bumi telah mengeluarkan
beban-beban berat (yang dikandung)nya, dan manusia bertanya: "Mengapa bumi
(menjadi begini)?" Pada hari itu bumi menceritakan beritanya kerana
sesungguhnya Tuhanmu telah memerintahkan (yang sedemikian itu) kepadanya. Pada
hari itu manusia keluar dari kuburnya dalam keadaan bermacam-macam, supaya
diperlihatkan kepada mereka (balasan) pekerjaan mereka. Barang siapa yang
mengerjakan kebaikan seberat zarahpun, nescaya dia akan melihat (balasan)-Nya
dan barang siapa yang mengerjakan kejahatan sebesar zarahpun, nescaya dia akan
melihat (balasan)-Nya pula." Kedengaran esak tangis jemaah apabila surah
berkenaan dikumandangkan. Selepas solat, saya terus pulang ke hotel kerana
keletihan dan agak trauma.
Ketika itu saya mendapat tahu ada jemaah yang
meninggal dunia dan cedera dalam kejadian berkenaan. Al-Fatihah buat jemaah
yang meninggal dunia. Apa pun, jika ditanya kepada saya, tiada tempat lain yang
saya ingin menghembuskan nafas saya yang terakhir selain daripada di Tanah
Haram. Semoga kejadian ini memberikan kita keinsafan akan kekuasaan Allah SWT
dan menambah ketabahan dalam menghadapi dugaan-Nya.
Kepada yang ingin mencuba keberkesanan Produk Pusrapi @ mendapatkan rawatan bolehlah hubungi kami untuk tempahan@temujanji:
Ustazah Siti (Kulim) 019-449 9929
Ustazah Husna (Jitra/Alor Setar) 019-496 6316
Ustazah Wahida (Pauh Jaya) 012- 552 0195
Ustaz Syamizam (Alma Jaya) 019-5896783
Ustazah Min (Alma Jaya) (017-426 6908)
Ustazah Rahmah (Alma Jaya) 012-449 5689
Siti Sarah (Pulau Pinang Island)013-451 3459
Pn. Nor Aniza (Bangi)(012-319 2542)
Ustaz Mfedzly Faudzi (Sungai Petani) 0192446855
Ustazah Lyana Rahim (Sungai Petani) 0195004594
Ustazah Lyana Rahim (Sungai Petani) 0195004594
Siti Rahayu (Manjung): 013-4888201
Website : http://www.pusrapi.com/
Blogs : http://pusrapi.blogspot.com/
Indah Islam Memberi Rahmat,
Al-quran Sunnah Pegangan Umat,
Bila sakit rindu sihat,
Sunnah Nabi Terbukti Hebat,
"Hidup Lebih Sihat...Bila Sunnah Terpahat" ✿‿✿
Pusrapi
Sembuh.Tanpa.Ubat
(◕‿◕)
والله أعلم بالصواب
Wallahu A’lam Bish Shawab
(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)
No comments:
Post a Comment