Tuesday, 1 September 2015

Pusrapi Info : Isteri Berumur 72 Tahun Cekal Menjaga Suami Strok Berusia 82Tahun & Ibu Uzur 93 Tahun.

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
اللهم صل على محمد وآل محمد
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Ya Allah….
Sihatkan Tubuh Badanku,
Tambahkan Ilmu Pengetahuanku,
Berkatkan Rezekiku.
Tingkatkan amal Ibadatku untuk taat perintahmu.

Pusrapi Info : 
Isteri Berumur 72 Tahun Cekal Menjaga 
Suami Strok Berusia 82Tahun & Ibu Uzur 93 Tahun.



Kisah Warga Emas Menjaga Warga Emas.

Alhamdulillah....hari ini 17 Zulkaedah 1346 @ 01 Sept 2015. Hari penyembuhan dalam bulan Islam bagi sesiapa yang ingin melaksanakan bekam sunnah......Pagi ni Allah menghantarkan seorang pesakit yang berusia 72tahun....Pagi ni Allah turunkan hujan rahmat....namun bersungguh-sungguh makcik ni datang naik motosikalnya bertandang ke Pusrapi Sembuh Tanpa Ubat untuk mendapatkan perawatan.....
Semasa sesi merawatnya....beliau tersangatlah ramah.....beliau juga ada menceritakan sedikit tentang perit getir hidupnya selama Allah masih pinjamkan nyawa untuknya....Sebelum mak cik sakit ....makcik ni orang yang buat mcm2 kerja....Mak cik ngaji tak tinggi takat darjah 6 saja. Tapi Alhamdulillah bila setiap kali mak cik keluar....makcik niat nak bekerja untuk ringankan bebanan suami....dimana makcik punya anak lima orang...makcik bersyukur selama makcik keluar minta kerja....makcik tak pernah tak dapat kerja....semua tempat makcik minta makcik dapat.....cumanya bila dah berumur makcik dah tak tahan.....tenaga tak kuat yang lebih ketara bila suami makcik diserang penyakit strok....Jadinya lani makcik kena jaga suami makcik yang strok umurnya dalam 82tahun.....sekali dengan jaga Mak makcik yang tua sekarang umurnya 93tahun. Jadinya makcik lani umur 72tahun....kena jaga baby pun yang umur...tua-tua belaka....katanya sambil ketawa.... Apabila ditanya makcik datang buat rawatan ni .....makcik minta tolong sapa untuk jaga 2 insan yang uzur dirumah....pantas jawapannya....mengatakan Allah jaga mereka....Allahurabbi itulah....kata-kata insan yang bertawakal terus pada Allah....semangat & keyakinannya sangat tinggi.....setiap gerak gerinya....meletakkan Allah sentiasa dihadapan......
Mak cik ni biasa keja kilang buat baju sejuk selama 9 tahun sampai kilang bankrup.....makcik pun berenti.....kemudian makcik kerja tukang cuci pejabat 4 tahun, jadi tukang masak maktab....macam-macam makcik kerja.....sampailah satu masa....makcik teringin nak pi Haji....tapi selama kerja pendapatan masih belum cukup nak pi Haji.....Sampailah ada seorang kawan makcik mai bagi tau......kalau makcik nak pi haji ....mulakan berniaga....berniagalah apa-apapun....makcik ikut apa kata kawan makcik.....mula berniaga rumah-kerumah naik motor pi jual kain batik, kain telekong, orang minta bedak ....makcik pi cari apa saja order yang lepa nak.....sampai petai murah tepi jalan pun makcik angkut pi jual......sampai kena tahan polis.....awat bawa petai banyak nak motor nak p mana?.......Makcik kata pi niagalah.....sambil ketawa......Berkat berniaga yang dikatakan sunnah nabi ini lah akhirnya makcik Allah hantar pi mengerjakan Haji pada umur mak cik 46tahun.....masa register dengan tabung haji untuk suami dan makcik dua-dua dapat pi skali......sampai sekarang makcik akan pesan kat kawan-kawan....kalau tak cukup pendapatan nak pi Haji atau umrah.....pasang niat betul-betul.....mulakan perniagaan.....kecil-kecil.....in sha Allah....sampailah nanti.....dah ramai kawan-kawan yang makcik ajar cara macam tu.....hajat mereka tercapai......
Hebatnya berniaga....
  • Berniaga itu adalah Fardhu Kifayah
  • Berniaga itu adalah sistem muamalat iaitu sistem memberi
  • Setiap perkara berniaga wajib berlandaskan dan rujuk dengan hukum syarak.
  • Islam pandang tinggi pada peniaga dan usahawan.
  • Dalil Al Quran tentang perniagaan ,Firman Allah "Wahai orang2 yang beriman,janganlah kamu makan(gunakan) harta2 kamu sesama kamu dengan jalan yang salah(tipu dan sebagainya) kecuali dengan jalan perniagaan yang dilakukan secara suka sama suka diantara kamu,dan janganlah kamu berbunuh bunuhan sesama sendiri.Sesungguhnya Allah sentiasa Mengasihani kamu."(An Nisa : 29)
  • Sabda Rasulullah s.a.w "9/10 rezeki adalah datangnya daripada perniagaan".(Riwayat Tarmizi)
  • Rasulullah s.a.w berniaga dan sebelum usia baginda mencecah 25 tahun baginda telah pun bergelar jutawan.


Temui kami disana-sini :

Kepada yang ingin mencuba keberkesanan Produk Pusrapi @ mendapatkan rawatan bolehlah hubungi kami untuk tempahan@temujanji: 

Ustazah Siti (Kulim) 019-449 9929 
Ustazah Husna (Jitra/Alor Setar) 019-496 6316
Ustazah Wahida (Pauh Jaya) 012- 552 0195
Ustaz Syamizam (Alma Jaya) 019-5896783 
Ustazah Min (Alma Jaya) (017-426 6908)
Ustazah Rahmah (Alma Jaya) 012-449 5689
Siti Sarah (Pulau Pinang Island)013-451 3459
Pn. Nor Aniza (Bangi)(012-319 2542)
Ustaz Fezdly (Sungai Petani) 019-244 6855
Siti Rahayu (Manjung): 013-4888201


Indah Islam Memberi Rahmat,
Al-quran Sunnah Pegangan Umat,
Bila sakit rindu sihat,
Sunnah Nabi Terbukti Hebat,

"Hidup Lebih Sihat...Bila Sunnah Terpahat" ✿‿✿

Pusrapi
Sembuh.Tanpa.Ubat

(◕‿◕)

والله أعلم بالصواب
Wallahu A’lam Bish Shawab

(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)

No comments:

Post a Comment