Friday 16 November 2018

Pusrapi Info: Rahmaت dan Rahmaة



*Kenapa Perkataan Rahmat Dalam Al-Qur'an Kadang2 Ditulis رحمت Dan Kadang2 Ditulis رحمة ?*

Bismillah. Segala puji bagi Allah yang menurunkan Al-Quran sebagai petunjuk dan menjadikan setiap ayat dan tulisan nya sebagai mukjizat .

Perkataan rahmat ditulis dengan ta terbuka ( رحمت ) . Kenapa ? Sebagai mana disebut , memang ada perbezaan antara ta terbuka (رحمت) dengan ta tertutup (رحمة ) .

1 - Ditulis dengan (رحمت) bilamana rahmat Allah itu sangat luas dan tidak khusus kepada rahmat2 tertentu . Contoh ayat yang disebut di dalam quran :

*(وَلَا تُفْسِدُوا فِي الْأَرْضِ بَعْدَ إِصْلَاحِهَا وَادْعُوهُ خَوْفًا وَطَمَعًا ۚ إِنَّ رَحْمَتَ اللَّهِ قَرِيبٌ مِنَ الْمُحْسِنِينَ)*
[Surat Al-A'raf 56]

Kenapa ditulis dengan رحمت ? Kerana ayat ini ditulis tentang orang2 muhsinin dan orang muhsin ini adalah darajat @ tahap paling tinggi keimanan mereka dan kerana itu rahmat Allah tersangatlah luas kepada golongan ini . Ya Allah, jadikan kami semua tergolong dalam golongan muhsinin .

2 - Ditulis رحمت juga ketika mana ada kesempitan, kepayahan dan ada hajat kemudian Allah memudahkan segala urusan . Contoh ayat quran :

*١- (قَالُوا أَتَعْجَبِينَ مِنْ أَمْرِ اللَّهِ ۖ رَحْمَتُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ عَلَيْكُمْ أَهْلَ الْبَيْتِ ۚ إِنَّهُ حَمِيدٌ مَجِيدٌ)*
[Surat Hud 73]

Ayat ini menceritakan tentang nabi ibrahim . Selepas bertahun lamanya , dan berlalunya zaman untuk si isteri melahirkan anak, Allah mengurniakan zuriat dan seterusnya melahirkan rasa gembira buat nabi ibrahim dan isterinya .

*٢ - (ذِكْرُ رَحْمَتِ رَبِّكَ عَبْدَهُ زَكَرِيَّا)*
[Surat Maryam 2]

Ayat ini pula menceritakan tentang Allah memperkenankan doa nabi zakaria yang memohon supaya dikurniakan anak

*٣ - (فَانْظُرْ إِلَىٰ آثَارِ رَحْمَتِ اللَّهِ كَيْفَ يُحْيِي الْأَرْضَ بَعْدَ مَوْتِهَا ۚ إِنَّ ذَٰلِكَ لَمُحْيِي الْمَوْتَىٰ ۖ وَهُوَ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ)*
[Surat Ar-Rum 50]

Selepas tidak diturunkan hujan , dan dimatikan tanah2 , lalu Allah menurunkan hujan dan memberi kehidupan kepada makhluk dengan rahmat dan kekuasaannya .

Adapun kalimah رحمة ditulis dengan ta tertutup . Ada beberapa sebab dan antaranya :

1- sebaliknya dengan perkataan rahmat yang ditulis رحمت . Kalau رحمت itu untuk nikmat yang umum dan luas, رحمة pula berbentuk khusus . Contoh ayat boleh dilihat :

*١- (فَبِمَا رَحْمَةٍ مِنَ اللَّهِ لِنْتَ لَهُمْ ۖ وَلَوْ كُنْتَ فَظًّا غَلِيظَ الْقَلْبِ لَانْفَضُّوا مِنْ حَوْلِكَ ۖ ..... )*
[Surat Al Imran 159]

Ayat ini membincangkan tentang rahmat Allah yang dipinta oleh Nabi pada perang Uhud kepada para sahabat .

2 - Ditulis juga dengan ta marbutah(رحمة) untuk menunjukkan rahmat itu berkemungkinan tidak akan ditunaikan pada pemintanya atas sebab2 tertentu . Contohnya seorang hamba yang tekun sujud sepanjang malam , yang takutkan azab akhirat dan mengharapkan rahmat Allah di akhirat . Rahmat itu merupakan syurga dan syurga itu ditutup pada kehidupan dunia dan akan dibukakan kepadanya pada hari akhirat .
 Contoh ayat : 
*(أَمَّنْ هُوَ قَانِتٌ آنَاءَ اللَّيْلِ سَاجِدًا وَقَائِمًا يَحْذَرُ الْآخِرَةَ وَيَرْجُو رَحْمَةَ رَبِّهِ ۗ قُلْ هَلْ يَسْتَوِي الَّذِينَ يَعْلَمُونَ وَالَّذِينَ لَا يَعْلَمُونَ ۗ إِنَّمَا يَتَذَكَّرُ أُولُو الْأَلْبَابِ)*
[Surat Az-Zumar 9]

3- Rahmat yang telah dijanjikan Allah . Contoh :
*(فَأَمَّا الَّذِينَ آمَنُوا بِاللَّهِ وَاعْتَصَمُوا بِهِ فَسَيُدْخِلُهُمْ فِي رَحْمَةٍ مِنْهُ وَفَضْلٍ وَيَهْدِيهِمْ إِلَيْهِ صِرَاطًا مُسْتَقِيمًا)*
[Surat An-Nisa' 175]

Orang yang beriman , beramal soleh dan berpegang teguh kepada ajaran quran , Allah menjanjikan akan memberi rahmat dengan memasukkan ke dalam syurgaNya .

Wallahu 'alam.

No comments:

Post a Comment