Saturday 27 April 2013

HABBATUS SAUDA SEBAGAI PENAWAR SEGALA PENYAKIT - RAJA UBAT



Maksud matan hadith:

Sesungguhnya dalam Habbatus Sauda’ini terdapat penawar kepada segala penyakit kecuali al-Sam, dan al-Sam ialah mati, dan Habbatus Sauda’ ialah Syuniz.



Ada banyak hadith-hadith yang menyebut tentang Habbatus Sauda' yang terdapat di dalam himpunan kitab-kitab hadith sahih. Hadith yang paling masyhur ialah yang diriwayatkan dalam kitab Sahih al-Bukhari seperti berikut:



Diriwayatkan oleh Khalid bin Sa'ad:

kami dalam perjalanan keluar dan Ghalib bin Abjar menemani kami. Dia telah jatuh sakit dalam perjalanan dan bila kami sampai di madinah dia masih sakit. Ibn Abi 'Atiq datang menziarahi kami dan berkata kepada kami:Tetaplah kamu dengan Habbatus Sauda' ini. Maka ambillah 5 atau 7 biji Habbatus Sauda' dan hancurkan nya dan masukkan nya kedalam lubang hidung ….. bahawa 'Aishah telah meriwayatkan kepada saya bahawa dia telah mendengar Rasulullah Rasulullah bersabda:



Sesungguhnya HabbatusSauda' ini adalah penawar segala penyakit, kecuali kematian.
Apa maksud 'tetaplah kamu dengan Habbatus Sauda'?


1. Mengikut pendapat ahli ilmu dan ahli bahasa Arab, ia bermakna hendaklah melazimkan pengambilan dan penggunaan Habbatus Sauda' berterusan selama yang termampu. Dengan lain perkataan ia hendaklah menjadi sebahagian dari kehidupan harian selagi termampu.


2. Juga tidak dinyatakan dalam hadith ini supaya ambil Habbatus Sauda' hanya apabila sakit, oleh kerana itu orang yang sihat juga boleh berterusan mengambil Habbatus Sauda' untuk menjaga kesihatan dan juga supaya dapat mencegah penyakit yang mungkin akan menimpanya.



3. Untuk memudahkan pengambilan Habbatus Sauda' ini secara berterusan, ia juga boleh diambil secara bersendirian mentah (bijinya), minyak perahannya, atau dicampur dengan bahan-bahan lain seperti madu atau minyak zaitun atau dalam masakan dan minuman.


Apakah makna 'penawar bagi segala penyakit'?


Ibn al-Qayyim telah menukilkan dalam kitabnya 'al-Tibb al-Nabawi' bahawa makna perkataan 'kulli' (semua/segala) adalah seperti tafsir kepada ayat:


yang menghancurkan 'segala' sesuatu dengan perintah Tuhannya. Yakni angin itu memusnahkan segala manusia dan rumah-rumah kediaman tetapi ia tidak memusnahkan gunung-ganang, sungai-sungai, matahari dan bulan. Ini adalah lafaz ‘am yang bermaksud khusus. Ini ialah termasuk dalam ilmu 'balaghah' dalam bahasa Arab.

Dari maksud yang yang sama penawar 'segala' penyakit itu bermakna yang boleh menawar banyak penyakit (dan tidak menghalang dari merawat penyakit dengan lain-lain ubat) kecuali penyakit yang ditakdirkan membawa kematian. Itulah maksud ‘illa al-Sam’.

4. Hadith ini juga memberi isyarat kepada umat Islam supaya membuat kajian dan selidikan tentang rahsia penawar Habbatus Sauda'. Maka ini bermakna telah menjadi tanggungjawab kepada saintis-saintis supaya menggali rahsia perubatan Habbatus Sauda' ini dan kemudian mengemukannya kepada dunia supaya dapat menolong manusia dalam usaha mengurangkan penderitaan akibat penyakit.

Kajian hendaklah mengikut tujuan berikut:

a. mengenalpasti kandungan-kandungan dalam Habbatus Sauda'.
b. mengenalpasti bahan-bahan aktif yang boleh menyembuhkan penyakit.
c. mengenalpasti bahan-bahan dan kombinasi bahan-bahan yang menyebabkan penawar, penyembuhan, atau pengurangan.
d. Mengenalpasti Dosage/ kadar, RDA (recommended daily allowance) Habbatus Sauda', dan ekstraknya yang boleh menyembuhkan penyakit.
e. Mencari kaedah dan methodologi yang boleh digunapakai untuk perubatan.

5. As-Sam (mati) Habbatus Sauda' tidak dapat mengubati mati dan setiap kematian itu ada sebabnya. Oleh itu hendaklah difahami bahawa penyakit-penyakit yang ALLAH Ta'ala telah takdirkan untuk membawa sebab kepada kematian tidaklah dapat diubati lagi dengan Habbatus Sauda'. Dari sini kita boleh faham makna 'shifa min kulli da' illa asSam' ' penawar bagi segala penyakit kecuali mati'. Maka inilah adalah kebenaran atas kebenaran.

Namun begitu tidaklah bermakna ikhtiar untuk mengubati penyakit itu perlu dihentikan kerana berusaha untuk berubat itu disuruh. Dan jika Habbatus Sauda' itu tidak member kesan terhadap penyakit itu, maka besar kemungkinan ia termasuk salah satu dari penyakit yang akhirnya menjadi as-Sam, dan as-Sam itu akan datang samada lambat atau cepat.

6. Merawat penyakit dengan Habbatus Sauda' tidak bermakna meninggalkan kaedah-kaedah perubatan lain seperti hospital. Malah dalam banyak kes, ia memperkuatkan dan menolong lagi kaedah-kaedah tersebut. Ia adalah lebih kepada 'Complementary and complimentary'

Sebagai penawar dipercayai Habbatus Sauda' boleh:

a. menjadi penyembuh dengan kekuatan sendiri
b. menolong menjadi kesan ubat lain lebih kuat dan efektif
c. kombinasi dengan herba/ubat lain dapat menyembuhkan penyakit
d. menolong mengurangkan kesan sampingan ubat lain terutama ubat moden - atau therapy yang membawa kesan sampingan yang teruk seperti chemotherapy / radiotherapy.
e. mengurangkan penderitaan akibat penyakit
f. mempercepatkan penyembuhan dari kecederaan atau pembedahan.
g. menolong mencegah penyakit dari menjadi lebih teruk

Jika tiada apa-apa sebab sekalipun untuk mengambil Habbatus Sauda' samada dari segi kesihatan dan masalah-masalah pun begitu digalakkan juga untuk mengambil Habbatus Sauda' ini secara berterusan semata-mata kerana berkat hadith dan suruhan dari yang disayangi Rasulullah SAW .

APAKAH HABATUS SAUDA' TUMBUHAN KECIL YANG SANGAT BESAR MENFAATNYA

Habbatus Sauda' ataupun nama saintifiknya Nigella Sativa, adalah sejenis tumbuhan rerumput kecil yang berbunga secara tahunan. Ia bukanlah satu tumbuhan yang besar yang memerlukan penjagaan yang extensive. Hanya saja Habbatus Sauda' tidak tumbuh dalam iklim tropika seperti di Malaysia. Ini bermakna Habbatus Sauda' terpaksa diimpot untuk pasaran tempatan. Asalnya tumbuh meliar di negara-negara sekitar Mediterranean dan negara-negara Tenggara Asia. Kemudian ia ditanam secara meluas di Afrika Utara terutama Mesir, di selatan Eropah, di Syria dan sedikit di Asia Tengah seperti Iran dan India. Bagi iklim yang sesuai, ia sangat senang di tanam di laman rumah atau di tepi-tepi jalan.


Ia dipanggil dengan berbagai nama, antaranya:

Black Cummin, Black Seed, Caraway, Love-in-the-mist (English), Jintan Hitam (Malaysia dan Indonesia), Habbatul Barakah (Mesir), Schwarzkummel (German), kalonji (Hindi), Kezah (Hebrew), Charnushka (Russian), çörek otu (Turki), dan lain-lain lagi. Habbatus Sauda' ini walaupun pohonnya kecil sahaja tapi mempunyai menfaat yang besar kepada manusia. Ia tumbuh dengan ketinggian sekitar 20 hingga 50 sentimeter (separas betis sahaja) dan berdaun halus dengan kedudukan daun bertentangan. Batangnya berwarna hijau, bulat, berbulu dengan ukuran garis lintang sekitar 2 hingga 5 milimeter. Jarak diantara dahan adalah sekitar 2 hingga 5 sentimeter dan bercabang di atas. Nama saintifik: Nigella Sativa

Klasifikasi Saintifik

Kingdom : Plantae
Division : Magnoliophyta
Class : Magnoliopsida
Order : Ranunculales
Family : Ranunculaceae
Genus : Nigella
Species : N. sativa
Binomial name : Nigella sativa L


Habbatus Sauda' dianggap sebagai phytotherapeutic (herba perawatan / perubatan). Walau bagaimana pun buka semua jenis species boleh digunakan untuk perubatan. Terdapat berbagai species Habbatuss Sauda'di berbagai negara, antara yang masyhur ialah seperti berikut:

1. Nigella Arvensis

Biji-bijian nya adalah lebih kecil berbanding dengan species lain dan tidak digunakan untuk tujuan perubatan.

2. Nigella Damascena

Yang tersebar luas dan tidak digunakan bagi tujuan perubatan. Ia digunakan dalam landscaping dan pokok hiasan yang cantik bunganya.

3. Nigella Sativa

Jenis yang digunakan untuk tujuan perubatan. Mempunyai biji yang bersaiz lebih besar dan kadar minyak yang lebih tinggi. Tidak semua species Habbatus Sauda' mempunyai kesan perubatan yang sama. Adaspecies yang lebih berkesan dari yang lain. Dr. Peter Schleicher menyatakan bahawaHabbatus Sauda' jenis Kara Siva adalah yang terbaik dari segi kesan penyembuhan danuntuk kesihatan. Ia biasanya ditanam di Syria dan Mesir.


BUNGA CANTIK KEINDAHAN CIPTAAN TUHAN


Habbatus Sauda' berbunga lembut di hujung dahan, selalunya berwarna biru muda/ungu dan putih, yang garislintang sekitar 3 sentimeter, dan jumlah kelopak diantara 5 hingga 10 helai. Bunga Habbatus Sauda' sangat cantik sekali. Tangkai bunga agak panjang dan ia semakin panjang apabila buahnya semakin matang. Berbuah agak besar jenis 'inflated capsule' terdiri dari 3 hingga 7 pangsa yang mengandungi sejumlah biji. Oleh sebab ia adalah tumbuhan tahunan maka ia hanya mengeluarkan hasil setahun sekali iaitu sekitar bulan september atau oktober.

Tumbuh dengan ketinggian sekitar 20 hingga 50 sentimeter dan berdaun halus dengan kedudukan daun bertentangan. Batangnya berwarna hijau, bulat, berbulu dengan ukuran garis lintang sekitar 2 hingga 5 milimeter, sementara jarak diantara dahan adalah sekitar 2 hingga 5 sentimeter. Dahan bercabang di atas. Berbunga lembut di hujung dahan, selalunya berwarna biru muda dan putih, berukuran garis lintang sekitar 3 sentimeter, jumlah kelopak diantara 5 hingga 10 helai. Tangkai bunga agak panjang dan ia semakin panjang apabila buahnya semakin matang.

BIJI HABBATUS SAUDA' DARI PANGSA BUNGA


Berbuah agak besar jenis 'inflated capsule' terdiri dari 3 hingga 7 pangsa yang mengandungi sejumlah biji. Bijinya berbentuk segi tiga, berwarna hitam, berbau 'pungent' yang agak kuat, mengandungi nisbah minyak yang agak banyak. Bijinya digunakan sebagai rempah dan juga berbagai kegunaan lain dan terakhir paling popular digunakan untuk menghasilkan minyak Habbatus Sauda'. Ia mempunyai rasa 'pungent bitter' Bijinya berbentuk segi tiga, berwarna hitam, berbau 'pungent' yang agak kuat,mengandungi nisbah minyak yang agak banyak.

Nigella Sativa tumbuh di berbagai belahan dunia, termasuk Arab Saudi, Afrika Utara dan sebagian Asia. Nigella Sativa merupakan bunga fennel dari keluarga Ranunculaceae. Nigella Sativa adalah tumbuhan dua jantina (hermaphrodite) artinya dapat membiakkan dirinya sendiri. Ia didebungakan (pollinated) oleh lebah-lebah. Apabila mula berbunga, ia membentuk sebuah kapsul buah yang mengandung biji. Bila kapsul bunga itu sudah matang, ia akan mengembang dan biji yang ada di dalamnya akan keluar dan berubah menjadi hitam, sehingga disebut Biji Hitam (Black Seed).

HIDUP DI TANAH KERING TAPI KHASIAT NYA TIDAK TERKIRA



Salah satu dari kehebatan Habbatus Sauda' ialah ia tumbuh di kawasan tanah yang kering dan kontang. Ia hanya memerlukan sedikit air untuk tumbuh. Tapi dari tanah yang kering inilah ALLAH Subhanahu wa Ta'ala menumbuhkan tumbuhan Habbatus Sauda' yang sangat besar khasiat dan menfaatnya kepada manusia.

Ia tumbuh dengan baik di tanah yang berpasir (sandy) atau yang sederhana kerasnya (loamy). Habbatus Sauda' juga tidak boleh tumbuh dengan baik di bawah lindungan bayang-bayang ia mesti terdedah kepada matahari sepanjang masa.

SEJARAH HABBATUS SAUDA'

Sejak bila Habbatus Sauda' digunakan sebagai ubat dan penawar tidak dapat diketahui dengan tepat. Ini adalah kerana ia telah sangat lama digunakan semenjak zaman awal permulaan tamaddun lagi. Bukti-bukti arkeologi menunjukkan ia telah mencapai kemasyhuran semenjak tamaddun awal sejarah manusia lagi. Rujukan bertulis paling awal yang ada ialah dalam kitab Taurat Perjanjian Lama (The Old Testament - Isaiah 28). Di dalam nya ada tertulis mengenai cara-cara penuaian Habbatus Sauda':

for the black cumin is not threshed with a threshing sledge, nor is a cart wheel rolled over the cumin, but the black cumin is beaten out with a stick, and the cumin with a rod. (Isaiah 28:25,27 NKJV New King James Version).

Oleh itu boleh disimpulkan bahawa kaum Bani Israel telah lama mengetahui tentang khasiat dan kegunaan Habbatus Sauda'. Kepentingan Habbatus Sauda' jelas apabila ia telah dijadikan tanaman pertanian pada zaman mereka lagi. Malah lebih awal dari zaman Bani Israel ialah Tamaddun Mesir dan Yunani Purba yang telah mengetahui kehebatan dan khasiatnya sejak lebih 5,000 tahun lalu.

Pada zaman purba itu, raja-raja Yunani dikubur bersama dengan Habbatus Sauda', kerana ia boleh berfungsi mengawetkan mayat. Raja-raja pada masa itu pasti sangat berhati-hati dalam menggunakan tanaman dan herba yang terbaik sebagai ubat.

KHAZANAH KUBUR FIR'AUN

Pada tahun 1922, satu kegemparan besar telah berlaku di Mesir.Howard Carter seorang ahli arkeologi dan Lord Carnavon, seorang Bangsawan Inggeris telah menemukan kubur Fir'aun muda Tutankhamen. Mereka telah menghabiskan masa lebih dari 3 tahun untuk mencari kubur ini. Kubur ini unik dalam sejarah Egyptology kerana ia satu-satunya kubur yang dijumpai yang belum terusik oleh pencuri-pencuri harta karun. Ia masih dalam keadaan yang elok dan khazanah yang sangat banyak dan bernilai itu belum lagi dicuri. Semenjak 3000 tahun dahulu, generasi demi generasi pencuri-pencuri harta karun telah membongkar kubur-kubur Fir'aun untuk mendapatkan harta yang sangat banyak seperti emas dan berlian.

Dalam kubur Tutankhamun yang belum terusik ini telah ditemui Habbatus Sauda'. Ini menunjukkan herba ini memiliki peranan sangat penting dalam kehidupan Mesir Kuno.

Ahli Agama zaman Fir'aun mempercayai apabila seorang Fir'aun mati maka ia memulakan perjalanan dalam alam akhirat di mana ia memerlukan bekalan-bekalan harta, peralatan dan ubat yang terbaik sesuai dengan statusnya seorang Raja besar. Malah ada Fir'aun yang disembah sebagai tuhan. Pemilihan Habbatus Sauda' menunjukkan status herba itu sendiri di zamanFir'aun. Ahli-ahli Perubatan Fir'aun sudah mengenal khasiat Habbatus Sauda' semenjak 4000 tahun dulu.

Mengikut catatan sejarah mereka menggunakannya untuk mengubati berbagai masalah kesihatan termasuk gangguan dalam sistem pencernaan/penghadaman.


SIMPANAN DI MUZIUM KAHIRAH.

Hari ini jika kita melawat Muzium di Kahirah, kita masih boleh menyaksikan bekas minyak Habbatus Sauda' yang dijumpai dalam kubur Fir'aun muda Tutankhamen. Ini adalah bukti kehebatan Habbatus Sauda' yang boleh bertahan selama 3000 tahun tanpa rosak dan binasa.

Pakar-pakar perubatan moden juga dimasa ini berminat untuk mengkaji kaedah perubatan zaman Fir'aun ini. Mengikut kajian-kajian awal, sistem perubatan mereka mempunyai banyak persamaan dengan sistem perubatan moden. Memang benar, khazanah herba tinggalan yang lebih bernilai dari emas.


PENGASAS PERUBATAN MODEN HIPPOCRATES

Hippocrates, Ahli Perubatan Yunani Kuno, yang dianggap sebagai pengasas perubatan moden masakini. Dia telah menggariskan kaedah dan prinsip yang masih lagi digunapakai oleh perubatan moden masakini begitulah sumbangan besar tokoh ini. Hari ini setiap doktor mestilah mengangkat sumpah Hippocrates, sebelum dapat mengamalkan perubatan (medical practice). Hippocrates menyarankan penggunaaan Habbatus Sauda' untuk mengembalikan kecergasan, tenaga dan kesegaran serta mengatasi kelelahan tubuh dan mental.

PRESKRIPSI DIOSCORIDES

Dioscorides, seorang ahli perubatan Yunani di abad ke satu sebelum masihi, melaporkan bahwa habbatu Sauda' digunakan untuk mengubati Sakit Kepala, Hidung tersumbat, sakit gigi, dan lain-lain penyakit dalaman. Pada zaman nya juga ia juga digunakan untuk membantu masalah menstruasi/haidh dan meningkatkan produksi Air Susu Ibu. 

SARANAN JALINUS (GALEN)

Seorang ahli perubatan Yunani Kuno, Galen (130-201 Masihi - Jalinus) telah menggunakan Habbatus Sauda' dalam perubatannya. Galen adalah juga Tabib Peribadi (personal physician) kepada Maharaja Rome yang terunggul yang memerintah pada zaman kemuncak keagungan Empayar Rome iaitu Maharaja Marcus Aurelius. Marcus Aurelius ialah seorang Maharaja yang bijaksana dan juga seorang ahli falsafah yang pintar dalam aliran stoicism.

Di kalangan masyarakat Arab sistem perubatan Galen atau panggilan Arabnya Jalinus, adalah sangat masyhur sehingga ada yang menganggap Jalinus itu orang Arab.

CLEOPATRA RATU JELITA ZAMAN PURBA


Cleopatra, Ratu Mesir di zaman Mark Anthony yang dikatakan mempunyai wajah yang sangat jelita, merawat kecantikan tubuhnya dengan cara mencampurkan minyak Habbatus Sauda' dalam susu untuk mandi.

Begitu juga dengan Ratu Nefertiti yang diketahui menggunakan Habbatus Sauda' untuk merawat kecantikan. Nefertiti juga terkenal sebagai seorang ratu yang sangat cantik serta anggun. Patung ukiran wajah nefertiti masih lagi wujud tersimpan dalam Muzium Kahirah.

PERUBATAN KENABIAN

Secara ringkas perubatan kenabian ialah kaedah perubatan atau saranan perubatan yang bersumber dari al-Qur'an al-Karim dan al-Hadith al-Sharif. Melalui kedua-dua sumber ini alim ulama dan ahli perubatan Islam sejak zaman salaf dahulu telah memformulasikan satu kaedah perubatan kombinasi iman, amal, ruqyah dan bahan-bahan alam sekitar yang wujud pada zaman Rasulullah .

Satu contoh ialah mengenai madu, yang disebut di dalam al-Qur'an dalam surah al-Nahli mempunyai penawar bagi manusia. Hanya saja yang tidak disebut ialah bagaimana caranya, kaedah penggunaannya, dan jenis-jenis madu itu sendiri yang menjadi penawar atau ubat yang berkesan. Selepas mengetahui mengenai ayat ini, maka menjadi tanggungjawab ahli perubatan Islam untuk mengkaji dan menggali rahsia ini dan seterusnya menyebarkannya di kalangan manusia.

Para alim ulama teleh mengumpulkan kaedah perubatan berdasarkan al-Qur'an dan Hadith ini dalam kitab-kitab yang dipanggil al-Tibb al-Nabawiyah. Antara ulama yang menulis mengenai perubatan kenabian ini ialah Imam Jalaluddin al-Suyuti dan 'allamah ibnu al-Qayyim.

Khasiat penawar dalam Habbatus Sauda' telah disebut dalam banyak hadith sahih dan kitab himpunan hadith yang lain. Berdasarkan maksud-maksud hadith yang sahih ini, para alim-ulama telah memasukkan Habbatus Sauda ke dalam senarai Perubatan Kenabian. Ibnul Qayyim dilapurkan telah menyenaraikan 50 penyakit-penyakit yang boleh dirawat dengan Habbatus Sauda'.

Pada zaman Rasulullah S.A.W. para sahabat Nabi didapati telah menggunakannya sebagai ubat berbagai jenis penyakit. Ini sesuai dengan hadith yang telah diriwayatkan oleh Imam Bukhari dari Siti 'Aisyah RA, Rasulullah SAW bersabda, "Sesungguhnya HabbatusSauda' ini adalah penawar segala penyakit, kecuali kematian".
Berikut adalah senarai maksud hadith-hadith yang menyebut tentang Habbatus Sauda':
Daripada Buraidah katanya, Rasulullah s.a.w bersabda:

“Pada Habbatus Sauda' terdapat penawar segala penyakit kecuali mati”.
Riwayat Abu Nu'aim dalam kitab Al-Tibb dalam himpunan hadith-hadith sahih no. 1819.

Nabi Muhammad SAW bersabda:
"Hendaklah kamu menggunakan Habbatus Sauda' karena sesungguhnya padanya terdapat
penyembuhan bagi segala penyakit kecuali kematian" (Hadith Riwayat Abu Salamah dari Abu Hurairah ra).

Hadith Bukhari meriwayatkan dari Aisyah RA bahwa ia pernah mendengar Nabi bersabda: " sungguh dalam Habbatus Sauda' itu terdapat penyembuh segala penyakit, kecuali al-Sam, "saya bertanya apakah al-Sam itu? Baginda menjawab, kematian. ( Sahih Bukhari 5687 )

Dalam Hadith Muslim juga disebutkan: "Tidak ada satupun penyakit melainkan dalam Habbatus Sauda' terdapat kesembuhan baginya, kecuali kematian." (Sahih Muslim 2215)

Perubatan Kenabian mempunyai dalil-dalil samawi dan naqli. Ia bukanlah saranan berdasarkan kajian sains atau empirical studies. Walaupun begitu, telah dapat dibuktikan bahawa kaedah perubatan kenabian ini lebih efektif dan berkesan dari kaedah yang sedia ada dalam setiap zaman. Kemajuan dalam kajian sains juga telah membuktikan kebenaran dan kehebatan perubatan kenabian ini, khusus nya Habbatus Sauda'.

Dalam bab-bab seterusnya dalam buku ini, maklumat-maklumat saintifik mengenai bahan-bahan dalam Habbatus Sauda', dan analisis kandungannya akan dibentangkan bagi menyokong kebenaran Hadith mengenai rahsia perubatan Habbatus Sauda'. 

KANUN PERUBATAN IBN SINA


Ibnu Sina (980 - 1037), dengan karya terbesarnya Qanun fi Tibb (The Canon of Medicine) yang paling terkenal dalam ilmu perubatan Timur & Barat menyatakan Habbatus Sauda' merangsang tenaga dan membantu memulihkan kepenatan dan semangat. Ibnu Sina bukan sahaja penyambung kaedah Perubatan Yunani yang dipelopori oleh Hippocates, malam dia telah berjasa dalam memperbaiki lagi kaedah ini.

Dalam Kanun Perubatan (The Canon of Medicine) Ibnu Sina (980-1037 Masihi) mengatakan bahawa Habbatus Sauda' adalah bijirin yang sangat merangsang tenaga badan dan sangat membantu dalam kelelahan kronik, kehilangan semangat serta memberikan kesan therapeutic pada gangguan pencernaan, penyakit puan, dan sistem pernafasan”.

Dalam sistem perubatan di Greco-Arab/Unani-Tibb, yang berasal dari Hippocrates, Galen dan Ibnu Sina, Habbatus Sauda' merupakan penyembuh yang sangat bernilai dalam mengubati masalah sistem penghadaman dan masalah hati (liver hepatic) yang dianggap pada masa itu disebabkan oleh ketidak seimbangan humor. Humor adalah 4 unsur yang menjadi asas kepada prinsip perubatan yunani kuno ( 4 unsur darah, kahak, cecair hempedu kuning, dan cecair hempedu hitam). Ini ialah prinsip asas perubatan
Hippocrates yang dikatakan bapa perubatan moden itu. Walau bagaimana pun prinsip ini telah dibuktikan kesilapan dan kesalahannya oleh sains perubatan moden. Antara prinsip yang masih digunapakai hingga kini ialah kaedah clinical diagnosis (pemeriksaan tandatanda dan symptom untuk mencari punca dan sebab penyakit) dan perawatannya.

Ibnu Sina (980-1037), dalam karya terbesarnya “The Canon of Medicine”, yang dianggap banyak orang sebagai buku paling terkenal di dunia perubatan, baik di Timur atau di Barat, menyatakan Habbatus Sauda' bermenfaat “meransang tenaga dalam badan dan membantu penyembuhan dari kelelahan atau kurang semangat”.

ALBIRUNI PAKAR KETIMURAN (ORIENTALIST) ZAMAN PERTENGAHAN

Al Biruni (973-1048), Seorang Pengkaji Tamaddun Cina dan India, telah menyebutkan bahwa Habbatus Sauda' telah dipakai oleh orang-orang Cina dan India sebagai bahan nutrition/pemakanan sejak abad 10. Al-Biruni menegaskan bahawa Habbatus Sauda' digunakan sebagai bijirin penuh berzat semasa kurun ke sepuluh dan kesebelas.

ULAMA DAN 'ALLAMAH

Ibnu Qayyim, seorang ulama yang masyhur anak murid kepada Ibnu Taimiyyah, dan pengarang al-Tibb al-Nabawi ( ìæÈäáÇ ÈØáÇ ) menulis bahawa Habbatus Sauda' dapat membantu memulihkan penyakit seperti batuk, bronchitis, masalah perut, cacing, masalah kulit seperti jerawat, sakit senggugut dan haid, menambah aliran air liur dan sebagainya. Ibnu Qayyim juga menyenaraikan banyak penyakit-penyakit serta kaedah rawatannya dengan menggunakan Habbatus Sauda'. 

Berikut adalah senarai penyakit yang boleh dirawati oleh Habbatus Sauda' menurut Ibn Qayyim:

 Kembung - flatulence
 Demam kahak - phlegmy fever
 menghancur gas/angin dalam perut
 menghancur lembapan (moisture)
 menghancur batu karang ginjal
 mengeluarkan air dalam badan - diuretic
 melancarkan haidh
 menambah susu ibu
 mengeluarkan cacing - helminth
 selsema
 buasir
 Semput
 sakit gigi
 mata berair
 kulit berkudis - skin ulcers
 acute mucus tumor
 stroke muka - facial paralysis
 gigitan labah-labah
 selsema dengan bersin teruk
 kudis kaki
 kusta
 kulit yang jadi hitam - pigmentation
 kelemumur
 gigitan anjing gila - rabid dogs
 hydrophobia
 tetanus
 serangga/nyamuk

Ada banyak lagi jenis penyakit yang boleh dirawat dengan menggunakan habbatus sauda' dari hasil minyaknya dan serbuknya. Mereka yang telah menggunakan habbatus sauda' sahaja dapat menilaikan bertapa hebatnya menggunakannya

KANDUNGAN HOLISTIK BIJIRIN HABBATUS SAUDA'

Bagaimana rahsia sebenar Habbatuss Sauda' berperanan dalam penawar dan penyembuhan masih lagi menjadi misteri. Analisa demi analisa ke atas Habbatus Sauda' secara saintifik telah mengenalpasti lebih dari 100 bahan-bahan penyembuh. Hanya 63 telah dijalankan ujikaji dan selebihnya belum lagi dikenalpasti oleh penyelidik. 

Oleh itu walaupun penyelidikan telah dijalankan, rahsia kehebatan Habbatus Sauda' masih lagi banyak yang belum dibongkar sepenuhnya. Mungkin di sinilah terletaknya rahsia perubatan Habbatus Sauda', yang mengikut maksud hadith Nabi s.a.w penawar bagi segala penyakit.

Setakat ini analisa telah menunjukkan bahawa bahan-bahan tersebut saling seiring, berhubungkait dan menyokong antara satu sama lain dalam proses rawatan untuk penyembuhan masalah kesihatan dan penyakit-penyakit.

Untuk memahami proses saling hubung-kait dan perjalanan penyembuhan yang mungkin terjadi, berikut adalah senarai bahan-bahan kandungan holistic Habbatus Sauda' dan ciricirinya yang diketahui oleh kajian sains:

Alanine
o Adalah sejenis asid amino non-essential.
o Antioxidant (bahan yang mencegah/kurangkan kerosakan akibat proses oxidation)
o Cancer preventive (pencegah kanser)

Alpha-spinasterol
o Anti-inflammatory,
o Anaesthetic (bius setempat, kebaskan sakit / numbs pain)
o berguna dalam sakit gigi

Arginine
o Ada sejenis asid amino yang non-essential
o Diuretic (Agen yang meransang pengeluaran air kencing)
o Pituitary stimulant (peransang kelenjar pituitari).
o Bahan ini juga memperbaiki tindak balas badan terhadap bakteria, virus dan selsel tumor.
o Ia menolong menyembuh luka, dan mengeluarkan hormon-hormon yang diperlukan untuk tumbesaran bayi.

Ascorbic acid (Vitamin C)
o Adalah asid gula yang bersifat anti-oxidant (bahan yang mencegah/kurangkan kerosakan akibat proses oxidation)
o Anti-arthritic
o Anti bacterial
o Anti cold,
o Anti ulcer,
o Cancer & asthma preventative (pencegah kanser dan asthma/lelah)

Asparagine
o Asid amino non essential
o Anti sickling (penyakit sickle cell),
o Diuretic (agen yang meransang pengeluaran air kencing)
o Sistem saraf memerlukan asparagine untuk mengekalkan imbangan (equilibrium), dan transformasi asid amino acid. Ia juga memainkan peranan dalam synthesis ammonia.

Beta-Carotene (â-Carotene)
o Bersifat antioxidant, ditukar menjadi Vitamin A:-
o anti kanser,
o Menolong pernafasan, membaiki masalah mata.
o Vitamin A adalah salah satu nutrient yang sangat penting bagin badan manusia.

Beta Sisterol
o Menurunkan tahap kolesterol yang tidak baik (the bad cholesterol),
o Menolong rembesan,
o Meningkatkan sistem pertahanan badan (immune system), memulihkan tahap gula dalam darah,
o Mengecilkan kelenjar prostate yang bengkak. (BHP benign prostatic hyperplasia)

Calcium
o Anti allergic (alahan)
o Anti atheriosclerotic (penyempitan salur darah)
o Anti osteoporotic (mencegah kekurangan densiti galian tulang Bone Mineral

Density - BMD)
o Carminative mengeluarkan gas dari perut dan usus.Carvone (Essential Oil)
o Anti septic (bahan yang membunuh mikrob pada luaran/kulit)
o Cancer preventative (mencegah kanser)
o Carminative mengeluarkan gas dari perut dan usus.
o Insectifuge menghalau serangga.

Chromium
o Penting dalam metabolisma gula darah,
o Memainkan peranan yang utama dalam sensitiviti sel-sel kepada insulin.
o Meningkatkan tahap cholesterol dan triglyceride. Memperbaiki toleransi glucose.

Cobalt
o Meransang produksi sel-sel darah merah dan mencegah anemia (kurang darah).

Copper
o Menolong dalam pembentukan sel-sel darah merah,
o Membantu pembentukan tulang yang baik dan senggaraannya (maintenance).
o Ia juga menolong pembentukan elastin dan collagen yang penting untuk penyembuhan luka.

Cystine
o Anti homocystinuric (pengeluaran homocystin dalam air kencing satu penyakit yang disebabkan masalah metabolisma keturunan dirawat dengan Vitamin B6).
o Diperlukan untuk kegunaan Vitamin B6.
o Menolong dalam menyembuhkan melepuh, luka dan menghancurkan lapisan mukus dalam penyakit seperti bronchitis dan cystic fibrosis.
o Cystine menolong dalam pembekalan insulin ke pancreas, yang diperlukan untuk assimilasi gula dan kanji.
o Ia juga boleh menjadi agen detox (detoxification agent - penyahracun) untuk menahan badan dari kerosakan akibat alcohol dan rokok.
o Mencegah kerosakan ke atas hati (liver) dan otak

D-Limonene
o Anti cancer (breast),
o Anti tumour promoter,
o Cancer preventative (mencegah kanser)

Fiber
o Anti diabetic (kencing manis),
o Anti obesity (gemuk berlebihan),
o Anti tumour (barah),
o Anti ulcer (luka, kudis dalam perut),
o Cancer preventative (mencegah kanser),
o Cardio protective (melindungi jantung),
o Laxative (tindakan julap)

Glucose
o Anti varicose (pembengkakan vena urat darah),
o Memory enhancer (menguatkan ingatan)

Glutamic A (non-essential amino acid)
o Anti epileptic (sawan),
o Anti retardation (terencat akal/jasad)
o Juga penting untuk metabolisma gula dan lelemak.
o Ia juga boleh menjadi rawatan untuk masalah neurological, ulcer, hypoglycemic come, muscular dystrophy, epilepsy, Parkinson's, and cacat akal (mental retardation).

Glycine
o Anti acid,
o Anti ulcer (mencegah luka dalam perut),
o Ancer preventative (mencegah kanser),

o Anti gastric.
o Ia penting untuk membina protein dan sinthesis asid nucleic, RNA dan DNA, asid hempedu, dan asid-asid amino yang lain dalam badan.
o Ia juga menghantikan kemerosotan otot, penting untuk kesihatan prostate.
o Dapat menolong mencegah sawan.

Hederagenin
o Anti allergenic(bahan alahan),
o Anti capillary fragility (kelemahan urat darah yang kecil),
o Anti fibrolytic
o anti inflammatory (radang),
o Fungicide (membunuh fungus -kulat)

Iodine
o Mengatur produksi tenaga dalam badan,
o Menolong membakar lebihan lemak dengan meransang kadar metabolisma,
o Menstabilkan berat badan,
o Mengawal tahap cholesterol.
o Ia juga memperbaiki kesihatan mental (mentality), pertuturan, tulang, keadaan rambut, kulit dan gigi.

Iron
o Anti anemic (kurang darah - anemia),
o Anti menorrhagic (haidh yang banyak dan lama keluarnya - )
o Ia juga diperlukan untuk mengoksigenkan sel darah merah, kesihatan sistem pertahanan badan dan penghasilan tenaga

Isoleucine (Essential amino acid)
o Anti encephalopathic (penyakit otak).
o Diperlukan untuk pembentukan hemoglobin darah,
o Pengekalan tahap gula dalam darah
o Pembekuan darah (gula)

Leucine (Essential amino acid)
o Anti encephalopathic,
o Mengekal tahap gula dalam darah,
o Pertumbuhan tisu otot,
o Hormon pertumbuhan,
o Penyembuh luka dan tenaga.

Linoleic acid (Asid Lemak)
o Anti anaphylactic (hypersentivity terlalu peka kepada bahan luaran -allargen)
o Anti arteriosclerosis,
o Anti arthritis,
o Anti eczema, (ezcema ialah kesan radang (inflammation) kulit yang menyebabkan merah, gatal, berkudis, berkeruping dan bersisik)
o Anti histamine (bahan yang bertindakbalas terhadap kesan fisiologi histamine hasil dari alahan)
o Anti inflammatory,
o Anti menorrhagic, (haidh haidh yang banyak dan lama keluarnya - )
o Cancer preventive (mencegah kanser).
o Asid Linoleic (LA) dan Asid Alpha-Lenolenic tidak boleh dihasilkan oleh badan manusia. Oleh itu ia adalah sangat penting didapati dari sumber pemakanan.

Lysine
o Anti alkalotic (pH badan)
o Ia diperlukan untuk pembentukan dan pertumbuhan tulang kanak-kanak, menolong menyerap kalsium.
o Ia juga menolong penghasilan antibodi, hormon, enzyme, collagen dan membaiki tissue.
o Ia juga menolong pesakit yang sedang sembuh dari kecederaan dan pembedahan.

Magnesium
o Mengatur aktiviti neuromuscular (saraf dan otot) jantung, menukarkan gula darah kepada tenaga.
o Ia menolong dalam pembentukan tulang dan gigi dan penyerapan calcium dan potassium.

Methionine
o Anti catarrh (tersumbat hidung akibat selsema bengkak membran mucous),
o Anti eczema (ezcema ialah kesan radang (inflammation) kulit yang menyebabkan kemerahan, gatal, berkudis, berkeruping atau bersisik),
o Cancer preventative (mencegah kanser),
o Anti oxidant (bahan yang mencegah/kurangkan kerosakan akibat proses oxidation)
o Menghancurkan lemak, mencegah pengumpulan lemak dalam urat darah.

Myristic acid (Asid Lemak)
o Cancer preventative (mencegah kanser),
o Lubricant (pelincir dalam sistem penghadaman)

Nigellone 
o Anti asthmatic,
o Anti bronchitic,
o Anti histaminic,
o Anti spasmodic

Oleic acid (Asid lemak)
o Anti inflammatory,
o Cancer preventative (mencegah kanser)

Palmitic acid (hexadecanoic acid - Asid Lemak)
o Anti fibrinolytic

Phenylalanine
o Anti ADD (Attention Defisit Disorder masalah kurang `tumpuan biasanya kanak-kanak)
o Anti parkinsonian,
o Anti depressant (kemurungan)
o Ia juga menolong dalam ingatan dan pembelajaran.

Phytosterols
o Menghentikan pengambilan cholesterol dan memudahkan pengeluarannya dari dalam badan.
o Menahan pembentukan tumor (barah ) dalam colon (usus besar), payudara dan kelanjar prostat.
o Mengurangkan inflamasi (radang)

Potassium
o Anti depressant,
o Anti fatigue (kelesuan),
o Anti hypertensive (mengurangkan tekana darah tinggi),
o Anti spasmodic (kejangan).
o Menggalakkan rambut dan kulit yang sihat.

Saponin
o Laxative
o Anti parasite
o Anti mucous
o Appetite stimulant (peransang selera),
o Merendahkan tahap gula dalam darah,
o Anti depressant,
o Anti inflammatory dan
o Anti toxic.

Selenium
o Adalah nutrien (bahan pemakanan) antioxidant yang utama.
o Mengurangkan risiko kanser payudara, usus besar, paru-paru dan kelenjar prostat.
o Ia menolong mengekalkan keanjalan tisu badan (tissues elasticity).
o Menolong dalam perawatan dan pencegehan kelemumur (dandruff).
o Ia juga sebagai anti penuaan (anti-aging).

Serine
o Cancer preventative (mencegah kanser)
o Serine diperlukan untuk metabolisma lemak, pertumbuhan tisu dan sistem pertahanan badan kerana ia menolong dalam penghasilan immunoglobulin dan antibodi.
o Ia juga It is a bahan dalam protein otak dan selaput saraf.
o Ia digunakan dalam kosmetik sebagai pelembap kulit.

Sodium
o Sodium adalah salah satu electrolyte di dalam badan
o Diperlukan untuk menghasilkan acid hydrochloric dalam perut untuk mempertahankan badan dari jangkitan yang mungkin ada dalam makanan.

Stigmasterol
o Anti hepatotoxic (keracunan kepada hati - liver),
o Anti inflammatory,
o Anti viral,
o Cancer preventative (mencegah kanser),
o Stimulant -Menambah aktiviti functional otak.
o Bertindak sebagai peransang gastrik (gastric stimulant).

Tannin
o Anti tumor,
o Anti bacterial,
o Anti cancer (mencegah kanser)
o Anti carcinogenic (bahan yang menyebabkan kanser)
o Anti diarrhoic (cirit birit)
o Anti dysenteric (sakit dalam perut- dan usus perut)
o anti oxidant, (bahan yang mencegah/kurangkan kerosakan akibat proses oxidation)
o Anti ulcer,
o Anti viral

Threonine
o Anti bacterial,
o Anti streptococci.
o Ia adalah essential amino acid dan tidak boleh dihasilkan oleh badan manusia. Oleh itu mesti diambil dari sumber pemakanan. Ia diperlukan untuk mengekalkan imbangan protein dalam badan.
o Ia juga menolong dalam pembentukan collagen dan elastin dalam kulit.
o Ia juga menolong dalam menghasilkan antibodi dan mengalakkan aktiviti dan pertumbuhan thymus.
o Zat-zat pemakanan lain dapat lebih diserap jika threonine ada dalam badan.
o Ia juga digunakan sebahagian dari rawatan kesihatan mental.

Thymoquinone 
o Anti arthritic
o Anti asthmatic
o Anti bacterial,
o Anti histamine
o Anti oxidant (bahan yang mencegah/kurangkan kerosakan akibat proses oxidation)
o Mengeluarkan cacing dan parasit dari dalam usus.

Tryptophan
o Analgestic,
o Anti anxiety (keresahan),
o Anti dementia (nyanyuk),
o Anti hypertensive (tekanan darah tinggi),
o Anti parkinsonian,
o Anti migraine (sakit kepala),
o Anti insomniac (tidak boleh tidur),
o Anti manic (tekanan jiwa),
o Menstabilkan emosi,
o Mengawal kesakitan dan peristalsis usus,
o Menolong otak kanak-kanak dalam pembelajaran.

Tyrosine
o Anti parkinsonian
o cancer preventative (mencegah kanser)
o Menolong mengurangkan lemak badan, fungsi thyroid, kelanjar pituitary dan adrenal.
o Ia digunakan untuk mengurangkan stress dan menjadi lebih sedar (alert)
o Menolong otak kanak-kanak dalam pembelajaran.

Vitamin A (lihat â-carotene)
o Diperlukan untuk pertumbuhan dan pembaikan tisu badan. Menolong mengekalkan (beta carotene) kulit licin, lembut dan bebas dari penyakit.
o Mengurangkan risiko kanser paru-paru.
o Ia juga diperlukan untuk penglihatan malam, dan kulit sihat.
o Ia juga membantu deria rasa (selera makan), sistem penghadaman.
o Ia juga penting dalam pembentukan tulang, gigi, dan sinthesis protein dan glycogen.

Vitamin B1 (thiamine)
o Membantu menghadamkan dan metabolisma carbohydrate.
o Sangat penting untuk fungsi normal sistem saraf, otot dan jantung.
o Menggalakkan pertumbuhan dan tone otot yang baik, dan menstabilkan selera.

Vitamin B2 (Riboflavin)
o Memetabolisasikan carbohydrate, lemak dan protein.
o Membantu dalam penghasilan (Riboflavin) anti bodi dan sel darah merah.
o Menggalakkan kesihatan am yang diperlukan
o Mengekalkan penglihatan yang baik, kulit, kuku dan rambut yang sihat.

Zinc
o Anti oxidant
o perlu untuk synthesis protein dan penyembuhan luka
o Mengekalkan imbangan akali badan.
o Baik untuk sistem pertahanan badan disamping melawan masalah kulit seperti jerawat, bisul dan sakit tekak.
o Ia juga diperlukan oleh tisu, kuku dan kulit sihat.

Senarai di atas ini hanyalah sebahagian dari bahan-bahan dalam Habbatus Sauda'. Banyak lagi senarai ciri-ciri bahan yang tidak dibentangkan, seperti kandungan dalam minyak volatile Habbatus Sauda'. Bagaimanapun senarai di atas sudah cukup untuk memberi bayangan kepada mengenai kehebatan kandungan Habbatus Sauda'.



Habbatussauda ialah sejenis tumbuhan yang terdapat di kawasan Mediterranean dan kawasan gurun.Nama saintifik atau biologinya ialah NIGELLA SATIVA.  Bahasa biasa ia dikenali sebagai The Black  Seed, Black Cumin ,Jintan hitam, Habbah Brakah .


Tanaman Habbatussauda seperti segitiga dengan ketinggian 35-50 cm.Bercabang dan melingkar pada bahagian atas Memiliki dedaun dan  bunga warna putih kebiruan. Biji hitamnya agak kuat baunya.Menyengat hidung .Namun biji hitam ini menganduingi pelbagai zat yang sangat diperlukan tubuh manusia.Ia mampu  melawan serta mengusir virus.Lantas mempertahankan tubuh daripada serangan penyakit.
Butir Habbatussauda mengalami perubahan dan pematangan bentuk sendiri atau metamorfosis iaitu daripada biji yang awalnya berwarna putih menjadi biji berwarna hitam.
BUKTI KEHEBATANNYA
Khasiat Habbatussauda bukan cakap cakap kosong.Ia disokong pelbagai kajian dan siasatan termasuk yang dijalankan pakar perubatan Barat.
Antara pakar perubatan dan ahli sains yang menjalan kajian ialah dari pusat ilmiah Cancer Immunobiology Laboratory South Carolina, US, University Munich Germany, University of Colombo, US, University of Patchefstroom, Kings College London, College of Medicine King Faisal University, Department of biology Riyadh.
Disamping itu ramai lagi saintists yang memaparkan hasil kajian mereka didalam pelbagai buku, majalah dan jurnal perubatan antara bangsa.Antaranya Dr.Peter Schleicher, pakar immunisasi Eropah mendapati Habbatussauda berhasil menyembuhkan 420 daripada 600 orang yang mempunyai masalah alahan atau allegik.kebanyakan mereka mengidap allegik terhadap “pollen’,debuan dan habuk,jerawat dan saraf kulit serta mempunyai daya tahan lemah.
Saintis di Cancer and Immuno Biological Laboratory of Germany mengesahkan Habbatussauda mampu merangsang sumsum tulang atau “bone marrow” dan sel immunity, meningkat penghasilan apa yang dikenali sebagai ‘interferon” dan mempertahankan sel-sel biasa terhadap kesan kemusnahan sel oleh virus. Seorang lagi pakar Eropah, Professor Michael Meurer pula mendaapati Habbatussauda berupaya menghentikan pembengkakan atau “inflammation” dan masalah saraf kulit.
Mereka juga mendapati Habbatussauda berupaya memusnahkan sel sel tumordan meningkatkan jumlah antibodi yang menghasilkan apa yang dinamakan B cell.
Sebenarnya banyak lagi hasil kajian yang didedahkan kerana sejak 1959 lebih 200 kajian telah dijalankan.
Pakar perubatan dan saintis menamakannya The Black Seed, Black Cumin, Black Caraway ,Nigella Sativa. Hakikatnya itulah HABBATUSSAUDA.
Ibnu Sina
Ada yang menggelarnya The Back Seed .Itu Bahasa Inggeris. Dalam Bahasa Melayu , bijian yang mempunyai berkat. Dalam bahasa Arab, Habbatul Barakah. Jelas bahan yang sama itu HABBATUSAUDDA.
Hasil kajian pakar perubatan Barat mahupun Timur adalah senada iaitu HABBATUSAUDDA ubat pelbagai jenis penyakit dan telah digunakan sejak zaman kunor Mesir dan Greek dengan berkesan .
Malah tokoh cendiakawan Muslim Ibnu Sina dalam karya terbesarnya The Canon of Medicine yang dianggap buku paling terkenal di dunia kedokteran di Timur dan Barat menyatakan dengan jelas kehebatan bijiran hitam itu.
Namun pengiktirafan paling besar ialah sabda Nabi Muhamamd sallallah alaihi wassalam : Sesungguhnya Habatussaudah itu adalah ubat semua penyakit kecuali mati.
UBAT PELBAGAI PENYAKIT
Apa wujud kah bahan yang boleh menjadi ubat untuk bermacam jenis penyakit? Jawapannya mudah. Memang ada. Habbatussauda namanya.
Apa yang mampu dibuat Habbatussauda? Banyak sebenarnya. Ia meningkatkan fungsi kekebalan tubuh terhadap penyakit. Sekali gus mencegah tubuh diserangi penyakit.
Ia juga merangsang sumsum tulang dan sel yang perlu untuk system kekebalan tubuh. Dalam erti kata lain ia turut melindungi sel biasa untuk melawan VIRUS dan juga sel ketumbuhan atau apa yang dikenali sebagai SEL TUMOR.
Dengan meningkat fungsi system kekebalan tubuh, Habbatussauda berperanan penting dalam penyembuhan KANSER dan AIDS, dua penyakit yang paling digeruni.
Kromosom antibodi
Habbatussauda bertindak juga sebagai anti biotik. Dengan itu mampu menjadi pemusnah virus yang membawa penyakit CIRIT BIRIT, DYSENTRI, RADANG PARU, KOLERA, ANTRAX , penyakit KULIT termasuk kudis dan bisul.
Mampu bertindak sebagai anti alahan dan menjadi bahan anti lelah atau penyakit ASMA.
Ia boleh menurunkan kadar kandungan gula dalam tubuh pengidap penyakit DIABETES atau kencing manis.
Di samping itu Habbatussauda juga mampu menurunkan kadar KOLESTEROL, meningkatkan daya ingat , konsentrasi serta kecerdasan otak kerana mempunyai kandungan yang merangsang sel otak dan memperbaiki peraliran darah ke otak.
BAGAIMANA HABBATUSSAUDA BERTINDAK?
Dengan komponen komponennya, Habbatussauda bertindak ;
+ Mengeluarkan penyakit ( bersifat medikal)
+ Menenangkan tubuh supaya beristirahat
+ Menyedia atau melengkapkan pembaikan sel dalam tubuh
+ Memperlambat prose penuan.



Habbatus sauda
habbatus-sauda
Habbatus Sauda dalam hadis Nabi ?
Hadis 1
Diriwayatkan dari Aisyah ra, beliau mendengar Rasulullah saw bersabda:
“Sesungguhnya Al-Habbatus Sauda’ boleh menyembuh segala penyakit kecuali Al-Sam”. Aku bertanya. “Apakah Al-Sam itu? Baginda menjawab, “Al-Sam itu ialah maut”
Riwayat Imam Bukhari.
Hadis 2
Daripada Buraidah katanya, Rasulullah s.a.w bersabda:
“Pada Habbatus Sauda’ terdapat ubat segala penyakit kecuali mati”.
Riwayat Abu Nu’aim dalam kitab Al-Tibb dalam himpunan hadith-hadith sahih no. 1819.
Hadis 3
Daripada Abu Hurairah, beliau pernah mendengar Rasulullah saw bersabda:
“Pada Habbatus Sauda’ terdapat ubat bagi segala jenis penyakit kecuali Al-Sam yakni maut”.
Riwayat Bukhari (10:118-119) ; Muslim (7:25) ; Ibnu Majah (2:342) ; Tarmizi (2:3 pada edisi BulaQ) ; dan Ahmad (2:241) menerusi riwayat Sufyan bin ‘Uyainah daripada Al-Zuhri dan Abu Salamah.
Pengenalan Habbatus sauda
Nigella Sativa, pohon yang darinya dihasilkan minyak Habbatus Sauda adalah sejenis tumbuhan yang berbunga secara tahunan. Asalnya tumbuh meliar di negara-negara sekitar Mediterranean dan negara-negara tenggara Asia. Kemudian ia ditanam secara meluas di Afrika utara terutama Mesir, di selatan Eropah di Syria dan sedikit di Asia Tengah seperti Iran dan India.
Tumbuh dengan ketinggian sekitar 20 hingga 50 sentimeter dan berdaun halus dengan kedudukan daun bertentangan. Batangnya berwarna hijau, bulat, berbulu dengan ukuran garis lintang sekitar 2 hingga 5 milimeter, sementara jarak diantara dahan adalah sekitar 2 hingga 5 sentimeter.
Dahan bercabang di atas. Berbunga lembut di hujung dahan, selalunya berwarna biru muda dan putih, berukuran garis lintang sekitar 3 sentimeter, jumlah kelopak diantara 5 hingga 10 helai. Tangkai bunga agak panjang dan ia semakin panjang apabila buahnya semakin matang. Berbuah agak besar jenis ‘inflated capsule’ terdiri dari 3 hingga 7 pangsa yang mengandungi sejumlah biji.
Bijinya berbentuk segi tiga, berwarna hitam, berbau ‘pungent’ yang agak kuat, mengandungi nisbah minyak yang agak banyak. Bijinya digunakan sebagai rempah dan juga berbagai kegunaan lain dan terakhir paling popular digunakan untuk menghasilkan minyak Habbatus Sauda’. Ia mempunyai rasa ‘pungent bitter’.
Di antara bahan kandungan Habbatus Sauda adalah Fixed Oil (saturated and unsaturated), Minyak Asas (sterol, thymohydroquinone, carvone, limonine, cymene), Alkaloids, Saponin serta Asid Amino.
Di dalam kitab Al Tibb An-Nabawi (Perubatan Cara Nabi) yang mana ditulis oleh Ibnu Qayyim Al-Jauziyyah, Habbatus Sauda adalah dikenal juga sebagai Al Habbah Al Barokah. Di dalam kitab tersebut disebutkan bahawa Habbatus Sauda’ boleh mengubati 50 jenis penyakit tanpa efek.
Kebaikan habbatus sauda berdasarkan kajian
Kajian-kajian yang telah dibuat membuktikan bahawa Habbatus Sauda mempunyai khasiat-khasiat perubatan yang berikut:
1. Asid Urik dan Gout
Membantu mengeluarkan asid urik dari badan dan mengelakkan dari terkena penyakit gout.
2. Asthma
Bahan “Nigellon” yang terdapat dalam Habbatus Sauda dapat mengurangkan kesukaran pernafasan dan serangan Asthma dan memberi menafaat dalam rawatan serangan yang terjadi ke atas pembuluh udara (bronchitis).
3. Selsema
Ia dapat menyembuhkan selsema.
4. Tekanan Darah Tinggi
Ia boleh merendahkan tekanan darah.
5. Alahan (Allergic)
Bahan “Nigellon” dalam Habbatus Sauda dapat mengurangkan pengeluaran bahan “Histamine” dan bahan-bahan yang menyebabkan kejadian alahan (allergic).
6. Pengeluaran Bahan Empedu (Bile)
Juzuk Karbonil dan Thymoquinone (dua kandungan asas di dalam Habbatus Sauda) mempunyai keupayaan dalam menambahkan pembuangan empedu dari pudi empedu, untuk mengelakkan dari kewujudan penyakit batu pundi empedu.
7. Melancarkan Pengeluaran Susu
Ia mempunyai kesan yang kuat ke atas pertambahan kelancaran pengeluaran susu pada ibu.
8. Kesendatan Pembuluh Darah (Thrombosis)
Ia mempunyai kesan ke atas sistem kesendatan pembuluh darah di dalam tubuh dan di luar tubuh. Maknanya darah yang mengalir akan berhenti dengan cepat akibat kecepatan pembekuan darah. Begitu juga ia mempunyai kesan ke atas kecergasan pemecahan fibrin di dalam darah tersebut.
9. Sistem Kekebalan (Immunity) Tubuh
Ia meningkatkan sistem kekebalan supaya dapat membunuh kuman-kuman (bacteria), virus atau sel-sel barah supaya dapat mengelakkan tubuh dari dijangkiti penyakit-penyakit.
10. Barah
Ia dapat melindungi tubuh dari wujudnya kesan-kesan beracun akibat kegunaan “Cisplatin”, yang digunakan dalam merawat bengkak-bengkak barah. Ubat “Cisplatin” ini, seperti lain-lain ubat yang digunakan untuk merawat bengkak-bengkak barah, menyebabkan kesan-kesan serangan sampingan (side effects).
11. Kuman-kuman
Ia amat aktif dan berkesan dalam membunuh beberapa jenis kuman seperti “E Coli”, “Strep.Fecalis” dan “Bacillus subtilis.” Ia juga mungkin berfaedah dalam melindungi gigi dari kejadian kerak-kerak kuning pada gigi (Plaques) dan kereputannya.
12. Ceret-Beret disebabkan Kuman
Ia dapat merawat masaalah ceret-beret dengan membunuh kuman-kuman yang menyebabkannya, seperti Kolerra, Shigella dan E.Colli yang berupaya menentang beberapa antibodi.
13. Kencing Manis
Ia dapat mengurangkan tahap kandungan gula di dalam darah.
14. Rheumatisme
Pengakuan dari pakar seluruh dunia
“ Habbatus Sauda’ memiliki peranan yang penting pada pencegahan tumor & kanser.Pada penggunaannya dalam waktu yang lama minyak Habbatus sauda’ memperkuat sistem kekebalan tubuh. Selain itu dapat mempercepat pembelahan sel ”.
Dr. Stanley Kopok, University of Arizona, USA
“ Habbatus sauda’ kaya akan beta-sitosterol, yang diketahui memiliki kemampuan mencegah kanser”.
Dr. Michael Tierra L. AC. O.M.D.
” Dengan mengkonsumsi Nigella Sativa dapat melawan kelelahan ”.
” Sebagai tambahan sebaiknya habbatus sauda’ dimakan dengan Royal Jelly dengan perbandingan 2:1 ”.
Dr. Mohammed Saleh, Kairo-Mesir
” Ekstrak habbatus sauda’ memiliki khasiat anti-tumor tanpa kesan sampingan seperti apa yang terjadi pada Chemotherapi dan penyinaran”.
Study of Nigella sativa on humans, University of South Carolina. USA
“ Habbatus sauda’ mempunyai lebih dari 100 bahan aktif dengan berbagai khasiat penyembuhan. Salah satunya adalah impotensi.”
Black Cumin, The Magical Egyptian Herb, Dr. Peter Schleicher, M. D.
Dr.Mohammed Saleh, M.D., Egypt
“ Habbatus sauda’ terbukti memiliki kesan aktiviti anti-histamin, anti-oxidant, anti-biotic, anti -mycotic dan penghambat Bronchitis”.
Study of Black Seed Oil on Humans, American Scientists
“ Kombinasi bahagian lipid dan struktur hormon dalam Nigella Sativa dapat meningkatkan air susu bagi ibu menyusui”
University Pochefstroom
” Terapi baru yang efektif, mudah dicerna dan tidak mahal pada penyakit alergi adalah penggunaan asam lemak tidak jenuh dari minyak biji tanaman, terutama minyak Nigella Sativa”.
Dr. Lutz Bannasch, München – Jerman
” Nigella Sativa mengandungi minyak eter yang dapat membantu pencernaan & mengurangi masalah usus ”.
Prof. Dr. Hildebert Wagner, Institut fur Pharmazeutische Biologie, München – Jerman
” Nigella Sativa mengandung asam lemak tak jenuh, Linoleic & Gammalinolenic yang masuk dalam tubuh. Asam ini memungkinkan untuk pencapaian sintesis yang merupakan sistem kekebalan tubuh yang penting menyebabkan penyakit kronik seperti jerawat dan demam karena alergi, hingga kanser ”.
Dr. Peter Schleicher, M. D., Immunologist, Munich Germany
” Meningkatkan fungsi kekebalan tubuh ”.
US. Patents Section, Antiviral Agents Bulletin # 5, 482, 711
” Habbatus sauda’ merangsang sumsum di tulang & imuniti sel serta pengeluaran terferon, melindungi sel-sel normal melawan virus perusak sel, melawan sel tumor, dan meningkatkan antibodi yang mengeluarkan sel B”.
Cancer Immuno-biology, South Carolina
” Habbatus sauda’ terbukti menyembuhkan 70 % penderita alergi, termasuk di dalamnya alergi serbuk dan debu juga jerawat, serta neurodermitis ( penyakit kulit), asthma dan lemahnya daya kekebalan tubuh. Mengambil habbatus sauda’ secara teratur dapat menahan secara baik penyakit flu ”.
Dr. Peter Schleicher, Immunologie, München-Jerman



                                      Habbatus Sauda, Raja Ubat

Agama Islam merupakan agama yang menyeluruh, sempurna dan menyelesaikan segala masalah manusia. Maka bagaimana mungkin kita dibiarkan mencari solusi sendiri di luar Islam. Sebuah hadis daripada riwayat Muslim menerusi Abu Zubair, daripada Jabir bin Abdullah, daripada Nabi Muhammad s.a.w. bahawa baginda bersabda yang bermaksud:
“Setiap penyakit pasti ada penawar nya. Jika ubat sudah bertepatan dengan penyakit, penyakit itu pasti akan sembuh dengan izin Allah SWT” (riwayat Ahmad).
Di dalam kitab Sahih al-Bukhari dan Muslim daripada Ata’, daripada Abu Hurairah r.a bahawa beliau berkata bahawa Nabi Muhammad s.a.w. bersabda bermaksud:
“Setiap kali Allah s.w.t. menurunkan penyakit, pasti Allah s.w.t. menurunkan ubat dan penawarnya” (Riwayat Hakim).
Habbatus sauda atau Syuwainiz merupakan sejenis tumbuhan yang banyak didapati di kawasan Mediterranean dan di kawasan beriklim gurun. Ia merupakan biji hitam yang telah dikenali semenjak ribuan tahun yang lalu dan digunakan secara meluas oleh masyarakat Timur Tengah dan India untuk mengubati berbagai penyakit.
Jintan hitam diperoleh dari bijinya. Pokoknya mengeluarkan bunga berwarna ungu muda atau putih. Buahnya berbentuk kapsul yang mengandungi banyak biji kecil berwarna putih dan berbentuk trigonal. Setelah matang kapsulnya terbuka dan biji-biji ini akan berubah menjadi hitam. Minyak dari jintan hitam ini di jumpai dalam makam Firaun Tuthankamen. Ia juga digunakan oleh Cleopatra untuk kesihatan dan kecantikannya.
Jintan hitam juga digunakan ahli pengubatan Yunani untuk mengubat sakit gigi, sakit kepala, hidung tersumbat dan mengatasi parasit usus seperti cacing. Biji habbatus sauda mengandungi 40 % minyak constan dan 1,4% minyak aviary, juga mengandungi 15 amino acid, protein, calcium, zat besi, sodium dan potassium. Sedangkan komposisi paling penting adalah Thymoquinone (TQ), Dithymo-ouinone (DTQ), Thymohydro-quinone (THQ) dan Thymol (THY).
Ada juga ahli perubatan yang menolak wujudnya sebuah herba yang boleh menyembuhkan penyakit. Tetapi ketika ilmuwan Islam melakukan ujian klinikal dan menyimpulkan hasilnya, mereka baru mengakui kebenarannya.
Jintan hitam atau habbatus sauda atau dalam bahasa ilmiahnya, Nigella Sativa telah digunakan di kebanyakan Negara Timur Tengah untuk pengubatan selama lebih 2000 tahun. Banyak kajian telah dijalankan. Bagaimanapun kebanyakannya ditulis dalam bahasa Arab. Oleh sebab itu pendedahan terhadap dunia antarabangsa tidak banyak dibuat.
Rasulullah s.a.w. sendiri ada menyebut mengenai kelebihan habbatus Sauda iaitu sabdanya: “Hendaklah kamu memakan habbatus sauda (jintan hitam) kerana ia mengandungi ubat untuk segala jenis penyakit melainkan as-Saam (mati)”(Riwayat at-Tirmizi).
Daripada Khalid bin Sa’ad, dia berkata: “Kami keluar dan bersama kami ada Ghalib bin Abjar. Dia sakit di tengah jalan, lalu kami pergi ke Madinah, sedangkan dia dalam keadaan sakit. Lalu Ibnu Abi Atiq menjenguknya seraya berkata kepada kami: “Ubatilah dengan habbah as-Sauda ini. Ambillah darinya lima atau tujuh biji, lalu tumbuklah. Kemudian titiskan pada hidung seperti titisan minyak di sisi ini dan di sisi ini.”
Aisyah bercerita kepadaku bahawa dia mendengar Nabi SAW bersabda: “Sesungguhnya habbah as-Sauda ini adalah penyembuh dari segala penyakit kecuali penyakit sham. Ditanyakan, apa itu penyakit sham. Beliau berkata, sham adalah kematian.” ( Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
“Syuwainiz ( habbatus sauda) adalah ubat daripada segala penyakit kecuali as-Saam iaitu mati” (Riwayat Tirmizi).
Habbatus sauda digunakan secara tradisional untuk beberapa keadaan seperti untuk menghasilkan kulit muka yang cerah, membantu merawat batuk dan asma, kencing manis, selesema, keguguran rambut, tekanan darah tinggi, masalah untuk tidur, sakit-sakit otot dan sendi, rasa loya dan muntah, mengurangkan kolesterol, merawat batu karang dan sebagainya.
Ibnu Sina di dalam bukunya Canon of Medicine menyatakan habbatus sauda merangsang tenaga dan membantu pemulihan kepenatan dan semangat.
Ibnu Qayyim pula di dalam bukunya Medicine of the Prophet menyatakan habbatus sauda berupaya memulihkan penyakit-penyakit seperti batuk, bronchitits, masalah perut, kecacingan, masalah kulit seperti jerawat, sakit senggugut dan haid yang lain, menamba susu badan, menambah pengaliran air liur dan sebagainya.
Terdapat juga kajian yang mendapati habbatus sauda mempertingkatkan daya tahan sakit (immune system). Imuniti adalah kemampuan tubuh untuk mencipta kekebalan khusus, kuat dan sempurna untuk melawan segala unsur yang menyerang tubuh. Justeru, sistem kerja habbatus sauda dalam tubuh manusia adalah dengan memperbaiki, menjaga dan meningkatkan sistem kekebalan tubuh manusia terhadap berbagai penyakit. Ia juga mempunyai senjata khusus untuk menghancurkan segala jenis penyakit.
Jintan hitam juga mampu untuk melarutkan toksin atau racun dalam tubuh manusia. Buktinya, apabila kita masukkan vetsin ke dalam air panas, tunggu hingga larut. Lalu masukkan iodin ke dalam vetsin tersebut. Air tersebut akan berubah menjadi kebiruan. Ini dapat dimisalkan bahawa tubuh manusia kemasukan bahan kimia yang berupa racun. Setelah itu, masukkan serbuk jintan hitam yang telah ditumbuk ke dalam larutan vetsin tersebut dan aduklah. Warna air itu dengan serta merta akan melarutkan warna kebiruan hingga jernih kembali.
Racun dapat mengganggu metabolisme dan mengurangi fungsi organ penting seperti hati, paru-paru dan otak. Keracunan dapat menimbulkan gejala berupa diarea, pening, gangguan pernafasan dan daya konsentrasi yang menurun. Habbatus sauda yang mengandungi Saponin dapat meneutralkan dan membersihkan racun dalam tubuh.
Habbatus sauda juga mampu untuk mengatasi gangguan tidur dan stres. Ini disebabkan Saponin yang terdapat dalam habbatus sauda memiliki fungsi seperti kortikosteroid yang dapat mempengaruhi metabolism karbohidrat, protein dan lemak serta mempengaruhi fungsi jantung, ginjal, otot tubuh dan saraf. Saponin berfungsi untuk mempertahankan diridari perubahan lingkungan, gangguan tidur dan dapat menghilangkan stres.
Sebenarnya banyak lagi kajian-kajian yang perlu dilakukan untuk mengetahui rahsia khasiat habbatus sauda yang disebut oleh Nabi Muhammad SAW sebagai ubat bagi segala penyakit. Mudah-mudahan ia dapat memantapkan lagi keyakinan kita terhadap Islam dan perubatan Islam.



Arkib Berita Kosmo



SEJAK tahun 1998, Abdul Malek Faisal Mohd. Hyffny tidak pernah cuai dalam jadual pengambilan kapsul habbatus sauda atau jintan hitam sebagai makanan tambahan setiap pagi dan malam. Jarang sekali beliau terlupa untuk memakannya.
Bekerja sebagai pengamal media membuatkan rutin hidupnya sentiasa berdepan dengan tekanan. Situasi itu secara tidak langsung menyebabkan Abdul Malek diserang hipertensi.
Justeru, Abdul Malek berikhtiar merawat kesihatan dirinya. Selain mendapatkan rawatan di hospital, beliau turut menggunakan kaedah alternatif bagi mengawal penyakit yang dihidapnya.
Dalam tempoh dua minggu mengamalkan pengambilan habbatus sauda atau nama saintifiknya Nigella sativa, Abdul Malek menyedari perubahan positif pada kesihatan dirinya.
“Saya mengambil dua biji kapsul habbatus sauda pada waktu pagi dan dua biji pada waktu petang.
“Apa yang menggembirakan, saya dapat menghidupkan salah satu daripada sunah Rasulullah SAW dalam aspek pemakanan,” ujar Abdul Malek, 46, ketika ditemui Kosmo! baru-baru ini.
Tidak lama selepas itu, beliau membuat keputusan meletak jawatan kerana mahu menimba ilmu di Syria. Berada di negara Asia Barat itu selama tiga tahun membuka peluang kepada Abdul Malek untuk mengenali tumbuhan habbatus sauda.
Di Syria, beliau mengunjungi sebuah ladang hijau yang subur dengan tumbuhan hababtus sauda di Hama.
Hama merupakan sebuah bandar di tebing Sungai Orontes yang terletak di bahagian tengah Syria atau 213 kilometer ke utara Damsyik.
Memiliki populasi kira-kira 700,000 orang, Hama merupakan bandar keempat terbesar di negara itu selepas Aleppo, Damsyik dan Homs.
SETIAP individu seharusnya menjalani pemeriksaan kesihatan secara berkala untuk mengetahui status kesihatan masing-masing. - Gambar hiasan


Rentetan daripada itu, Abdul Malek tidak teragak-agak untuk menjalankan perniagaan memasarkan produk berasaskan habbatus sauda ke Malaysia.
Niatnya semata-mata untuk mempromosikan produk dan amalan pemakanan yang mengikut sunah Rasulullah SAW.
“Melalui kerjasama dengan seorang sahabat di Syria, saya menubuhkan syarikat M Faisal Sdn. Bhd.
“Visi kami adalah untuk meningkatkan kesedaran masyarakat tentang kebaikan produk ini di samping menjadi peneraju penghasilan produk berkenaan,” jelas Abdul Malek sambil memaklumkan bahawa perkataan M itu merujuk kepada sahabatnya, Shaikh Markhzan Jalani selaku pengarah bersama syarikat itu.
Habbatus sauda ialah sejenis tumbuhan yang berbunga secara tahunan. Asalnya ia tumbuh meliar di negara-negara sekitar Mediterranean.
Kemudian ia ditanam secara meluas di utara Afrika terutama Mesir, selatan Eropah, Syria dan Asia Tengah seperti Iran dan India.
Ketinggian khasiat tumbuhan itu diperakui oleh ramai cendekiawan silam, ratusan saintis dan pakar perubatan di seluruh dunia.
Ibnu Sina dalam bukunya The Canon of Medicine menyatakan habbatus sauda mampu merangsang tenaga serta membantu memulihkan kepenatan dan semangat.
Penyelidikan yang dilakukan oleh Universiti Carolina Selatan di Amerika Syarikat pula mendapati, ekstrak habbatus sauda memiliki khasiat antitumor tanpa kesan sampingan.
Makam Firaun
Mengikut catatan sejarah, habbatus sauda pada awalnya ditemui di dalam makam Firaun Tutankhamen. Penemuan tersebut memberi gambaran bahawa tumbuhan itu amat penting dalam kehidupan orang Mesir purba.
Walaupun kegunaan sebenarnya tidak diketahui secara tepat, ia dipercayai mampu memberi manfaat kepada raja mereka selepas mati.
Bagaimanapun, hakikatnya kegunaan habbatus sauda dalam perubatan tercetus selepas kedatangan Islam.
Imam Bukhari meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda: “Kekallah kamu dengan habbatus sauda kerana padanya itu ada penawar bagi segala penyakit kecuali mati.”
Prof. Dr. Latiffah A. Latiff dari Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Universiti Putra Malaysia menjelaskan, tumbuhan Nigella sativa adalah salah satu anugerah Allah yang amat bernilai buat manusia.
EKSTRAK minyak habbatus sauda dalam bentuk gel lembut.


Justeru, sebagai saintis dan pakar perubatan kesihatan awam, beliau bertanggungjawab untuk menghuraikan hakikat tersebut dengan fakta sains bagi membuktikan kebenaran sabda Nabi Muhammad.
“Habbatus sauda memang menakjubkan kerana setiap butir bijirin ini terdiri daripada berjuta-juta sel yang menyerupai sel darah manusia,” ujar beliau yang menjalankan penyelidikan tentang habbatus sauda selama sedekad.
Latiffah mengakui semakin banyak kajian dilakukan, semakin banyak pendedahan baharu ditemui.
“Apa yang pasti terdapat lebih 100 bahan aktif yang terkandung dalam bijirin hitam dengan timokuinon mendominasi antara 70 hingga 80 peratus daripada jumlah keseluruhannya.
“Hasil beberapa kajian yang kami jalankan membuktikan bahawa bahan timokuinon yang diekstrak daripada habbatus sauda berupaya menurunkan paras kolesterol, glukos dalam darah dan berat badan sekali gus mengurangkan risiko penyakit sindrom metabolik dan penyakit jantung,” jelas beliau.
Lewatkan penuaan
Ujar Latiffah, kajian pada haiwan makmal yang diaruh penyakit Alzheimer atau nyanyuk dan diberi makan bahan aktif timokuinon daripada minyak habbatus sauda turut mempunyai kesan tersendiri.
“Penyelidikan itu merumuskan bahawa habbatus sauda telah menurunkan paras beta amiloid iaitu sejenis protein yang terdapat pada otak haiwan nyanyuk berbanding haiwan kawalan yang tidak menerima suplemen habbatus sauda.
“Kajian pada tisu kultur dan sel kultur pula menunjukkan bahan aktif asid linoleinik daripada ekstrak minyak habbatus sauda mampu mengurangkan pertumbuhan sel kanser payu dara secara signifikan.
DR. LATIFFAH banyak menjalankan penyelidikan tentang keberkesanan khasiat habbatus sauda sejak lebih sedekad lalu.


“Di samping itu, pengambilan habbatus sauda sebagai makanan tambahan berupaya melambatkan proses penuaan,” terang Latiffah yang turut mengkaji keberkesanan habbatus sauda terhadap wanita menopaus dalam aspek peningkatan kualiti kehidupan seperti kecergasan mental, spiritual dan hubungan kelamin.
Tambah beliau, pengambilan habbatus sauda sebagai makanan tambahan dalam tempoh dua minggu mampu melancarkan sistem penghadaman, melawaskan pembuangan najis terutamanya bagi mereka yang mengalami sembelit, meningkatkan tenaga dan kadar kecekapan seseorang.
“Buat masa ini, saya masih mengkaji tentang persediaan habbatus sauda yang terbaik untuk diambil iaitu sama ada dalam bentuk asli, minyak atau dicampur dengan bahan lain.
“Namun, secara saintifik sukar untuk dipastikan keberkesanan makanan yang bercampur. Misalnya, mengambil habbatus sauda dengan madu.
“Kita tidak tahu yang mana satu antara kedua-duanya yang menjadi penyembuh dan memberi kesan positif kepada sesuatu keadaan,” jelas beliau.


Jalan Ikhtiar Perawatan Dengan Pusrapi

Sembuh.Tanpa.Ubat

Istanbul Sawda
Aktifkan Darah Anda Dengan ISTANBUL SAWDA'Habbatus Sauda (Jintan Hitam) + Pati Minyak Sawda
Tenaga berganda  Pengaktif, pembersih dan pengimbang darah  Kelangsingan
Hormon  Keajaiban Herba Untuk Tenaga

Formula Yang Membantu Merawat Pelbagai Jenis Penyakit Melalui Darah
Senang dan Mudah  Rawatan Dalam Tidur Semasa Istirehat

  • Meningkatkan kadar tenaga secara optima
  • Meningkatkan ion negatif (oksigen)
  • Sebagai anti radikal bebas dalam darah
  • Melambatkan penuaan dengan cara memanjangkan hayat sel sihat, mempercepatkan penukaran sel yang lanjut usia, melancarkan penghasilan hormon pertumbuhan yang diperlukan untuk metabolisma sel.
  • Membantu mengatasi masalah diabetis pengerasan salur darah.
  • Meningkatkan ingatan jangka pendek, kelajuan, ketajaman, dan daya konsentrasi mental.
  • Meningkatkan pengeluaran sel darah merah.
  • Meningkatkan stamina dan ketahanan
  • Meningkatkan pengambilan oksigen semasa bernafas dengan pola pernafasan yang teratur.
  • Mencegah pertambahan berat badan dengan meningkatkan kadar metabolisma, dengan itu, lebih banyak tenaga terhasil daripada makanan supaya ia tidak disimpan dalam bentuk lemak.
  • Meningkatkan ketahanan pada altitud tinggi dengan paras oksigen yang rendah di udara.
  • Mengatasi masalah kecing tidak lawas, kncing tidak puas, kencing tidak tus, terpaksa meneran kuat untuk kencing, kerap kencing, air kencing yang keluar sedikit-sedikit, kencing malam dan sebagainya.
  • Memulihkan masalah jantung.
  • Menurunkan paras lipid ketumpatan rendah iaitu "kolestrol jahat" di dalam darah lalu mencegah timbunan lemak pada salur darah yang menghalang aliran darah serta meningkatkan risiko sakit gantung dan strok.
Rawatan pemulihan darah yang paling efisien, selamat dan tiada kesan sampingan. Benar-benar memberi kesan optima seperti anda memiliki darah yang baru secara menyeluruh.
Kesederhanaan merupakan perjalanan kehidupan yang harmoni.

Golden Seed



Habbatus Sauda / Jintan Hitam(Nigella Savita)

Darah Adalah Asas Tenaga Hayat + Sebagai Cecair Yang Menguasai 75% Tubuh.


Formula Dengan Teknologi Al-Quran + Gabungan Potensi Energi Aura Ilahi' Yang Pertama Seumpamanya.
Sebagai suplimen herba terunggu hasil gabungan inovasi dan kreativiti  Gabungan bahan istimewa 'Habbatus Sauda' dan 'Madu'


Merawat Darah Untuk Menghasilkan Tenaga Harmoni

Formula Kelangsingan Dengan 4 Tindakan Dalam 1
  • Penurunan berat badan dengan peningkatan tenaga berganda tanpa merasai lapar.
  • Tenaga berganda dengan keupayaan sistem metabolisma menukar zat menjadi tenaga fizik.
  • Begitu cepat mencegah dan mengimbangi tahap kesihatan penyakit yang bermula daripada masalah darah.
  • Mengimbangi tahap hormon untuk mencegah berbagai komplikasi sistem perkumuhan dan kesuburan di samping menyerlahkan tahap pra-matang di kalangan kanak-kanak dan pra-menopos di kalangan wanita.
Nikmati Kelebihan Ini

Tubuh lebih bertenaga  Kecergasan berganda  Semangat dalam kehidupan  Keceriaan  Keremajaan  Awet muda
Tiada lagi kesakitan sendi dan otot  Kelangsingan yang semulajadi
Formula yang memberikan reaksi segera melalui pembersihan darah bagi mengatasi penyakit misteri seperti gangguan tenaga asing dan halusinasi.
Manusia di dalam ketetapan DNA tidak dicipta untuk jatuh sakit. Sains Fizik menjelaskan bahawa kita hanya boleh mengalami penyakit apabila pertahanan tubuh menjadi lemah.

Perkara utama yang menjadi punca kepada penyakit khususnya pada zaman moden ini adalah unsur yang dinamakan ion-ion elektrolit di dalam darah yang tidak dapat mengekalkan keseimbangannya (homeostasis) selain mengganggu cara semula jadi tubuh berkomunikasi untuk melaksanakan sistem neurology.

Punca ini dapat dikaitkan dan telah dibuktikan amat sinonim dengan medan-medan daya dan tenaga elektrik yang dipancarkan daripada berbagai jenis peralatan elektrik dan elektronik.

Dalam perkataan lain, sebelum sesuatu penyakit boleh dilihat dengan mata kasar, ia bermula sebagai suatu bentuk gangguan dalam atau kepada medan elektromagnetik tubuh. Masaalahnya tubuh kita secara tidak langsung terpaksa bertindakbalas secara semula jadi dengan semua tenaga luaran.

Radiasi elektromagnet dan elektrik yang sangat mencemarkan persekitaran sebenarnya tidak asli, kacau bilau, tidak harmoni dan tidak tersusun dalam kombinasi yang sepatutnya. Bio-Fizik telah menjelaskan bahawa setiap jenis kombinasi (pasangan) yang tidak teratur akan menyebabkan berlakunya penyakit.

Apabila medan tenaga sel-sel di dalam darah kita menyimpan maklumat daripada sumber yang tidak asli itu, frekuensi elektromagnet kita yang telah tersedia ada secara semula jadi akan terubah sehingga menimbulkan gangguan dan hilang imbangan keharmoniannya.

Frekuensi Madu yang sesuai boleh sahaja dirakam daripada sumber ayunan electromagnet yang lebih semula jadi seperti cahaya matahari, tanah, air, flora, kristal, unsur surih dan gelombang yang dinilai sebagai frekuensi dari Energy Allah yang semulajadi.

Sejak dari bayi lagi sel-sel dan DNA kita di dalam ketetapannya sebenarnya menyimpan maklumat gelombang yang bersifat asli dan seimbang terhasil daripada sumber-sumber yang dinyatakan.

Tubuh manusia hampir sepenuhnya merupakan suatu asas tenaga (Madu) yang sangat bersistem. Semua sel terdiri daripada blok binaan atom dan atom-atom itu sendiri adalah 99.999 peratus ruang dan tenaga.

Oleh itu kita sebagai gedung penyimpan tenaga asli di dalam DNA yang terdiri daripada elemen cahaya dan memancarkan zarah-zarah cahaya (digelar foton ) yang menghasilkan gelombang elektromagnetik. Sebahagian daripadanya boleh diukur dalam frekuensi warna merah sebagai warna asas kejadian penciptaan manusia melalui rahsia darah. Inilah asas tenaga yang sering dirujuk sebagai medan bio-fizik atau medan aurik yang boleh disukat malah boleh ditukar kepada bentuk-bentuk tenaga yang pelbagai tanpa hentinya.

Kenyataan ini lebih kukuh lagi apabila tubuh badan kita dalam penafsiran sebenar adalah saling berkongsi di dalam menyimpan maklumat yang bermanfaat atau sebaliknya.

Kesemua fungsi bio-kimia di dalam darah kita dengan mudah diaktifkan oleh Istanbul Sawda yang dirakam semulajadi dengan energy medan elektromagnetik yang terdapat dalam Madu akan melalui sukatan frekuensi darah manusia yang sihat.

Tubuh kita dikatakan sentiasa terdedah dan boleh menerima berbagai ukuran frekuensi medan-medan daya secara terbuka yang bermula dari nilai kurang 0 hinggalah 105Hz.

Fungsi & Khasiat Istanbul Sawda & Gabungan Golden Seed
Istanbul Sawda dihasilkan dengan menggabungkan bahan-bahan asal pengaktif darah dan dihasilkan menurut prinsip semula jadi bagi tujuan menyekat proses pencetusan penyakit melalui darah di dalam tubuh.

Istanbul Sawda boleh diklasifikasikan sebagai unsur biologik kerana ia dirakam dengan gelombang tenaga bagi darah agar lebih aktif seperti penghasilan formula daripada sumber hidup.

Istanbul Sawda direkacipta untuk menyekat perkembangan penyakit yang sebenarnya bermula dengan pencemaran darah sehingga gejala fungsi darah yang terganggu.

Ramuan Istanbul Sawda yang berkeupayaan seperti menghambat sel-sel imun yang tidak berfungsi di dalam tubuh. Istanbul Sawda akan mengaktifkan sel-sel T yang bertindak seumpama panglima atau jeneral kepada sistem imun yang mampu mengenalpasti bahan asing seperti bakteria jahat yang menceroboh sistem tubuh.

Kehadiran sumber asing yang mampu mengubah fungsi asas sistem darah sehingga ke tulang dan sistem endokrin.

Sungguhpun definisi kelihatan bersifat teknikal dan rumit, kita akan lebih memahami mekanisma asas darah sekiranya kita mengetahui apakah sebenarnya darah dan bagaimana ia berfungsi dengan sifat-sifat yang dizahirkan melalui perwatakan.

Umpamanya darah berfungsi mengawal paras hormon sebagai penghantar maklumat kimia dan cenderung berubah untuk mengawal sistem tubuh keseluruhannya.

Hormon dan darah berkait rapat dalam mengawal sifat, watak dan tingkah laku seseorang dari semasa ke semasa bergantung kepada bahan-bahan di dalam pemakanan seharian.

Pengambilan Istanbul Sawda & Golden Seed mampu mengawal aktiviti biokimia dalam sel-sel darah di mana enzim-enzim sebagai penerima dapat mencetuskan reaksi bahan kimia tertentu supaya darah lebih aktif dan tidak tercemar.

Merawat Darah Untuk Menghasilkan Tenaga Harmoni
  • Pembersihan darah secara semula jadi
  • Menggantikan pengambilan vitamin
  • Mengaktifkan perubahan sifat kimia dalam darah lebih sempurna untuk membentuk tenaga.
  • Mengaktifkan reaksi kimia tubuh dengan menggerakkan kerja-kerja enzim
  • Melancarkan aliran darah
  • Kandungan mineral dalam darah digunakan secara optima
  • Detoksifikasi
  • Keseimbangan tenaga
  • Penyerapan zat makanan lebih sempurna
  • Ikatan antara zarah-zarah mineral terbentuk secara harmoni
  • Tenaga haba dapat diserap oleh darah dan dihantar ke seluruh tubuh




Tanda-tanda penyakit atau keperluan untuk,
  1. Berlebihan, kekurangan hemoglobin, Anemia
  2. Tekanan darah tinggi, rendah atau tidak normal
  3. Kepekatan darah tidak normal (Hipokalsemia,  Hiperkalsemia)
  4. Darah tersekat, lemah di bahagian tengkok
  5. Lebam, berdarah, purpura, Ekimosis
  6. Urat saraf betis membengkak
  7. Leukemia - kanser darah
  8. Pendarahan dalaman, keadaan mudah berdarah
  9. Semua penyakit tentang darah
  10. Peredaran darah tidak teratur
  11. Sakit di belikat, bahagian belakang
  12. Parasit dalam darah
  13. Telangiektasia, saluran darah kecil yang kembang
  14. Pengasingan toksin, bakteria dalam darah
  15. Pendarahan - Haemophilia
Penting untuk,
  1. Ramuan ini amat berkesan untuk urat yang terseliuh dan dimasukki angin atau urat yang telah membengkak
  2. Dapat bertindak untuk pengecutan urat dan bertindak menarik ketegangan supaya urat berada di tempat yang asal
  3. Badan mudah mendapat lebam, lebam biru
  4. Elakkan daripada memakan kacang parang yang boleh menyebabkan sel-sel darah pecah
  5. Terhuyung-hayang, rasa nak pitam, sakit tengkuk, sejuk di kaki, kepala terasa ringan atau berat kerana pusingan darah yang perlahan atau tekanan darah rendah

    * Peredaran darah yang lancar amat perlu untuk semua tahap kesihatan

Mulakan dengan mudah!

Manfaat satu sudu teh Istanbul Sawda dibancuh & diminum dengan air suam setengah jam sebelum sarapan pagi. Amat disyorkan membaca surah syifa dalam kitab Al-Quran iaitu : Surah Al-Fatihah 1x, Selawat Nabi اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ, 3  kemudian ditambahi dengan bacaan Surah An-Nahl Ayat 69  1x: ثُمَّ كُلِى مِن كُلِّ ٱلثَّمَرَٰتِ فَٱسْلُكِى سُبُلَ رَبِّكِ ذُلُلًا ۚيَخْرُجُ مِنۢ بُطُونِهَا شَرَابٌ مُّخْتَلِفٌ أَلْوَٰنُهُۥ فِيهِ شِفَآءٌ لِّلنَّاسِ ۗإِنَّ فِى ذَٰلِكَ لَـَٔايَةً لِّقَوْمٍ يَتَفَكَّرُونَ ﴿٦٩﴾  Kemudian makanlah dari segala jenis bunga-bungaan dan buah-buahan (yang engkau sukai), serta turutlah jalan-jalan peraturan Tuhanmu yang diilhamkan dan dimudahkannya kepadamu". (Dengan itu) akan keluarlah dari dalam badannya minuman (madu) yang berlainan warnanya, yang mengandungi penawar bagi manusia (dari berbagai-bagai penyakit). Sesungguhnya pada yang demikian itu, ada tanda (yang membuktikan kemurahan Allah) bagi orang-orang yang mahu berfikir. (69Niatlah didalam hati minum madu untuk beriman dengan Ayat Allah seperti yang dinyatakan dalam Surah An-Nahl ayat 69. Yakinlah pada ayatlah, insyallah kesembuhan itu adalah milik Allah seperti yang dinyatakan dalam surah Ash-Shu'ara ayat 80 . وَإِذَا مَرِضْتُ فَهُوَ يَشْفِينِ ﴿٨٠"Dan apabila aku sakit, maka Dia lah yang menyembuhkan penyakitku; (80)  Maka pasti kesembuhan itu akan diperolehi oleh makhluk Allah yang beristiqamah.

Rasai perbezaannya pada keesokan hari
Wanita yang hamil digalakkan mengambil Istanbul Sawda  supaya anak yang bakal dilahirkan mempunyai darah yang sihat seterusnya antibodi yang kuat. Ianya dapat mengelakkan daripada berlakunya demam kuning. Ianya perlu diambil selepas 5 bulan  daripada tempoh hamil berterusan sehingga lepas pantang.

Khasiat, Kebaikan & Kelebihan Habbatus Sauda / Jintan Hitam
  • Nabi Muhammad pernah bersabda "Tetaplah kamu dengan Habbatus sauda. Sesungguhnya padanya terdapat ubat bagi segala penyakit, kecuali mati"
  • Habbatus sauda ialah sejenis tumbuhan yang banyak didapati di kawasan Mediterranean dan di kawasan yang beriklim gurun. Banyak kajian telah dijalankan. Bagaimanapun kebanyakkannya ditulis di dalam Bahasa Arab, oleh itu pendedahan terhadap dunia antarabangsa tidak banyak dibuat.
  • Habbatus sauda digunakan secara tradisional untuk beberapa keadaan seperti untuk menghasilkan kulit muka yang cerah, membantu merawat batuk dan asma, kencing manis, selsema, keguguran rambut, tekanan darah tinggi, masalah untuk tidur, sakit-sakit otot dan sendi, rasa loya dan muntah, mengurangkan kolesterol, merawat batu karang dan sebagainya.
  • Ibnu Sina di dalam bukunya Canon of Medicine menyatakan Habbatus sauda merangsang tenaga dan membantu pemulihan kepenatan dan semangat.
  • Ibnu Qayyim di dalam bukunya Medicine of the Prophet menyatakan Habbatus sauda berupaya memulihkan penyakit-penyakit seperti batuk, bronchitits, masalah perut, kecacingan, masalah kulit seperti jerawat, sakit senggugut dan haid yang lain, menambah susu badan, menambah pengaliran air liur dan sebagainya.
  • Dr Ahmad Elkadi pula membuat kajian dan mendapati Habbatus sauda mempertingkatkan daya tahan sakit (immune system).
  • Habbatus Sauda merupakan tumbuhan yang paling banyak unsur senyawa.

    Perhatian
    Antara gejala sementara yang hadir (berbeza di antara pengguna / pesakit) selepas pengambilan ialah rasa terlalu mengantuk, kepala yang berat atau sendi terasa sakit namun akan pulih dengan sendirinya. Tubuh perlukan istirehat yang cukup. Anda digalakkan tidur awal. Sila ambil Istanbul Sawda secara Istiqamah (minuman harian) diawal waktu selepas Solat Subuh atau mandi dengan air sejuk bagi meningkatkan rangsangan kecergasan tenaga baru.

    • Elakkan minuman bergas / berkarbonat
    • Elakkan minuman Nescafe
    • Elakkan produk daripada terdedahkan kepada cahaya matahari / haba panas. Sebaiknya simpan di tempat yang gelap.
    • Jauhkan daripada talifon bimbit, televisyen, komputer dan sebarang peralatan elektrik.
    • Gunakan peralatan plastik dan kaca sahaja seperti sudu plastik. Elakkan daripada menggunakan peralatan besi.

      Apa Kata Pengamal Habbatus Sauda

      RUANG TESTIMONI : UNTUK PANDUAN PENGGUNA
      INSYA-ALLAH, MELALUI RUANGAN INI KAMI AKAN SERTAKAN BEBERAPA KAJIAN TESTIMONI UNTUK PANDUAN ANDA YANG INGIN TERUS MEYAKINI KEAJAIBAN HERBA HABBATUS SAUDA INI JIKA ANDA KURANG YAKIN DENGAN HADIS NABI S.A.W YANG MAFHUMNYA : 

      "HABBATUSSAUDA INI ADA PENAWAR SEGALA PENYAKIT KECUALI AL-SAM (MAUT)" - hadis sahih bukhari & muslim 

       TESTIMONI 1 ~Naz’izan~
      Assalamualaikum,
      Anak saya bekas pesakit Kanser dan Isteri Saya bekas pesakit Asma tegar. Alhamdulilah, kami sekeluarga telah menggunakan herbatus sauda sejak anak saya di sahkan mengalami penyakit kanser pada bulam May 2008. Manakala isteri saya telah sembuh sepenuhnya dari penyakit Asma. Saya sendiri mengalami perubahan di rambut apabila uban di kepala semakin berkurangan ( ini belum pernah di temui dari mana-mana testimonial).
      Kami sekeluarga mengamalkan dengan meminum satu sudu Pagi (sebelum sarapan) dan 1 sudu Malam sebelum tidur madu lebah dan di campurkan dengan beberapa titik minyak habbatus sauda.
      Sehingga kini hasilnya memuaskan. 

      TESTIMONI 1: An'Nahari bin Sarif (Kuala Kubu Bharu ) 
          -masalah keguguran rambut- 
            "mengamalkan habbatus sauda dalam masa 6 bulan, Alhamdulillah masalah dapat diatasi." 

      TESTIMONI 2: En. Izwan & Pn. Mai (Putrajaya)
         -masalah resdung- 
           "mengalamai resdung yang sangat membimbangkan, Alhamdulillah setelah mencuba produk minyak Habbatus Sauda, sangat selesa sekarang..." 

      TESTIMONI 3: Abdul Latif Kamal (Sentul, KL) 
         -masalah gout- 
           "Alhamdulillah setelah mengamalkan H-Sauda, kini tiada masalah." 

      TESTIMONI 4: Puan Noraini (Kerling, Hulu selangor ) 
         -masalah batuk berlarutan- 
           "Alhamdulillah setelah mengamalkan minyak H-Sauda serta sedikit madu yang telah dicadangkan oleh jiran saya, batuk anak saya semakin sembuh dalam masa 2 hari. yang penting keyaqinan kita kepada sabdaan Rasulullah s.a.w akan penawar yang terdapat dalam H-Sauda ini...." 

      TESTIMONI 5: Ustaz Nasir 
           "Minyak H-Sauda memang berkesan sama ada untuk kegunaan dalaman atau luaran terutama anak-anak kecil. Yang penting kita mesti yaqin dengan sabdaan Nabi s.a.w adalah wahyu dari Allah swt...mulakan dengan Bismillah dan Selawat, InsyaAllah, berkesan...." 

      TESTIMONI 6: Wan - Hamba ALLAH (Puncak Alam ) 
           "saya..setelah menggunakan H-Sauda Softgel & minyak H-Sauda diurut pada alat kelamin, Alhamdulillah, memang berkesan untuk mereka yang sudah berumahtangga untuk merasai nikmat seperti umur semasa 17tahun...jangan lupa berikan juga kepada isteri anda amalkan H-Sauda juga....InsyaAllah....sebagai tuntutan dalam Agama juga...(untuk yang lemah tenaga syahwat krn kepenatan bekerja sepanjang hari...) 

      TESTIMONI 7: Che Mamat
      Assalmualaikum
      Saya seorang pengamal habatus sauda. Masalah saya sebelum ini, badan saya banyak angin. Faham-faham jer laa kan. Hampir setiap hari perut saya berangin..nak buang angin tak boleh..jadi nak makan tak selera…sebelum ini saya memang selalu minum air ENO halia…tapi hanya sementara lepas tu berangin balik. Alhamdulillah selepas terbaca dalam satu artikel di internet mengatakan bahawa habtus sauda dapat mengurang atau mengelakkan kembung perut kerana angin ..jadi saya cuba…alhamdulillah sekarang perut saya amat selesa dan pembuangan angin lancar…jadi selera makan saya bertambah…Saya amalkan minyak habatus sauda bersama madu…

      TESTIMONI 8: nsahidah
      saya mengalami alahan makanan selama hampir sepuluh tahun. saya alah dengan protin haiwan terutama ayam dan telur, ikan sardin/kembung dan makanan laut termasuklah ikan bilis. saya terpaksa menjadi vegetarian sepenuhnya kerana jika saya termakan bahan bahan tersebut tangan dan jari-jari saya membengkak, ruam kemerahan, gatal dan bernanah. saya tidak boleh masak dan mencuci. menulis pun saya sukar kerana bila memegang pen luka2 ditangan saya akan merekah dan berdarah. Saya seorang guru sains, jadi apabila saya mendemonstrasi eksperimen atau mengajar murid saya mereka pasti akan ngeri dan menegur tangan saya yang hodoh. lebih parah lagi bila kebanyakan makanan memang terdapat telur didalamnya walaupun mayonise, kek/kuih basah dan juga sayuran yang dijual di kantin dimasukkan kiub ayam/ikan bilis.
      saya takut untuk mengambil anti histamin dari farmasi bila membaca kesan sampingannya.
      akhirnya saya menggunakan habbatus sauda. saya mengambilnya setengah jam sebelum makan kerana ia mengambil masa untuk hadam dan mengeluarkan anti histamin. alhamdulillah, kini tangan saya sudah pulih dan saya merasa sungguh bersyukur kepada Allah.


      "JIKA ANDA PENGAMAL HABBATUS SAUDA, PASTIKAN JADIKAN AMALAN BERTERUSAN SEBAGAI PEMAKANAN KEPERLUAN SEBAGAI SISTEM IMUNISASI BADAN ANDA...." 

      PETIKAN DALAM KANUN PERUBATAN IBNU SINA (980-1037 MASEHI) : "Habbatus Sauda adalah bijirin yang sangat meransang tenaga badan dan sangat membantu dalam kelelahan kronik, kehilangan semangat serta memberikan kesan therapeutic pada gangguan pencernaan, penyakit puan dan sistem pernafasan.."



      Sumber Info : www.pusrapi.com

      والله أعلم بالصواب
      Wallahu A’lam Bish Shawab
       (Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)

3 comments:

  1. Assalamualaikum
    1. Habbatus sawda' yang saya beli ada binatang, kenapa ya? boleh digunakan lagi tak?
    2. Saya ada beli minyak tapi dah expired dua tahun, bolehkah minyak itu digunakan lagi?
    * p/s: produk yang saya beli bukan dari produk tuan.
    Masturi, Batu Caves

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasslam.....

      Kalau binatang macam kutu beras kecil2 itu tiada masalah, jemur kat matahari...binatang tu dh lari...boleh simpan pada kedap udara & digunakan kembali 😊😊😊😊

      Delete
  2. bagaimana cara untuk merawat bayi dan anak demam , kuning , asma , sawan , resdung dan jangkitan kuman paru - paru dan hati...

    https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1013558215443630&substory_index=0&id=703463253119796

    ReplyDelete