Thursday, 21 March 2013

Pusrapi - Rahsia Siwak Hebat

Cara-cara bersiwak
Sembuh.Tanpa.Ubat



Assalamualaikum...


Salah satu sunat fitrah bagi seseorang manusia khususnya umat Islam ialah bersiwak, iaitu suatu perbuatan membersihkan gigi daripada kotoran atau sisa makanan, dengan menggunakan sesuatu seperti kayu sugi, kain atau berus gigi, walhasil apa-apa saja benda kesat yang tidak mendatangkan kemudaratan pada gusi atau tubuh badan. 



Hukum bersiwak adalah sunat, berdasarkan kepada laporan Aisyah r.ha bahwa Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:



"Siwak itu membersihkan mulut dan mendapat keredhaan Allah."



(hadis riwayat Ibn Khuzaimah, al-Nasa'i, Ibn Majah, Baihaqi, dan al-Bikhari daripada Aisyah r.ha, hadis ini dihukumkan sebagai sahih). 



Apabila gigi anda kuning, disunatkan untuk bersiwak kerana Nabi s.a.w lebih suka orang datang menemuinya dalam keadaan mulut yang bersih. Jadi pada zaman ini, kita sentiasa berzikir dan berselawat ke atas Nabi s.a.w seolah-olah kita mahu menemui Baginda s.a.w., bukankah begitu? :)



Al-Abbas melaporkan, Nabi Muhammad s.a.w. bersabda yang bermaksud:



" Kamu datang kepadaku dalam keadaan gigi yang kuning, bersiwaklah." (hadis riwayat al-Tabarani)



Betapa besarnya fadilat bersiwak ini juga terdapat di dalam sebuah hadis yang dilaporkan oleh Aisyah r.ha yang bermaksud:



"Solat dengan siwak lebih baik daripada tujuh puluh solat tanpa siwak." (riwayat Baihaqi dan Hakim daripada Aisyah r.ha).



Subhanallah.

Setelah anda membaca hadis ini, amalkan terus, jangan ditunggu-tunggu. Sebelum solat, capailah berus sugi/bersiwaklah kerana offer/ganjaran daripada Allah sungguh besar. ^^

Keutamaan siwak daripada kategori bersuci ini sangat ditekankan oleh Nabi s.a.w. berikutan pada suatu hadis daripada Baginda s.a.w. yang bermaksud:

"Sekiranya tidak membebankan umatku nescaya aku akan memerintahkan mereka agar bersiwak setiap kali solat."
(riwayat al-Tirmizi dalam sunan al-Tirmizi, kitab Taharah Rasulullah s.a.w.: Bab tentang siwak).





Jadi, boleh juga amalkan hadis ini:
-sebelum mengambil wuduk, 
-sebelum solat (amat digalakkan),
-sebelum membaca Al-Quran, 
-selepas bangun tidur,
-apabila mulut berbau busuk. Daripada Huzaifah r.a. meriwayatkan, bermaksud: "Rasulullah s.a.w. apabila bangun tidur akan menggosok mulutnya ddengan siwak." (Riwayat al-Bukhari dalam Sahih al-Bukhari, kitab Wuduk: Bab siwak. Juga rujuk al-Muhazzab, Abu Ishaq al-Syirazi, Jil.1 halaman 66)
-semasa bermusafir,
-zikrullah,
-sebelum dan selepas makan.

Antara hikmah dan faedah bersugi:
-mendapat keredhaan Allah s.w.t, insyaAllah...
-membersihkan gigi, lidah dan mulut
-melindungi daripada kerosakan gigi
-menguatkan gusi dan gigi
-menghilangkan bau busuk mulut
-menambah selera makan
-mencerahkan mata

Adab-adab bersugi (dengan menggunakan berusugi):
-Berniatlah bersugi untuk mendapatkan keredhaan Allah s.w.t..
-Baca bismillah dan selawat Nabi.
-Basuh berus sugi sebelum dan seleaps digunakan.
-Sebolehnya jangan baring semasa sedang bersugi. Mengelak dari tercekik.
-Elakkan meletakkan berusugi dalam keadaan melintang atau berbaring. Sebaiknya tegakkan ia di dalam gelas atau di dalam poket baju/seluar. 
-Tidak perlu menggunakan kedua-dua belah hujung berus.
-Jangan bersugi atau simpan berus sugi di dalam tandas.

Kehebatan kayu sugi ciptaan Allah s.w.t untuk kegunaan manusia.
-Alasan sesetengah orang yang berkata menggunakan kayusugi adalah ketinggalan zaman adalah tidak tepat sama sekali. Ia bukan soal cara peenggunaan ataupun bahan yang digunakan itu adalah cara lama, tetapi sebenarnya manfaat itu terdapat pada bahan semulajadi itu sendiri, iaitu ekstrak yang terdapat pada kayusugi.

Miswak - Kayu Zaitun




SUNNAH BERSUGI / BERSIWAK



عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ ، قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلى اللهُ عَليْهِ وَسَلَّمَ: لَوْلَا أَنْ أَشُقَّ عَلَى أُمَّتِي لَأَمَرْتُهُمْ بِالسِّوَاكِ عِنْدَ كُلِّ وُضُوءٍ

Terjemahannya: Daripada Sayyidina Abu Hurairah رضي الله عنه , telah berkata ia: Telah bersabda Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم: Seandainya bahwa tidak memberatkan aku ke atas umatku, nescaya aku perintahkan mereka dengan bersiwak tatkala setiap kali berwudhu`. (hadits riwayat Ibn Abi Syaibah)



عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ ، قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلى اللهُ عَليْهِ وَسَلَّمَ: لَوْلَا أَنْ أَشُقَّ عَلَى أُمَّتِي لَأَمَرْتُهُمْ بِالسِّوَاكِ عِنْدَ كُلِّ صَلَاةٍ

Terjemahannya: Daripada Sayyidina Abu Hurairah رضي الله عنه , telah berkata ia: Telah bersabda Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم: Seandainya bahwa tidak memberatkan aku ke atas umatku, nescaya aku perintahkan mereka dengan bersiwak tatkala setiap kali bersholat. (hadits riwayat Imam Ahmad)

Terdapat beberapa kajian yang membuktikan, hasil daripada penyelidikan oleh sekumpulan pakar pergigian yang terdiri daripada Ahed Mohammed al-Wahadni, Mahmoud Khaled al-Omari dan Makoto Kawamura yang telah menjalankan kajian mereka ke atas kayusugi (atau lebih dikenali sebagai miswak) serta keberkesanannya atau manfaatnya terhadap kebersihan mulut dan gigi.

Berdasarkan kepada kajian ini, mereka mendapati dan merumuskan bahawa miswak berfungsi secara efektif untuk membersihkan mulut dan gigi secara semulajadi. Antara faedahnya ialah:

-TRIMETHYLAMINE - berguna untuk menghilangkan karang gigi dan kotoran, juga sebagai anti bakteria, anti inflamasi, dan mampu menstimulasi gingiva (gusi).

-KLORIDA (chloride) - sebagai oenghalang pembentukan calculus dan membantu menghilangkan stain ekstrinsik daripada gigi.

-FLORIDA (flouride) - berfungsi untuk menguatkan enamel gigi, mendukung remineralisasi sehingga mencegah terjadinya karies gigi. Ion flour juga membentuk kesan penghalang terhadap pertumbuhan bakteria pada plak gigi.

-SILIKA - suatu bahan abrasif yang berfungsi membantu membersihkan gigi kerana ssilika bekerja sebagai bahan pembersih yang dapat menghilangkan kotoran.

-VITAMIN C - membantu penyembuhan dan pembaikan jaringan gusi.

-TANNIN - atau molekul phenolic yang mengandungi zat astringen yang dapat melindungi gingiva.

-SAPONIN - mempunyai sifat seperti sabun yang dapat melarutkan kotoran, dan dapat digunakan sebagai anti inflamasi (peradangan) dan anti mikrob.

-FLAVONOIDS - berfungsi menguatkan gingiva dan dapat mengurangi inflamasi (keradangan).

-STEROL - dapat mengurangi penumpukan plak.

-SALVADORINE - berfungsi sebagai anti bakteria, anti inflamasi dan gingiva stimulating.

-RESINS - adalah produk amorphous yang membentuk lapisan pelindung untuk mencegah gigi daripada karies.

-SULFUR - bau dan rasanya yang pedas digunakan untuk melindungi gigi daripada karies.

-KOMPONEN ANIONIK ANTIBAKTERIA. - adalah sulphate, chloride dan thiocyanate.

Subhanallah, begitu besar ciptaan Allah. Usah dipandang kecilnya sesuatu ciptaan itu tetapi lihatlah Besarnya Allah Yang Maha Mencipta, yang mencipta sesuatu itu yang tidak pernah tersia-sia untuk kegunaan manusia dan bermanfaat bagi seluruh alam. Kan?

Jadi, ayuh, bersihkan mulut dan gigi dengan bersugi.
Marilah kita sama-sama menggantikan kembali kepada kaedah Sunnah jika sebelum ini kita membersihkan mulut dan gigi dengan menggunakan berus gigi, dibantu dengan ubat-ubat gigi yang bermacam-macam jenis, atau benang flos yang hanya memberikan kita kebersihan tetapi tidak mendapat keberkatan kesucian & diredahi Allah. Pilihlah yang paling afdhal sudah tentulah kayu sugi (miswak). InsyaAllah, kita sama-sama amalkan.







Perkongsian Kisah Hamba Allah Yang BerIstiqamah Dengan Siwak
Tausiah di rumah Habib Abu Bakar Benyahya, Batu Hitam, Kuantan, Pahang, Malaysia
-Habib Kazim Bin Jaafar Assaggaf-

Perkongsian sebuah kisah tentang Siwak yang diceritakan oleh Habib Kazim Bin Jaafar AsSaggaf:

Kelebihan menggunakan Siwak:
     Ketika mana kita bangun dari tidur, letakkan siwak dekat dengan kamu tidur, kayu siwak mendapat keredaan disisi Allah kita menggunakan sekali sahaja Allah S.W.T akan memberikan kelebihan "Solat dengan siwak lebih baik daripada tujuh puluh solat tanpa siwak." (riwayat Baihaqi dan Hakim daripada Aisyah r.ha). 

    Namun kelebihan yang paling tertinggi sekali iaitu mendapat Keredhaan Allah S.W.T. Oleh sebab itu kita semua mesti ada Kayu Siwak, begitu juga bukan hanya dengan kayu Siwak, walaupun dalam solat kita boleh menggunakan baju atau kain tepi selendang kita untuk bersiwak. Ada seorang pemuda yang soleh dia melakukan amal setiap kali bangun dari tidur dia akan bersiwak , apabila bangun dari tidur dia akan membaca doa bangun tidur, اَلْحَمْدُ ِللهِ الَّذِى أَحْيَانَا بَعْدَمَا أَمَاتَنَا وَإِلَيْهِ النُّشُورُ
alhamdulillahil ladzi ahyana ba’da ma amatana wailaihin nusyur
Artinya :
Segala puji bagi Allah yang menghidupkan aku kembali setelah mematikan aku dan kepada Allah akan bangkit (kembali).

    Dia juga mempunyai saudara, dia pun membantu dalam mendapat redha Allah S.W.T, dan kawan yang tidur disebelahnya, setiap kali dia mahu tidur dia bercakap dengan kawannya jika aku mati dulu kau mohon pada Allah berilah rahmat dan doakan aku supaya Allah ampunkan dosaku, maka berterusanlah begitu, sehiggalah salah seorang dari mereka telah meninggal, maka salah seorang daripadanya telah melihat dari tidurnya, maka dia pun bertanya bagaimana keadaan kamu didalam kubur setelah kamu meninggal dunia ini, lalu dia katakan sebenarnya aku tidak merasa langsung tentang kematian ini, bagaimana boleh jadi begitu ? Kerana waktu aku tidur semasa nyawaku diambil oleh Allah S.W.T aku rasa aku sedang tidur dan aku dimandikan & dikafankan tapi aku rasa masih dalam tidur, kerana setiap kali sebelum aku tidur, aku meletakkan kayu siwak ditempat tidurku, dan apabila aku bangun dari tidur aku terus membaca doa bangun dari tidur اَلْحَمْدُ ِللهِ الَّذِى أَحْيَانَا بَعْدَمَا أَمَاتَنَا وَإِلَيْهِ النُّشُورُ. 

     Maka apabila 2 malaikat datang kepadaku aku ingin bangun lalu malaikat kata duduk wahai abdullah (hamba allah), maka aku sangka aku bangun dari tidur dan aku dihadapan malaikat tadi aku telah membaca doa bangun dari tidur, maka aku bangun aku terus mencari kayu siwak, siapa mengambil kayu sugi aku? Maka aku panggil anak aku, mana siwak aku? Ada kamu ambil kayu Siwak Aku? Lalu malaikat yang berada didepanku dan dibelakangku bertanya? Maka malaikat bertanya kayu sugi mana yang kamu cari ini? Dan saudara mana yang kamu panggil? Kau sangka yang kau sekarang ini sedang tidur? Tetapi sebenarnya malaikat sedang berada dihadapanmu. 

     Maka aku takut & aku rasa seram tetapi aku terus membaca doa bangun tidur 
اَلْحَمْدُ ِللهِ الَّذِى أَحْيَانَا بَعْدَمَا أَمَاتَنَا وَإِلَيْهِ النُّشُورُ . Maka Malaikat berkata kepadaku, engkau hamba Allah yang soleh tidak akan ditanya tetang azab kubur, maka Allah S.W.T telah selamatkan kamu dari soalan kubur & seksaan kubur kerana dengan keberkatan aku mengamalkan kayu siwak yang berada disisiku dan aku bangun dari tidur membaca doa bangun tidur 
اَلْحَمْدُ ِللهِ الَّذِى أَحْيَانَا بَعْدَمَا أَمَاتَنَا وَإِلَيْهِ النُّشُورُ. 

Begitulah juga doa sebelum tidur
 بِاسْمِكَ اللّهُمَّ أَحْيَاوَأَمُوتُ
bismikallahumma ahya wa amutu
Artinya :
Dengan nama-Mu ya Allah aku hidup dan mati

   Amal doa bangun dari tidur, sebelum subuh, sebelum terbit matahari dan selepas terbit matahari. Dan sama juga bangun daripada tidur 2/3 malam itu lebih baik. Adalah Saidina Ali Bin Abi Talib membaca Ayatul Kursi 3x pada 3 tempat selepas selesai menunaikan solat witir lalu dia membacanya. Sebelum tidur membaca 3x dan apabila dia bangun dari tidur untuk bangun malam dibacanya lagi 3x. Setiap ayat zikir-zikir pada Allah jangan kita lupa selawat kepada Nabi besar junjungan kita Nabi S.A.W. kerana Nur yang ada pada diri kita & ahli keluarga kita & seluruh umat nabi Muhammad dialam ini adalah semua Nur dari baginda Nabi S.A.W. Setiap umat muslimin & muslimat memikul cahaya dari baginda Rasul S.A.W. Akan terlahirlah cahaya itu dialam kubur itulah kelahiran cahaya yang ada bila berselawat keatas Nabi S.A.W. Kalau kita lihat disini sekiranya kita mengamalkan Selawat Keatas Nabi S.A.W:

 اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ 

1x diwaktu pagi 100x diwaktu malam, dan sebaik-baiknya iaitu 100x selawat keatas Nabi S.A.W selepas solat fardhu, ia tidak mengambil masa panjang tetapi keberkatannya itu untuk Dunia & Akhirat. Paling kurang baca 10 x Selawat Nabi S.A.W اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ sebelum tidur. 

Barang siapa yang membaca 
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ Selawat Nabi S.A.W 20x setiap hari maka Allah S.W.T memberikan syafaat dari Nabi S.A.W dan zikir doa selepas iaitu الْحَمْـدُ للهِ الَّذي أَطْعَمَنـا وَسَقَانَا وَجَعَلْنَا مُسْلِمِينَ
Alhamdulillahilladzii ath’amanaa wa saqaanaa wa ja’alanaa muslimiina
Artinya : Segala puji bagi Allah Yang telah memberi kami makan dan minum, serta menjadikan kami muslim. (HR. Abu Daud)

   Apabila membaca 3x bilangan dari doa ini, ataupun memadai dengan membaca Alhamdulillah sebanyak 10x ataupun sebut Alhamdulillah sebanyak bilangan suapan kita. Allah S.W.T akan tambah nikmat, maka Allah S.W.T akan tambah keinginan kita dalam ketakwaan kepada Allah S.W.T. Allah S.W.T jua tidak akan mengharamkan nikmat makan kepada kita. Kerana Allah S.W.T berfirman Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: "Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras". Surah Ibrahim Ayat 7.


Pesan Habib Kazim as-Saggaf , jangan kita lupakan sentiasa 3 perkata ini:

1) setelah setiap kali solat baca "astagfirullah lil mukminina wal mukminats", 27 kali. barangsiapa yang beramal dengannya akan menjadi orang yang doanya makbul dan disebabkan mereka, akan turun hujan di muka bumi ini. dan bila kita baca sekali sahaja "astagfirullah lil mukminina wal mukminats" memakan masa 1 atau 2 saat sahaja, tapi Allah akan beri kepada kita berbilion2 pahala mengikut bilangan jumlah orang Islam.

2) setelah solat fardhu Subuh & Maghrib selawat ke atas Nabi Muhammad sollallahu 'alaihi wassalam 100 kali. Allah akan kabulkan semua hajat kita dunia & akhirat, dengan syarat kita istiqomah setiap hari.


3) sebelum tidur, 20 kali berselawat ke atas Nabi Muhammad sollallahu 'alaihi wassalam, bila bangun dari tidur baca doa bangun tidur (alhamdulillahil-lazii ahyaanaa ba'da maa amaatanaa wa ilaihin-nusyur) dan bersiwak, bila nak solat kita bersiwak. kalau kita tiada kayu siwak itu (kayu dari pokok arak), kita boleh bersiwak dengan hujung kain (lengan/kolar baju atau kain rida'/selendang). kerana menurut maksud hadis Nabi sollallahu 'alaihi wassalam; "Bersiwaklah dengan setiap perkara yang kesat" (diriwayatkan oleh iman al-Baihaqi dalam kitab sunannya). berkata para ulama fuqaha' Syafie, "akan dapat pahala siwak itu dengan setiap benda yang kesat". tetapi yang afdhal dengan kayu siwak dari pohon arak itu. dan yang terafdhalnya dari kayu pohon arak itu, dari akarnya bukan dari dahannya. kalau kita ambil kayu siwak ini, kita bersiwak, setiap solat dikaliganda 70 kali. setiap rakaat dikaliganda 70. semoga Allah beri kita semua taufiq insyaAllah.


Alhamdulillah ……Marilah kita sama-sama Istiqamah beramal demi kebahagian Duniawi & Ukhrawi. Amin

Siwak Bukan Sekadar Membersih.
Siwak Merupakan Senjata orang beriman.
Siwak Rahsia kecemerlangan Umat Muhammad akhir zaman.
Siwak Terbukti Membersihkan Dosa-Dosa yang lahir dari Mulut.
Siwak merupakan sunnah yang akhir digunakan sebelum baginda Rasul S.A.W wafat.
Jadikan Siwak selalu bersama kita, Syaitan tidak gemar kepada orang yang sentiasa bersama siwak.
Alhamdulillah Kaedah Siwak ini juga diamalkan oleh Ustazah Wahida, 
beliau mengajari kesemua anak-anaknya begitu juga dibawakan
 kaedah ini untuk diajar disekolah yang beliau mengajar.

    ISLAM memberikan sanjungan tinggi terhadap kebersihan, malah diangkat di kedudukan istimewa sehingga Nabi Muhammad s.a.w pernah menegaskan sebagai sebahagian daripada iman. Kebersihan dilihat melalui ibadat rutin harian seorang muslim yang bertitik tolak daripada amalan menyucikan diri melalui wuduk, kebersihan pakaian dan tempat ibadat.

Nabi s.a.w menunjukkan isyarat penjagaan kebersihan merangkumi semua bidang, bermula dari tubuh badan baik rohani atau jasmani, sehingga pakaian, kediaman dan persekitaran, harus dipastikan bersih. Anggota luaran lebih-lebih lagi perlu diberikan perhatian dan dandanan kerana ia membentuk personaliti diri seseorang selain mengelak penyakit. Saidatina Aishah r.a berkata yang bermaksud: "Sepuluh perkara dikira sebagai fitrah (sunnah); memotong misai, memelihara janggut, bersugi, memasukkan air ke hidung, memotong kuku, membasuh sendi-sendi, mencabut bulu ketiak, mencukur bulu ari-ari, bersuci dengan air (beristinja)." (Hadis riwayat Muslim)

Antara yang diberikan penekanan ialah kebersihan mulut dan gigi, kerana Rasulullah s.a.w ada menyatakan dalam sabda bermaksud: "Jika tidak menyusahkan ke atas umatku, aku ingin menyuruh mereka melambatkan solat Isyak dan bersugi (menggosok) gigi setiap kali mereka hendak melakukan solat." (Hadis riwayat Muslim)

Membersihkan mulut dan gigi atau bersugi, dalam bahasa Arabnya disebut SIWAK, sangatlah dianjurkan Islam, bahkan baginda menyatakan: "Bersiwak itu menyucikan mulut, diredai Tuhan dan dibenci syaitan."Siwak merujuk kepada dua pengertian iaitu perbuatan menggosok gigi dan membersihkan mulut serta alat atau kayu yang digunakan untuk menggosok gigi, dipanggil kayu siwak. Nabi s.a.w sendiri dilaporkan membersihkan gigi, paling kurang dua kali sehari. Imam Bukhari meriwayatkan daripada Abdullah bin Omar: "Nabi bersiwak (menggosok gigi) pada permulaan siang dan akhirnya." Namun, kebiasaannya Nabi s.a.w menggosok gigi berulang kali setiap hari. Sehubungan dengan ini, Amir bin Rabiah melaporkan: "Aku melihat nabi menggosok gigi (berulang-ulang kali) sehingga aku tidak mampu menghitung jumlahnya ketika baginda berpuasa." (Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmizi).

Ulama terkenal Arab Saudi, Syeikh M S Al-Munajjid, berkata Imam Nawawi dilaporkan ada menyatakan ulama bersependapat penggunaan siwak adalah satu sunnah. Menurutnya, satu lagi daripada bukti yang menunjukkan pentingnya amalan itu apabila sesetengah ulama salaf (silam) seperti Ishaq ibn Rahawayh, berpendapat ia kewajipan.Siwak menurut kesepakatan ulama yang paling baik dengan ranting pokok arak, kerana baunya harum, malah seratnya sangat berkesan membersihkan sisa makanan di celah gigi. Jika ranting pokok arak tidak diperoleh, tangkai daun pokok palma atau ranting pokok zaitun boleh digunakan. Jika bahan itu tidak diperoleh, mana-mana bentuk kayu yang baik untuk membersihkan dan tidak mencederakan gigi boleh digunakan untuk membersihkan mulut. Pembersihan gigi dan mulut menggunakan kayu atau ranting dari pohon arak (salvadora persica) berlaku sejak berkurun yang lalu, kerana ia kaya dengan serat dan khasiat bagi kesihatan mulut dan gigi. Justeru itu, Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) dilaporkan mempromosikannya bagi kegunaan pembersihan mulut.Kajian mendapati kayu sugi daripada pohon arak mempunyai kelebihan secara semula jadi. Penyelidikan Dr Otaybi dari Arab Saudi membuka era baru terhadap kajian kayu terbabit, apabila menemui kesan sangat positif terhadap sistem kekebalan badan.

Malah, penyelidik lain mendapati ia mempunyai kesan baik bagi kesihatan terutama dalam proses antiketagihan perokok, sama ada untuk tujuan penyembuhan atau pencegahan, selain bahan antiseptik, astringen, pencuci dan dan fluorida (bahan penghalang kerosakan dan kereputan gigi). Amalan membersihkan mulut dan gigi menurut ulama sangat dituntut. Waktu melakukan siwak, iaitu:

i. Ketika mahu berwuduk dan mengerjakan solat.

ii. Apabila memasuki rumah dan bersama keluarga. Aishah ketika ditanya tindakan pertama dilakukan Nabi s.a.w apabila tiba di rumah, beliau berkata: "Apabila baginda memasuki rumah, perkara pertama yang baginda lakukan ialah siwak." (Hadis riwayat Muslim)

iii. Apabila bangun dari tidur. Huzaifah ibn Al-Yaman r.a menyatakan apabila Nabi s.a.w bangun pada waktu malam, baginda membersihkan mulut dengan siwak secara sempurna. (Hadis riwayat Al-Bukhari)

iv. Apabila bau mulut seseorang berubah, sama ada disebabkan makan makanan yang berbau atau tidak makan dan minum dalam tempoh yang lama.

v. Ketika ke masjid. Penggunaan siwak sebahagian daripada dandanan yang sangat digalakkan bagi muslim pada setiap kali mendirikan solat. Ini sesuai dengan firman Allah dalam ayat 31, dari surah Al-A'raf, maksudnya: "Wahai anak-anak Adam! Pakailah pakaian kamu yang indah berhias pada tiap-tiap kali kamu ke tempat ibadat (sembahyang)."

vi. Apabila membaca al-Quran dan mengikuti majlis tertentu khususnya majlis mengingati Allah.Ulama bersependapat tiada salahnya menggunakan siwak pada siang hari apabila seseorang itu berpuasa, cuma mereka berbeza pada waktu tengah hari, dengan sesetengahnya mengatakan makruh.

Di kalangan ulama juga ada perbezaan pendapat mengenai penggunaan tangan untuk bersiwak. Satu pendapat, iaitu majoriti ulama berpendapat lebih baik melakukannya dengan tangan kanan. Ini sesuai dengan hadis Aisyah r.a yang menyatakan: "Nabi s.a.w gemar memulakan dengan yang kanan apabila memakai kasut, turun (dari untanya), apabila membersihkan diri dan dalam semua perkara." Mereka juga menyatakan siwak adalah satu perkara daripada ibadat yang mendekatkan seseorang terhadap Allah, jadi tidak sepatutnya dilakukan dengan tangan kiri.

Ulama lain berpendapat ia baik dilakukan dengan tangan kiri. Pendapat ini dikatakan daripada mazhab Imam Ahmad dan pandangan ini disokong Syeikh Al-Islam Ibn Taimiyah.Sesetengah ulama berpendapat, apabila seseorang menggunakan siwak dengan niat mengikuti sunnah, dia sepatutnya melakukan dengan tangan kanan dan jika untuk menghilangkan kekotoran, sepatutnya dengan tangan kiri.Berdasarkan isyarat daripada al-Quran dan penegasan Nabi s.a.w, ditambah dengan perbincangan ulama dan kajian pakar perubatan jelas menunjukkan persoalan ini bukan lagi sesuatu yang boleh dipandang ringan.

Ustazah Husna Penterapi Pusrapi Jitra dengan
Teknik memegang Kayu Siwak. 



Alhamdulillah hamba Allah yang terpilih....dikecilnya sudah merasai nikmat bersugi...Salam Istiqamah buat si comel yang mempunyai keluarga yang menyayangi Sunnahtullah...Amin.

Comel anak-anak Ustazah Wahida sedang menggunakan Siwak.

Pelajar sekolah amat seronok dan berpuas hati setelah menggunakan Siwak.

Alhamdulillah semua anak-anak Ustazah Wahida kini menggunakan Siwak.

Jom!....Kawan-kawan sambil jalan-jalan kita bersiwak :)

Wah! Asyik sekali adik-adik ni bersiwak,
semoga diberi keberkatan Allah S.W.T

Ibu kenapa bagi Miswak Lambat Adik nak bersugi ni!!
OoopSsss....Jangan marah sugi pelan-pelan ya
adik comel :)

Salah tu cara adik pegang, mari ibu ajarkan
cara yang betul. Mendidik anak kita dari awal itu
lebih baik.



Sesi mempelajari menggunakan Siwak di Sekolah Ustazah Wahida

Pelajar diajar cara memegang kayu Siwak dengan betul.

Pelajar Lelaki & Perempuan yang turut serta dalam Aktiviti Bersiwak.

Jom Siwak beramai-ramai

Aktiviti Bersiwak yang jarang dilakukan disekolah-sekolah.

Bersiwak memudahkan kita untuk
menjadi seorang yang petah bercakap & kuat ingatan.

BerSiwaklah walau dimana anda berada.

Miswak


Miswak Yang Terdapat Di Pusrapi

Menjadi Pilihan Penggemar Yang Telah Merasai Kelainan Menggunakan Miswak Di Pusrapi

Stok Import Yang Baru Sampai

Terima Kasih Mama Belikan Adik Miswak :)

Sikecil pun menggemarinya. "Mama Adik nak cepat bercakap, adik kena guna Siwak"
Mama tolong ajar macam mana nak guna Miswak?
Alhamdulillah, comelnya....Mendidik anak kita dari awal itu lebih baik...
semoga diberi keberkatan Allah S.W.T...selamat beristiqamah...




Jom Bersiwak

Alhamdulillah Hampir 7 Tahun beristiqamah menggunakan Siwak, Selamat Tinggal Berus Gigi.

  
Tahniah Nur Husna, Kini Beliau Beristiqamah menggunakan Miswak.



Testimoni Pengguna Miswak


Kayu Sugi (Siwak): Satu Pembuktian Saintifik

[A Natural Toothbrush-cum-Toothpaste]





Ahmad Aizatnur*
Tahukah anda bahawa bersugi itu penting dalam Islam?
Daripada Ibn Umar r.a. berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda, “Jadikan bersugi itu satu amalan, kerana ianya (bersugi) menyihatkan mulut dan merupakan kesukaan kepada Maha Pencipta” ( Hadis Riwayat Al-Bukhari ).
Daripada Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda: “Kalau tidak menyusahkan umatku nescaya aku menyuruh mereka bersugi setiap kali hendak menunaikan solat” (Hadis Riwayat Al-Bukhari).
Keywords: Hadith Bukhari, dental caries, siwak (Salvadora persica) extract, anticariogenic.

Penyakit Gigi Karies (Caries)
Penyakit karies atau gigi berlubang masih merupakan topic yang hangat untuk dibicarakan sampai saat ini. Karies merupakan suatu penyakit jaringan keras gigi iaitu enamel, dentin dan sementum yang disebabkan oleh aktiviti bakteria dalam suatu kardohidrat yang dapat diragikan.
Pada tahun ke lima puluhan, Orland dan Keyes dalam penelitiannya memperlihatkan besarnya peranan bakteria dalam pembentukkan karies. Tikus percubaan diberi diet yang sangat kariogenik. Ternyata jika kondisinya dijaga bebas kuman maka karies tidak terbentuk. Ketika bakteria ditambahkan, karies pun muncul.
Plak gigi terbentuk dari saliva, sisa epitel jaringan mulut, sisa makanan dan bakteria. Peniadaan plak sebanyak mungkin setelah makan harus dilakukan kerana plak gigi memegang kunci dalam keberhasilan pembentukan karies. Sesuai yang dikatakan Kantorowicf: “clean teeth never decay” (gigi yang bersih akan sulit rusak). Antara bakteria yang terdapat pada plak gigi adalah jenis Streptococcus mutans, memiliki korelasi positif terhadap asal mula pembentukan karies.
Karies (caries) adalah penyakit multifaktorial yang meliputi (Keyes 1960):
  • Host : Gigi & saliva
  • Agent : Bakteria kariogenik
  • Environment : Substrat (Sukrosa)
  • Waktu


Seiring berkembangnya pengetahuan yang lebih mendalam tentang karies, para peneliti berlumba-lumba untuk menghentikan proses karies. Cara mekanik, kimia dan immunologi merupakan pendekatan yang paling rasional.

WHO telah mentargetkan pada tahun 2010 penduduk usia 20 tahun, 75% nya harus merupakan karies inaktif dan pada tahun 2025 targetnya meningkat menjadi 90%.

Kerisauan Yang Berasas..

Di pasaran dunia dan Malaysia khususnya terjadi lambakan barangan keperluan yang diperbuat daripada sumber yang haram dan beracun. Berdasarkan kepada Panduan Halal Haram yang di keluarkan oleh Consumer Association of Penang (2006),

“Lazimnya berus yang diperbuat daripada bulu babi dilabelkan sebagai ‘Pure Bristle’. Selain berus lukisan, berus cat, berus menggosok kasut dan songkok, berus gigi dan berus cukuran dikhuwatiri mengandungi bahan haram ini.”



Disaat umat islam dilanda kebimbangan mengenai status barangan halal khususnya keperluan dalam menjaga kesihatan mulut, Nabi SAW telah memberikan satu solusi yang terbaik sejak 600M yang lalu. Pada zaman nabi telah terdapat pelbagai jenis alat pembersih mulut seperti powder tetapi siwak tetap menjadi pilihan Baginda Saw.

Sejarah Siwak

Beraneka ragam peralatan sederhana digunakan untuk membersihkan mulut dari sisa-sisa makanan, mulai dari batang kayu, ranting pohon, kain, bulu burung, tulang haiwan hingga dari landak. Antara peralatan tradisional yang perlu diketahui sebagai pembersih gigi dan mulut adalah kayu siwak (Salvadora persica). Siwak (Chewing Stick) telah digunakan oleh masyarakat Babilonia semenjak 7000 tahun yang lalu, yang kemudian digunakan pula di zaman Kerajaan Yunani dan Romawi, Yahudi, Mesir dan Kerajaan Islam. Penggunaan chewing stick (kayu kunyah) berasal dari tanam-tanaman yang berbeza-beza pada setiap negera. Di Timur Tengah, sumber utama yang sering digunakan adalah pohon arak (Salvadora persica), di Afrika Barat yang digunakan adalah pohon lemon (Citrus aurantifolia) dan pohon limau (Citrus sinesis). Akar tanaman Senna (Cassiva vinea) digunakan oleh orang Amerika berkulit hitam, Laburnum Afrika (Cassica sieberianba) digunakan di Sierre Leone serta Neem (Azadirachta indica) digunakan secara meluas di benua India.

Emslie (1996) cit Babay (1999) melaporkan untuk pertama kalinya adanya prevelensi karies lebih rendah pada pengguna siwak dibandingkan dengan pengguna berus gigi biasa di Negara Sudan. Baghdady dan Ghose (1979) cit Babay (1999) juga melaporkan prevelensi karies yang rendah pada anak-anak sekolah di Negara Sudan akibat dari penggunaan siwak.

Pada penelitian Almas, Skaug dan Ahmad (2004) ekstrak siwak memiliki daya antibakteria terhadap Streptococcus mutans dan Streptococcus faekalis. Kelebihan siwak dalam membersihkan gigi dan mulut menurut Hardie dan Ahmed (1995) cit Darout, Skaug (1995) disebabkan oleh kesan mekanik dari serat-serat batang dan siwak mampu melepaskan zat aktif yang sangat bermanfaat. Hal ini mungkin merupakan jawapan terhadap prevelensi karies yang rendah di Sudan. Secara in-vitro menurut laporan Al-lafi dan Ababneh (1999) cit Darout et al (2001) siwak dapat menginhibisi (menghambat) pembentukan plak gigi, pertumbuhan dan produksi asid oleh beberapa bakteria kariogenik. Berikut laporan WHO mengenai khasiat kayu sugi (chewing stick):

WHO pada tahun 1984 dan Consensus Statement on Oral Hygiene (2000) menganjurkan penggunaan chewing stick (kayu sugi) kerana efektivitinya dalam menghilangkan plak dan mencegah karies gigi.

Nilai pharmacology Siwak

Penelitian El-Mostehy et al (1995) cit Darout (2000) tentang analisis kandungan batang kayu siwak kering (Salvadora persica) dengan ekstrak menggunakan etanol 80% kemudian dilanjutkan dengan ether lalu diteliti kandungannya melalui prosedur kimia seperti: trimetilamin, alkaloid (di duga sebagai salvadorin), klorida, sejumlah besar tannin, saponin, flavanoid, dan sterol. Darout et al (2000) melaporkan bahawa daya antimikrobial dan effect pembersih pada siwak telah terdeteksi pada ekstraknya. Kesan ini dipercaya berhubungan dengan tingginya kandungan Sodium Klorida dan Pottasium Klorida seperti salvadourea dan salvadorine, saponin, tannin, vitamin C, silika dan resin, juga cyanogenic glycoside dan benzylsothio-cyanate.

Komposisi Siwak mempunyai kesan sebagai berikut: (Tubaishat et al 2005):
  • Trimethylamine berguna untuk menghilangkan karang gigi dan stain (kotoran), juga sebagai anti-bakteria, anti-inflamasi dan mampu menstimulasi gingiva.
  • Chloride sebagai penghalang pembentukkan calculus dan membantu menghilangkan stain ekstrinsik dari gigi.
  • Flouride berfungsi untuk memperkuat enamel gigi, mendukung remineralisasi sehingga mencegah terjadinya karies gigi. Ion flour juga membentuk kesan penghalang terhadap pertumbuhan bakteria pada plak gigi.
  • Silika suatu bahan abrasif yang berfungsi membantu membersihkan gigi kerana silika bekerja sebagai bahan pembersih yang dapat menghilangkan kotoran.
  • Vitamin C membantu penyembuhan dan perbaikan jaringan gusi.
  • Tannin atau molekul phenolic yang mengandung zat astrigen yang dapat melindungi gingiva.
  • Saponin mempunyai sifat seperti sabun yang dapat melarutkan kotoran, dan dapat digunakan sebagai anti-inflamasi (peradangan) dan anti-mikrob.
  • Flavonoids berfungsi menguatkan gingiva dan dapat mengurangi inflamasi (radang)
  • Sterol dapat mengurangi penumpukan plak.
  • Salvadorine berfungsi sebagai anti-bakteria, anti-inflamasi dan gingiva stimulating.
  • Resins adalah produk amorphous yang membentuk lapisan pelindung untuk mencegah gigi dari karies.
  • Sulfur bau dan rasanya yang pedas digunakan untuk melindungi gigi dari karies.
  • Komponen anionik antibakteria adalah sulphate (SO42-), chloride (Cl-) dan thiocyanate (SCN-).

Peranan Siwak Sebagai Anti-karies


Almas dan Al-Zeid (2004) meneliti in-vivo kesan antibacterial yang cepat terhadap Streptococcus mutans dengan menghitung koloni bacteria dalam saliva pada subjek pengguna siwak, ekstrak siwak 50%, berus gigi, dan normal sanlin. Pengukuran menggunakan Vivacare (Caries Risk Test). Hasil penelitian menyimpulkan bahawa ekstrak siwak 50% mampu menurunkan kadar hitungan bacteria Streptococcus mutans dalam saliva dan menunjukkan penurunan bermakna Streptococcus mutans yang lebih besar pada penguna siwak dibandingkan penguna berus gigi biasa.


Cara Penggunaan Siwak

Orang menggunakan siwak dalam bentuk batang atau stick kayu dengan cara:

1. Batang atau cabang siwak dipotong berukuran pensil dengan panjang 15-20 cm. Stick kayu siwak ini dapat dipersiapkan dari akar, tangkai, ranting, atau batang tanamannya. Stick dengan ukuran diameter 1 cm dapat di gigit dengan mudah dan dapat memberikan tekanan yang tidak merusak gusi apabila digunakan.
2. Kulit dari stick siwak ini dihilangkan atau di buang hanya pada bahagian hujung stick yang akan di pakai sahaja.
3. Siwak yang kering dapat merusak gusi, sebaiknya direndam dalam air segar selama 1 hari sebelum digunakan. Selain itu, air tersebut juga dapat digunakan untuk kumur-kumur.
4. Bahagian ujung stick siwak yang sudah dihilangkan kulit luarnya digigit-gigit atau dikunyah-kunyah sampai berjumbai seperti berus.
5. Bahagian siwak yang sudah seperti berus digosokkan pada gigi, dan boleh digunakan untuk membersihkan lidah.

Dengan pesatnya perkembangan teknologi dan ilmu pengetahuan moden maka siwak digunakan dengan cara diolah dahulu kemudian ekstraknya dimasukkan dalam ubat gigi. Suryadi et al (2006) menunjukkan bahwa ubat gigi siwak mampu menginhibisi (menghambat) strain lokal Streptococcus mutans yang diisolasi dari gigi manusia.

Siwak Menerajui Era Sains dan Teknologi



Bagi menyimpulkan kelebihan siwak berbanding ubat gigi biasa, M. Ragaii El-Mostehy et al melaporkan dalam Siwak as an Oral Health Device (Preliminary Chemical and Clinical Evaluation): “It could be concluded that Siwak and powdered Siwak are excellent tools for oral cleanliness. Because of its availability in this part of the world, being inexpensive and readily adopted by Moslems as part of their religious regimen, it is highly recommended in implementing a preventive dental health program for Islamic countries. Also recommendations should be directed to manufacturers of toothpastes to include the powdered form of Siwak in a highly debriding sophisticated toothpaste.”
Sayyid Quthb menegaskan bahawa ilmu memberi kita pengetahuan relatif dan tidak final serta boleh sahaja ia direvisi atau dibatalkan, sedangkan Al-Quran & Hadith memberikan kita hakikat yang final dan mutlak. Fakta hadith hanya menyebutkan bahawa bersugi menyihatkan mulut dan kesukaan Maha Pencipta. Itu sahaja. Kita tidak mengomentari ini (hadith) dengan itu (kesimpulan ilmu pengetahuan) untuk selama-lamanya!


  • Sayyid Quthb, Aku Wariskan Untuk Kalian, alih bahasa, Abdul Majid Lc., Yogjakarta : Uswah, 2007.
  • Kidd EAM, Joyston-Bechal S. Dasar-dasar karies, Penyakit dan penanggulangannya.
  • Panjaitan M. Etiologi karies gigi dan penyakit periodontal
  • Axelsson Per. An Introduction to risk prediction and preventive dentistry.
  • Axelsson Per. Diagnosis and risk prediction of dental caries.
  • Wu CD. Chewing Stick, Timeless natural toothbrushes for oral cleansing.
  • Babay Nadir, Almas K. Effect of miswak extract on healthy human dentin: an in vitro study.
  • Almas K., Skaug N. Ahmad, I. An invitro antimicrobial comparison of miswak extract with commercially available non alcohol mouth rinses.
  • Darout IA. Comparative Oral Health status of an adult Sudanese population using miswak and toothbrush regularly.
  • Tubaisat RS, et al. Use of miswak vs toothbrushes: Oral health belief and behaviors among a sample of Jordanian adults.
  • Almas, K. The antimicrobial effects of seven different types of Asian chewing stick.
  • Suryadi A, Mangundjaja S, Soekanto SA, Djais A. Effect of Salvadora percica in dentrifice on streptococcus mutans from humans.
  • Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), Panduan Halal Haram (2006).



Koleksi Video-video Terpilih Tentang Siwak.

Selamat Menonton & Menambah Ilmu

Selepas saksikan segala kelebihan, teruskan beristiqamah dengan Siwak, Insyaallah kita sama-sama mendapat kebahagian & Manfaat Duniawi & Ukhrawi.




Siwak Membawa Keredhaan Allah S.W.T





















Miswak Yang diolah cara teknik pemakaian yang berbeza.



















Ustaz Dr. Asri ni pandangannya mengenai siwak
Pelik sedikit, kerana beliau tidak mengamal agaknya
Katanya, Pakai Siwak Bagus, cuma dia tidak selesa
cara pemakai yang meletakkan siwak disejadah.
Cara cakap macam geli sangat-sangat dengan siwak,
Allah meredhoi orang yang memakai siwak, alasan
itu dah cukup kuat untuk kita beristiqamah. 
Wallaahualam.

Kepada yang ingin mencuba keberkesanan Produk Pusrapi boleh hubungi untuk tempahan : 
Ustazah Siti 019-449 9929 / Ustazah Husna 019-496 6316 / Ustazah Wahida 012- 552 0195 / 
Ustaz Syamizam (019-5896783) / Pn. Nor Aniza (012-319 2542)
Ustazah Min (017-426 6908)


Hubungi Pihak Pusrapi untuk mendapatkan Miswak ditalian - 019-449 9929 (Ustazah Siti)

1 comment:

  1. Assalamualaikum Puan, sungguh hebat puan memperjuangkan penggunaan kayu siwak, syabas 👍

    ReplyDelete