Thursday 31 January 2019

Pusrapi Info: Syeikh Ahmad Junaidin

Wali Allah Kedah hancurkan kereta kebal komunis di Afghanistan. 

Syeikh Ahmad Junaidin



Siapa tak kenal dengan Syeikh Ahmad Junaidin, Mursyidul Am Persatuan Warga Melayu yang beribu pejabat di Sungai Petani, Kedah. Diceritakan bahawa, Syeikh Ahmad yang mewarisi ilmu Tok Kenali (Wali Allah di Kelantan) pernah menghancurkan kereta kebal tentera komunis soviet Russia yang ketika itu sedang menyerang bumi Mujahideen, Afghanistan. Kisah ini diperkirakan tidak pernah diceritakan kepada mana-mana anak muridnya yang berjumlah ribuan orang kecuali kepada adindanya.

Pada waktu itu beliau sedang duduk berzikir di atas sejadah selepas menunaikan solat, tiba-tiba Syeikh Ahmad melihat cahaya putih berserta terowong dihadapannya. Syeikh Ahmad terus masuk ke dalam terowong dan melihat sekumpulan perajurit Islam sedang dikepung oleh berpuluh unit kereta kebal Russia. Laungan Allahuakbar jelas kedengaran dan Allah menolong para Mujahideen dengan mendatangkan Syeikh Ahmad.

Kata Syeikh Ahmad, dia merasa seperti mimpi lalu terus meluru ke arah kereta kebal dan menendang semua kereta kebal sehingga hancur terbarai. Maka terselamatlah para Mujahideen daripada keganasan tentera Russia.

Selesai menghancurkan kereta kebal, dia menemui sebentar para Mujahideen sebelum meminta diri untuk pulang. Beberapa orang dari para Mujahideen sempat berbual mesra dengan Syeikh Ahmad sambil bertanyakan nama dan dari mana Syeikh Ahmad berasal?

Sekali lagi, Syeikh Ahmad mendapati secara tiba-tiba dia tersedar sudah berada di atas sejadah. Apa yang berlaku hari itu diceritakan kepada sahabatnya yang tinggal serumah.

Sahabatnya menganggap Sheikh seorang pembohong kerana seharian itu dia bertemu Syeikh Ahmad, masa bila pula Syeikh sudah sampai ke Afghanistan yang berada beribu kilometer jauhnya dari Kedah.

Selepas setahun, datanglah sekumpulan orang berwajah Arab dari Afghanistan ke Kedah mencari Syeikh Ahmad. Mendengar cerita sebenar daripada orang Afghanistan itu barulah sahabat Syeikh itu mengetahui bahawa apa yang diceritakan oleh Syeikh Ahmad benar-benar berlaku.

Allah menolong hamba-hambaNYA yang bertakwa secara lazim ataupun tidak lazim. Mintalah kepada Allah swt dengan sabar, solat serta melakukan sejumlah perbuatan baik lain mengikut petunjuk al-Quran dan sunnah baginda Rasulullah SAW.

"Tiada apa yang mustahil bagi Allah."

Kepada yang ingin mencuba keberkesanan Produk Pusrapi @ mendapatkan rawatan bolehlah hubungi kami untuk tempahan@temujanji:

Ustazah Siti (Kulim) 019-449 9929 
Ustazah Husna (Jitra/Alor Setar) 019-4328463
Ustazah Wahida (Pauh Jaya) 012- 552 0195
Ustaz Syamizam (Alma Jaya) 019-5896783 
Ustazah Min (Alma Jaya) (017-426 6908)
Ustazah Rahmah (Alma Jaya) 012-449 5689
Siti Sarah (Pulau Pinang Island)013-451 3459
Pn. Nor Aniza (Bangi)(012-319 2542)
Ustaz Mfedzly Faudzi (Sungai Petani) 0192446855�Ustazah Lyana Rahim (Sungai Petani) 0195004594
Siti Rahayu (Manjung): 013-4888201
Radhi & Mira (Johor) : 013-360 8577
Husna (Pahang) : 019 4228228
Ustazah Naza:019-576 3004
Pn.Samihah Stokis Eksklusif Pusrapi: 019 525 7067
Website : http://www.pusrapi.com/
Blogs : http://pusrapi.blogspot.com/
Facebook: https://www.facebook.com/Sembuh.Tanpa.Ubat
Indah Islam Memberi Rahmat,
Al-quran Sunnah Pegangan Umat,
Bila sakit rindu sihat,
Sunnah Nabi Terbukti Hebat,
"Hidup Lebih Sihat...Bila Sunnah Terpahat" ✿‿✿
Pusrapi
Sembuh.Tanpa.Ubat
(◕‿◕)
‎والله أعلم بالصواب
Wallahu A’lam Bish Shawab
(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)

No comments:

Post a Comment