Sunday 10 June 2018

Pusrapi Info: Warga emas maut kereta bertembung

‎السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
‎اللهم صل على محمد وآل محمد

_Ya Allah…._
_Sihatkan Tubuh Badanku,_
_Tambahkan Ilmu Pengetahuanku,_
_Berkatkan Rezekiku._
_Tingkatkan amal Ibadatku untuk taat perintahmu._
_Ya Allah Jadikan Hatiku Sentiasa Ingat Pada Mu._

‎💝💞اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ💝💞
‎💝💞اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ💝💞
‎💝💞اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ💝💞

Pusrapi Info: Warga emas maut kereta bertembung








PEKAN 09/06/2018: Seorang warga emas lelaki maut selepas PERODUA Myvi dipandunya bertembung dengan sebuah kereta lain di Kilometer 51, Jalan Pekan-Rompin dekat Kampung Serun, di sini, petang semalam.
Kejadian jam 4.15 petang menyebabkan Ismail Abas, 72, dari Kampung Kawah, Sungai Lembing, Kuantan meninggal dunia di tempat kejadian kerana parah di kepala.
Anaknya, Siti Zuraidah, 31, yang berada di tempat duduk penumpang hadapan cedera dan dirawat di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Kuantan.
Turut dirawat di hospital sama, pembantu makmal sekolah, Mansor Ibrahim, 57, yang memandu kereta NISSAN Sentra kerana patah paha dan cedera di tumit kaki.
Ketua Polis Daerah Pekan, Superintendan Amran Sidek, berkata kemalangan dipercayai berlaku apabila PERODUA Myvi dipandu Ismail dari arah Rompin ke Pekan, hilang kawalan selepas melalui selekoh.
"Akibatnya, kereta berkenaan memasuki laluan bertentangan dan bertembung dengan NISSAN Sentra dipandu Mansor yang berasal dari Kampung Seri Jaya, Johor Bahru.
"Mangsa gagal mengelak disebabkan jarak yang terlalu dekat," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
Amran berkata, Ismail yang bekerja sendiri meninggal dunia di tempat kejadian dan mayat dihantar ke Hospital Pekan untuk dibedah siasat.
Beliau turut meminta saksi bebas yang melihat kejadian untuk tampil membantu siasatan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Terdahulu, rakaman kemalangan itu tular di media sosial sejak malam tadi, menunjukkan PERODUA Myvi yang hilang kawalan dan memasuki laluan bertentangan sebelum bertembung NISSAN Sentra.
Laporan awal kemalangan ops hra 2018
Tempat : KM 120 Jln Kuantan-Johor Bahru
Masa : 16.15 pm
Laporan :
2 buah kenderaan motokar jenis perodua myvi (WD5648 E) dan motokar jenis nissan sentra (BGY1336) telah bertembung di KM 120 Jln Kuantan-Johor Bahru..pemandu motokar perodua myvi seorang wanita melayu 30 an cedera parah, penumpang seorang lelaki melayu 60 an meninggal dunia di tempat kejadian dan kanak lelaki 5 tahun cedera ringan manakala pemandu motokar nissan sentra seorang lelaki melayu 50 an cedera parah...sepasukan polis, bomba berada di tempat kejadian utk membantu mangsa yg tersepit...manakala semua mangsa telah di bawa ke hospital...kesesakan hampir 8 km berlaku di kedua dua arah....ini saja laporan awal dari sy...jalan masih belum boleh dilalui buat masa ini...

AllahuAkhbar.

Indah Islam Memberi Rahmat,
Al-quran Sunnah Pegangan Umat,
Bila sakit rindu sihat,
Sunnah Nabi Terbukti Hebat,
"Hidup Lebih Sihat...Bila Sunnah Terpahat" 

✿‿✿
Pusrapi
Sembuh.Tanpa.Ubat
(◕‿◕)
‎والله أعلم بالصواب
Wallahu A’lam Bish Shawab
(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)

Love, 
*Pusrapi - Sembuh.Tanpa.Ubat*
☆AL-HIJAMAH● PUSRAPI HQ KULIM● 

Whatsapp Saya Pantas Klik Link ....Booking Temu Janji
Bawah ni 👇☎📞📱📲
www.wasap.my/60194499929

ⓟⓤⓢⓡⓐⓟⓘ
ⓢⓔⓜⓑⓤⓗ.ⓣⓐⓝⓟⓐ.ⓤⓑⓐⓣ

No comments:

Post a Comment