Sunday 10 June 2018

Pusrapi Info: Berubat Dengan Siwak

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

اللهم صل على محمد وآل محمد


_Ya Allah…._

_Sihatkan Tubuh Badanku,_

_Tambahkan Ilmu Pengetahuanku,_

_Berkatkan Rezekiku._

_Tingkatkan amal Ibadatku untuk taat perintahmu._

_Ya Allah Jadikan Hatiku Sentiasa Ingat Pada Mu._


💝💞اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ💝💞

💝💞اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ💝💞

💝💞اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ💝💞


Pusrapi Info:  Berubat Dengan Siwak





Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

Maksudnya:

“Siwak menyucikan mulut dan mendapatkan keredhaan Allah.”

(Diriwayatkan oleh al-Bukhari)

Berdasarkan hadis ini dan banyak lagi hadis lain yang membahaskan tentang siwak, kami akan memaparkan kepada anda tentang beberapa hadis dan kajian yang berkaitan siwak. Dalam buku ini kami akan menjelaskan beberapa manfaat siwak dan sekilas tentang sejarah kegunaannya, di mana seiring perjalanan waktu, ilmu kesihatan moden terus berusaha menemukan faedah dan rahsia yang terkandung di dalam kayu siwak ini.

Perbahasan tentang siwak sudah pun dijelaskan dalam ilmu perubatan Nabi S.A.W. Oleh itu, ilmu kesihatan moden berusaha membuktikan kebenaran dalam ajaran kesihatan yang telah disampaikan oleh Baginda. Siwak memiliki banyak faedah bagi menjaga kesihatan mulut dan gigi di samping kegunaan yang lain dalam agama. Sebagaimana disebutkan dalam beberapa riwayat hadis bahawa siwak merupakan salah satu cara untuk mendapatkan keredhaan Allah, membuat para malaikat menjadi kagum, dan siwak juga mampu memotivasikan kita untuk membaca al-Quran, berzikir, solat serta memperbanyak amal kebaikan.

Siwak sentiasa menjadi perhatian para pakar perubatan moden di setiap tempat. Mereka terus meneliti dan berusaha menemukan sekian banyak faedah dan keistimewaannya.

Hanya kepada Allah kami memohon agar dilimpahkan taufiq-Nya dalam memaparkan sebahagian manfaat siwak ini, agar setiap kita sama ada dewasa ataupun kanak-kanak boleh memetik faedahnya.

Semoga Allah sentiasa melimpahkan keselamatan kepada Nabi Muhammad S.A.W, keluarga dan seluruh sahabatnya.

Imam al-Nawawi berkata: “Dianjurkan bersiwak dengan pokok arak atau benda lain yang juga boleh digunakan untuk bersiwak, serta boleh menghilangkan kotoran di mulut, seperti sehelai kain kesat, rumput lalang dan pokok asynan”

 





















 

 

APAKAH ITU SIWAK?

 

Definisi Siwak

Secara bahasa kata siwak bermakna “kecenderungan” dan “gerakan”. Imam al-Nawawi berkata: “Siwak menurut bahasa digunakan untuk menunjukkan perbuatan bersiwak atau alat untuk bersiwak”.

Di samping itu, siwak juga bermakna menggosok. Makna ini lebih menjurus pada maksud sebatang kayu atau sikat yang digunakan untuk menggosok gigi dengan tujuan menghilangkan warna kuning pada permukaan gigi dan selainnya.

Dari sudut istilah, siwak bermakna penggunaan potongan kayu atau sejenisnya untuk menggosok gigi dengan tujuan menghilangkan kekuningan dan sisa-sisa makanan yang ada pada mulut.

Bersiwak juga boleh dilakukan dengan apa-apa objek asalkan benda itu kesat dan boleh menghilangkan sisa makanan serta warna kuning yang muncul di permukaan gigi. Ia juga boleh menghilangkan bau yang tidak sedap dari mulut, seperti dahan pokok arak, pokok zaitun, potongan dahan pokok Neem dan sebagainya. Dan dimakruhkan menggunakan pokok yang tidak dikenali dengan tujuan menjauhi kemudaratan, seperti pokok yang mengandungi zat racun dan selainnya.

Imam al-Nawawi berkata: “Dianjurkan bersiwak dengan pokok arak atau benda lain yang juga boleh digunakan untuk bersiwak, serta boleh menghilangkan kotoran di mulut, seperti sehelai kain kesat, rumput lalang dan pokok asynan”.

 



Sejarah Ringkas Siwak

Siwak berasal dari pokok yang dinamakan dengan arak. Adapun dari segi ilmiah, pohon ini dinamakan dengan Salvadora Perisca yang merupakan potongan pokok arak tersebut. Pokok arak adalah pokok yang kecil, seperti belukar dengan batang yang bercabang-cabang, memiliki aroma yang khas seperti seledri dan rasanya yang agak pedas.

Pokok arak ini banyak terdapat di daerah pergunungan Tursina, Sudan, bahagian timur India, Arab Saudi, Yaman dan daerah Afrika. Pokok ini juga hampir sama dengan pokok delima, di mana sepanjang musim dalam setahun bentuknya terus menghijau dan memiliki dahan yang panjang. Daunnya berwarna hijau pekat, bunganya kecil-kecil dan berwarna putih sedangkan buahnya bertangkai seperti biji anggur. Arak merupakan pokok yang bentuknya begitu besar, sehingga sebatang pokok arak nampak seperti semak belukar kerana cabangnya yang begitu banyak, padahal ia termasuk pokok yang rendah di mana ketinggiannya tidak melebihi satu kaki dengan rantingnya yang banyak. Daunnya berkilat, kulit batangnya agak berkerutan dan warnanya coklat muda.

Sedangkan bahagian yang digunakan sebagai siwak dari pokok itu adalah bahagian akarnya dengan menggali tanah lalu mengambil akar tersebut dengan ukuran yang beragam, kemudian dipotong dengan potongan yang berbeza-beza dan dijual di pasar dalam bentuk dan ukuran yang beraneka ragam pula.

Setelah akarnya diambil untuk digunakan sebagai siwak, dianjurkan terlebih dahulu untuk dikeringkan dan kemudian disimpan pada tempat yang tidak basah. Kemudian sebelum digunakan hendaklah hujungnya diraut dengan alat tajam, apabila dia masih kering hendaklah dibasahi dengan air lalu barulah bersiwak dengan menggosokkannya pada gigi.

Dan beginilah seterusnya cara menggunakan siwak. Namun apabila sikat di hujungnya sudah melemah dan gugur, maka hendaklah segera dipotong lalu diraut kembali untuk digunakan semula.

Para penduduk Babylon telah menggunakan siwak sejak tujuh ribu tahun silam, kemudian juga digunakan oleh orang-orang Yunani, Romawi, Kaum Yahudi, penduduk Mesir dan kaum Muslimin.

Sedangkan di Afrika, untuk bersiwak mereka menggunakan pokok limun (Citrus aurantifolia) dan limau (Citrus sinesis), di Amerika mereka menggunakan pokok Senna, dan di daerah Sierre digunakan pokok Laburnum Afrika (Cassica sieberianba) iaitu tanaman yang tumbuh di daerah berbukit. Adapun di daerah semenanjung India mereka menggunakan pokok Neem.

Dari sebahagian riwayat tentang pokok arak ini, bahawa Sayyidina Ali bin Abu Thalib r.a. pada suatu hari memasuki rumahnya dan mendapati isterinya Siti Fatimah al-Zahra’ binti Rasulullah S.A.W sedang bersiwak dengan kayu pokok arak. Sayyidina Ali pun ingin bersenda gurau terhadap isterinya itu dengan mendeklamasikan sebuah syair:

Engkau telah menikmati giginya wahai pokok arak

Apakah engkau dalam peperangan pasti engkau akan ku bunuh

Dan engkau tidak akan menang melawan aku wahai siwak.

Dalam riwayat yang lain dikhabarkan bahawa dalam salah satu peperangan, umat Islam sangat susah memperoleh kemenangan. Mereka sendiri sangat bingung apakah punca mereka sehingga mengalami nasib sedemikian. Meskipun demikian, mereka tetap terus berperang sambil dengan sabar terus menanti kemenangan yang belum kunjung tiba. Kemudian salah satu tentera Islam mencuba untuk mengungkapkanfikirannya tentang punca yang sangat teruk ini: “Boleh jadi punca kesulitan yang kita hadapi ini adalah kerana kita tidak pernah bersiwak”. Namun sayangnya di daerah tempat berlangsungnya peperangan itu, tidak dijumpai pokok arak yang biasanya digunakan untuk bersiwak. Mereka berkata: “ Kitaharus mencari pokok lain agar kita boleh bersiwak dengannya.”

Kemudian mereka mencari dan mendapatkan pokok yang hampir serupa dengan pokok arak, lalu mereka mengambil dan memotong pangkal akarnya dan menggunakannya untuk bersiwak.

Sementara itu, di pihak musuh, mereka telah mengutus mata-mata untuk mengintai pasukan kaum Muslimin. Tatkala sedang melakukan perbuatan itu, anggota perisik musuh melihat tentera Islam seluruhnya sedang bersiwak. Melihat apa yang sedang dilakukan oleh bala tentera Islam tersebut, dia segera berlari menuju pengkalan pasukannya dalam keadaan menggigil ketakutan dan menyampaikan khabar kepada pasukannya bahawa kaum Muslimin sedang mengasah gigi mereka untuk memakan kita. Allah pun menimbulkan rasa takut dalam hati mereka dan mereka pun melarikan diri. Akhirnya bala tentera Islam berjaya meraih kemenangan dengan berkat bersiwak.

Siwak membersihkan mulut dan penggunanya akanmemperoleh keredhaan Tuhan.

PETUNJUK NABI DALAM BERSIWAK























 

Dari Abu Hurairah Radhiyallahu ‘anhu, beliau meriwayatkan bahawa Rasulullah S..A.W bersabda:

Maksudnya: 

“ Jika tidak memberatkan atas umatku, sungguh aku akan memerintahkan mereka untuk bersiwak setiap hendak melaksanakan solat” dalam sebuah riwayat ‘setiap berwuduk’.

                                                                                    (Diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim)

Dari ‘Abdullah bin Abbas r.a., Rasulullah S.A.W.  bersabda:

Maksudnya:

Hendaklah kamu bersiwak untuk membersihkan mulut dan memperoleh keredhaan Tuhan.

                                                                               (Diriwayatkan oleh al-Bukhari dan al-Baihaqi) 

Dan dari Aisyah bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda:

 

Maksudnya:

“Siwak membersihkan mulut dan penggunanya memperoleh keredhaan Tuhan.

                                                                           (Diriwayatkan oleh Ibnu Majah dari Abu Umamah)

Dari Tamam bin al-Abbas r.a. bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda:

 

Maksudnya:

“Kenapa aku melihat kamu datang kepadaku sementara gigi kalian kuning, maka bersiwaklah.”

                                                     (Diriwayatkan oleh Imam Ahmad)

 

Dari Anas r.a. bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda:

 

Maksudnya:

Aku telah banyak menyebutkan tentang siwak kepada kalian.

(Diriwayatkan oleh al-Bukhari)

Makna perkataan Nabi S.A.W. tersebut adalah baginda sering menyampaikan perintah dan anjuran untuk bersiwak kepada para sahabat.

Dari Jabir bin Abdullah r.a. bahawa Raslullah S.A.W. bersabda:

 

Maksudnya:

“Dua rakaat dengan siwak lebih bagus dari tujuh puluh rakaat tanpa bersiwak.”

Dari Huzaifah bin al-Yaman r.a., beliau berkata:

 

Maksudnya:

“Rasulullah S.A.W. apabila hendak melaksanakan tahajud pada malam hari, terlebih dahulu beliau mewangikan mulutnya dengan siwak.”

                                                          (Diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim)

Dengan erti kata lain, beliau membasuh, membersihkan, menggosok dan menyikat giginya.

Dari Aisyah r.a., beliau berkata:

 

Maksudnya:

“Rasulullah S.A.W. apabila hendak melakukan solat malam, disediakan baginya air untuk berwuduk lalu beliau menyendiri dan bersiwak.”

(Diriwayatkan oleh Abu Daud)

Sedangkan dalam riwayat Ibnu Majah, Aisyah r.a. berkata:

 

Maksudnya:

“Aku menyediakan untuk Rasulullah S.A.W. tiga bejana yang penuh; satu bejana untuk beliau bersuci, satu untuk bersiwak dan satu lagi untuk minum.”

Dalam riwayat Imam Muslim, Aisyah r.a. berkata:

Maksudnya:

“Kami menyediakan baginya (Rasulullah S.A.W. ) siwakdan air untuk bersuci.”

Dari Aisyah r.a. , beliau berkata:

 

Maksudnya:

“Rasulullah S.A.W. apabila memasuki rumah terlebih dahulu beliau memulai dengan bersiwak.”

(Diriwayatkan oleh Imam Muslim)

Dari Abu Bardah dari Ayahnya, beliau berkata:

 

Maksudnya:

“Aku mendatangi Rasulullah S.A.W. dank u dapati beliau sedang menggosok gigi dengan siwak ditangannya. Dan aku mendengar suaranya (uak-uak) dan siwak sudah berada dimulutnya, seakan-akan beliau hendak muntah.”

(Diriwayatkan oleh Imam Bukhari)












Sebagaimana kita ketahui bahawa siwak merupakan salah satu fitrah (kesucian jasmani dan rohani) bagi setiap muslim, sebagaimana Rasulullah S.A.W. bersabda:

Maksudnya:

“Wangikanlah mulut kalian dengan siwak, kerana sesungguhnya ia adalah pembuka sebelum membaca al-Quran.”




Hai Kekasih Hatiku, jika bikan engkau, siapa lagi yang kuharap, kasihi orang berdosa ini yang mendatangimu hari ini. Hai Harapan, Kebahagiaan & Kesenanganku, hati ini telah terkunci untuk selain dirimu.

"Cintakan ‎ﷲ‎ Kekal Abadi Selamanya"

 

 

No comments:

Post a Comment