Saturday 9 June 2018

Pusrapi Info: Kenapa Nabi Muhammad ‎ﷺ‎ Berniaga ?

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

اللهم صل على محمد وآل محمد


_Ya Allah…._

_Sihatkan Tubuh Badanku,_

_Tambahkan Ilmu Pengetahuanku,_

_Berkatkan Rezekiku._

_Tingkatkan amal Ibadatku untuk taat perintahmu._

_Ya Allah Jadikan Hatiku Sentiasa Ingat Pada Mu._


💝💞اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ💝💞

💝💞اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ💝💞

💝💞اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ💝💞


Pusrapi Info: Kenapa Nabi 

Muhammad ‎ﷺ‎ Berniaga ?


Fresh 24 memang Super Padu, anda bila lagi cubalah sekarang. Anda pasti tak menyesal...aktifkan jimat duit raya 😘😘😘


Ada yang tak pakai deodorant, tu boleh pakai fresh24, mencegah penyumbatan liang peluh...

Berlari ke, aircond takdk ka, badan anda berpeluh macamana pun tkkan bau....ajaibkan. Tapi tak mustahil. Fresh24 mampu melindungi anda dari bau yang tidak menyenangkan....

Kalau badan tak wangi, takpe, janji takde bau...😅😅😅





Kenapa Nabi Muhammad ‎ﷺ‎ Berniaga ?

Adakah Baginda memilih untuk hidup kaya ?

Nak tahu kenapa Islam menggalakkan umatnya berniaga ?

Bukan sebab nak kaya. Tetapi Baginda nabi menerapkan  berniaga itu adalah suatu tarbiyyah. Tarbiyyah tentang kehidupan, kemudian mendekatkan diri menuju Tuhan.

Nabi s.a.w berniaga di usianya muda. Di usia 20 an dan nyata pada usia itu baginda masih belum dilantik menjadi Rasul. Jadi jelasnya kerja2 dakwah baginda tidak dibuat secara terang.

Orang yang berniaga ini tawakkal mereka sebenarnya lebih tinggi. Sebab mereka tidak tahu bila rezeki dalam berbentuk wang akan dapat. Mereka hanya akan buat kerja dan terus usaha. Dan tawakkal mereka mutlak pada Allah taala sahaja.

Kemudian apa?

Kemudian dalam berniaga mereka akan berjumpa dan melihat pelbagai ragam manusia, mereka akan kenal ramai orang ternama dan biasa. Disini dalam konteks dakwah, nabi s.a.w akan belajar bagaimana untuk melihat ragam manusia dalam usaha dakwahnya sesudah dilantik menjadi rasul.

Kemudian lagi apa?

Berniaga Merapatkan Ukhwah Dan Silaturrahim.

Ukhwah dan silaturrahim. Mereka akan kenal banyak orang baru dalam hidup mereka. Baik islam mahupun bukan Islam dan ukhwah akan terjalin , atas asbab perniagaan . Sebab itu dalam berniaga perkara pokok yang perlu di jaga ialah ‘ good contact ‘, masyarakat cina sangat menjaga hubungan ‘ good contact ‘ mereka.

Dalam konteks dakwah Nabi SAW ,  ‘ good contact ‘ digunakan dalam usaha dakwah baginda kelak . Mereka akan melihat keluhuran dan kejujuran baginda. Jika produk yang di bawa itu adalah dari buatan manusia pun sudah dijual dengan jujur , pastilah produk dari langit juga akan disampaikan dengan jujur . Apa produk itu ? jawapannya ialah Iman dan Islam .

Kemudian pula apa lagi?

Berniaga akan bawa diri kita merentas pelbagai medan seantero dunia . Dengan berniaga kita akan melihat kepelbagaian budaya , dan akan terhasil idea untuk menghasilkan produk yang terbaik. Contohnya goreng pisang cheese . Produk itu sudah lama wujud di Indonesia, kemudian dicipta dan dijual di Malaysia . Dan dalam konteks dakwah Nabi SAW , baginda kerap berdagang kesana kemari dan melihat kepelbagaian ragam manusia . Sewaktu muda , baginda menimba pengalaman bercampur pelbagai golongan manusia . Baginda tidak menilai manusia dari luaran . Sebab itulah dakwah baginda sampai ke setiap lapisan masyarakat. Tua dan muda, miskin dan kaya, hamba dan raja, lelaki dan wanita.

Perniagaan Adalah Tarbiyyah

Perniagaan adalah satu tarbiyyah terbaik. Terbaik untuk mendidik jiwa anda dan belajar matlamat asala kehidupan. Perasaan tawakkal dan syukur paling banyak dalam jiwa orang yang berniaga.

Ramai antara kita membaca kisah sesudah Nabi SAW menjadi rasul iaitu di usia baginda 40 tahun. Namun ramai yang tidak tahu apa yang baginda buat sewaktu usia muda.

Ketahuilah, baginda bukan duduk bersahaja . Baginda ditarbiyyah pelbagai cara . Salah satunya jalan perniagaan . Baginda bercampur dengan pelbagai jenis manusia untuk belajar mengenali umatnya . Baginda merantau untuk mendekati kepelbagaian manusia.

Oleh itu, sunnah dalam perniagaan bukanlah mesti kaya. Kerana sunnah dalam perniagaan adalah tarbiyyah diri untuk menjadi hamba. Itulah cara Tuhan mengajar manusia.

Tingkatkan dalam hati rasa syukur dan tawakkal.

Sekiranya berniaga untuk kaya, maka tak perlu berniaga. Berniaga kerana nak kaya itu adalah kesilapan pertama.

Tetapi sekiranya berniaga untuk mencari nafkah dan berbakti memberi manfaat pada umat manusia, itulah matlamat asal perniagaan dalam agama.

Lupakah kalian pada sabda baginda , bahawa sebaik baik umat Nabi SAW adalah yg memberi manfaat pada mukmin yang lain?

Sebenarnya konsep berniaga adalah memberi manfaat . Dan bukan nak kaya.

Contohi Nabi SAW Dalam Semua Aspek Kehidupan

Berapa usia kita ? Contohi Nabi SAW di usia kita . Barulah ianya dipanggil mengikut sunnah . Nak sayang nabi s.a.w ? Kena tiru Nabi SAW

Sebab itu berniaga kena pegang 2 benda. Jangan malu dan jangan putus asa. Sebab dakwah juga tidak boleh malu dan putus asa. Barulah ia sunnah.

AllahuAkhbar.

Indah Islam Memberi Rahmat,
Al-quran Sunnah Pegangan Umat,
Bila sakit rindu sihat,
Sunnah Nabi Terbukti Hebat,
"Hidup Lebih Sihat...Bila Sunnah Terpahat" ✿‿✿
Pusrapi
Sembuh.Tanpa.Ubat
(◕‿◕)
‎والله أعلم بالصواب
Wallahu A’lam Bish Shawab
(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)

Love, 
*Pusrapi - Sembuh.Tanpa.Ubat*
☆AL-HIJAMAH● PUSRAPI HQ KULIM● 

Whatsapp Saya Pantas Klik Link ....Booking Temu Janji
Bawah ni 👇☎📞📱📲
www.wasap.my/60194499929

ⓟⓤⓢⓡⓐⓟⓘ
ⓢⓔⓜⓑⓤⓗ.ⓣⓐⓝⓟⓐ.ⓤⓑⓐⓣ

No comments:

Post a Comment