Sunday 22 February 2015

Pusrapi Info : Dua Beradik Jalan Kaki Ke Seluruh Semenanjung Untuk Cuci Masjid

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
اللهم صل على محمد وآل محمد
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Ya Allah….
Sihatkan Tubuh Badanku,
Tambahkan Ilmu Pengetahuanku,
Berkatkan Rezekiku.
Tingkatkan amal Ibadatku untuk taat perintahmu.

Pusrapi Info:
"Marilah Kita Yang Mampu Hulur 
Bantuan Pada Mereka Yang Membantu Jalan Allah"


Dua Beradik Jalan Kaki 
Ke Seluruh Semenanjung Untuk Cuci Masjid



Muar: "Kami sudah tiba di Muar dan selepas ini, kami akan berjalan ke di Batu Pahat, Johor Bahru, Mersing dan seterusnya ke pantai timur seperti Pahang, Terengganu dan Kelantan sebelum ke negeri di utara pula.

"Selepas itu, kami akan kembali ke Selangor untuk menamatkan pengembaraan di Masjid Shah Alam yang juga tempat kami bermula," kata Anas Aiman Jaffry, 27.

Anas ditemui di Pekan Parit Bakar di sini, hari ini, selepas 29 hari memulakan Kembara Berjalan Kaki 1Semenanjung Malaysia Membersihkan Masjid.

Dia melakukan kembara itu bersama adiknya, Muhamad Aidil, 24, dan rakan mereka, Hizammudin Aliddin, 25, serta memulakan kembara di Masjid Shah Alam, Selangor, 24 Januari lalu.

Sehingga ini, mereka sudah membersihkan 19 masjid di Selangor, Melaka, Negeri Sembilan dan Johor dan akan berjalan lebih 1,000 kilometer untuk mengunjungi 132 masjid terpilih.

Katanya, tujuan kembara adalah bagi menyampaikan mesej kepada masyarakat bahawa masjid milik semua.

“Antara keperluan dibawa termasuk khemah kerana khuatir kami tidak dibenarkan bermalam di masjid, selain bekalan ubat dan air.

"Kami juga menggunakan troli kecil bagi memastikan keselesaan membawa barang dan kembara dapat berjalan lancar.

“Kami semua berhenti kerja hanya untuk menjayakan kembara ini dan memilih berjalan supaya dapat menikmati pemandangan dan menyelami kehidupan masyarakat setempat," katanya yang berasal dari Sabak Bernam, Selangor.

Menurutnya, mereka yakin mampu menamatkan kembara sebelum Ramadan kali ini.

“Kalau tidak mencapainya, kami akan tetap meneruskannya dan sedia berpuasa dan beraya di jalanan,” katanya.

Menurutnya, setiap seorang daripada mereka hanya mempunyai RM1,000 dan bersyukur orang ramai membantu menghulurkan makanan serta wang dan bagi mengurangkan beban mereka.


Orang ramai yang ingin menghulurkan sumbangan boleh berbuat demikian melalui akaun Aiman, CIMB Bank 12051419414523

Kepada yang ingin mencuba keberkesanan Produk Pusrapi @ mendapatkan rawatan bolehlah hubungi kami untuk tempahan@temujanji: 

Ustazah Siti 019-449 9929 
Ustazah Husna 019-496 6316
Ustazah Wahida 012- 552 0195
Ustaz Syamizam 019-5896783 
Ustazah Min (017-426 6908)
Ustazah Rahmah 012-449 5689
Siti Sarah  013-451 3459
Pn. Nor Aniza (012-319 2542)

Indah Islam Memberi Rahmat,
Al-quran Sunnah Pegangan Umat,
Bila sakit rindu sihat,
Sunnah Nabi Terbukti Hebat,
"Hidup Lebih Sihat...Bila Sunnah Terpahat" ✿‿✿

Pusrapi
Sembuh.Tanpa.Ubat

(◕‿◕)

والله أعلم بالصواب
Wallahu A’lam Bish Shawab
(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)

No comments:

Post a Comment