Saturday 16 November 2013

Perkongsian Kisah Seorang Pesakit Pusrapi

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
اللهم صل على محمد وآل محمد
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

"Perkongsian Kisah Seorang Pesakit Pusrapi" 

Penulis Asal Masyitah Binti Yaacob.



Assalamu'alaikum Ustazah. Dengan nama Allah, ana berhajat untuk berkongsi suatu pengalaman yg ana yakin insya' Allah memberi seribu satu makna bersama teman2 facebook di sini. Mohon Ustazah 'Share' kan post ana ni ya.. Moga bermanfaat buat kita semua insya' Allah. Jazak'Allah Khair ya Ustazah..

..بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamu'alaikum teman2 facebook yg dikasihi Allah sekalian.. Ismi Masyitah bt. Yaacob. Ana berusia 23 tahun.

7 October lepas, lebih kurang pukul 10.30 malam, ana terlibat dalam sebuah kemalangan jalan raya. Ketika itu, ana sedang menunggang motosikal dan dalam perjalanan pulang ke rumah dari tempat kerja. Hujan semakin lebat menyebabkan keadaan jalan raya kelihatan agak kabur. Sebaik sahaja ana melepasi sebuah simpang empat, BAMM!!! Moto ana terbabas. Seingat ana, ketika itu ana ingin mengelak dari melalui jalan yg tidak rata. Pada masa yg sama, ana juga ingin mengelak kereta2 yg semakin menghimpit ke laluan ana. Sungguh ana x sangka, laluan yg kelihatan lurus itu rupa-rupanya mengundang padah yg lebih besar, Allah Maha Mengetahui..

Kemungkinan besar ana pitam seketika kerana ana x sedar apa yg berlaku setelah terdengar bunyi dentuman yg kuat. Setelah beberapa minit ana tersadai di atas rumput di tepi jalan, tiba-tiba terasa bagai seseorang menarik tangan ana, kemudian secara samar-samar terdengar suatu suara, "kak, boleh bangun x ni?? Mai kami angkat. Pelan-pelan ya kak". Ya Allah, baru ana sedar yg ana telah kemalangan. Dengan mengharap kekuatan dari-Nya, ana menggagahkan diri untuk bangun. Ya Allah!! Tangan kiri ana terasa begitu berat sekali. Apa yg jadi pada tanganku ini, ya Allah?? Ana cuba berjalan sendiri kerana jauh di sudut hati, ada rasa malu memandangkan yg membantu ana ketika itu ialah beberapa orang pemuda. Mujur ana memakai pakaian yg menutup aurat dan tebal, Allah jaga kehormatan diri ana, Alhamdulillah..

Hujan beransur reda dan ana menanti kadatangan ibu ayah setelah dihubungi. Sementara menunggu di dalam kereta mereka, salah seorang daripada mereka membelek-belek keadaan motosikal ana. Alhamdulillah masih boleh dihidupkan..cuma bahagian tertentu perlu diperbaiki. Terasa pedih dan sengal2 dek kerana kecederaan di bahagian kiri ana. Pakaian ana juga terlekat di bahagian2 yg luka. Dalam terselit rasa malu, ana terpaksa meminta tolong pemuda yg kebetulan sedang berdiri di sebelah ana, untuk membuka stoking kaki kiri ana kerana terasa pedih di buku lali. Syukur pada-Mu ya Allah kerana pemuda itu memahami batas aurat di antara kami, lalu dia menarik stoking ana perlahan-lahan tanpa mengangkat sedikit pun pakaian ana. Allah..saat ana melihat luka di kaki, sakit biasa terasa luar biasa.

Kami follow kereta ayah di hadapan untuk menuju ke hospital. Setibanya di sana, nurse menghulurkan kerusi roda pada ana. Setelah diperiksa tekanan darah dan dipakaikan anduh, ana dibawa ke bahagian kecemasan. Ana di x-ray, luka2 juga dicuci. Doktor mengesahkan tulang selangka bahu kiri ana patah. Sejak malam itu, rutin kehidupan ana berubah. Segala yg memerlukan pergerakan tangan, ana x dapat buat dengan baik, amat terbatas dan sakit. Pelbagai ikhtiar rawatan diambil namun kecederaan ana seolah-olah akan mengambil masa yg lebih lama untuk sembuh. Ana hampir berputus asa. Sehinggalah ana membuat keputusan untuk membuat rawatan di Pusrapi, Alhamdulilllah..perubahan ketara berlaku.

Sesi rawatan pertama:
Ana hadir bersama ibu untuk diagnosis kecederaan dan consultation bersama Ustazah. Masya' Allah, begitu hebat ilmu perubatan milik Allah. Keterangan yg diberikan Ustazah cukup membuatkan ana terasa kebesaran Allah.. Hati ana hiba dan akhirnya mengalir air mata dikala Ustazah membacakan Firman Allah..Hadis Rasululllah S.A.W..Doa..dan menuturkan kata2 perangsang dengan harapan ana kuatkan semangat dan x susah hati. Selepas berbincang dengan ibu ayah, dengan berserah pada Allah, dua hari kemudian ana menyatakan persetujuan kepada Ustazah untuk menjalani rawatan selanjutnya di Pusrapi.

Sesi rawatan kedua:
Ana dirawat dengan kaedah berbekam yg juga merupakan kaedah rawatan Sunnah. Setelah membaca selawat dan dua' bersama Ustazah, rawatan dimulakan. Sepanjang menjalani rawatan, Zikrullah dalam bentuk muzik instrumental dialunkan. Cukup mendayu-dayu dan menenangkan hati sesiapa yg mendengar, insya' Allah. Langkah demi langkah rawatan dilakukan, ana terasa sakitnya. Ana pejamkan mata..ana hayati muzik yang dialunkan..ana ingat pada Allah. Subhanallah..hati ana terasa hiba lagi. Terdetik di hati ana, "Ya Allah, masa aku sakit ni, tiada siapa yg dapat sembuhkan aku melainkan Engkau ya Allah. Sedangkan aku banyak berbuat dosa ya Allah. Namun yg sembuhkan aku Engkau juga ya Allah." Subhanallah..ana dapat merasai betapa besar dan hebatnya kasih sayang Allah pada ana. Alhamdulillah, kesakitan masih ana rasai tapi mampu dikawal. Lebih kurang 1 jam kemudian, rawatan selesai.. Pelbagai jenis ubat penawar diberikan, namun mudah untuk diamalkan. Pada pandangan ana, khasiatnya lebih baik dari ubat-ubatan moden kerana ia diperbuat dari bahan semula jadi keseluruhannya. Nak tahu ubat penawar apa yg ana amalkan??..Layarilah http://www.pusrapi.com/ atau http://www.pusrapi.blogspot.com/..

Sesi rawatan ketiga:
Selang 7 hari, petang tadi ana hadir untuk rawatan seterusnya. Kali ini, ana dirawat dengan terapi gerakan Syifa'. Kata Ustazah, kaedah terapi ini diambil dari gerakan dalam Solat. Wallahu'alam. Mata ana ditutup sepanjang rawatan agar lebih relax. Setiap langkah terapi diiringi dengan bacaan Selawat dan Doa. Ada kalanya sakit, ada kalanya kebas, namun kerana azam yg kuat dan tekad dalam diri untuk sembuh, ana teruskan jua rawatan tersebut. Lebih kurang 30 minit kemudian, rawatan selesai.. Ustazah membuka kain penutup mata ana. Subhanallah, berlinangan air mata ana disebalik kain tersebut. "Aku menangis ya Allah..kerana amat bersyukur atas perubahan yg aku rasakan ini. Tangan kiriku boleh digerakkan ya Allah.. Terima kasih ya Allah..". Ustazah turut terharu melihat keadaan ana ketika itu. Tubuh ana juga terasa lebih ringan, Alhamdulillah.. Ustazah memeluk ana dengan erat sambil mengucap kata Syukur.. Pesanan Ustazah, banyakkan Solat panjatkan Kesyukuran pada Allah..

Insya' Allah selang 7 hari lagi, ana akan menjalani rawatan terakhir. Pengalaman ana ini membuatkan ana sedar bahawa kita hanya mampu berikhtiar, namun kesembuhan itu tetap milik Allah.. Kita hanya mampu bergerak dalam beribadah, namun seluruh anggota badan kita tetap milik Allah.. Jika kita ada masalah dari segi apapun, selagi mampu, jangan sesekali berputus asa untuk berikhtiar.. La tahzan Robbuna ma'ana.. Jangan sedih, Allah bersama kita..

..والله أعلم بالصواب

Tinta dari hati kerana Allah..

https://www.facebook.com/ana.masyitah.profile







Alhamdulillah wa syukurillah…10x..Syukran jazilan…..
Tanpa dakwah, tanpa jamaah, tanpa cinta……darinya kehidupan ini seolah siang tiada mentari, bagai malam tiada cahaya purnama, & bagai syurga tiada bidadari… بَلِّغُوا عَنِّى وَلَوْ آيَةً
Maksudnya: "Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sampaikan dari ku walaupun sepotong ayat."
Semoga kita bersama-sama perbanyakkan doa pada Allah S.W.T dengan keberkatan nikmat pinjaman kehidupan demi mencari Keredhaan Ilahi.  “Cintailah siapa yang ada di bumi supaya kamu akan dicintai oleh makhluk yang berada di langit ” (Riwayat Tabrani)

Barakallahu fikum

والله أعلم بالصواب
Wallahu A’lam Bish Shawab
 (Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)

2 comments:

  1. Alhamdulillah... kita hanya berikhtiar dan yang memberikan kesembuhan adalah milikNya jua.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah....Maha Suci Allah Pencipta Yang Hebat.

      Delete