Friday 29 November 2013

Pusrapi Info : Senyumlah Kerana ٱللهِ

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
اللهم صل على محمد وآل محمد
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Senyumlah Kerana ٱللهِ


   Rasulullah SAW menyatakan bahawa senyuman manis ialah sedekah yang bernilai ibadah serta mendapat ganjaran pahala daripada Allah SWT. Rasulullah SAW menganjurkan umatnya untuk sentiasa berwajah ceria, sentiasa bermuka manis dan tersenyum di hadapan orang lain. Rasulullah SAW bersabda, " Janganlah kamu memandang rendah sebarang kebaikan, walaupun sekadar bertemu saudaramu dengan senyum menguntum (wajah ceria)." Hadis Riwayat At-Tirmizi: 2687.

   Jiwa dan hati manusia sama seperti tubuh badan yang memerlukan perhatian. Antara cara mengawal keceriaan jiwa adalah dengan humor-humor segas dan bernas. Jiwa yang dibiarkan terus-menerus serius tanpa ada humor, ia akan mati dan seterusnya menjadikan hidup kaku. Manusia tidak akan mampu menjalankan peranan hidupnya dengan baik, apabila hati dan jiwanya keruh.


   Dalam era millennium, pakar perubatan & psikologi telah berjaya membuktikan kebenaran sabda Rasulullah SAW bahawa manfaat senyuman bagi kesihatan fizikal dan mental sangatlah hebat. Senyuman menjadi nutrisi kesihatan semula jadi untuk menjaga tubuh daripada pelbagai penyakit berbahaya. Senyum dapat membantu orang lain tetap bersikap positif. Senyum juga dapat mengubah suasana hati daripada sempit menjadi lapang, sedih menjadi senang dan beku menjadi cair. Senyuman tulus dan ikhlas pasti akan melahirkan aura serta sikap positif dalam kehidupan insan.


                              بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ 


… Senyum adalah ibadah, menjalani sesuatu dengan senyum selain bermanfaat baik buat hubungan dengan sekitar, kerana senyum adalah jarak yang terdekat antara dua manusia. Selain itu senyum menampakkan positif juga buat kesihatan tubuh kita.

1. Senyum membuat Anda lebih menarik …
Orang yg banyak tersenyum memiliki daya tarik. Orang yg suka tersenyum membuat perasaan orang disekitarnya nyaman dan senang.Orang yg selalu merengut, cemberut, mengerutkan kening, dan menyeringai, masam membuat orang-orang disekeliling tidak nyaman. Dipastikan orang yg banyak tersenyum memiliki banyak teman.

2. Senyum mengubah perasaan …
Jika Anda sedang sedih, cubalah tersenyum.Senyuman akan membuat perasaan menjadi lebih baik.Menurut penelitian, senyum boleh  memperdayai tubuh sehingga perasaan berubah.

3. Senyum boleh menular …
Ketikan seseorang tersenyum, ia akan membuat suasana menjadi lebih riang. Orang disekitar Anda pasti akan ikut tersenyum dan merasa lebih bahagia

4. Senyum menghilangkan stress …
Stress boleh terlihat di wajah. Senyuman boleh menghilangkan mimik lelah, bosan, dan sedih. Ketika anda stress, ambil waktu untuk tersenyum. Senyuman akan mengurangi stres dan membuat pikiran lebih jernih.

5. Senyum meningkatkan imuniti …
Senyum membuat sistem imun bekerja lebih baik.Fungsi imun tubuh bekerja maksimal saat seseorang merasa rileks. Menurut penelitian, flu dan batuk bisa hilang dengan senyum.

6. Senyum menurunkan tekanan darah …
Tidak percaya? Cuba Anda mencatat tekanan darah saat anda tidak tersenyum dan catat lagi tekanan darah saat anda tersenyum saat diperiksa. Tekanan darah saat Anda tersenyum pasti lebih rendah.

7. Senyum melepas endorphin, pemati rasa alamiah, dan serotonin
Senyum ibarat ubat alami. Senyum boleh menghasilkan endorphin,pemati rasa alamiah, dan serotonin.Ketiganya adalah hormon yg bisa mengendalikan rasa sakit.

8. Senyum membuat awet muda …
Senyuman menggerakkan banyak otot .Akibatnya otot wajah terlatih sehingga anda tidak perlu melakukan face lift. Dijamin dengan banyak ter


senyum Anda akan terlihat lebih awet muda.

9. Senyum membuat Anda kelihatan sukses …

Orang yg tersenyum terlihat lebih percaya diri,terkenal, dan boleh didekati. Pasang senyum saat rapat atau bertemu dengan klien. Pasti rakan sekerja anda akan melihat anda lebih baik.


10. Senyum membuat orang berpikir positif …


Cuba lakukan ini : Fikirkan hal buruk sambil tersenyum. Pasti susah. Penyebabnya, ketika Anda tersenyum,tubuh mengirim signal “Hidup adalah baik”.Sehingga saat tersenyum, tubuh menerimanya sebagai anugerah.

Setiap orang dalam kehidupannya mahu menjadikan seseorang tersenyum. Senyuman, mempunyai pelbagai kebaikan dan kesan positif yang baik. Senyuman membuatkan diri kita dalam “mood” yang lebih baik, bahkan ianya sesuatu yang cukup mudah!. Ia boleh meningkatkan harga diri dan membawa orang lain bersama kita. insyaAllah, Artikel ini akan menunjukkan langkah-langkah untuk menghiburkan orang dan juga menerangkan, mengapa perbuatan itu amat penting.

LANGKAH-LANGKAH

1- Katakan mereka nampak bagus dan baik. Setiap orang menyukai pujian, tambahan pula mereka amat suka apabila penampilan mereka dipuji. Ianya betul-betul mudah dilakukan!

2- Katakan kepada keluarga anda , betapa anda mencintai mereka. Ini boleh menjadikan semua orang gembira dan menjadikan keluarga anda bersatu padu.

3- Libatkan diri dengan masyarakat. Jadilah sukarelawan , ianya perbuatan yang menakjubkan, seiring dengan kesan positif yang banyak sekali. Bukan hanya mampu membuatkan diri anda gembira, tetapi, ianya juga dapat membuat orang disekeliling anda juga gembira. Yang amat penting, anda akan merasa lebih berkeyakinan dengan diri sendiri.

4- Berikan hadiah. Tidak perlulah bersusah-susah mencari hadiah yang mahal-mahal, ianya hanya perlu mempunyai nilai moral!

5- Sebarkan salam dan senyuman. Selain ianya adalah sunnah, ia membawa kepada ikatan silaturahim yang kuat dan kukuh.

Daripada Abdullah bin Al-Haris, beliau berkata : 

Aku tidak pernah melihat orang yang paling banyak tersenyum selain Rasulullah SAW.


[Sunan At-Turmizi, Bab Manaqib Rasul]



Pelaburan yang paling menguntungkan ialah sebentuk senyuman yang anda berikan... 


Perniagaan yang paling merugikan ialah secebis kejian yang anda cetuskan..


… TERSENYUMLAH DAN DUNIA AKAN TAMPAK LEBIH INDAH …


Kepada yang ingin mencuba keberkesanan Produk Pusrapi boleh hubungi untuk tempahan : 

Ustazah Siti 019-449 9929 
Ustazah Husna 019-496 6316
Ustazah Wahida 012- 552 0195
Ustaz Syamizam 019-5896783 
Ustazah Min (017-426 6908)
Pn. Nor Aniza (012-319 2542)


والله أعلم بالصواب
Wallahu A’lam Bish Shawab
 (Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)

No comments:

Post a Comment