Rasulullah dengan darjat baginda yang tinggi dan mulia, dijamin syurga baginya, tetap saja bersolat malam sampai bengkak-bengkak kaki baginda.
Ternyata, ia adalah sebuah tanda syukur seorang nabi kepada Ilah yang Maha Kuasa. Ya, kita harus bersyukur atas segala kurniaan Allah kepada kita.
Syukur itulah yang akan mendorong kita untuk terus beramal dan melahirkan cinta. Apabila sudah masuk cinta ke dalam hati, maka kita tidak akan pernah berkira-kira untuk beramal demi Dia yang dicintai.
Apabila cinta, kita akan sentiasa berhubung dengan apa jua cara (yang diajarkan Baginda SAW). Apabila cinta, kita akan sentiasa rindu untuk bertemu.
Apabila cinta, kita akan bersedia untuk mengorbankan jiwa raga demi memenuhi perintah-Nya. Apabila cinta, kita akan sentiasa berusaha mengecap redha-Nya yang dicintai.
Dia yang tidak lupa memberi kita udara sekalipun kita lupa kepada-Nya dalam kesibukan harian.
Dia yang tidak lupa membuatkan jantung kita berdegup sekalipun kita sedang hanyut dalam maksiat.
Dia yang tidak lupa membangkitkan kita di pagi hari untuk hidup sehari lagi, sekalipun perkara pertama yang kita ingat apabila terjaga bukanlah Dia.
Ya Allah, rahmatilah kami dan jadikanlah kami hamba-Mu yang sentiasa bersyukur dan mencintai-Mu.
Jadikanlah cinta-Mu yang paling ingin kami kecapi berbanding cinta makhluk ciptaan-Mu.
Berikanlah cinta-Mu kepada kami, dan cinta orang-orang yang mencintai-Mu. Ameen.
Wallahua’lam.
AllahuAkhbar.
Indah Islam Memberi Rahmat,
Al-quran Sunnah Pegangan Umat,
Bila sakit rindu sihat,
Sunnah Nabi Terbukti Hebat,
"Hidup Lebih Sihat...Bila Sunnah Terpahat"
✿‿✿
Pusrapi
Sembuh.Tanpa.Ubat
(◕‿◕)
والله أعلم بالصواب
Wallahu A’lam Bish Shawab
(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)
Love,
*Pusrapi - Sembuh.Tanpa.Ubat*
☆AL-HIJAMAH● PUSRAPI HQ KULIM●
Whatsapp Saya Pantas Klik Link ....Booking Temu Janji
Bawah ni 👇☎📞📱📲
www.wasap.my/60194499929
ⓟⓤⓢⓡⓐⓟⓘ
019-449 9929
ⓢⓔⓜⓑⓤⓗ.ⓣⓐⓝⓟⓐ.ⓤⓑⓐⓣ
No comments:
Post a Comment