﷽
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
اللهم صل على محمد وآل محمد
_Ya Allah…._
_Sihatkan Tubuh Badanku,_
_Tambahkan Ilmu Pengetahuanku,_
_Berkatkan Rezekiku._
_Tingkatkan amal Ibadatku untuk taat perintahmu._
_Ya Allah Jadikan Hatiku Sentiasa Ingat Pada Mu._
💝💞اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ💝💞
💝💞اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ💝💞
💝💞اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ💝💞
Pusrapi Info: Kehebatan ilmu Imam Shafie
Kehebatan ilmu Imam Shafie : Dialog bersama Harun al-Rashid.
Al-Hafiz al-Baihaqi meriwayatkan Imam Shafie pernah suatu hari menghadiri majlis yang diadakan oleh Khalifah Harun al-Rashid. Muhammad bin al-Hasan turut hadir.
Khalifah berpaling kepada Imam Shafie, lalu bertanya: ‘Wahai Ibn Idris! Bagaimana penguasaanmu terhadap Kitab Allah azza wa Jalla? ’
Jawab Imam Shafie: ‘Kitab Allah Azza wa Jalla yang mana satu engkau tanya? kerana Allah Subhanahu wa Taala menurunkan beberapa buah kitab; 58 buah kitab ke atas 7 para Nabi as.
Allah turunkan ke atas Adam, Shith as 30 sahifah. Semuanya perumpamaan.
Allah turunkan ke atas Akhnukh (Nabi Idris) as 16 sahifah. Semuanya hikmah dan ilmu mengenai alam tinggi (al-Malakut al-A’la).
Allah turunkan ke atas Ibrahim as 8 suhuf. Di dalamnya kefardhuan dan Nazar.
Allah turunkan ke atas Musa as Taurat. Kebanyakannya amaran dan nasihat. Allah turunkan ke atas Isa as Injil, untuk menerangkan kepada Bani Israel perkara yang mereka perselisihkan dalam Taurat.
Allah turunkan ke atas Daud as kitab (iaitu Zabur). Semuanya doa dan nasihat.
Allah turunkan ke atas SayyidilBashar (ketua segala manusia) Muhammad saw al-Furqan. Ia menghimpunkan segala kitab terdahulu.
Allah Taala berfirman, maksudnya:
“ Dan (ingatkanlah tentang) hari Kami bangkitkan dalam kalangan tiap-tiap umat, seorang saksi terhadap mereka, dari golongan mereka sendiri; dan Kami datangkanmu (wahai Muhammad) untuk menjadi saksi terhadap mereka ini (umatmu); dan Kami turunkan kepadamu al-Quran menjelaskan tiap-tiap sesuatu dan menjadi hidayah petunjuk, serta membawa rahmat dan berita yang menggembirakan, bagi orang-orang Islam” An-Nahl: 89
Dan firmanNya bermaksud:
“Alif, Lam, Raa. Al-Quran sebuah kitab yang tersusun ayat-ayatnya dengan tetap teguh, kemudian dijelaskan pula kandungannya satu persatu. (Susunan dan penjelasan itu) adalah dari sisi Allah Yang Maha Bijkasana, lagi Maha Mendalam pengetahuanNya.” Hud:1
Khalifah Harun al-Rashid berkata: ‘Engkau telah menjawab dengan baik melalui huraianmu. Tetapi maksudku ialah al-Quran yang diturunkan ke atas SayyidilMursalin Muhammad saw yang diperintah Allah supaya kita menerimanya, dan memerintahkan kita supaya beramal dengan ayat muhkamnya dan beriman dengan ayat mutasyabihnya.’
Imam Shafie menjawab: ‘Ayat yang mana satu engkau tanya? Tentang muhkamnya, mutasyabih, nasikh atau mansukhnya? Kerana terdapat ayat itu hukumnya thabit sedangkan bacaannya diangkat; di antaranya bacaannya thabit dan hukumnya terangkat, atau engkau tanyakan aku tentang perbandingan dan perumpamaan yang Allah buat, atau beberapa kisah umat terdahulu.’
Imam Shafie terus menjawab dengan menyebut 73 bentuk…
Harun al-Rashid berkata: ‘Hei Shafie! Adakah ilmumu meliputi semua ini?’
Imam Shafie menjawab: ‘Wahai AmirulMukminin! Ujian terhadap orang yang bercakap ialah seperti api yang membakar perak. Ia akan menzahirkan yang mana baik, yang mana buruk.’
Harun al-Rashid berkata: ‘Aku tidak pandai mengulangi apa yang engkau sebutkan, tetapi aku akan bertanya tentangnya di majlis yang lain. Bagaimana pula penguasaanmu terhadap Sunnah Rasulullah saw?’
Imam Shafie berkata: ‘Aku mengetahui dari Sunnah itu apa yang keluar dalam bentuk wajib, tidak boleh meninggalkannya sebagaimana tidak boleh meninggalkan apa yang diwajibkan Allah dalam al-Quran, apa yang keluar dalam bentuk ta’dib, apa yang keluar dalam bentuk nadb (sunat), apa yang keluar dalam bentuk khas..yang tidak dimasuki oleh am, apa yang keluar dalam bentuk umum..yang termasuk di dalamnya khusus, apa yang keluar sebagai jawapan dari orang yang bertanya..tidak boleh selainnya untuk menggunakannya, apa yang keluar buat pertama kalinya…kerana banyaknya ilmu di dalam dada Nabi saw, apa yang dibuat khusus untuk dirinya dan menjadi ikutan orang tertentu dan awam, dan apa yang khusus untuk dirinya..lalu tidak dikongsi perkara itu dengan orang lain.’
Harun al-Rashid berkata: ‘Barakallahu fik (Moga Allah memberkatimu) wahai Shafie! Engkau telah menjawab dengan baik. Bagaimana pula penguasanmu terhadap Bahasa Arab?’
Imam Shafie menjawab: ‘Bahasa Arab itulah medan kami. Tabiat kami telah terbiasa dengannya. Lidah kami menuturinya. Bahasa Arab itu telah menjadi seperti kehidupan kami, ia tidak sempurna melainkan dengan keselamatan bahasa Arab. Aku dilahirkan tanpa mengenal lahn/kesilapan dalam bahasa Arab.’
Harun al-Rashd berkata: ‘Mudah-mudahan Allah membanyakkan di kalangan keluargaku orang sepertimu.’
Khalifah memerintahkan supaya diberikan 1000 dinar kepada Imam Shafie. Imam Shafie menerimanya. Khalifah ketawa, sambil berkata: ‘Alangkah bijaknya engkau, alangkah mendalamnya ilmu engkau. Mudah-mudahan Allah membinasakan musuhmu…’
Khalifah memerintahkan khadamnya mengikut Imam Shafie supaya melihat apa yang dibuat oleh Imam Shafie terhadap wang tersebut. Imam Shafie membahagi-bahagikan wang tersebut sebekas sebekas hingga ia sampai ke satu pintu. Tidak ada bersamanya melainkan satu bekas wang lalu diberikannya kepada khadam Khalifah itu.
Khadam tersebut memberitahu perkara tersebut kepada Khalifah Harun al-Rashid. Al-Rashid berkata: ‘dengan inilah hemmahnya hilang dan kuatlah ujiannya (faragha hammuhu wa qawiat minnatuhu)
Pandangan saya:
1) Imam Shafie sememangnya seorang tokoh ternama dalam sejarah Islam. Sebagai beradab, jangan perlekehkan ketokohannya.
2) Seseorang tinggi di sisi Allah kerana ilmunya, bukan kerana pangkat dan jawatannya.
3) Penguasaan terhadap al-Quran dan Hadis adalah asas ilmu sebenar. Kalau kail hanya sejengkal di dalam bidang al-Quran atau Hadis, tolong jangan mendabik dada ( atau perasan) sebagai pakar atau hebat.
4) Perkataan yang keluar dari mulut menjadi indikator kepada kredibiliti ilmu dan peribadi seseorang.
5) Ketinggian ilmu si ulama yang benar tidak menjadikan ia buta hati terhadap ganjaran harta yang diberi.
6) Pemerintah yang adil termasuk pemerintah yang meletakkan ulama pada tempatnya yang sebenar dan bersedia menerima pandangan ulama.
7) Kebijaksanaan berucap ialah untuk menegakkan kebenaran, bukannya menunjukkan keegoan.
Kepada yang ingin mencuba keberkesanan Produk Pusrapi @ mendapatkan rawatan bolehlah hubungi kami untuk tempahan@temujanji:
Ustazah Siti (Kulim) 019-449 9929
Ustazah Husna (Jitra/Alor Setar) 019-4328463
Ustazah Wahida (Pauh Jaya) 012- 552 0195
Ustaz Syamizam (Alma Jaya) 019-5896783
Ustazah Min (Alma Jaya) (017-426 6908)
Ustazah Rahmah (Alma Jaya) 012-449 5689
Siti Sarah (Pulau Pinang Island)013-451 3459
Pn. Nor Aniza (Bangi)(012-319 2542)
Ustaz Mfedzly Faudzi (Sungai Petani) 0192446855Ustazah Lyana Rahim (Sungai Petani) 0195004594
Siti Rahayu (Manjung): 013-4888201
Radhi & Mira (Johor) : 013-360 8577
Husna (Pahang) : 019 4228228
Ustazah Naza:019-576 3004
Pn.Samihah Stokis Eksklusif Pusrapi: 019 525 7067
Website : http://www.pusrapi.com/
Blogs : http://pusrapi.blogspot.com/
Facebook: https://www.facebook.com/Sembuh.Tanpa.Ubat
Indah Islam Memberi Rahmat,
Al-quran Sunnah Pegangan Umat,
Bila sakit rindu sihat,
Sunnah Nabi Terbukti Hebat ,
"Hidup Lebih Sihat...Bila Sunnah Terpahat" ✿‿✿
Pusrapi
Sembuh.Tanpa.Ubat
(◕‿◕)
والله أعلم بالصواب
Wallahu A’lam Bish Shawab
(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)
No comments:
Post a Comment