Saturday, 11 June 2016

Pusrapi Info : "Ditindih" Jin Masa Tidur: Penjelasan Saintifik dan Cara Atasi Mengikut Islam

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
اللهم صل على محمد وآل محمد
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Ya Allah….
Sihatkan Tubuh Badanku,
Tambahkan Ilmu Pengetahuanku,
Berkatkan Rezekiku.
Tingkatkan amal Ibadatku untuk taat perintahmu.

💝💞اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ💝💞
💝💞اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ💝💞
💝💞اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ💝💞

Pusrapi Info:
"Ditindih" Jin Masa Tidur: Penjelasan Saintifik dan Cara Atasi Mengikut Islam



Perkongsian kali ini berkisar tentang kejadian yang sering berlaku diantara kita yang ditindih ketika tidur/bangun tidur. Adakah anda pernah lalui kejadian sebegini? Masyarakat kita sering menganggap bahawa fenomena ini berkait rapat dengan Jin/Syaitan. Kenapa?, mungkin masyarakat kita terlalu berpegang dengan kepercayaan tahyul. Namun begitu, tidak semua individu mempercayai nya.

Okay, banyak cerita cerita tentang fenomena ni sebenarnya. Contoh yang kita selalu dengar: 

"Badan aku kene tindih dengan objek berat, tapi aku tak nampak pun objek tu." 

"Aku nak menjerit tapi suara aku tak keluar. Badan aku berpeluh peluh masa tu sebab aku nak cuba bangun." 

"Aku rasa macam kene himpap dengan lori balak. Aku cuba untuk bangun hampir 25 minit." 

"Malam tadi aku kene tindih kat katil aku, sekarang aku bangun dah ada kat hospital.* Muka aku warna ungu (pucat)"

Adakah benar jin atau syaitan menindih anda ketika tidur? Kami masih tidak boleh memastikannya. Namun, dari segi saintifik pula, fenomena ini dipanggil sebagai "SLEEP PARALYSIS". Sleep Paralysis atau dalam bahasa melayunya ialah "Kelumpuhan Ketika Tidur". Ia terjadi apabila kita hendak memasuki ke fasa tidur dan hendak ke fasa bangun tidur. Apabila kita hendak ke fasa tidur, otak kita akan shut down perlahan lahan. Apabila otak kita dah fully shut down, badan juga ikut sama shut down kecuali jantung (bernafas).

Antara otak dan badan kita, akan wujud Disconnection. Disconnection inilah yang akan menyebabkan Sleep Paralysis. Contoh yang sering dikaitkan dengan Sleep Paralysis ini seperti, ketika tidur dengan lena dan terbangun secara tiba tiba (terjaga). Berbalik kepada Disconnection tadi, otak dan badan akan terkejut. Otak akan lambat menyalurkan signal mengarahkan badan untuk bergerak. Oleh kerana lambat menerima signal dari otak, badan gagal untuk melakukan sebarang pergerakan. Jadi, disinilah terjadinya Sleep Paralysis. Boleh paham?

Punca Sleep Paralysis ini terjadi mungkin disebabkan: 

  1. Tidur terlentang dalam masa yang lama. 
  2. Stress. 
  3. Jadual yang padat.
  4. Keletihan yang teramat sangat.
  5. Tidur dalam keadaan yang salah, dan sering kebas.
  6. Terjaga dari tidur dan bangun dengan secara tiba tiba.
  7. Mood yang selalu bertukar.
Sleep Paralysis ini sangat berbahaya. Contoh, ketika kita mengalami sleep paralysis, mungkin kita juga akan diserang oleh "attack panic", iaitu rasa panik yang teramat sangat menyebabkan jantung kita gagal berfungsi dengan baik (asma/sakit jantung), dan selepas itu MATI. Ingat, ada kes mati akibat sleep paralysis ni. Jadi, ketika kita diserang sleep paralysis tolong jangan panik. Kerana itu akan membuatkan umur anda menjadi lebih panjang. haha. 

Okay berbalik kepada kepercayaan masyarakat kita yang sering dikaitkan dengan tahyul. Banyak cerita kita dengar ditindih hantu ketika tidur ni dari kawan kawan dan macam macam cerita yang kita dengar. Tapi, gangguan lain masih ada. 

Pernah terjadi suatu peristiwa di sebuah institusi pengajian tinggi, seseorang ini sering diganggu di asrama, dimana asrama itu dikatakan "keras". Pada satu malam ketika dia hendak tidur, selimutnya seolah olah ditarik dengan secara perlahan lahan. Bila tersedar dengan pergerakan selimut itu, dia cuba tidak hiraukannya. 

Lalu dia menarik semula selimut itu dan pegang. Sambil mengereng dan pejamkan mata, selimutnya masih bergerak. Apa yang sedang terjadi? Sedangkan dia masih pegang selimut itu. Seperti ada yang menarik. Dia bingung, apabila mula rasa tak sedap hati, dia majukan diri untuk memetik suis lampu, namun tiada apa yang dia lihat kecuali selimutnya jatuh dilantai dan kawannya yang sedang tidur lena dibuai mimipi yang indah. 

Ketika tu pukul 2:30pagi, keadaan yang sunyi turut membuatkan dia seram sejuk apabila merasakan dia seorang sahaja yang masih belum tidur ketika itu. Namun begitu, dia masih ingat akan pesanan maknya dan dia juga tahu serba sedikit untuk menghalang diri dari diganggu jin atau makhluk halus. 

Dengan berberapa surah Al-Fatihah yang dibaca berulang kali dia melangkah masuk ke bilik air untuk mengambil wuduk. Lalu menuju ke katil dengan berselawat. Apabila sampai ke katil, dia menadah kedua belah tangan dan membaca 3qul. Dengan keizinanNya, dia dapat tidur dengan lena sampai terlewat masuk ke kelas keesokkan harinya =.=

Itu adalah pengalaman seseorang yang menceritakannya kepada kami. Jika kawan-kawan saya mengadu badannya sakit, atau ditindih hantu ketika tidur kami cuma kata "kau try baca Al-Fatihah, Selawat ke atas Nabi, Wuduk, lepas tu baca 3Qul, kalau kau ingat Ayat Kursi lagi bagus".

Bagi kes wanita kene tindih pula, pernah terjadi badan susah nak bergerak 100%, dinasihatkan berwuduk dan berselawat. Kalau perempuan tu tengah cuti, kes ni macam payah sikit lah, tapi masih boleh ikhtiar. Walaupun anda sedang haid anda masih boleh berwuduk kerana hukumnya sunat, bukan haram. Jadi tak salah. 

Jika mulut anda susah untuk mengeluarkan suara, jangan takut. Ingat, dalam Al-Quran ada kata kita semua ada dua mulut, mulut lagi satu berada didalam hati. Jika ketika itu anda merasakan seperti ada sesuatu objek yang berat menindih anda, pejamkan mata lalu berselawat dan membaca 3Qul atau baca Ayat Kursi. Insyallah, gangguan itu akan hilang.

Berikut tips yang dipetik untuk amalan ketika sebelum tidur daripada Abu Zulfiqar Amsyari, untuk mengelakkan diri "ditindih". Baca ni. 

  1. Berwudhuk (sekiranya selepas itu terbatal, tak mengapa tapi jika dapat dikekalkan sehingga lena adalah lebih baik).
  2. Sebelum meletakkan tubuh ke tempat tidur, sapu sekali lalu dengan tangan ataupun kain sambil membaca Bismillah (atau apa-apa zikir. Amalan ini sebagai mengikut sunnah Nabi, dan mengelakkan daripada kita tertindih makhluk2 halus yang mungkin sedang berehat di pembaringan kita.
  3. Baca 2 kalimah syahadah, selawat ke atas Nabi, Al Fatihah dan Ayat Kursi (sekadar saranan)
  4. AMALAN YANG JANGAN DITINGGALKAN - Tadah tangan macam berdoa, baca 3 Qul, hembus ke tapak tangan dan sapu ke seluruh badan. Ulangi 3 kali. 
  5. Dengan izin Allah, amalan 3 Qul ini sudah cukup untuk mengelakkan daripada ditindih.
  6. Mulakan berbaring dengan mengereng ke sebelah kanan terlebih dahulu (mengikut sunnah Nabi). 
  7. Jika selepas itu mahu diubah kedudukan, tidak mengapa.* Sebelum lena, fikirkan perkara yang baik-baik. Jika dapat berterusan berzikir sehingga lena lebih bagus. 

Kepada yang ingin mencuba keberkesanan Produk Pusrapi @ mendapatkan rawatan bolehlah hubungi kami untuk tempahan@temujanji: 

Ustazah Siti (Kulim) 019-449 9929 
Ustazah Husna (Jitra/Alor Setar) 019-496 6316
Ustazah Wahida (Pauh Jaya) 012- 552 0195
Ustaz Syamizam (Alma Jaya) 019-5896783 
Ustazah Min (Alma Jaya) (017-426 6908)
Ustazah Rahmah (Alma Jaya) 012-449 5689
Siti Sarah  (Pulau Pinang Island)013-451 3459
Pn. Nor Aniza (Bangi)(012-319 2542)
Ustaz Mfedzly Faudzi (Sungai Petani) 0192446855
Ustazah Lyana Rahim (Sungai Petani) 0195004594
Siti Rahayu (Manjung): 013-4888201


Indah Islam Memberi Rahmat,
Al-quran Sunnah Pegangan Umat,
Bila sakit rindu sihat,
Sunnah Nabi Terbukti Hebat,

"Hidup Lebih Sihat...Bila Sunnah Terpahat" ✿‿✿

Pusrapi
Sembuh.Tanpa.Ubat

(◕‿◕)

والله أعلم بالصواب
Wallahu A’lam Bish Shawab
(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)