Tuesday, 28 August 2018

Pusrapi Info: Majlis Khatam Al-Quran Amalan Terbaik

‎السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

‎اللهم صل على محمد وآل محمد


_Ya Allah…._

_Sihatkan Tubuh Badanku,_

_Tambahkan Ilmu Pengetahuanku,_

_Berkatkan Rezekiku._

_Tingkatkan amal Ibadatku untuk taat perintahmu._

_Ya Allah Jadikan Hatiku Sentiasa Ingat Pada Mu._


‎💝💞اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ💝💞

‎💝💞اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ💝💞

‎💝💞اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ💝💞


Pusrapi Info: Majlis Khatam Al-Quran Amalan Terbaik


Khatam al-Quran







Majlis Khatam Al-Quran boleh dilakukan secara individu atau secara berkumpulan mengikut kemampuan dan kesesuaian masa dan tempat. Untuk melakukan majlis khatam al-Quran secara individu adalah lebih baik mengajak kaum keluarga atau rakan-rakan taulan berdasarkan riwayat Qatadah ia berkata adalah Anas bin Malik, apabila ia mengkhatam al-Quran, dikumpulkan anggota keluarganya lalu beliau berdoa dalam majlis itu.



Manakala khatam al-Quran secara berkumpulan adalah berdasarkan hadis yang diriwayatkan dari Abu Daud dengan sanad yang sahih. Sabda Rasulullah SAW, daripada Mujahid ia berkata “ Mereka berkumpul ketika khatam al-Quran kerana mengharapkan rahmat Allah SWT yang turun ketika itu”.


















Panduan melaksanakan Majlis Khatam Al-Quran adalah seperti berikut -: 

Majlis diketuai oleh seorang khalifah. Kemudian, membaca istighfar 3 kali diikuti dengan : 
الى حضرة النبي صلى الله عليه وسلم, الفاتحة

Adalah seeloknya ianya dibuka dengan bacaan al-Fatihah (الفاتحة). 

Kemudian barulah majlis khatam dimulakan dengan bacaan surah ad-Dhuha (سورة الضحى) sehingga sampai surah an-Nas (سورة الناس). 

Apabila sampai pada ayat terakhir surah yang dibaca dan hendak beralih ke surah yang seterusnya hendaklah dibaca takbir secara beramai-ramai (لا اله الا الله والله اكبر ولله الحمد) Sunat bagi pembaca al-Quran menyebut lafaz Takbir. Apabila selesai hendaklah membaca : 

وتمت كلمة ربك صدقا وعدلا لا مبدل لكلمته وهو السميع العليم (سورة الأنعام :115

Untuk majlis khatam secara berkumpulan, bacaan surah dilakukan secara bergilir-gilir oleh pengkatam-pengkhatam dengan membaca Surah Ad-Dhuha sehinggalah ke surah an-Nas. 

Apabila samapai pada ayat terakhir surah-surah yang dibaca hendaklah dibaca secara beramai-ramai diikuti membaca takbir (لا اله الا الله والله اكبر ولله الحمد) apabila hendak beralih ke surah yang seterusnya.

Selesai membaca surah an-Nas, pengkhatam menyambung membaca surah al-Fatihah disusuli 5 ayat awal surah al-Baqarah dan ayat ke-115, surah al-An'am. 

Majlis diakhiri dengan membaca doa khatam al-Quran. Mengenai doa khatam al-Quran, sebenarnya tiada nas atau doa khas dan khusus untuk khatam al-Quran. Apa-apa sahaja doa yang baik adalah diharuskan. Namun demikian, lazimnya doa ini dibaca ketika majlis khatam al-Quran.

اَلْحَمْدُ للهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ، وَالْعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِيْنَ، وَلاَ عُدْوَانَ إِلاَّ على الظَّالِمِيْنَ، وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ على رَسُوْلِناَ مُحَمَّدٍ وَآلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ. رَبَّناَ تَقَبَّلْ مِناَّ إِنَّكَ أَنْتَ السَّمِيْعُ الْعَلِيْمُ، وَتُبْ عَلَيْناَ ياَ مَوْلاَ ناَ إِنَّكَ أَنْتَ التَّوَّابُ الرَّحِيْمُ، وَاهْدِناَ وَوَفِّقْناَ إِلَى الْحَقِّ وَإِلَى صِرَاطٍ مُسْتَقِيْمٍ، بِبَرَكَةِ القُرْآنِ الْعَظِيْمِ وَبِحُرْمَةِ مَنْ أَرْسَلْتَهُ رَحْمَةً لِّلْعَالَمِيْنَ، وَاعْفُ عَناَّ ياَ كَرِيْمُ، وَاعْفُ عَناَّ ياَ رَحِيْمُ، وَاغْفِرْ لَناَ ذُنُوْبَناَ بِفَضْلِكَ ياَ أَكْرَمَ اْلأَكْرَمِيْنَ

Ya Allah, terimalah permohonan kami sesungguhnya Engkau Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui, terimalah taubat kami sesungguhnya Engkau Maha Penerima Taubat lagi Maha Pengasihani. Tunjukkan kami ke jalan yang benar dengan berkat al-Quran Yang Agung, dengan berkat kehormatan Rasul junjungan rahmat sekalian alam, kasihani kami Ya Karim Ya Raḥim, ampuni dosa kami Wahai Zat Yang Memiliki Kemuliaan.

اللهم زَيِّناَّ بِزِيْنَةِ الْقُرْآنِ، وَأَكْرِمْناَ بِكَرَامَةِ الْقُرْآنِ، وَشَرِّفْناَ بِشَرَافَةِ الْقُرْآنِ، وَأَلْبِسْناَ بِخُلْعَةِ الْقُرْآنِ، وَأَدْخِلْناَ الْجَنَّةَ بِشَفَاعَةِ الْقُرْآنِ، وَعَافِنَا مِنْ كُلِّ بَلاَءِ الدُّنْياَ وَعَذَابِ اْلأَخِرَةِ بِحُرْمَةِ الْقُرْآنِ، وَارْحَمْ جَمِيْعَ أُمَّةِ مُحَمَّدٍ ياَ رَحِيْمُ ياَ رَحْمَنُ

Ya Allah, hiasi diri kami dengan hiasan ajaran al-Quran, muliakan kami dengan berkat kemuliaan al-Quran, serikan kami dengan ketinggian martabat al-Quran, pakaikan kami dengan pakaian permata al-Quran, masukkan kami ke syurga dengan syafaat al-Quran, selamatkan kami daripada segala bencana di dunia dan  azab di akhirat dengan berkat kehormatan al-Quran. Cucuri rahmat kepada sekalian umat Nabi Muhammad SAW Ya Raḥman, Ya Raḥim.

اللهم اجْعَلِ الْقُرْآنَ لَناَ فِي الدُّنْياَ قَرِيْناً، وَفِي الْقَبْرِ مُؤْنِساً، وَفِي الْقِياَمَةِ شَفِيْعاً، وَعَلَى الصِّرَاطِ نُوْراً، وَإِلَى الْجَنَّةِ رَفِيْقاً، وَمِنَ النَّارِ سِتْراً وَحِجَاباً، وَإِلَى الْخَيْرَاتِ كُلِّهَا دَلِيْلاً وَإِماَماً، بِفَضْلِكَ وَجُوْدِكَ وَكَرَمِكَ يَا كَرِيْمُ

Ya Allah, jadikan al-Quran kepada kami semasa hidup di dunia sebagai rakan, di kubur sebagai kawan bermanja, pada hari Kiamat sebagai pembantu, semasa di titian menjadi penyuluh, semasa menuju syurga sebagai pendamping, semasa ke neraka sebagai penghadang dan pendinding, dan semasa menuju kebaikan jadikan al-Quran itu kepada kami sebagai panduan dan ikutan. Dengan limpah kurnia, kemurahan dan kemualiaanMu Ya Allah Ya Karīm.

اللهم طَهِّرْ قُلُوْبَناَ وَاسْتُرْ عُيُوْبَناَ، وَاشْفِ مَرْضَانَا، وَاقْضِ دُيُوْنَناَ، وَبَيِّضْ وُجُوْهَناَ وَارْفَعْ دَرَجَاتِنَا، وَارْحَمْ آباَءَناَ، وَاغْفِرْ ِلأُمَّهَاتِنَا وَأَصْلِحْ دِيْنَناَ وَدُنْياَناَ، وَشَتِّتْ شَمْلَ أَعْدَاءِنَا، وَاحْفَظْ أَهْلَناَ وَأَمْواَلَناَ وَبِلاَدَناَ مِنْ جَمِيْعِ اْلآفاَتِ وَاْلأَمْراَضِ وَالْبَلاَياَ، وَثَبِّتْ أَقْدَامَناَ وَانْصُرْناَ عَلَى الْقَوْمِ الظَّالِمِيْنَ، وَانْصُرْناَ عَلَى الْقَوْمِ الْمُناَفِقِيْنَ، وَانْصُرْناَ عَلَى الْقَوْمِ الْكَافِرِيْنَ، بِحُرْمَةِ الْقُرْآنِ الْعَظِيْمِ

Ya Allah, bersihkan hati kami dan lindungi keaiban kami, sembuhkan penyakit kami, tunaikan hutang kami, serikan wajah kami, angkat derajat kami, kasihani bapa kami, ampuni ibu kami, perbaiki akidah kami dan cara hidup kami, hancurkan kelengkapan musuh kami, pelihara ahli kami, harta dan negara daripada macam kemalangan, penyakit dan bala bencana, tetapkan pendirian kami dan tolong kami mengalahkan orang zalim, munafiq dan kafir dengan berkat kehormatan al-Quran.

اللهم بَلِّغْ ثَواَبَ مَا قَرَأْناَهُ، وَنَوِّرْ مَا تَلَوْناَهُ إِلَى رُوْحِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَإِلَى أَرْوَاحِ جَمِيْعِ اْلأَنْبِياَءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ، صَلَوَاتُ للهِ وَسَلاَمُهُ عَلَيْهِمْ أَجْمَعِيْنَ، وَإِلَى أَرْوَاحِ آلِهِمْ وَأَوْلاَدِهِمْ وَأَزْوَاجِهِمْ وَأَصْحَابِهِمْ وَأَتْباَعِهِمْ وَجَمِيْعِ ذُرِّياَّتِهِمْ رِضْوَانُ اللهِ تَعَالَى عَلَيْهِمْ أَجْمَعِيْنَ

Ya Allah, sampaikanlah pahala ayat-ayat yang telah kami baca, juga kepada roh Nabi Muhammad SAW, kepada sekalian roh para nabi dan rasul, selawat dan salam ke atas mereka, kepada roh keluarga meraka, anak-anak mereka, isteri-isteri mereka, para sahabat, pengikut dan keturunan mereka.

وَإِلَى أَرْوَاحِ آباَءِنَا وَأُمَّهَاتِنَا وَإِخْوَانِنَا وَأَخَوَاتِنَا وَأَوْلاَدِنَا وَأَقْرِبآءِنَا وَأَحِبَّائِنَا وَأَصْدِقَاءِنَا وَأُسْتاَذِ أُسْتاَذِناَ وَمَشَائِخِنَا، وَلِمَنْ كَانَ لَهُ حَقٌّ عَلَيْناَ وَلِجَمِيْعِ الْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِيْنَ وَالْمُؤْمِنَاتِ، يَا قَاضِيَ الْحَاجَاتِ وَيَا مُجِيْبَ الدَّعَوَاتِ، اِسْتَجِبْ دُعَاءَناَ بِرَحْمَتِكَ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ، وصَلَّى اللهُ وَسَلَّمَ على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين، والحمدُ للهِ رَبِّ العالمين

Juga kepada roh bapa-bapa kami, ibu-ibu kami, saudara-saudara kami lelaki dan perempuan, anak-anak kami, kaum kerabat kami, kekasih kami, rakan-rakan setia kami, guru kepada guru kami, guru-guru kami, dan setiap yang ada hubungan haq dengan kami, muslimin muslimat, mukminin mukminat. Wahai Tuhan Yang Menunaikan Segala Hajat, Tuhan Yang Mengkabulkan Doa, kabulkanlah doa kami dengan limpah rahmatMu, Ya Tuhan Sebaik-Baik Yang Memberi Rahmat.






















Jika ingin mengadakan Majlis Tahlil bolehlah diteruskan dengan bertahlil dan membaca doa arwah serta membaca doa penutup.

Kepada yang ingin mencuba keberkesanan Produk Pusrapi @ mendapatkan rawatan bolehlah hubungi kami untuk tempahan@temujanji: 

Ustazah Siti (Kulim) 019-449 9929 
Ustazah Husna (Jitra/Alor Setar) 019-4328463
Ustazah Wahida (Pauh Jaya) 012- 552 0195
Ustaz Syamizam (Alma Jaya) 019-5896783 
Ustazah Min (Alma Jaya) (017-426 6908)
Ustazah Rahmah (Alma Jaya) 012-449 5689
Siti Sarah  (Pulau Pinang Island)013-451 3459
Pn. Nor Aniza (Bangi)(012-319 2542)
Ustaz Mfedzly Faudzi (Sungai Petani) 0192446855Ustazah Lyana Rahim (Sungai Petani) 0195004594
Siti Rahayu (Manjung): 013-4888201
Radhi & Mira (Johor) : 013-360 8577
Husna (Pahang) : 019 4228228
Ustazah Naza:019-576 3004
Pn.Samihah Stokis Eksklusif Pusrapi: 019 525 7067

Website : http://www.pusrapi.com/
Blogs : http://pusrapi.blogspot.com/
Facebook: https://www.facebook.com/Sembuh.Tanpa.Ubat

Indah Islam Memberi Rahmat,
Al-quran Sunnah Pegangan Umat,
Bila sakit rindu sihat,
Sunnah Nabi Terbukti Hebat  ,

"Hidup Lebih Sihat...Bila Sunnah Terpahat" ✿‿✿

Pusrapi
Sembuh.Tanpa.Ubat
(◕‿◕)
‎والله أعلم بالصواب
Wallahu A’lam Bish Shawab
(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)

No comments:

Post a Comment