بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
اللهم صل على محمد وآل محمد
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Ya Allah….
Sihatkan Tubuh Badanku,
Tambahkan Ilmu Pengetahuanku,
Berkatkan Rezekiku.
Tingkatkan amal Ibadatku untuk taat perintahmu.
Rawatan Percuma Tanpa Bayaran : Ikhtiar membanyakkan Susu Ibu
Hebatnya Susu Ibu Titisan Mutiara Bonda 💦
Kini kebanyakkan ibu-ibu muda yang baru melahirkan anak sulung mahupun anak-anak yang berikutnya berasa kecewa apabila mempunyai masalah susu badan mereka tidak keluar banyak. Pelbagai faktor yang menyebabkan hal sedemikian berlaku. Namun janganlah berasa khuatir kerana kita mempunyai jalan Ikhtiar untuk atasi masalah yang dialami dengan cara yang mudah, murah & mujarab.
Cara yang disyorkan:
Ambil satu batang lobak putih, kikis kulitnya & bersihkan. Kemudian parut atau kisar halus & campurkan dengan air suam 1 gelas + 1 sudu madu asli. Amal minum air lobak putih 2 kali sehari, anda akan dapati susu anda akan bertambah. Si kecil tidak akan menangis lagi kerana alami masalah tidak cukup susu. Si ibu lebih jimat tidak perlu berharap pada susu tin.
Maka dapatlah kita beriman dengan salah satu firman Allah dalam Surah Al-Baqarah yang mana Allah mengajarkan pada hambanya melalui firmannya:
Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu;
Firman Allah Surah Al-Baqarah 2:233
Apa yang anda dapat simpulkan daripada firman Allah di atas?
Ayat ini sebenarnya berbentuk PERINTAH atau SURUHAN.
Maksudnya ia menjadi PERINTAH AGAMA supaya ibu-ibu menyusukan bayi mereka, selama 2 TAHUN, iaitu tempoh yang PALING SEMPURNA untuk kebaikan Ibu dan Anak.
Susu yang dimaksudkan pula, pastilah SUSU IBU dan bukannya makanan lain seperti susu lembu, susu formula atau bijirin bayi. Kalau kita mengetahui Sejarah Formula Susu tercipta pastinya kita rasa jijik untuk memberikan anak kita minum susu ciptaan bukan asli…."Susu Formula The Baby Killer". Tepuk dada tanya empunya diri. Biarlah kita menjadi manusia yang bermaklumat sebelum menyuap apa saja kedalam mulut anak kita. Dari situ terciptanya segala software bacaan untuk anak itu membesar dikemudian hari.
Fitrah sebagai ibu, mestilah kita akan bagi makan pada anak makanan yang berkhasiat. Mustahil sifat keibuan membiarkan anaknya kelaparan.
Tapi ayat di atas adalah khusus untuk SUSU IBU, sebab ia makanan terbaik yang Allah ciptakan khas untuk bayi, berbanding lain-lain makanan bayi.
Wahai ibu-ibu diluar sana, kuat kan tekad meyakini ayat di atas yang telah memberi motivasi kepada sesiapa sahaja yang bergelar Si IBU untuk berusaha bersungguh-sungguh menyusukan anak-anak yang Allah anugerahkan kepada kita dengan susu badan sahaja selama 2 TAHUN. Keajaiban Allah S.W.T pastinya diluar jangkaan makhluknya. Selamat Beramal.
Pusrapi
Sembuh.Tanpa.Ubat
019-449 9929
(◕‿◕)
والله أعلم بالصواب
Wallahu A’lam Bish Shawab
(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)
No comments:
Post a Comment