بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
اللهم صل على محمد وآل محمد
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Ya Allah….
Sihatkan Tubuh Badanku,
Tambahkan Ilmu Pengetahuanku,
Berkatkan Rezekiku.
Tingkatkan amal Ibadatku untuk taat perintahmu.
Pusrapi Info : Proses Kelahiran Khalifah Allah
23 gambar berikut adalah hasil usaha jurugambar dari Sweden bernama Lennart Nilsson yang menghabiskan 12 tahun hidupnya mengambil gambar janin yang sedang membesar di dalam rahim. Gambar-gambar yang luar biasa ini telah diambil dengan menggunakan kamera konvensional berserta kanta makro, sebuah endoskop dan pengimbas elektron mikroskop. Foto pertama daripada janin manusia telah diambil pada tahun 1965.
NUTFAH : iaitu peringkat pertama bermula selepas persenyawaan atau minggu pertama. Ianya bermula setelah berlakunya percampuran air mani
Maksud firman Allah dala surah al-Insan : 2
" Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia daripada setitis air mani yang bercampur yang Kami (hendak mengujinya dengan perintah dan larangan), kerana itu Kami jadikan dia mendengar dan melihat "
Menurut Ibn Jurair al-Tabari, asal perkataan nutfah ialah nutf ertinya air yang sedikit yang terdapat di dalam sesuatu bekas samada telaga, tabung dan sebagainya. Sementara perkataan amsyaj berasal daripada perkataan masyj yang bererti percampuran
Berasaskan kepada makna perkataan tersebut maksud ayat di atas ialah sesungguhnya Kami (Allah) menciptakan manusia daripada air mani lelaki dan air mani perempuan.
Daripada nutfah inilah Allah menciptakan anggota-anggota yang berlainan , tingkahlaku yang berbeza serta menjadikan lelaki dan perempuan. Daripada nutfah lelaki akan terbentunya saraf, tulang dan fakulti , manakala dari nutfah perempuan akan terbentuknya darah dan daging.
1. Sperma di saluran Tiub Fallopia |
Pertemuan Yang diizin Allah S.W.T |
Inilah tiub fallopia dari dekat. |
2 sperma sedang bersaing hebat untuk memasuki telur. Siapa sampai dulu dialah juara! |
Sperma ini adalah juaranya. Berjaya menemukan Pintu Rahsia. |
Meraikan detik kejayaan satu perjuangan. Seorag insan bakal dijadikan Khalifah Allah yang akan muncul dimuka bumi Allah. Insan yang akan meneruskan tanggungjawab mengesakan Allah S.W.T |
Hari ke 8 selepas persenyawaan. Embrio melekat di dinding uterus. |
Firman Allah yang bermaksud
" Kemudian Kami mengubah nutfah menjadi alaqah"
al-Mukminun : 14
Kebanyakan ahli tafsir menafsirkan alaqah dengan makna segumpal darah. Ini mungkin dibuat berasaskan pandangan mata kasar. Alaqah sebenarnya suatu benda yang amat seni yang diliputi oleh darah. Selain itu alaqah mempunyai beberapa maksud :
- sesuatu yang bergantung atau melekat
- pacat atau lintah
- suatu buku atau ketulan darah
Peringkat alaqah adalah peringkat pada minggu pertama hingga minggu ketiga didalam rahim.
Bahagian otak mula tumbuh membentuk pada embrio (janin) |
24 hari selepas persenyawaan. Janin yang mula terbentuk ini masih belum memiliki tengkorak. Degupan jantung pula mula berdetik pada hari ke 18. |
Firman Allah yang bermaksud
"lalu Kami ciptakan darah beku itu menjadi seketul daging"
al-Mukminun : 14
Diperingkat ini sudah berlaku pembentukan otak, saraf tunjang, telinga dan anggota-anggota yang lain. Selain itu sistem pernafasan bayi sudah terbentuk.Vilus yang tertanam di dalam otot-otot ibu kini mempunyai saluran darahnya sendiri. Jantung bayi pula mula berdengup. Untuk perkembangan seterusnya, darah mula mengalir dengan lebih banyak lagi kesitu bagi membekalkan oksigen dan pemakanan yang secukupnya. Menjelang tujuh minggu sistem pernafasan bayi mula berfungsi sendiri.
Pada usia 4 minggu. |
IZAM DAN LAHM : Pada peringkat ini iaitu minggu kelima, keenam dan ketujuh ialah peringkat pembentukan tulang yang mendahului pembentukan oto-otot. Apabila tulang belulang telah dibentuk, otot-otot akan membungkus rangka tersebut.
Firman Allah yang bermaksud :
"Lalu Kami mengubahkan pula mudghah itu menjadi izam da kemudiannya Kami membalutkan Izam dengan daging"
al-Mukminun : 14
Kemudian pada minggu ketujuh terbentuk pula satu sistem yang kompleks. Pada tahap ini perut dan usus , seluruh saraf, otak dan tulang belakang mula terbentuk. Serentak dengan itu sistem pernafasan dan saluran pernafasan dari mulut ke hidung dan juga ke pau-paru mula kelihatan. Begitu juga dengan organ pembiakan, kalenjar, hati, buah penggang, pundi air kencing dan lain-lain terbentuk dengan lebih sempurna lagi. Kaki dan tangan juga mula tumbuh. Begitu juga mata, telinga dan mulut semakin sempurna. Pada minggu kelapan semuanya telah sempurna dan lengkap.
Janin ketika berusia 5 minggu. Ia kini bersaiz sekitar 9mm. Perhatikan lubang-lubang itu. Ia adalah pembentukan mata, hidung dan mulut. |
Minggu ke 8. Janin yang sedang giat berkembang dilindungi dalam kantung rahim. |
NASY'AH KHALQAN AKHAR : Pada peringkat ini iaitu menjelang minggu kelapan , beberapa perubahan lagi berlaku. Perubahan pada tahap ini bukan lagi embrio tetapi sudah masuk ke peringkat janin. Pada bulan ketiga, semua tulang janin telah terbentuk dengan sempurnanya Kuku-kukunya pun mula tumbuh. Pada bulan keempat, pembentukan uri menjadi cukup lengkap menyebabkan baki pranatel bayi dalam kandungan hanya untuk menyempurnakan semua anggota yang sudah wujud. Walaupun perubahan tetap berlaku tetapi perubahannya hanya pada ukuran bayi sahaja.
Pada usia 16 minggu. Janin menggunakan tangannya untuk meneroka badannya sendiri. |
NAFKHUR-RUH : Iaitu peringkat peniupan roh. Para ulamak Islam menyatakan bilakah roh ditiupkan ke dalam jasad yang sedang berkembang? Mereka hanya sepakat mengatakan peniupan roh ini berlaku selepas empat puluh hari dan selepas terbentuknya organ-organ tubuh termasuklah organ seks. Nilai kehidupan mereka telah pun bermula sejak di alam rahim lagi. Ketika di alam rahim perkembangan mereka bukanlah proses perkembangan fizikal semata-mata tetapi telahpun mempunyai hubungan dengan Allah s.w.t melalui ikatan kesaksian sebagaimana yang disebutkan oleh Allah di dalam al-Quran surah al-A'raf : 172. Dengan ini entiti roh dan jasad saling bantu membantu untuk meningkatkan martabat dan kejadian insan disisi Allah s.w.t
Dan meneroka persekitarannya. |
Rangka yang terbentuk terdiri daripada tulang rawan yang fleksibel. Rangkaian salur darah boleh dilihat melalui kulit janin yang nipis. |
Minggu ke 18. Saiz janin kini sekitar 14cm. Kini ia boleh mendengar bunyi dari dunia luar. |
Keadaan Insan ciptaan Allah S.W.T pada minggu ke 19. |
Minggu ke 20. Kini saiz janin membesar ke sekitar 20cm. Rambut berbulu yang dikenali sebagai lanugo mula meliputi seluruh kepala. |
Bayi yang berusia dalam 24 minggu. |
Ini pula pada minggu ke 26 |
Minggu ke 36. Bayi ini bakal melihat dunia dalam masa 4 minggu lagi. |
Kepada yang ingin mencuba keberkesanan Produk Pusrapi @ mendapatkan rawatan bolehlah hubungi kami untuk tempahan@temujanji:
Ustazah Siti 019-449 9929
Ustazah Husna 019-496 6316
Ustazah Wahida 012- 552 0195
Ustaz Syamizam 019-5896783
Ustazah Min (017-426 6908)
Ustazah Rahmah 012-449 5689
Siti Sarah 013-451 3459
Pn. Nor Aniza (012-319 2542)
Fezdly 019-244 6855
Website : http://www.pusrapi.com/
Blogs : http://pusrapi.blogspot.com/
Indah Islam Memberi Rahmat,
Al-quran Sunnah Pegangan Umat,
Bila sakit rindu sihat,
Sunnah Nabi Terbukti Hebat,
"Hidup Lebih Sihat...Bila Sunnah Terpahat" ✿‿✿
Pusrapi
Sembuh.Tanpa.Ubat
(◕‿◕)
والله أعلم بالصواب
Wallahu A’lam Bish Shawab
(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)
No comments:
Post a Comment