Thursday, 7 November 2013

Sel Darah Bentuk Sarang Lebah- Dari LAB PUSRAPI

Seorang Ahli PUSRAPI menawarkan diri untuk melihat bentuk darahnya dan ingin mengetahui lebih lanjut penerangan dari saya berkenaan dengan penafsiran darah untuk dilihat di dalam mikroskop.

Bila Melihat Sel Darah Berbentuk Sarang Lebah, Saya Terkejut, sangat jarang orang yang mempunyai Sel Darah Seperti ini. Bila di tanya, Beliau Seorang Pengamal Madu Lebah...apa yang kamu makan akan mempengaruhi jasad dan roh...

Terjemahan dari ayat AL-Quran Surah An-Nahl Ayat 69:

"Kemudian makanlah dari segala jenis bunga-bungaan dan buah-buahan (yang engkau sukai), serta turutlah jalan-jalan peraturan Tuhanmu yang diilhamkan dan dimudahkannya kepadamu". (Dengan itu) akan keluarlah dari dalam badannya minuman (madu) yang berlainan warnanya, yang mengandungi penawar bagi manusia (dari berbagai-bagai penyakit. Sesungguhnya pada yang demikian itu, ada tanda (yang membuktikan kemurahan Allah) bagi orang-orang yang mahu berfikir."

Kita Sedia tahu bahawa bentuk hexagon amat mempengaruhi di dalam kehidupan Komuniti Lebah, ia lambang kepada kekukuhan sarang lebah, dan bersifat menghalau virus dari menghingapi madu yang terkandung penawar di dalamnya. Begitulah KASIH SAYANG Pencipta kepada makhluk.Apabila dilihat di dalam mikroskop bentuk sarang lebah ini tergambar di dalam sel darah, pasti ia juga bertindak sama menguatkan sel darah dari dihinggapi virus dan bakteria yang bersifat memudaratkan sistem imunisasi tubuh badan manusia.


                                                     BENTUK SARANG LEBAH


Setelah Di Lihat Di Dalam Mikroskop Terpapar di Screen 

SEL DARAH PESAKIT MEMBENTUK SARANG LEBAH


Madu Dapat Membunuh Kuman

Perkara yang menarik perhatian dari huraian yang baru dikemukakan ialah tentang keterangan daging apabila dimasukkan di dalam madu,maka madu itu menjaga kelembutan daging tersebut dalam tiga bulan. Begitu juga apabila buah-buahan lain seperti labu dan terung, kelembutan dan keselamatannya terpelihara sampai enam bulan.

Penjelasan dapat disimpulkan bahawa kuman-kuman tidak mahu hinggap dalam madu kerana ia akan mati di dalamnya. Oleh itu orang Mesir mengawetkan mayat menggunakan madu kerana madu dapat membunuh kuman-kuman dan tidak membiarkannya hidup dan berkembang.
Eksperimen terbaru pada abad ke-20 ini telah menyokong dan menguatkan kenyataan ini. Ramai saintis timur dan barat cuba memasukkan kuman yang menyebabkan penyakit ke dalam madu lebah yang paling baik dan bersih. Hasilnya sangat menakjubkan. Natijahnya, kuman-kuman itu mati serta merta, dan sebahagian mati setelah beberapa jam, dan ada pula mati setelah 2 atau 3 hari. Namun pada akhirnya semua kuman itu mati. Maka badan manusia akan terpelihara apabila pengamalan madu di ambil setiap hari.

CONTOH MOLEKUL AIR ZAM-ZAM JUGA
DALAM
BERBENTUK HEXAGON

No comments:

Post a Comment