Tuesday 14 February 2017

PILIHAN SAYA, TANGGUNGJAWAB SAYA...

KENAPA SAYA MEMILIH PERUBATAN CARA ALAMI UNTUK SAYA MENGUBATI DIRI SAYA?

Setelah 10 tahun dalam bidang perubatan alternative, bukan setakat mengetahui kaedah rawatan tetapi memahami pola pemikiran manusia ketika ditimpa penyakit-penyakit berat, memberi saya satu inspirasi bahawa penyakit tidak dapat kita elak menghinggapi diri kita. Majoriti kita akan menghadapi ujian sakit cepat atau lambat, atau semasa muda atau tua, percaya lah, pengembaraan saya ke benua yang kaya dengan makanan yang berkhasiat dan cara hidup yang sihat pun tidak dapat menyelamatkan anda dari dijangkiti penyakit.
Jangan kita menyalah makanan, menyalahkan keadaan, menyalahkan propaganda, sepatutnya kita harus menyalahi diri kita sendiri kerana sikap mengejar harta sehingga kita lupa menuntut ilmu terutama ilmu memperbaiki akidah kita sepanjang kita mempunyai peluang yang masih tersisa-sisa pada hari-hari mendatang. Jika kita yakin pada Allah pasti Allah akan membuka jalan keluar kepada kita.
Ini lah akar kepada masalah yang hendak kita rawati terlebih dahulu. Kita memang telah dididik dengan perkara yang hanya memerlukan fakta sehingga kita sudah tidak yakin kepada ayat Allah dalam surah As-Syuara ayat 80 "Apabila aku sakit, Engkaulah yg menyembuhkan aku". Semua mempunyai pendapat masing-masing, tetapi, tanyalah pada ahlinya, bab-bab begini harus di perjelaskan oleh ahlinya.

Setiap kali saya merawat, jasad pesakit, saya juga perlu merawat cara pemikiran pesakit supaya, dia tahu bagaimana untuk berhadapan dengan masalah yang ditanggungnya. Maka banyaklah rujukan yang saya beri kepadanya, tentang cara kita berserah diri pada Allah supaya, keyakinan pada Allah tertanam kuat di dalam minda pesakit.  




HIDUP HANYA SEKALI, MARI KITA LALUI HARI-HARI MENDATANG DENGAN KEYAKINAN TERHADAP ALLAH ITU TINGGI.

Fokuskan minda anda kepada setiap apa yang berlaku adalah perjalanan kita lebih dekat dengan Allah dari sebelum ini. Penyakit ini juga datang atas kehendak Allah. Allah telah memberi contoh terbaik Nabi Ayub untuk kita ambil ikhtibar. Bahawa keyakinan Nabi Ayub akan penyakit yang di dialami adalah pemberian dari Allah, harus di terima dengan redha, bukankah kita ini sebagai hamba. Hamba harus menurut perintah, usah kita melawan apa yang telah ditetapkan, kita lalui dengan redha, dan usah berhenti berdoa, kerana ini adalah proses untuk anda berjumpa dengan perubatan2 yang tidak membawa kemudharatan. Bersabarlah, kerna Allah bersama2 dengan org-orang yang sabar.


Kepada yang ingin mencuba keberkesanan Produk Pusrapi @ mendapatkan rawatan bolehlah hubungi kami untuk tempahan@temujanji: 

Ustazah Siti (Kulim) 019-449 9929 
Ustazah Husna (Jitra/Alor Setar) 019-496 6316
Ustazah Wahida (Pauh Jaya) 012- 552 0195
Ustazah Rahmah (Alma Jaya) 012-449 5689
Siti Sarah  (Pulau Pinang Island)013-451 3459
Pn. Nor Aniza (Bangi)(012-319 2542)
Ustaz Mfedzly Faudzi (Sungai Petani) 0192446855
Ustazah Lyana Rahim (Sungai Petani) 0195004594
Siti Rahayu (Manjung): 013-4888201


Indah Islam Memberi Rahmat,
Al-quran Sunnah Pegangan Umat,
Bila sakit rindu sihat,
Sunnah Nabi Terbukti Hebat,

"Hidup Lebih Sihat...Bila Sunnah Terpahat" ✿‿✿

Pusrapi
Sembuh.Tanpa.Ubat

(◕‿◕)

والله أعلم بالصواب
Wallahu A’lam Bish Shawab
(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)








No comments:

Post a Comment