Monday 26 January 2015

Pusrapi Info : Comel Puteri Banner Miswak Ajaib

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
اللهم صل على محمد وآل محمد
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Ya Allah….
Sihatkan Tubuh Badanku,
Tambahkan Ilmu Pengetahuanku,
Berkatkan Rezekiku.
Tingkatkan amal Ibadatku untuk taat perintahmu.


love to share...
Dagang Piatu
KEBERKATAN KAYU SIWAK
ASBAB JATUH-NYA SEBUAH KOTA
Sumber : Qasas As-Solihin 
@ Syeikh Hamed Ahmad Tahir

Pada Kurun Ke-8 Hijrah Iaitu Ketika Zaman Bani Abbasiah, Orang Islam Ketika Itu Sedang Berdakwah Di Samarkand (Ibu Negara Uzbekistan). Pada Waktu Itu, Tentera Islam Telah Berjaya Membuka Negara-Negara Yang Bersempadan Dengan Samarkand Yang Berhampiran Dengan China.
Suatu Ketika, Mereka Tidak Dapat Menembusi Sebuah Benteng. Tentera-Tentera Musuh Berdiri Di Sepanjang Pintu Dan Dinding Kota. Tiada Siapa Boleh Keluar Dan Masuk. Mereka Bagaikan Sebuah Dinding Yang Tidak Dapat Dirobohkan. Akibatnya, Peperangan Berlanjutan. Tiada Siapa Yang Kalah Atau Menang.
Maka, Panglima Perang Islam Melalukan ‘Post-Mortem’. Perkara Pertama Yang Ditanya Ialah, “Adakah Sesiapa Dalam Kalangan Kamu Yang Tidak Menunaikan Solat ?” Mereka Menjawab, “Tidak.” “Adakah Sesiapa Yang Meninggalkan Satu Daripada Sunnah Nabi SAW?” Soalnya Lagi.
Mereka Terdiam. Setelah Berfikir Dan Bertanya Sesama Sendiri, Barulah Mereka Sedar Bahawa Mereka Meninggalkan Amalan Bersiwak Ketika Berwuduk Dan Solat. Lantas, Mereka Memanjat Pokok Kurma Dan Mengambil Batangnya Untuk Dibuat Kayu Sugi. Setelah Itu, Azan Dilaungkan. Maka, Mereka Pun Segera Bersiwak Sebelum Berwuduk Untuk Menunaikan Solat.
Tatkala Itu, Seorang Pengintip Masuk Ke Khemah Orang Islam Untuk Mengintip. Dia Menjadi Gementar Melihat Orang Islam Sedang Bersiwak. Lalu. Dia Pun Pulang Memberitahu Kaumnya, “Sesungguhnya Musuh Kita Bukan Sembarangan Manusia. Mereka Sedang Mengasah Gigi Mereka Dengan Kayu Untuk Meratah Kita Seorang Demi Seorang. Bersedialah Kamu Semua Untuk Diratah Oleh Mereka.”
Kaumnya Percaya. Mereka Menjadi Gerun Lalu Mengundurkan Diri. Maka, Orang Islam Berjaya Menawan Negeri Itu Dengan Mudah Dan Ramai Yang Memeluk Islam. Penduduk Kota Itu, Setelah Memeluk Islam, Menjadikan Siwak Sebagai Satu Amalan Yang Tidak Ditinggalkan. Mereka Ketawa Mengenangkan Ketakutan Mereka Kepada Siwak. Mereka Berkata, “Kami Dikurniakan Islam Dengan Berkat Sunnah Bersiwak. Maka, Hidupkanlah Kami Ya Allah Dalam Agama Islam Dan Dalam Keadaan Sentiasa Melazimi Sunnah.”








Kepada yang ingin mencuba keberkesanan Produk Pusrapi @ mendapatkan rawatan bolehlah hubungi kami untuk tempahan@temujanji: 


Ustazah Siti 019-449 9929 
Ustazah Husna 019-496 6316
Ustazah Wahida 012- 552 0195
Ustaz Syamizam 019-5896783 
Ustazah Min (017-426 6908)
Pn. Nor Aniza (012-319 2542)


والله أعلم بالصواب
Wallahu A’lam Bish Shawab
(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)



No comments:

Post a Comment