Thursday 19 June 2014

Seminar.Kursus.Bengkel - Sembuh.Tanpa.Ubat

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
اللهم صل على محمد وآل محمد
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Pusrapi Islamic Medical Practitioner
Membongkar Khazanah Perubatan Islam 
Rahsia & Keajaiban


“Islam Adalah Jalan Hidup Yang Lengkap”

Masalah sihat dan sakit adalah alami sebagai Ujian dari Allah S.W.T, sejarah dunia merekodkan Manusia tidak pernah terhindar dari sebarang SAKIT. Malahan kadang tanpa kita sedar “Sihat juga kerap membuatkan manusia lupa dan lalai dalam melaksana perintah Allah mahupun mensyukuri nikmat sihatnya.

Islamic Health Belief

Islam sangat menuntut hadirnya para perawat di tengah masyarakat Manusia yang kini tenggelam dalam pelbagai jenis penyakit ringan,sederhana mahupun kronik. Sebab orang yang memiliki kepakaran dalam bidang pengubatan dan perawatan kesihatan tidak lain adalah individu perawat yang melakukan sendiri kaedah perawatan dalam rutin harian hidupnya.

Sebagai SEORANG perawat jangan meletakkan kita perlu ada Power/Kekuatan dalam menyembuhkan pesakit. Ini adalah jalan kelemahan pada diri kita sendiri kerana segala kesembuhan itu datangnya tidak lain dari satu kuasa yang maha agung Allah S.W.T



Tamadun Islam ialah tamadun yang didirikan oleh masyarakat muslim dari abad ke 7M hingga kini. Ia merupakan sebuah tamadun yang sepadu dengan menitikberatkan penekan kemajuan kerohanian serta kemajuan kebendaan. Dalam jangka masa tersebut pelbagai bangsa seperti Arab, Parsi,Turki,India dan lain-lain telah sama-sama bergabung di bawah naungan Islam ke arah membina sebuah tamadun yang agung hingga munculnya Bandar-bandar dan kota-kota terkemuka di dunia suatu ketika dulu seperti Madinah,Baghdad,Cordova,Iskandariah dan lain-lain lagi yang telah menjadi pusat tumpuan dunia dalam hal-hal keilmuan dan sebagainya.

Bukan itu sahaja bahkan tamadun islam telah memberi sumbangan yang tidak ternilai dari segi kemanusiaan. Tamadun Islamlah yang telah berjaya meletakkan manusia sesuai dengan martabatnya. Mengeluarkan manusia dari kegelapan jahilliah kepada cahaya islam yang terang benderang. Sinarannya bukan sahaja menerangi Tanah Arab tetapi juga Eropah dan seluruh pelosok alam.

PERUBATAN ISLAM

1)BERSUMBERKAN AL-QURAN
Sakit, sihat dan muram seseorang itu semuanya datang dari Allah swt. Ianya mengikut ketentuan qada’ dan qadar. Kepercayaan seperti inilah tidak menyekat kepercayaan manusia muslim untuk berusaha mengubati sesuatu penyakit.

ii)SUMBER DARI GREEK,,PARSI,DAN INDIA
*Di Greek karya-karya Hippocrates dan Galen telah diterjemahkan ke dalam Bahasa Arab oleh Hunain Bin Ishak untuk tujuan rujukan perubatan. Tamadun Greek berkembang kira-kira 300 tahun sebelum masihi,,perubatan Greek terpengaruh dengan perubatan Mesir kuno dan Babil. Orang-orang Greek juga mengenali sejenis perubatan lain yang berasaskan bandingan dan eksperimen, dan jenis ini lahir bersama –sama lahirnya A’bqarat dan sentiasa dihubungkan jenis perubatan ini dengan namanya.
*Parsi,terdapat sekolah perubatan di Jundi Shapur yang wujud sebelum islam dan menjadi tempat orang islam mempelajari tentang perubtan.

SEJARAH PERKEMBANGAN ILMU KEDOKTORAN ISLAM
756M Khalifah ke-ii(Bani Abbasiyyah) Abu Jaafar Al-Mansur telah mengundang Bakhtisu(seorang doktor dari Jundi-Shapur) datang keistananya untuk mengubatinya. Dia telah melantik doktor tersebut sebagai guru perubatan keluarga beliau turun –temurun selama 250 tahun. Selepas Bakhtisu, diundang pula doktor –doktor ternama yang lain dari Syria,Mesir,Byzantine,dan India. Semenjak itu bermulalah proses penterjemahan buku-buku perubatan dari seluruh dunia khususnya Yunani,Iran dan India. 943M Sinan bin Sabit dilantik menjadi pemeriksa kepada penuntut-penuntut kedoktoran di Baghdad. Mereka akan dikurniakan Ijazah Kedoktoran sekiranya mereka lulus peperiksaan. Di Kota Baghdad pada masa itu terdapat 800 orang pemegang Ijazah Kedoktoran. Khalifah Harun Al-Rashid telah menubuhkan sebuah hospital yang terkenal di Kota Baghdad iaitu “Al-Bimaristan Al_Haruni”.

SEJARAH PERUBATAN ISLAM
Orang-orang Islam mengambil berat terhadap sejarah perubatan. Para penulis yang lahir di kalangan orang Islam merakamkan catatan hidup ahli-ahli perubatan dan berita mereka. Di antara para perintis yang menulis bidang ini ialah Muhammad Ibn Ishak yang terkenal dengan nama Ibn al-Nadim(meninggal tahun 385H/955M) yang menyiapkan buku “Al-Fihrist” kira-kira dalam tahun 377H. Buku ini memuatkan nama-nama buku yang diterjemahkan dari Bahasa Yunani. Abu Dawud Sulaiman ibn Hasan al –Andalusi juga menulis sejarah yang sama yang dinamakan “Tabaqat al-Atibba’wa al-Hukama”(kumpulan para doktor dan ulama’. )Di samping itu juga Jamaluddin al-Kathfi(646H/1248M)juga terkenal dengan tulisannya “Akhbar al-ulama’bi akhbar al-Hukama’(sejarah para ulama’ dan para sarjana)yang mengandungi catatan hidup lebih daripada 300 orang doktor. Zahiruddin al-Baihaqi pula ialah penulis buku “Tarikh Hukama al-Islam”(sejarah para sarjana islam). Bagaimanapun, buku yang paling baik dan lengkap yang pernah di tulis tentang sejarah perubatan islam ialah buku “uyun al-Anba’ fi Tabaqat al-Attiba”(berita tentang kumpulan-kumpulan doktor) oleh Muwaffiq al-Din Abi Usaibah, yang hidup dalam kurun ke-7 hijrah(600-669H/1203-1270M). Beliau ialah seorang doktor, dan bapanya juga seorang doktor. Dalam buku ini beliau mengumpulkan sejarah perubatan sejarah zaman silam sehinggalah ke zamannya,dan dikumpulkan sejarah hidup lebih dari 400 orang doktor serta karya-karya mereka. Selain itu terdapat catatan mengenai sekumpulan ahli perubatan di dalam buku “Wafayat al-A’yan wa Anba’Abna’al zaman” oleh Ibn Khallakan(608-681H/1211-1283M. )



HOSPITAL ISLAM
*Al-Bimaristan
Bererti rumah sakit. Nama ini digunakan pada zaman islam untuk hospital,dan kadang-kadang diringkaskan menjadi Maristan sahaja. Al-Wahid ibn Abdul Malik,khalifah kerajaan Umawi adalah merupakan orang yang pertama menubuhkan hospital seperti ini. Ia telah mendirikan hospital untuk orang-orang sakit dan orang-orang buta di Damsyik(88H/707M) dengan penbiayaan Baitulmal. Hospital ini digunakan untuk merawat para pesakit sama ada yang kaya atau yang miskin,Islam atau bukan Islam. Usaha pembinaan hospital seperti ini semakin dipergiatkan pada zaman pemerintahan kerajaan Bani Abbasiyyah sehinggakan bilangannya yang didirikan di Baghdad sahaja lebih daripada 60 buah hospital. Kegiatan pembinaan hospital seperti ini tidak kurang cergasnya di kawasan barat negara Islam. Di Kardova,Sepanyol sahaja terdapat lima puluh buah hospital. Diantara hospital Islam yang lain ialah Al-Muqtadiri,Al-Adudi,Al-Nasiri,@Al-Salahi,Al-Atiq, dan Al-Mansuri.


*HOSPITAL BERGERAK
Umat Islam mengetahuinya sejak zaman Rasulullah saw. Rufaidah pada zaman itu pernah memberikan rawatan kepada orang-orang yang tercedera, iaitu bertempat di sebuah khemah di Masjid al-Nabawi. Para khalifah Islam dan para raja serta sultan-sultan Islam telah memberikan perhatian yang berat tentang hospital bergerak dan mereka membekalkannya dengan segala kemudahan dan ubat-ubatan untuk para pesakit,juga bahan-bahan makanan,minuman,pakaian dan sebagainya. Pusat-pusat perubatan pada masa itu berpindah-pindah dari satu daerah ke satu daerah yang lain iaitu di tempat-tempat yang jauh dari Bandar dan disitu tidak ada hospital yang tetap. Sebuah hospital bergerak yang diasaskan pada zaman Al-Muqtadir Billah adalah merupakan satu contoh hospital yang mempunyai konsep ini.

*PUSAT KECEMASAN
Orang pertama yang menubuhkan pusat kecemasan dalam bentuk imbuhan ini ialah Ahmad Ibn Tulun(254-270H/883M). Pusat rawatan kecemasan ini didirikan ditempat-tempat yang sering menjadi tempat perkumpulan orang ramai seperti masjid,terutamanya pada hari Jumaat dan hari-hari raya. Pusat-pusat ini dijalankan oleh para doktor dan pakar-pakar ubat untuk merawat orang-orang sakit dan orang-orang yang tercedera.

*TOKOH-TOKOH PERUBATAN ISLAM
ABU BAKAR al-RAZI(251-313H/865-925M)
Beliau berketurunan Iran,adalah seorang ahli perubatan besar hasil daripada tamadun Islam. Beliau dilahirkan di al-Razi di bahagian selatan Tehran. Menghabiskan kebanyakan masa mudanya disana. Nama al-Razi diambil sempena nama tempat lahirnya ituKetika berumur 30 tahun,beliau berhijrah ke Baghdad untuk menuntut di sana. Beliau mempelajari ilmu-ilmu falsafah kemudian mulai mempelajari ilmu perubatan selepas umurnya meningkat 40 tahun. Beliau berguru kepada al=Tabari. Walaupun al-Razi lebih banyak mengkaji tentang ilmu kimia pada masa kecilnya,tetapi beliau kemudiannya mempunyai kemahiran di dalam ilmu perubatan,sehingga beliau terkenal sebagai ketua para tabib dan tabib perubatan klinikal yang paling terkenal. Orang-orang yang sezaman dengannya menggelarkannya tabib orang-orang islam. Beliau telah menulis lebih 200 buah buku dan yang termasyur ialah al-Hawi,sebuah buku yang di karangnya selama dalam jangka masa 15 tahun. Buku ini ialah sebuah buku yang besar dan penuh dengan maklumat. Al-Razi merakamkan di dalamnya semua pemerhatian klinikalnya. Buku yang terdiri daripada 23 jilid ini dianggap sebagai sumber asasi bagi para pengkaji perubatan islam. Sebuah lagi karya al-Razi yang termashyur ialah Al-Mansuri. Karya ini berkaitan dengan penyakit ketumbuhan dan campak. Keistimewaan risalah ini ialah tentang pemerhatian yang tajam dan analisa yang teliti, dan merupakan kajian ilmiah yang jitu yang pernah di hasilkan tentang penyakit-penyakit berjangkit. Antara 1498-1866M buku ini telah dicetak dalam bahasa Inggeris sebanyak 40 kali cetak. Al-Razi adalah merupakan tunjang terpenting di dalam sistem dan tradisi perubatan Islam.


Kepada yang ingin mencuba keberkesanan Produk Pusrapi @ mendapatkan rawatan bolehlah hubungi kami untuk tempahan@temujanji: 


Ustazah Siti 019-449 9929 
Ustazah Husna 019-496 6316
Ustazah Wahida 012- 552 0195
Ustaz Syamizam 019-5896783 
Ustazah Min (017-426 6908)
Pn. Nor Aniza (012-319 2542)


والله أعلم بالصواب
Wallahu A’lam Bish Shawab
(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)

No comments:

Post a Comment