10 JENIS PEMBAZIRAN YANG AMAT MERUGIKAN.
1. Pembaziran SOLAT jika sekiranya tidak disertai dengan khusyu’.
2. Pembaziran ILMU jika tidak diamalkan di jalan kebaikan.
3. Pembaziran AMAL jika tidak dilakukan dengan keikhlasan.
4. Pembaziran HARTA jika dibelanjakan dalam perkara yang tidak bermanfaat dan tidak diredhai Allah.
5. Pembaziran HATI jika kosong dari mengingati Allah.
6. Pembaziran TUBUH BADAN jika tidak digunakan untuk beribadat kepada Allah.
7. Pembaziran CINTA jika dicurahkan cinta kepada selain Allah atau melebihi cinta kepada dunianya.
8. Pembaziran MASA jika masa yang dimiliki tidak diuruskan dengan sebaiknya.
9. Pembaziran AKAL FIKIRAN jika tidak memikirkan sesuatu yang bermakna kepada agama.
10. Pembaziran KESIHATAN jika nikmat sihat yang dimiliki tidak dimanfaatkan secukupnya untuk bekalan mati dan hari kemudian.
Semoga kita tidak tergolong dalam golongan org2 yg membazir, krn org yg membazir itu kawannya Syaitan.
Jom banyakkan Selawat & jgn lupakan Surah Al Kahfi sempena Jumaat yg mulia ini.
۞ اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞
No comments:
Post a Comment