بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
اللهم صل على محمد وآل محمد
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Ya Allah….
Sihatkan Tubuh Badanku,
Tambahkan Ilmu Pengetahuanku,
Berkatkan Rezekiku.
Tingkatkan amal Ibadatku untuk taat perintahmu.
"Hidayah Itu Milik Allah"
Siapakah Penulis Buku “Rasulullah is my Doctor”; Jerry D. Gray?
Nama penuh beliau adalah Jerry Duane Gray , lahir pada tahun 1960 di Jerman tetapi telah berhijrah ke Amerika Syarikat sejak beliau berusian 3 tahun.
Kini Jerry telah kembali pada Islam dan aktiviti berdakwah. Beliau yang sangat mencintai Indonesia dengan menukar kewarganeraraannya daripada warga AS ke WNI, menikahi seorang Indonesia dan menetap di Jakarta.
Jerry merupakan bekas perajut Angkatan Tentera Udara Amerika Syarikat (USAF). Pernag berkhidmat di sebuah stesyen TV Indonesia selama 2 tahun. Juga pernah bekerja sebagai mekanik pesawat di Arab Saudi.
Di Arab Saudilah beliau mendapat hidayah Allah. Beliau menceritakan pengalaman itu …..
“ Saya selalu berdoa agar saya diberi petunjuk yang benar tentang Tuhan. Setelah tamat mengikuti kerahan wajib angkatan tentera dalam angkatan udara Amerika, saya ditawarkan menjadi penyelenggara pesawat peribadi Raja Fadh di Jeddah, Arab Saudi. Saya menolak tawaran tersebut kerana saya takut dibunuh oleh orang Islam dan berfikir adalah lebih baik saya menganggur sahaja.
Saya tinggal di dalam kereta di ujung sebuah dermaga di Hawaii. Setiap hari saya memancing. Apabila mendapat ikan, saya makan. Apabila tidak saya kelaparan. Paling teruk saya hanya minum daripada paip air yang ada di situ. Enam bulan saya menjalani keadaan sebegitu. Pernah tiga hari berturut-turut saya tidak makan sama sekali, hanya minum saja kerana tidak dapat ikan. Tapi saya tidak mahu bunuh diri. Saya menangis, memohon, agar Tuhan memberikan jalan keluar.
Namun tawaran tersebut datang lagi. Saya mengira Tuhan telah marah kepada saya. Kerana saya tidak mendapatkan pekerjaan lain dan menolak tawaran ke Arab. Akhirnya teman saya memberikan saranan kepada saya supaya menerima sahaja tawaran itu. Saya pun berangkat ke sana.
Di Jeddah saya melihat kejadian-kejadian yang sangat luar biasa, yang sangat berbeza dengan bayangan saya sebelumnya. Ternyata orang Islam begitu taat kepada Tuhannya dan baik kepada saya. Ketika mendengar azan mereka terus meninggalkan semua aktiviti untuk segera mengerjakan solat.
Begitu juga ketika saya berada di sebuah kedai emas. Saya mendengar azan. Pintu kedai emas terbuka. Padahal di kedai tersebut tidak ada orang yang menjaganya. Sesiapa pun yang berniat mencuri emas, akan sangat mudah mengambilnya. Tetapi kedai itu dibiarkan tidak bertutup Saya berdiri saja di depan kedai itu menunggu penjual emas muncul. Setelah azan, jalan raya menjadi sepi dari lalu lalang manusia. Pengawal keselamatan tidak ada. Hanya apa yang saya lihat polis menegur beberapa orang yang terlewat untuk segera solat.
Tidak lama kemudian, pemilik kedai itu datang dan berkata “Mengapa tidak masuk?” Saya jawab, “Tidak mahu”. “Kenapa tidak mahu?” tanyanya. “Saya takut disangka pencuri, nanti tangan saya dipotong,” jawab saya kerana setahu saya orang yang mencuri tangannya akan dipotong. Biasanya orang yang datang ke Jeddah diundang untuk menyaksikan pemotongan tangan bagi pencuri setiap Jumaat.
“Masuk saja, kerana semua ini adalah milik Allah, bukan kepunyaan saya,” kata pemilik kedai itu. “Apa pun, kamu perlu, ambil! Mungkin kamu lebih memerlukan itu daripada saya?” katanya. Dia mengatakan bahawa semua itu milik Allah dan akan kembali kepada Allah.
Saya terharu dan mahu menangis mendengar ucapan yang tulus itu. Saya sangat teringin memiliki iman seperti itu. Sebaik mendengar azan dia terus bersolat. Orang mahu mengambil atau tidak hartanya, dia tidak mempedulikannya, yang penting ketika Allah menyuruh solat dia berangkat solat dan semua hartanya itu dia serahkan kepada Allah.
Peristiwa itu membuat saya menjadi tertarik untuk mengetahui agama Islam lebih lanjut. Saya banyak berdiskusi tentang Islam. Termasuk dengan Ahmad, salah seorang anggota Angkatan Udara Arab Saudi. Saya diberinya Al -Quran terjemahan bahasa Inggeris.
Ahmad menunjukkan ayat yang menyatakan Isa anak Maryam adalah hamba dan utusan Allah, bukan anak Allah. Ahmad menyebut Isa itu adalah nama lain dari Yesus, sedangkan Maryam sebutan lain dari Bunda Maria. Lebih kurang tiga ayat saya baca. Saya tidak mampu lagi meneruskan membacanya, kerana saya terasa amat sebak dan mahu sahaja menangis. Saya tidak mahu menangis di hadapan orang. Saya sangat yakin, inilah jawapan dari Tuhan. Rupa-rupanya saya disuruh ke Jeddah itu bukan kerana Tuhan marah, tapi kerana Tuhan mengabulkan doa saya.
Kemudian teman Ahmad yang bernama Rosyid, datang ke rumah. Dia memberi tahu bahawa di salah sebuah masjid di Jeddah akan diadakan kuliah mengenai Islam yang menggunakan bahasa Inggeris. “Kalau kamu ingin tahu lebih banyak tentang Islam datanglah ke masjid tersebut, nanti saya hantar,” kata Rosyid. Di masjid itu terjadilah perbincangan. Hati saya berdetak kagum. Luar biasa, bijak sekali guru ini. Semua yang dia katakan masuk akal. Penerangannya begitu spiritual dan jelas.
Dia mengatakan bahawa Tuhan itu SATU bukan tiga, semua adalah ciptaan Tuhan dan bergantung kepada Tuhan. Tuhan tidak beranak tidak pula punya orangtua. Tidak ada yang dapat menyerupai Tuhan. Serta manusia hidup di dunia ini untuk mengabdi kepada Tuhan saja. Belum pun satu jam berdiskusi, sebenarnya hati saya sudah menerima Islam. Hanya saja saya belum mahu menyatakannya pada guru.
Malam itu saya tidak dapat tidur. Saya terus memikirkan ucapan guru tersebut. Akhirnya, pada hari ketiga saya putuskan untuk memeluk Islam. Saya ucapkan dua kalimat syahadat. Setelah itu guru berdiri dan mencium pipi kanan dan kiri saya. Guru mengajak semua orang yang ada di situ berdiri untuk mencium saya. Saya terkejut sekali mendapat layanan seperti itu. Kemudian saya memahami bahawa itu adalah ungkapan kesejahteraan biasa daripada sesama Muslim.”
Sumber :
Buku : “Rasulullah is My Doctor by Jerry D. Gray"
Kepada yang ingin mencuba keberkesanan Produk Pusrapi @ mendapatkan rawatan bolehlah hubungi kami untuk tempahan@temujanji:
Ustazah Siti (Kulim) 019-449 9929
Ustazah Husna (Jitra/Alor Setar) 019-496 6316
Ustazah Wahida (Pauh Jaya) 012- 552 0195
Ustaz Syamizam (Alma Jaya) 019-5896783
Ustazah Min (Alma Jaya) (017-426 6908)
Ustazah Rahmah (Alma Jaya) 012-449 5689
Siti Sarah (Pulau Pinang Island)013-451 3459
Pn. Nor Aniza (Bangi)(012-319 2542)
Fezdly (Sungai Petani) 019-244 6855
Siti Rahayu (Manjung): 013-4888201
Website : http://www.pusrapi.com/
Blogs : http://pusrapi.blogspot.com/
Indah Islam Memberi Rahmat,
Al-quran Sunnah Pegangan Umat,
Bila sakit rindu sihat,
Sunnah Nabi Terbukti Hebat,
"Hidup Lebih Sihat...Bila Sunnah Terpahat" ✿‿✿
Pusrapi
Sembuh.Tanpa.Ubat
(◕‿◕)
والله أعلم بالصواب
Wallahu A’lam Bish Shawab
(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)
No comments:
Post a Comment