Monday, 26 January 2015

Pusrapi Info : Penyakit Reput Tubuh Dikala Hidup - Gangren


بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
اللهم صل على محمد وآل محمد
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Ya Allah….
Sihatkan Tubuh Badanku,
Tambahkan Ilmu Pengetahuanku,
Berkatkan Rezekiku.
Tingkatkan amal Ibadatku untuk taat perintahmu.

"Penyakit Gangren"
Penyakit Reput Tubuh Dikala Hidup





Penyakit Gangren mungkin satu nama asing bagi sesetengah orang. Anggota badan yang diserang gangren memang sangat mengerikan. Apatah lagi jika sudah mencapai tahap kronik. Pada peringkat awal serangan, bahagian anggota yang dijangkiti akan menjadi pucat dan sejuk. Lama-kelamaan tempat tersebut beransur-ansur berubah warna. Bermula dari kepucatan, bahagian itu akan beralih kepada kelabu berbalam dan diikuti bintik-bintik warna keunguan seperti lebam hitam. Akhirnya kulit menjadi berwarna coklat gelap atau kehitaman. Disamping, itu pesakit gangren turut menderita kesakitan yang amat sangat hingga membawa kepada demam mengejut.




Proses Mencuci Sel Mati Pada Bahagian Kulit Yang Membusuk

Kesan Gangren Mula Melarat Pada Bahagian Bawah Tapak Kaki. Menyukarkan pesakit untuk berjalan dengan baik kerana terasa terlampau sakit.


Asal mula jangkitan hanya terdapat kesan luka pada jari bersebelahan dengan Jari Ibu Jari, Menurtu pesakit apabila beliau mencuba sejenis minuman Kesihatan Bernama Cell Maxx, tiba-tiba secara pantas ia mula merebak kepada 2 jari bersebelahan dengan begitu pantas dalam hanya beberapa hari.

Proses Penyembuhan Mengambil Masa Kerana Si Pesakit Juga terpaksa menjalani proses Dialisis untuk mencuci buah pinggangnya yang telah rosak.




Keadaan Nanah terkumpul sebelum proses mengeluarkannya.

Pesakit merasa sangat berbisa pada telapak kakinya yang mula bernanah.

Kelihatan Jelas jari jemarinya kini semakin mereput.

Kini si pesakit terpaksa menggunakan kerusi roda untuk bergerak.




Keadaan Kaki Kiri Yang Diserang Penyakit Gangren.



Selepas Menjalani Proses Cucian Alami di Pusrapi

Si Pesakit mengatakan terasa kakinya menjadi lebih ringan & bisa-bisa yang terasa dikakinya diawal perawatan & Selepas terasa perbezaan yang amat ketara.

Selepas Menjalani Proses Membuang Nanah Terkumpul.


Proses Bekam Sunnah dilakukan untuk membuang Nanah yang berada didalam Kaki Pes



Di Pusrapi Kami Mengesyorkan Kepada Pesakit Untuk Menjalani Jalan Ikhtiar Kesembuhan Yang Lebih Alami Dikenali Sebagai Terapi Saraf.

- Pesakit Tidak Perlu Memotong Bahagian Kami Yang Mengalami Gangren.
- Terapi Saraf Alami Lebih Efektif.
- Kesan Penyembuhan Yang Tidak Menyakitkan.
- Menghidupkan Kembali Sel-Sel Yang Rosak.
- Teknik Mengeluarkan Toksin & Darah Yang tersumbat.
-Menguatkan Kembali Saraf Seluruh Badan
-Kaedah Penyembuhan Lebih Selamat & Menyihatkan Pesakit.




Kaki Pesakit Dibalut Setelah Selesai Sesi Perawatan Gangren

Alhamdulillah.....Selesai Sesi Perawatan Pertama.....Doakan Pakcik Ini Beroleh Kesembuhan Ilahi
Kami Di Pusrapi Hanya Sebagai Jalan Ikhtiar Penyembuhan Alami.


Apa yang anda mesti tahu tentang penyakit kencing manis @ Diabetes 


Bagi mereka yang ingin tahu, perkataan “gangrene” berasal dari gangreana (perkataan Latin) dan gangraina (perkataan Yunani). Kedua-dua perkataan ini bermakna “penyucian tisu”.


MENGENALI GANGREN KESAN KENCING MANIS Amat mengerikan jika dipandang comfirm bertaubat nak jaga makan dan gaya hidup sihat yang selama ini di ambil remeh temeh. Keadaan bertambah menjadi tekanan apabila sudah tahap kronik. 


TAHUKAH ANDA? Peringkat awal serangan, bahagian anggota yang telah dijangkiti akan menjadi PUCAT dan SEJUK. Lama-kelamaan temoat itu berubah warna. Bermula dari wana kepucatan bertukar menjadi warna kelabu berbalam dan diikuti bintik-bintik ungu.Akhirnya kulit bertukar kepada coklat gelap dan kehitaman. Dalam situasi ini pesakit gangren turut menderita kesakitan yang amat sangat. 


KENAPA TERJADINYA GANGREN? Kematian tisu akibat bakteria REPUT merupakan punca serangan gangren. Ianya terjadi apabila darah tidak dapat mengalir ke suatu tempat dalam badan. Kebiasaannya penyakit ini cenderung menyerang anggota kaki dan tangan seperti jari. Kesan yang mendalam gangren turut mengganggu struktur dalaman atau tisu-tisu lain yang mengalami gangguan bekalan darah. Tisu-tisu di sekitar bahagian jangkitan turut mendapat kesannya. 

RAWATAN SEGERA ADALAH PENTING BAGI GANGREN Umumnya rawatan yang dilakukan terhadap pesakit adalah melibatkan pengawalan kegagalan jantung dan juga anaemia. Pemakanan yanga baik dan seimbang wajib diamalkan khusunya bagi mereka yang turut berhadapan dengan masalah diabetes. Selain itu bahagian yang diserang gangren mesti sentiasa berada dalam keadaan kering. 


Bahagian anggota yang teruk dijangkit gangren perlu dipotong. Namun keadaan ini bergantung kepada bekalan darah di bahagian tersebut. Kebanyakan kes gangren yang kronik, pembedahan yang berlangsung perlu mengambil kira beberapa faktor. Antaranya ialah berapa banyak bahagian anggota yang dijangkiti yang boleh diselamatkan. Keputusan berkaitan pemotongan perlu dilakukan secara berhati-hati namun, bagi menyelamatkan nyawa pesakit bahagian yang merebak dengan cepat perlu dipotong. 

Gangren adalah keadaan yang berpotensi mengancam nyawa yang timbul apabila jisim yang besar tisu badan mati (nekrosis). 

Ini boleh berlaku selepas kecederaan atau jangkitan, atau pada orang yang mengalami sebarang masalah kesihatan kronik yang memberi kesan kepada peredaran darah. 
Punca utama gangren akibat kekurangkan bekalan darah kepada tisu yang terjejas, yang menyebabkan kematian sel. 

Diabetes dan jangka panjang merokok meningkatkan risiko mengalami gangren. Terdapat beberapa jenis gangren dengan gejala yang berbeza, seperti gangren kering, gangren basah, gangren gas, gangren dalaman dan fasciitis necrotizing. 

Rawatan bergantung kepada punca asas, dan boleh termasuk resection, membersihkan (atau, dalam kes-kes yang teruk, pemotongan) daripada bahagian-bahagian badan yang terlibat, termasuk dalam penggunaan antibiotik, revaskularisasi (melalui pembedahan pintasan vaskular atau angioplasti), atau terapi oksigen hiperbarik.

Gangren adalah keadaan di mana kawasan tertentu ditubuh berlaku kematian dan kemerosotan. Ini biasanya disebabkan oleh penurunan atau kehilangan bekalan darah ke kawasan tersebut. Gangren juga boleh disebabkan oleh kecederaan, jangkitan atau komplikasi yang telah berlaku dalam jangka panjang. Komplikasi ini mungkin telah menyebabkan peredaran darah mengalami pelbagai masalah yang membawa kepada gangren. Gangren cenderung untuk mengambil tempat dalam anggota badan dan bahagian anggota badan yang gangren kerap berlaku termasuk jari jari serta kaki dan tangan . Dalam sesetengah kes, ia juga memberi kesan kepada otot dan organ-organ dalaman.

Biasanya ada lima jenis gangren. Salah satu jenis dikenali sebagai gangren kering. Kemudian, ada yang basah selain gas, dalaman dan gangren yang Fournier. 


Selain dari itu penyakit ini juga boleh disebabkan oleh virus, kulat, parasit dan bakteria terutamanya apabila tahap bekalan darah cukup rendah. Tahap bekalan darah yang rendah menyebabkan sel-sel timus – juga dikenali sebagai sel-sel T bersama-sama dengan sel darah putih, tidak dapat melawan kuman yang masuk ke dalam badan seseorang. Apabila ini berlaku, kuman akan membiak tanpa kawalan daripada sel-sel badan dan ini boleh mencetuskan keadaan tidak menentu daripada penyakit ini.

Gejala-gejala biasanya merangkumi pesakit yang menderita dari garis merah di seluruh tisu yang terjejas, dan ini biasanya kelihatan pada kulit. Kawasan ini akan terasa sejuk dan kebas. Bagi gangren basah, kawasan yang terjejas walaupun akan membengkak sebelum ada kematian mana-mana tisu yang terjejas. Kemudian, kulit akan mengalami perubahan warna, dari merah pergi ke perang dan perang akan menjadi hitam. Maka bau akan keluar bersama-sama dengan nanah dan tisu yang membuatkan terasa nyilu dan sakit.

Mujurlah, terdapat rawatan untuk menangani penyakit ini dengan Terapi Saraf. Dengan Terapi Saraf ianya dapat melancarkan semula peredaran darah yang tersumbat terutama kawasan sendi yang terlibat.



SERING kali apabila membincangkan masalah aterosklerosis iaitu pembentukan plak-plak berlemak pada dinding-dinding arteri yang menyebabkan saluran darah menjadi sempit dan aliran darah terganggu, ia begitu sinonim dengan penyakit jantung.
Pun begitu, aterosklerosis yang menyebabkan kerosakan pada dinding saluran darah arteri sekali gus mengganggu kelancaran aliran darah juga sebenarnya boleh berlaku pada tangan dan kaki.

Masalah ini, yang dikenali sebagai peripheral arterial disease (PAD), berlaku apabila bekalan darah ke bahagian-bahagian tersebut tidak mencukupi.
Pakar bedah vaskular sebuah hospital swasta, Dr. Suib Ismail berkata, sekiranya keadaan ini berlaku pada kaki ia menyebabkan kaki mengalami gangrene.

Menurut beliau, kaki gangrene ialah satu keadaan di mana otot-otot dan kulit pada kaki mati akibat kehilangan, kemerosotan atau terhentinya bekalan darah pada bahagian tersebut.
``Biasanya kaki gangrene lebih sinonim dengan mereka yang menghidap diabetes.

``Bagaimanapun, sekiranya kaki anda menjadi gangrene secara tiba-tiba tanpa sebarang gejala, ini menandakan pengaliran pada pembuluh darah arteri anda bermasalah,'' katanya.
Dr. Suib memberitahu, secara umum aterosklerosis menjadi punca berlakunya PAD yang menyebabkan dinding saluran darah menebal dan kurang elastik.
Bahagian yang tebal dengan pemendakan lemak ini dikenali sebagai plak.
Jika pemendakan terlalu tebal atau pecah, serpihan ini boleh menyumbat kelancaran darah dalam saluran darah arteri.
``Kesannya, bahagian tubuh yang tidak dapat menerima oksigen ini akan mula rosak dan boleh mati,'' jelasnya.
Aterosklerosis tidak hanya berlaku pada saluran darah kaki dan tangan, malah saluran darah jantung, otak dan buah pinggang.
Menurut Dr. Suib, PAD biasanya berlaku di kalangan mereka yang berumur 60 tahun ke atas di mana sebahagian besar pesakit terdiri daripada lelaki.
``Dianggarkan antara 10 hingga 15 peratus daripada mereka yang dalam lingkungan umur ini menghidap PAD. Kira-kira 80 peratus daripada mereka adalah lelaki,'' katanya.
PAD merupakan masalah yang biasanya berlaku pada bahagian pembuluh darah arteri.

Punca
Selain aterosklerosis punca-punca lain PAD ialah:
- Vasculitis. Masalah radang saluran darah seperti Buerger's Disease biasanya berlaku pada individu di peringkat umur 30-40 tahun yang banyak merokok.
- Popliteal artery entrapment. Penyakit ini adalah keadaan di mana arteri popliteal (di bahagian sendi lutut) tersepit. Ia biasanya berlaku pada individu muda yang aktif.
- Trauma arteri. Arteri trauma selalunya menyebabkan gangguan darah akut. Kesannya hanya dapat dialami apabila pesakit mula aktif.

Faktor risiko utama
Risiko seseorang mendapat PAD meningkat sekiranya mereka mempunyai faktor-faktor risiko utama dan sampingan seperti:

- Merokok. Meskipun mekanisme sebenar tabiat merokok dan PAD ini tidak begitu jelas, kajian mendapati perokok mempunyai risiko yang tinggi untuk mendapat PAD.
- Hipertensi. Kajian mendapati bahawa hipertensi mempunyai kaitan rapat dengan insiden koronari ateriosklerosis yang tinggi.

Ia juga menyebabkan individu lebih mudah menghidap PAD dan saluran darah ke otak.
- Diabetes. Pesakit diabetes yang menghidap penyakit PAD pada usia yang lebih muda boleh menjadi serius dengan kadar yang cepat.
Dua arteri yang biasanya terlibat iaitu arteri popliteal dan arteri tibia menjadi terlalu sempit dan tersumbat.

Diabetes juga menyebabkan deria sentuhan dan sakit individu terbabit berkurangan.
Kombinasi PAD dan neuropati mendedahkan kaki pesakit diabetes kepada kecederaan. Apabila kaki terluka, pesakit akan mendapati luka sukar sembuh dan mudah mendapat jangkitan kuman
- Hiperkolesterolemia. Kolesterol pesakit khususnya low-density lipoprotein tinggi di dalam darah.

Faktor risiko sampingan
- Obesiti dan gaya hidup sedentari
- Individu yang obes cenderung untuk menghidap penyakit hiperkolesterol, hipertensi, diabetes dan mempunyai gaya hidup yang tidak aktif
- Sejarah keluarga hiperkolesterol dan hipertrigliceridemia.

Gejala
Dalam sebahagian besar kes, PAD tidak menunjukkan sebarang gejala. Hanya 10 hingga 15 peratus pesakit yang mengalami gejala-gejala tertentu.

Pada peringkat awal, pesakit akan mengalami kekejangan pada betis dan rasa sakit ketika berjalan jauh. Rasa sakit akan hilang apabila pesakit berehat.
Keadaan ini dikenali sebagai intermittent claudication.

Gejala intermittent claudication boleh berlarutan selama beberapa hari, minggu atau bulan.
Selain itu, pesakit juga akan mengalami rasa sakit, lenguh dan sengal pada pinggul.
Keadaan ini berlaku kerana otot-otot pada betis dan pinggul tidak mendapat bekalan darah yang mencukupi kerana saluran darah yang sempit.
Ketika berjalan, otot-otot memerlukan oksigen dan makanan. Apabila saluran darah arteri menjadi sempit, otot-otot tidak mendapat bekalan oksigen dan makanan yang mencukupi.
Ini menyebabkan otot menjadi sengal dan sakit.

- Peringkat lewat. Apabila saluran darah menjadi bertambah sempit, otot dan bahagian kulit tidak menerima oksigen dan makanan yang mencukupi untuk proses baik pulih selepas luka.

Ini menyebabkan luka pada kaki menjadi ulser yang sukar sembuh.
- Peringkat serius. Saluran darah yang sempit akhirnya akan tersumbat.
Keadaan ini akan menyebabkan otot kaki tidak mendapat oksigen dan makanan. Pesakit akan mengadu sakit yang berterusan pada kaki.
Pada peringkat ini kaki akan mati jika tidak mendapat rawatan segera.

Jenis-jenis PAD
- Acute Limb Ischemia (ALI). ALI ialah keadaan di mana saluran darah tersumbat dengan serta-merta.
Keadaan ini selalunya terjadi pada kaki atau tangan yang mempunyai pengaliran darah yang normal.
Bagaimanapun, fenomena ini boleh juga terjadi pada saluran darah ateriosklerosis. Ia disebabkan oleh pembekuan darah yang dipanggil embolism atau thrombosis.
Keadaan ini memerlukan rawatan serta-merta kerana kaki hanya mampu bertahan tanpa bekalan darah selama lebih kurang enam jam sahaja kerana tanpa rawatan otot-otot kaki akan mati.
- Chronic Limb Ischemia (CLI). Pesakit dalam kategori ini selalunya mengadu sakit yang keterlaluan dan berterusan pada kaki yang terlibat, ulser dan gangrene.
Pesakit CLI memerlukan rawatan segera untuk mengelakkan kaki daripada dipotong.

Diagnosis
- Pemeriksaan nadi. Pakar perubatan akan memeriksa denyutan nadi di bahagian kaki seperti melakukan pemeriksaan nadi femural, popliteal dan buku lali.
Apabila salah satu daripada nadi lemah atau hilang, ini menandakan bahawa pesakit menghadapi masalah PAD.
- Angiogram dan magnetic resonance angiografi. Setelah melakukan diagnosis PAD, doktor akan melakukan pemeriksaan angiogram untuk memastikan bahagian saluran darah yang sempit atau tersumbat.
Selain angiogram, Magnetic Resonance Angiografi (MRA) juga dapat membantu mencari bahagian yang tersumbat.

Rawatan
Rawatan PAD bergantung kepada keadaan umum pesakit, tahap dan bahagian saluran darah yang terlibat.

Secara umumnya, rawatan pesakit PAD terbahagi kepada dua kaedah iaitu:
- Pembedahan pintasan (bypass surgery). Penggunaan kaedah ini lebih sesuai bagi sebahagian besar penyempitan atau penyumbatan saluran darah.

Malah, kadar kejayaannya juga adalah lebih baik berbanding angioplasty, terutama sekali pada bahagian saluran darah di paras lutut dan ke bawah.
Bagaimanapun, kaedah ini lebih berisiko tinggi berbanding angioplasty

- Rawatan angioplasty. Kaedah ini hanya sesuai untuk saluran darah yang besar iaitu saluran darah di pangkal paha seperti illiac arteri.
Malah, penggunaannya juga tidak sesuai jika terdapat banyak pembuluh darah arteri yang tersumbat atau sempit atau jika penyumbatan tersebut terlalu panjang.
Angioplasty merupakan kaedah yang menggunakan kateter dengan belon pada hujungnya.
Ia kemudian dimasukkan ke bahagian saluran darah yang sempit dan belon tersebut akan mengembang pada bahagian tersebut.

Rawatan akut
Dalam keadaan PAD akut (secara tiba-tiba), pesakit akan dinasihatkan supaya menjalani rawatan serta- merta.

Ia melibatkan salah satu daripada dua kaedah iaitu trombolisis atau pembedahan pintasan.
Melalui rawatan trombolisis, satu prosedur akan dilakukan dengan menghancurkan darah beku yang terdapat dalam pembuluh darah arteri.
Setelah penilaian dilakukan, pesakit mungkin memerlukan rawatan sama ada angioplasty atau pembedahan pintasan.

Rawatan-rawatan lain
- Merendahkan paras kolesterol. Rawatan perubatan menggunakan pil antilipid bagi pesakit yang mempunyai paras kolesterol yang tinggi.
Pakar pemakanan akan membantu pesakit memilih makanan yang mempunyai paras kolesterol yang rendah.
- Berhenti merokok. Khidmat kaunseling untuk membantu pesakit berhenti merokok akan diberikan pada masa yang sama.

- Ubat-ubatan. Ubat untuk mengawal diabetes, hipertensi dan antiplatelet (mencairkan darah) akan diberikan pada waktu yang sama.

Pada peringkat apabila pesakit menghadapi masalah kekejangan pada betis dan kaki ketika berjalan (intermittent claudication), pesakit dinasihatkan supaya mengambil pil antiplatelet dan melakukan senaman seperti berjalan pada waktu pagi dan petang.
Secara umum, pesakit PAD perlu berjalan sekurang-kurangnya 30 minit sehari.

Komplikasi
Serangan jantung sekiranya ia melibatkan seluruh pembuluh darah arteri.
Mereka yang disahkan menghidap PAD akan menjalani pemeriksaan jantung kerana dianggarkan 50 hingga 60 peratus daripada pesakit menghidap sakit jantung.

- Pendarahan. Pendarahan kecil mungkin berlaku selepas angioplasty atau pembedahan pintasan. Pendarahan kecil ini selalunya akan berhenti dengan sendiri.

- Amputasi. Kaki yang menjadi gangrene terpaksa menjalani amputasi sama ada di bawah atau atas lutut.

- Jangkitan kuman dalam darah. Kaki gangrene dan menjadi ulser yang tidak sembuh boleh menyebabkan kuman masuk dalam darah dan seseorang itu boleh meninggal dunia kerana septicemia.



Jadilah Pesakit Yang Bermaklumat.....Segala Tindak Tanduk Anda Yang Akan Memberi Jawapan apa akan jadi Seterusnya.......


Berita Baik!!!!! Kepada Pesakit Gangren - 
Sel Mati Pada Saluran Darah
Penyakit Arteri Periferal




Di Pusrapi Kami Mengesyorkan Kepada Pesakit Untuk Menjalani Jalan Ikhtiar Kesembuhan Yang Lebih Alami Dikenali Sebagai Terapi Saraf.

- Pesakit Tidak Perlu Memotong Bahagian Kami Yang Mengalami Gangren.
- Terapi Saraf Alami Lebih Efektif.
- Kesan Penyembuhan Yang Tidak Menyakitkan.
- Menghidupkan Kembali Sel-Sel Yang Rosak.
- Teknik Mengeluarkan Toksin & Darah Yang tersumbat.
-Menguatkan Kembali Saraf Seluruh Badan
-Kaedah Penyembuhan Lebih Selamat & Menyihatkan Pesakit.

Surah Asy- Syu'araa' Ayat 26:80
YAKINLAH AKAN FIRMAN ALLAH :
"Dan Apabila Aku sakit, maka Dia Lah Yang Menyembuhkan Penyakitku.

EndFragment

حَسْبُنَا ٱللَّـهُ وَنِعْمَ ٱلْوَكِيلُ
“HasbunalLâh Wani’mal-Wakîl”,
Cukuplah Allah untuk kami dan dia sebaik-baik pengurus. (Surah Al-Imran. 3:173)

نِعْمَ ٱلْمَوْلَىٰ وَنِعْمَ ٱلنَّصِيرُ
Ni'mal-Mawla Wani'man-Nashîr
Dia adalah sebaik-baik Pelindung dan sebaik-baik Penolong . (QS. 8:40)





Kepada yang ingin mencuba keberkesanan Produk Pusrapi @ mendapatkan rawatan bolehlah hubungi kami untuk tempahan@temujanji: 


Ustazah Siti 019-449 9929 
Ustazah Husna 019-496 6316
Ustazah Wahida 012- 552 0195
Ustaz Syamizam 019-5896783 
Ustazah Min (017-426 6908)
Pn. Nor Aniza (012-319 2542)


والله أعلم بالصواب
Wallahu A’lam Bish Shawab
(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)





No comments:

Post a Comment