Friday, 25 April 2014

Aktiviti Pusrapi Bersama Penceramah Pusrapi

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
اللهم صل على محمد وآل محمد
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

"ILMU ITU HADIAH DARI ALLAH YANG SANGAT BERNILAI"
-ILMU ITU MILIK ALLAH-
--TIMBA ILMU JANGAN MALU--


Pengasas Pusrapi iaitu Ustazah Azlina Zubir adalah penceramah motivasi, penulis dan fasilitator di negeri kedah. 

Semenjak tahun 2006 ribuan peserta dari pelbagai lapisan mengikuti program-program latihan dan pembangunan diri dalam sesi-sesi ceramah, seminar-seminar, persidangan-persidangan dan kursus-kursus yang beliau sampaikan.

Beliau pernah menyampaikan siri-siri ceramah motivasi menerusi Sekolah-sekolah dan jabatan-jabatan kerajaan dari sudut Pemantapan Pembangunan Insan sesuai dengan keperluan masyarakat setempat.

Jika anda berminat apa jua program atau ceramah, sila hubungi 019-4499929 untuk maklumat lanjut.

Ceramah motivasi dari Pusrapi pada hari ni. Meng 'upgrade' minda pelajar mengikut sunnahtullah
Alhamdulillah...Hari ni ceramah untuk muslimat remaja. Terima kasih pada pihak yang menjemput Pusrapi-sembuh.tanpa.ubat

Status Dakwah :
Stress Menurut Pandangan Pandangan Islam 
Punca stress itu bukan dari tekanan mental semata-mata bahkan punca tekanan itu sebenarnya berpunca dari kecelaruan dan kelemahan hati , ruh, nafsu dan akal.

• Kelemahan hati yang menyebabkan rapuhnya hubungan individu itu dengan Allah SWT menyebabkan kehidupannya menjadi sempit, seolah-olah tiada jalan keluar dari setiap inci masalah. Hati yang baik mempunyai unsur yang sangat halus ( latifah ) ketuhanan ( rabbaniah ) dan kerohanian ( ruhaniah)

2. STRESS ITU UJIAN ALLAH S.W.T
Berdoa boleh mententeramkan jiwa

Surah Al-Baqarah(2):155
Firman Allah yang bermaksud:
“Allah menguji seseorang itu dengan perasaan takut, kelaparan, kekurangan harta, nyawa dan hasil-mahsul yang tidak menjadi dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang bersabar”.
Hadis…….
“ Kesedihan atau malapetaka yang menimpa seseorang muslim merupakan kafarah kepada dosa yang dilakukan” ( Riadus Solihin )

Setiap manusia tidak terlepas dari ujian hidup. Yakinlah setiap masalah ada jalan penyelesaian dengan syarat tabah dan redha menghadapi segala ujianNya.

Pusrapi-Sembuh.Tanpa. Ubat

Status Dakwah : Ilmu itu lebih baik dari harta. Ilmu akan menjaga engkau dan engkau akan menjaga harta. Ilmu itu penghukum (hakim) sementara harta terhukum. Jika harta itu akan berkurang jika dibelanjakan, maka ilmu akan bertambah jika dibelanjakan.(Sayidina Ali bin Abi Thalib) 

Status Dakwah: Setitis Ilmu Allah
Ibnu Majah meriwayatkan daripada Sahal bin Mu’az bin Anas, daripada bapanya bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda : “Barangsiapa yang mengajarkan satu ilmu maka baginya pahala orang yang mengamalkannya sedangkan tidak mengurangkan pahala orang yang mengamalkannya.” (Ibnu Majah)
Alhamdulillah, pada hari ini,perkongsian menarik dari guru2 yang terbuka mindanya, sama2 mendapat manfaat dunia dan akhirat. 

Pusrapi bersama anak-anak murid S.K Seberang Jaya. Semoga ilmu yang bermanfaat dapat diperolehi dan dapat diamalkan dalam kehidupan seharian. 
Kursus pemantapan PUSRAPI . Semoga semua para penterapi Pusrapi mendapat aura baru hasil pertemuan dengan insan baru yang sanggup meninggalkan kerjayanya demi kemajuan Pusrapi. Terima kasih saudari Akma yang sudi berkongsi pengalaman dengan kami di Pusrapi. Ya Allah berikan kami keteguhan dalam melaksanakan sunnah-sunnah nabimu yang sudah ditinggalkan.

Baginda bersabda:-
"Barang siapa menghidupkan satu sunnahku, sehingga para manusia mengamalkannya, maka dia akan mendapatkan pahala seperti pahala orang yang mengamalkannya, tidak berkurang walau sedikit pun pahala mereka".
(Hadis riwayat ibnu majah).
 


Kepada yang ingin mencuba keberkesanan Produk Pusrapi @ mendapatkan rawatan bolehlah hubungi kami untuk tempahan@temujanji: 


Ustazah Siti 019-449 9929 
Ustazah Husna 019-496 6316
Ustazah Wahida 012- 552 0195
Ustaz Syamizam 019-5896783 
Ustazah Min (017-426 6908)
Pn. Nor Aniza (012-319 2542)


والله أعلم بالصواب
Wallahu A’lam Bish Shawab
(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)

No comments:

Post a Comment