Sunday, 1 December 2013

Pusrapi Info : Kenapa Saya Tutup Aurat

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
اللهم صل على محمد وآل محمد
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

"Kenapa Saya Tutup Aurat"

Kenapa saya tutup Aurat,
Saya takut jadi tersesat,
Malaikat jauh Syaitan pun dekat,
Hidup pasti tak ada nikmat.

Kenapa saya tutup Aurat,
Umur bukan boleh di Jimat,
Mana tahu esok Kiamat,
Kena Siksa Badan tak larat.

Kenapa saya tutup Aurat,
Lahirku Tanpa Benang Seurat,
Dedah Aurat hidupku Darurat,
Sebelum sampai dibatu Bersurat.

Kenapa saya tutup Aurat,
Hidup didunia penuh Jerat,
Wahai teman-teman Muslimat,
Jauhi diri pakaian yang Sendat,

Kenapa saya tutup Aurat,
Bukankah Tuhan nak naikkan darjat,
Bagi kita Seluruh Umat,
Agar Selamat Dunia & Akhirat.

Kenapa saya tutup Aurat,
Qolbun Salim Pintu Taubat,
Sebelum badan menjadi Mayat
Temui Kami di Sembuh.Tanpa.Ubat




Tabiat Yang Mengundang Perogol
Satu kajian telah dijalankan ke atas sekumpulan perogol di dalam penjara tentang perkara yang mereka aim (baca : lihat) pada mangsa yang berpotensi untuk dirogol.
Beberapa fakta menarik untuk dikongsi bersama:

1) Stail Rambut
Perkara pertama yang perogol akan tengok pada mangsa adalah stail rambut.

Mereka lebih memilih untuk mencari perempuan yang berambut tocang, bersanggul dan ber’braid’ atau lain-lain stail rambut yang mudah untuk dicapai dengan tangan.
Mereka lebih mengejar perempuan yang berambut panjang. Perempuan berambut pendek selalunya tidak menjadi target perogol

Muslimah (Perempuan Islam) diwajibkan memakai tudung.
Nah, ini lah hikmahnya Allah suruh pakai tudung. Tak percaya?

Sila rujuk Al quran di rak anda itu, cuba selak Surah An- Nur.
Dalil mengenai wajibnya mengenakan pakaian bahagian atas (khimar/tudung) adalah Firman Allah,

“Hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dada mereka” [TMQ An-Nur (24):31].

“Dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak darinya.” [TMQ An-Nur (24):31].


2) Pakaian
Perkara kedua yang lelaki perhatikan adalah pakaian.
Perogol akan mencari perempuan yang memakai pakaian yang mudah untuk ditanggal. Kebanyakan daripada mereka membawa bersama gunting untuk memudahkan kerja mencarik pakaian.

Sebab tu kita kena pakai baju yang labuh dan longgar bukannya ketat lagi nipis.

Dalil lain yang menunjukkan bahawasanya seluruh tubuh wanita adalah aurat kecuali wajah dan dua telapak tangan ialah sabda Rasulullah  kepada Asma’ binti Abu Bakar,


“Wahai Asma’ sesungguhnya seorang wanita itu apabila telah baligh (haidh) maka tidak boleh baginya menampakkan tubuhnya kecuali ini dan ini, seraya menunjukkan wajah dan telapak tangannya.” [HR Abu Dawud]









Status Dakwahku buat teman2 :)

Kampung Ibuku Dijalan Penanti,
Bila keseorangan hidupnya sepi,
Tahukah kalian Hijab Tanpa Nanti,
Berhujah Taat Tanpa Tapi,







Kepada yang ingin mencuba keberkesanan Produk Pusrapi boleh hubungi untuk tempahan : 

Ustazah Siti 019-449 9929 
Ustazah Husna 019-496 6316
Ustazah Wahida 012- 552 0195
Ustaz Syamizam 019-5896783 
Ustazah Min 017-426 6908
Pn. Nor Aniza 012-319 2542


والله أعلم بالصواب
Wallahu A’lam Bish Shawab
(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)

No comments:

Post a Comment