Sunday 12 August 2018

Pusrapi Info: Penghayatan Taddabur Al-Quran Tambah Ilmu Faham


‎السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

‎اللهم صل على محمد وآل محمد


_Ya Allah…._

_Sihatkan Tubuh Badanku,_

_Tambahkan Ilmu Pengetahuanku,_

_Berkatkan Rezekiku._

_Tingkatkan amal Ibadatku untuk taat perintahmu._

_Ya Allah Jadikan Hatiku Sentiasa Ingat Pada Mu._


‎💝💞اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ💝💞

‎💝💞اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ💝💞

‎💝💞اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ💝💞

Pusrapi Info: Penghayatan Taddabur 

Al-Quran Tambah Ilmu Faham












Alhamdulillah, untuk ke sekian kalinya Allah menganugerahkan kita berada dalam lingkungan nikmat Tahun Islam 1439H tahun ini. Ini nikmat yang tidak bertepi, yang tidak dapat lagi dikecapi oleh mereka yang telah  kembali ke alam baqa’. Namun kita juga mungkin termasuk dalam golongan yang tidak dapat merasai nikmat ini jika kita tidak benar-benar memanfaatkannya bahkan lalai daripada menambah ibadah padanya. Salah satu cara memanfaatkan "Pinjaman Umur"adalah dengan berada akrab dengan al-Quran.

Banyak dipaparkan di media sosial tentang mesej dan kempen untuk menghabiskan bacaan satu juzuk untuk satu hari ataupun lebih dari itu. Ini sesuatu yang sangat baik dan sangat dialu-alukan. Tapi adalah yang afdhal di samping kita menghabiskan bacaan sehingga khatam seluruh ayat al-Quran itu, untuk kita mendapat penghayatan daripada pembacaan itu tadi, kerana itulah merupakan hadaf utama al-Quran diturunkan iaitu memberikan petunjuk dan panduan kehidupan kepada manusia dalam menghadapi hidup seharian di dunia ini. Oleh itu, cara sebenar kita berta’amul atau berkomunikasi dengan al-Quran adalah dengan tilawah juga tadabbur. Dan yang pasti tadabbur adalah maksud yang pertama dan terakhir dari pembacaan al-Quran.Tilawah, insya Allah kita lazim, namun tadabbur sedikit sekali aplikasinya.

Apa maksud tilawah?

Syeikh Ibnu Utsaimin dalam kitabnya Majalis Syahr Ramadhan menghuraikan cakupan makna tilawah dalam dua perkara :

Pertama – Tilawah hukmiyah, iaitu membenarkan segala informasi Al Qur’an dan menerapkan segala ketetapan hukumnya dengan cara menunaikan perintah-perintahNya dan menjauhi larangan-laranganNya.

Kedua – Tilawah lafdziyah, iaitu membacanya. Inilah yang keutamaannya diterangkan oleh Rasulullah s.a.w. dalam hadith riwayat Bukhari:

خَيرُكُم مَنْ تعَلَّمَ القُرآنَ وعَلَّمَه

Bermaksud:Sebaik-baiknya diantara kamu adalah yang belajar Al- Quran dan yang mengajarkannya.

Masyarakat kita umumnya mengambil pengertian tilawah dengan makna yang kedua. Justeru, maksud inilah yang saya maksudkan dalam penulisan ringkas ini.

Apa maksud tadabbur?

Allah banyak menyatakan di dalam al-Quran antaranya, dalam surah Sod:29:

كِتَابٌ أَنْزَلْنَاهُ إِلَيْكَ مُبَارَكٌ لِيَدَّبَّرُوا آيَاتِهِ وَلِيَتَذَكَّرَ أُولُو الْأَلْبَابِ

Bermaksud:Sebuah kitab yang Kami turunkan kepadamum yang banyak faedahnya untuk mereka memahami ayat-ayatNya dan untuk orang-orang yang berakal sempurna mengambil peringatan.

Dalam surah Muhammad:24:

أَفَلَا يَتَدَبَّرُونَ الْقُرْآنَ أَمْ عَلَى قُلُوبٍ أَقْفَالُهَا

Bermaksud: Adakah mereka tidak memahami al-Quran? Atau telah ada di atas hati mereka kunci yang menutupnya?

Dari segi bahasa kalimah tadabbur berasal dari kalimah dubur yang bermaksud hujung pada sesuatu, adalah yang berada di belakang atau sebaliknya. Jadi, tadabbur al-Quran bermakna seseorang pembaca al-Quran tidak sekadar berhenti pada zahir makna kalimatnya sahaja, atau hanya memahami terjemahannya sahaja, bahkan dia melihat apa yang terkandung di sebalik lafaz sama ada dari segi maqasid dan matlamat sesuatu perkataan itu digunakan. Oleh sebab itu, para ulama dan ahli tafsir telah mengistinbathkan banyak sekali kesimpulan-kesimpulan dan tafsiran mereka terhadap kalam Allah ini sehingga ia menjadi satu ilmu yang sangat luas tidak bertepi sesuai sebagaimana firman Allah yang menunjukkan keluasan ilmu yang dimiliki-Nya, berbanding dengan apa yang manusia ada. Firman-Nya dalam surah al-Kahfi:109;

قُلْ لَوْ كَانَ الْبَحْرُ مِدَادًا لِكَلِمَاتِ رَبِّي لَنَفِدَ الْبَحْرُ قَبْلَ أَنْ تَنْفَدَ كَلِمَاتُ رَبِّي وَلَوْ جِئْنَا بِمِثْلِهِ مَدَدًا

Namun, kita bukan ulama’. Apa yang harus kita lakukan untuk merealisasikan tadabbur ini dan mengambil istifadah daripadanya? Salah satu cara untuk yang boleh dan perlu kita lakukan adalah dengan membaca tafsir-tafsir al-Quran yang sedia ada. Tidak perlu semua, cukup dengan satu tafsir anda akan dapati nikmatnya tadabbur al-Quran dan manisnya akan lebih dirasai melalui amal.

Bagaimanakah kaedahnya, saya bekerja di siang hari, atau saya suri rumah yang tidak lekang dari melayan karenah anak-anak dan sebagainya lagi situasi kita yang kita anggap sibuk. Kaedah usul fiqh menyebut, ‘apa yang tidak mampu dibuat semua, jangan tinggalkan semua’. Berikut beberapa cadangan untuk kita memulakan tadabbur pada bulan ini, dan diteruskan pada bulan-bulan akan datang.

  1. Habiskan 1 juzuk sehari, dan baca tafsirannya kesemua sekali.
  2. Jika tidak mampu, baca 1 juzuk sehari dan baca tafsiran ayat-ayat tertentu yang anda rasakan penting.
  3. Atau, bacaan al-Quran tidak sehingga 1 juzuk, dan baca kesemua sekali tafsiran ayat yang anda baca itu.

Pilihan di atas adalah mengikut kesesuaian masa masing-masing, bukannya mengikut keutamaan. Anda mungkin punya situasi sendiri, yang penting baca dan pilih satu kitab tafsir yang anda sukai.

Apakah kitab tafsir terbaik untuk saya baca?

Secara umumnya, semua kitab tafsir yang bertepatan dengan tafsiran ahli sunnah wal jamaah sesuai dan terbaik untuk dibaca, kerana setiapnya mewakili uslub dan method tertentu serta berdasarkan kemampuan dan pengetahuan yang anda ada. Jika anda mampu memahami bahasa Arab dengan agak baik (tidak perlu terlalu baik), bacalah tafsir dalam bahasa Arab melalui buku keras atau tafsiran melalui media elektronik (Maktabah Shamelah, atau laman web al-Tafsir dan lain-lain). Antara kitab tafsir yang agak ringkas dan bagus untuk dibaca seperti Tafsir al-Quran al-‘Azim oleh Imam Ibn Kathir (m774H), Tafsir Fi Zhilal al-Quran oleh Sayyid Qutb (m1966), Tafsir Sofwat al-Tafasir oleh al-Sobuni (m1930), dan Tafsir Khowatir oleh Syeikh Mutawalli al-Sya’rawi (m1418H).

Jika anda tiada asas dalam bahasa Arab, bacalah kitab tafsir terjemahan dalam bahasa kita, antara yang saya tahu Tafsir Fi Zhilal al-Quran oleh Sayyid Qutb (m1966), juga  Tafsir al-Azhar oleh Pak Hamka, dan Tafsir Pimpinan al-Rahman, juga buku-buku tafsir yang menulis tafsiran surah-surah tertentu juga sesuai untuk dibaca. Pendek kata, dapatkan sumber untuk pembacaan anda berdasarkan situasi dan kemampuan masing-masing, kerana yang penting adalah anda membaca dan cuba mentadabbur al-Quran daripadanya.

Kesimpulannya, baca al-Quran, baca tafsiran dan tadabburlah! Kerana ia merupakan kunci untuk hidayah menerpa masuk ke dalam hati agar kita semakin akrab dengan Allah dan semakin indah hidup dengan memahami Islam. Jika anda tidak memulakannya hari ini, sama sajalah kita mempersiakan pinjaman masa yang Allah bekalkan maka dengan sis-sia ianya telah lalu, ganjaran membaca tetap ada, tetapi penghayatan berterusan tiada. Tanpa membaca tafsirannya, seolah-olah kita menutup hidayah buat diri sendiri.

Selamat Bertadabbur..

Kepada yang ingin mencuba keberkesanan Produk Pusrapi @ mendapatkan rawatan bolehlah hubungi kami untuk tempahan@temujanji: 


Ustazah Siti (Kulim) 019-449 9929 

Ustazah Husna (Jitra/Alor Setar) 019-496 6316

Ustazah Wahida (Pauh Jaya) 012- 552 0195

Ustaz Syamizam (Alma Jaya) 019-5896783 

Ustazah Min (Alma Jaya) (017-426 6908)

Ustazah Rahmah (Alma Jaya) 012-449 5689

Siti Sarah  (Pulau Pinang Island)013-451 3459

Pn. Nor Aniza (Bangi)(012-319 2542)

Ustaz Mfedzly Faudzi (Sungai Petani) 0192446855Ustazah Lyana Rahim (Sungai Petani) 0195004594

Siti Rahayu (Manjung): 013-4888201

Radhi & Mira (Johor) : 013-360 8577

Husna (Pahang) : 019 4228228

Ustazah Naza:019-576 3004

Pn.Samihah Stokis Eksklusif Pusrapi: 019 525 7067


Website : http://www.pusrapi.com/

Blogs : http://pusrapi.blogspot.com/

Facebook: https://www.facebook.com/Sembuh.Tanpa.Ubat

Indah Islam Memberi Rahmat,

Al-quran Sunnah Pegangan Umat,

Bila sakit rindu sihat,

Sunnah Nabi Terbukti Hebat  ,

"Hidup Lebih Sihat...Bila Sunnah Terpahat" ✿‿✿

Pusrapi

Sembuh.Tanpa.Ubat

(◕‿◕)

‎والله أعلم بالصواب

Wallahu A’lam Bish Shawab

(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)

No comments:

Post a Comment