Friday 20 July 2018

Pusrapi Info: Salam Jumaat


Assalamualaikum salam jumaat penghulu segala hari yg penuh keberkatan .Semoga kasih sayang Allah bersama semua sentiasa dibawah rahmat dan redha Allah.


๐Ÿ’œPerbanyakkan selawat ke atas baginda Rasulullah SAW pada hari ini. Rasul yang setiap hari mengalirkan air mata kerana mendoakan kita semua umatnya. Rasul yang pada setiap hari ada sahaja permintaannya kepada Tuhan untuk kebaikan seluruh umatnya. Rasul yang sanggup sakit lahir dan batin demi keselamatan umatnya. Begitu sayang dan cintanya baginda pada kita semua.....

๐Ÿ’™Suluh diri kita adakah kita sudah jatuh hati pada baginda??? Adakah hati kita sudah cintakan baginda atau sekurang-kurangnya sayangkan baginda???

Dari Anas bin Malik r.a. katanya : Bersabda Rasulullah s.a.w.:
"Tidak sempurna iman seseorang itu sehingga cintanya kepadaku melebihi
cintanya kepada anaknya, ibu bapanya dan sekelian manusia."
Hadis sahih riwayat Muslim

❤Sememangnya Rasulullah itu wajib dicintai..... Ya Allah campakkanlah setidaknya sedikit rasa cinta hati kami kepada Rasulmu Nabi Muhammad SAW... Aamin...

 Firman Allah S.W.T. yang bermaksud:
Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikatNya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) untuk Nabi (Muhammad s.a.w);
Hai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu untuk nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya.
[Surah Al-Ahzab: 56]

Marilah kita sebagai umat Islam sentiasa berselawat kepada Rasulullah. Itu tandanya kita sangat mencintai Rasulullah yang menjadi kekasih Allah.๐Ÿ’š
۞ุงَู„ู„ู‡ُู…َّ ุตَู„ِّ ุนَู„َู‰ ุณَูŠِّุฏِู†َุง ู…ُุญَู…َّุฏٍ ูˆَุนَู„َู‰ ุขู„ِ ุณَูŠِّุฏِู†َุง ู…ُุญَู…َّุฏ


No comments:

Post a Comment