Sunday 11 September 2016

Pusrapi Info:- Sabar & Redho Kunci Ketenangan 💓

ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
اللهم صل على محمد وآل محمد
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Ya Allah….
Sihatkan Tubuh Badanku,
Tambahkan Ilmu Pengetahuanku,
Berkatkan Rezekiku.
Tingkatkan amal Ibadatku untuk taat perintahmu.
Ya Allah Jadikan Hatiku Sentiasa Ingat Pada Mu.
💝💞اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ💝💞
💝💞اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ💝💞
💝💞اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ💝💞

Pusrapi Info:- Sabar & Redho Kunci Ketenangan 💓

Memang benar, jika kita sakit, kita akan fikir nak sembuh cepat. Manusia ni mudah melatah, hanya sebab kerana sakit. Seminit pun takleh nak tahan. Dia lupa ketika sakit itu telah ditentukan. Tujuannya satu, mencari jalan pulang. Sakit ini dekat dengan kematian, kerana takut mati, ditambah pula terkenang-kenang akan dosa2 nya yang lampau. Dia ingin sihat dengan segera. Supaya dia dapat hidup di dunia sebanyak mana umurnya. Katanya, dia masih muda. Belum sedia untuk melalui jalan kematian. Ya...jalan sakitlah jalan yg dekat dengan Allah.

Jangan kita mudah gelabah, kerna Allah telah berikan apa yang Dia telah tentukan untuk kita. Takdir tidak dapat kita ubah kerna Allah adalah sebaik2 perancang.

Sekalipun jalan sakit ini akan membuatkan kita semakin jauh dengan Allah. Ketika kita ada duit, kita mencari orang yang paling pakar dalam dunia ni, dan meyakini akan kemampuan manusia atas jalan kesembuhan. Sebenarnya jalan kesembuhan itu ada pada Allah. Kenapa kita tak meminta padanya terlebih dahulu?

Sebelum ini kita kurang meminta pada Allah. Semua atas daya usaha kita. Sekurang2nya, buat lah istiqarah, menangis, merintih, meminta kepada yg maha kuasa. Bukankah kuasa Allah itu yg tiada tanding dengan ilmu manusia yg sangat cetek?

Allah suka kepada hambanya kembali. Tapi kita tidak nampak yg itu. Kita nampak kita nak kembali seperti yang dahulu. Sedikit pun masa kita tak mahu berlengah, kerna takut sakit itu melarat dan melibatkan kematian.

Hamba2 sekelian, bukan sakit itu menyebabkan kamu mati. Mati itu berasbab shj. Sekurang2nya kamu dekat pada Allah ketika saat2 kamu mahu meninggal kan dunia. Putus asa akan diri mu diawalnya, itu adalah lebih baik dr berputus asa selepas kamu di beritahu doktor kematian mu semakin tiba tempoh 6 bulan lagi.

Berputus asa itu kamu akan ke tikar solat, solat sepanjang malam diminta pertunjuk. Ketika itu fikiran mu akan bersama ingatan pada Allah. Datang ketenangan menyebabkan kamu reda segala masalah. Allah mahu hati mu itu. Berikanlah pada yg maha kuasa, bukan pada makhluk.

Makhluk itu tidak ada apa2. Setinggi mana akalnya, tidak akan sampai ke alam ghaib. Tidak akan sampai pada ketentuanmu di lohul mahfuz. Sedangkan syaitan mahu melihat ketentuanmu di lohul mahfuz pun tidak akan sampai. Hanya Allah tahu rahsia hidup mu. Relakan dirimu bersama Ilahi. Hanya dengan ingat pada Allah sahaja jiwa mu akan tenang.

Bila kamu dekat dengan Allah, Allah lebih dekat dr urat leher mu. Bercakap2 lah dengan Allah seperti kamu bercakap2 dengan manusia. Tetapi cakaplah dengan hati mu biar kamu shj yg dengar. Ceritakan masalah mu, pada Allah sebelum kamu mencari ikhtiar. Bersabarlah. Jangan tergesa2. Yakinlah dengan ketentuan Allah. Tidak seminit pun ajalmu akan dipercepatkan dan tidak kurang seminit ajal mu diperlambatkan.


Kepada yang ingin mencuba keberkesanan Produk Pusrapi @ mendapatkan rawatan bolehlah hubungi kami untuk tempahan@temujanji: 

Ustazah Siti 019-449 9929 
Ustazah Husna 019-496 6316
Ustazah Wahida 012- 552 0195
Ustaz Syamizam 019-5896783 
Ustazah Min (017-426 6908)
Ustazah Rahmah 012-449 5689
Siti Sarah  013-451 3459
Pn. Nor Aniza (012-319 2542)

Website : http://www.pusrapi.com/
Blogs : http://pusrapi.blogspot.com/
Facebook: https://www.facebook.com/Sembuh.Tanpa.Ubat

والله أعلم بالصواب
Wallahu A’lam Bish Shawab
(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)

No comments:

Post a Comment