Tuesday 12 January 2016

Pusrapi Info : Pelajar perubatan hutang universiti lebih RM100,000

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
اللهم صل على محمد وآل محمد
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Ya Allah….
Sihatkan Tubuh Badanku,
Tambahkan Ilmu Pengetahuanku,
Berkatkan Rezekiku.
Tingkatkan amal Ibadatku untuk taat perintahmu.

Pusrapi Info : Pelajar perubatan hutang universiti lebih RM100,000 


BESUT:
Pelajar perubatan tahun akhir Universiti Zagaziq Mesir, Nor Atiqah Mamat, 25, memohon sumbangan orang ramai bagi membayar yuran pengajiannya yang tertunggak lebih RM100,000. 
Bapanya Mamat Zakaria, 50, berkata anaknya menduduki peperiksaan tahun akhir semalam dan dijangka pulang ke kampung tidak lama lagi.

Oleh itu beliau berharap mana-mana pihak membantu anaknya bagi menyelesaikan hutang tersebut sebelum pulang ke tanah air.

“Hutang terbabit perlu dibayar bagi membolehkan Nor Atikah mendapat ijazah perubatan.

“Sebelum ini saya bayar sendiri yuran pengajian anak pada tahun satu dan dua. Semasa tahun tiga Nor Atiqah mendapat pinjaman Yayasan Terengganu sebanyak RM27,000.

“Bagaimanapun selepas bersara sebagai tentera saya tidak lagi mampu membayar yurannya,” kata beliau di sini.

Beliau yang tinggal di Kampung Pasir Badak, Jertih berkata Nor Atiqah mendapat tawaran belajar di universiti berkenaan pada 2008.

Katanya yuran tidak dapat dijelaskan kepada universiti sejak tiga tahun lepas kerana masalah kewangan.  

Purata kos pengajian yang terpaksa ditanggungnya lebih RM35,000 setahun. Bebanan kewangan bertambah berikutan mata wang Malaysia jatuh teruk.

Atikah yang merupakan anak sulung daripada lima adik beradik pernah memohon pinjaman daripada Mara bagaimanapun tiada jawapan sehingga sekarang.

Kesusahan dihadapi keluarga Mamat turut mendapat simpati Setiausaha PAS Besut, Saluhidali Jaafar dan bendahari, Shukriman Zakaria apabila turut membantunya.

Orang ramai yang berminat membantu pelajar terbabit boleh hubungi Mamat Zakaria di talian 019-2532484 dan 013-2610367 atau akaun Maybank 105046179128. - HARAKAHDAILY 13/1/2016

Kepada yang ingin mencuba keberkesanan Produk Pusrapi @ mendapatkan rawatan bolehlah hubungi kami untuk tempahan@temujanji: 
Ustazah Siti (Kulim) 019-449 9929 
Ustazah Husna (Jitra/Alor Setar) 019-496 6316
Ustazah Wahida (Pauh Jaya) 012- 552 0195
Ustaz Syamizam (Alma Jaya) 019-5896783 
Ustazah Min (Alma Jaya) (017-426 6908)
Ustazah Rahmah (Alma Jaya) 012-449 5689
Siti Sarah  (Pulau Pinang Island)013-451 3459
Pn. Nor Aniza (Bangi)(012-319 2542)
Ustaz Mfedzly Faudzi (Sungai Petani) 0192446855
Ustazah Lyana Rahim (Sungai Petani) 0195004594
Siti Rahayu (Manjung): 013-4888201
Website : http://www.pusrapi.com/
Blogs : http://pusrapi.blogspot.com/
Facebook: https://www.facebook.com/Sembuh.Tanpa.Ubat
Indah Islam Memberi Rahmat,
Al-quran Sunnah Pegangan Umat,
Bila sakit rindu sihat,
Sunnah Nabi Terbukti Hebat,
"Hidup Lebih Sihat...Bila Sunnah Terpahat" ✿‿✿
Pusrapi
Sembuh.Tanpa.Ubat
(◕‿◕)
والله أعلم بالصواب
Wallahu A’lam Bish Shawab
(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)

No comments:

Post a Comment